Subscribe

Menjawab persoalan Penyokong Tegar UMNO



Berikut adalah jawapan saya terhadap seorang Penyokong Tegar UMNO yang memakai nama Yb Raz. Penulis merupakan salah seorang daripada Blogger Pembela Negara (BPN) yang bertindak sebagai blogger yang membela BN di alam maya. Persoalan ini pula diutarakan oleh Sufian di ruangan komen artikel saya yang bertajuk bertajuk " Pendakwah Mesti Tegas Bila Berbicara Dasar Islam". Pada mulanya saya ingat persoalan ini datang sendiri daripada beliau, namun sebenarnya hanya "copy paste" dari blog Yb Raz. Persoalan yang diutarakan adalah sebanyak 14 soalan.

1. Apabila keputusan mahkamah menyebelahi mereka, ia akan dianggap melambangkan ketelusan badan kehakiman tetapi apabila keputusan sebaliknya, mahkamah akan dituduh berat sebelah dan berlaku campur tangan kerajaan.

Kes silap mata yang berlaku di mahkamah bilamana membicarakan tuntutan MB Perak yang sah,menyaksikan wujudnya bukti betapa 'ketelusan' mahkamah diragui. Bila Nizar diisytiharkan sebagai Mb yang Sah, tidak sampai 4 jam, Zambry merayu dan rayuannya terus diterima.Berbeza dengan Nizar, kes rayuan Nizar ditangguhkan kepada 21/5…ditangguhkan dari tarikh asal 18/5. Dalam erti kata,Zamry mendapat perintah mahkamah dalam masa 4 jam. Nizar terpaksa menunggu selama 7 hari!!!

Etika pengamal undang-undang dipertikai. Maka dengan bukti ini belum cukup untuk mengatakan mahkamah kita tidak telus?

Teringat pula kes Video V K Lingam yang menjadi bukti juga betapa "telusnya" mahkamah di Malaysia.

Apa dah jadi dengan kes ini sekarang ni ye?

2)Apabila mereka merancang menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang pada 16 September lalu dengan cara hendak membeli 31 anggota BN, mereka anggap ia demokrasi. Tetapi apabila BN menubuhkan kerajaan di Perak setelah ada wakil rakyat pembangkang menjadi calon Bebas mereka kata ia pencabulan demokrasi dan terpekik terlolong mahukan DUN dibubarkan.

Isu Lompat parti apabila diteliti, terdapat beberapa pendapat daripada Kem Pakatan Rakyat dan Kem BN.

1) Double Standard ; Pimpinan PR mengamalkan sikap ‘double standard' ; kerana bila dahulu dikempen dan diusahakan lompatan 16 September 08, dipersetujui mereka, namun bila berlaku di Perak, mereka kutuk dan kecam. Bermakna, lompat masuk PR adalah terpuji, tetapi lompat masuk BN adalah celaka dan khianat. Adakah wajar ?

2) Strategi makan tuan ; strategi menubuhkan kerajaan hasil ‘lompatan' YB yang dipopularkan oleh DSAI dikatakan makan tuan apabila isu di Perak berlaku.

3) Mandat pilihan patut diberikan semula kepada rakyat : iaitu bubar DUN dan pilihanraya semula di negeri Perak. Secara asasnya saya setuju dengan cadangan ini tetapi artikel ini hanya akan menyentuh sedikit sahaja berkenaan perkara ini.

4) Isu perlembagaan; Isu lompat bukan yang paling utama, tetapi isu utama adalah MB Perak tidak dijatuhkan melalui saluran undang-undang yang sah menurut perlembagaan. Sultan tiada kuasa eksekutif memecat Menteri Besar tetapi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tempatnya melalui undi tidak percaya. Isu ini juga tidak saya tumpukan dalam artikel ini. Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan :

The Constitution is the highest law of the land. It is the foundation and source of legal authority, and the Rulers are sworn to protect and uphold it. According to the Constitution, Dato' Seri Nizar Jamaluddin is Menteri Besar until he resigns of his own accord, or is removed by a vote of no-confidence in a formal sitting of the assembly. The Constitution makes no provision for his removal by any other means, including by petitions or instructions from any other authority.

Maka memang terdapat beberapa jenis lompat yang wajar manakala terdapat pula yang amat tidak wajar. Ada yang sememangnya mengkhianati rakyat, manakala ada yang ada bersifat amanah kepada rakyat. Tidak wajar untuk dipukul rata dengan mengatakan, semua lompat adalah baik, atau semua lompat adalah celaka, khianat lagi memalukan. Tidak wajar juga kita tentang semua jenis lompat, atau menolak semua jenisnya juga.

Bagi saya, jika diguna pakai kaedah menentukan hukum dalam Islam, setiap satu tindakan adakalanya bergantung kepada situasi dan keadaan semasa, ia berubah dari satu masa ke satu masa, satu keadaan kepada keadaan yang lain. Satu orang kepada satu orang yang lain. Dalam Islam, bukan semua jenis ‘double standard' adalah SALAH tetapi adakalanya ia adalah keperluan. Contoh mudah Islam melarang penganutnya murtad, tetapi Islam menggalakkan penganutnya berdakwah kepada penganut agama lain untuk memasuki Islam bererti keluar dari agama mereka.

Bukankah nanti ada yang mengatakan mengapa ‘double standard'? keluar agama lain masuk Islam kamu setuju, tapi keluar Islam masuk agama lain tidak setuju.! Jawapnya memang ada double standard tetapi ia dari jenis double standard yang dituntut dan berasas dari Al-Quran dan Al-Hadis.

1) Satu ayat Al-Quran, firman Allah swt berkenaan arak :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Erti : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.. ( Al-Baqarah : 219 )

Dari ayat ini jelas Islam sentiasa mengajar kita untuk memperhati hasil kesan baik dan buruk dari sesuatu perkara. Neraca kebaikan dan keburukan pula disandarkan kepada kandungan Al-Quran serta Al-Hadis, bukan hawa nafsu. Dengan cara ini, kita boleh mengenalpasti hukum atau pendirian Islam terhadap sesuatu tindakan termasuk tindakan melompat parti.
Ringkasnya, jika sabit bahawa melompat membawa lebih kepada nilai kebaikan dan mendekatkan kepada ketaatan kepada Allah swt. Ia dikira wajar dibuat, namun jika lompatan membawa kepada parti yang jauh dari Allah swt maka ia TIDAK WAJAR. Ia memang double standard tetapi ia dari jenis yang dibenarkan.

Untuk mengenalpasti kebaikan dan keburukan adalah terlalu subjektif tetapi kunci mulanya adalah dengan menyandarkan kepada dua rujukan utama tadi dan disusuli dengan penilaian aqal masing-masing. Namun demikian, ayat ini sahaja tidak akan mencukupi untuk menentukan keputusan berkenaan hukum lompat. Ia cuma salah satu dari kumpulan hujah yang perlu dilihat sekali.

[Zaharudin.net]

3. Apabila ada pemimpin mereka didakwa di mahkamah, mereka anggap itu fitnah, tetapi apabila mereka menuduh pemimpin BN dengan niat memburukkan beliau, mereka kata ia demi keadilan.

Tak perlu pening kepala pikir pasal hal ni, yang difitnah sudah pun mencari pembelaan di Mahkamah, dan sudah mendapat penghakiman. Tetapi kenapa ya pemimpin UMNO seperti Najib walau dituduh fitnah dia tidak ikut cara adat iaitu mencari pembelaan? Atau betul orang PR kata .. " menuduh kerana mencari keadilan.. ". Rosmah pula macam mana dengan pendedahan terbaru "Rosmah Perempuan Puaka..?". Ke nak sumpah mubahalah macam Saiful bukhari je kerana dengan sumpah boleh jadi "suci.."

4. Apabila UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC, mereka anggap ia perbuatan salah tetapi apabila mereka bekerjasama dengan DAP, mereka kata parti mereka untuk semua.

Yang jahat, yang zalim, yang tindas rakyat, yang mengamal rasuah, yang bunuh orang,yang mengambil hak rakyat,semuanya salah tak kira dari Parti mana sekalipun. :) .

5. Apabila ada pemimpin UMNO atau BN didakwa terlibat dengan kegiatan tidak moral, mereka desak letak jawatan tetapi apabila ada pemimpin mereka terlibat biarpun ada bukti, mereka kata ia konspirasi dan itu soal peribadi.

Sememangnya kalau sudah didakwa, maka wajar mereka meletak jawatan. Ini sudah berlaku dinegara-negara maju yang lain seperti Britain yang mengamalkan demokrasi. Lagipula kes desak mendesak letak jawatan ni bukan perkara asing. Mukhriz mendesak PakLah letak Jawatan. Mahathir desak PakLah letak jawatan. Zaid Ibrahim dan Ku Li pun desak PakLah letak jawatan. UMNO Pahang desak Adnan Yaakob letak jawatan. (Eh pemimpin Parti mana tu? Hehehe..)

Berbalik kepada isu bukti. Betul memang ada bukti? Macam kes Saiful Bukhari-Anwar kah? Bukti Pusrawi ke HKL? Kalo ada bukti persilakan, sekiranya TIADA BUKTI, tiada saksi,Maka sudah cukup untuk mengatakan ia sebagai satu fitnah dan konspirasi. (Teringat kata-kata Saiful “Yang benar pasti berdiri yang batil pasti roboh… “). Ketiadaan bukti dari Pusrawi dan HKL bahawa Saiful diliwat sudah cukup mengatakan “Yang benar sudah berdiri dan yang batil pasti roboh..” :)

6. Apabila media arus perdana menyiarkan sesuatu berita, mereka anggap itu permainan jahat media milik kerajaan tetapi apabila media mereka menyebarkan fitnah dan tohmahan mereka anggap itu kebebasan media.

Ya media arus perdana semuanya "baik²". Semua orang tahu,sebab itulah PRu12 mengalami kekalahan teruk kerana salah satunya adalah kerana "kebaikan" media arus perdana. Rakyat semua pandai dan reti menilai yang mana fitnah yang mana kebenaran. Biarpun disiarkan dimana-mana media, sama ada media proKerajaan atau ProPembangkang, rakyat sudah ‘moden’.Mereka tahu berita mana yang nak menutup mata dan telinga mereka.

Tengok jawapan saya no 14 kerana saya sudah menghuraikan perkara yang sama sebagai bukti bahawa media arus perdana memainkan peranan penting asset rejim kerajaan.

7. Apabila kerajaan menghantar anggota polis yang ramai ke kawasan pilihan raya mereka akan kata, itu usaha untuk menakutkan pengundi tetapi apabila mereka menang, mereka kata pasukan keselamatan telah menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

mengapa timbul isu menakutkan pengundi?

Dari segi adat dan sejarah pilihanraya sebelum ini sekalipun, tidak pernah berlaku polis lebih ramai daripada penyokong di Pos Pos pengundian. Dan yang ketara pelik, ramai mereka itu hanya di kawasan Pos Pos pembangkang. Di Pos ProKerajaan tidak ramai pula yang berkawal. Maka dari segi adatnya, pengundi yang tidak biasa maka mereka akan merasa keanehan ini.

Apapun,pihak polis memang melaksanakan tanggungjawab mereka. Dalam hal ini bukan polis tidak bersalah, mereka hanya menjalankan tugas "orang atasan" yang mengkontrol mereka.

8. Apabila mereka menang pilihan raya, mereka akan kata rakyat semakin menolak BN tetapi apabila mereka kalah, mereka akan tuduh BN guna pengundi hantu dan SPR tidak telus.

Kira-kira sepuluh tahun dahulu buku "IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah" oleh Abdul Mutalib Mohd Daud. Buku itu memaparkan agenda tersembunyi dan terancang pihak berkuasa untuk mengeluarkan kad pengenalan palsu kepada pendatang Filipina bagi membolehkan mereka mengundi di Sabah. Abdul Mutalib walaupun seorang ahli UMNO Sabah tetapi beliau rasa terpanggil untuk mendedahkan konspirasi terancang itu kerana menyedari kepalsuan perlu dibongkar dan dihentikan. Buku itu bukan sahaja memaparkan bagaimana hantu-hantu itu dilahirkan hingga boleh mengundi tetapi disokong oleh butiran terperinci pengenalan asal pengundi hantu dan perbandingan dengan kad pengenalan yang dikeluarkan oleh JPN Sabah, surat beranak asal dan surat beranak palsu yang dikeluarkan kemudian dan butiran-butiran lain yang menunjukkan penulis memang melakukan kerja rumah yang begitu teliti sebelum mengeluarkan buku tersebut.

Perkara itu dibangkitkan oleh Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani dalam soalan bertulisnya di Dewan Rakyat pada 18 November 2008 yang lalu. Yang kemudiannya Menteri Dalam Negeri memberi jawapan yang sungguh tidak bertanggung jawab terhadap soalan Johari itu apabila berkata, "pihak polis tidak pernah menyiasat dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan dalam buku berkenaan". Sambil lewa dan sungguh tidak bertanggung jawab! Jawapan sambil lewa Menteri itu memperlihatkan kegagalan kerajaan untuk menyelesaikan masalah kad pengenalan palsu yang selama ini wujud di Sabah dan di negeri-negeri lain di Malaysia.

Laporan MalaysiaKini

500 'pengundi hantu' kejutkan P. Pinang

Sudah beberapa tahun Pangkalan Tentera Divisyen Dua di Georgetown, Pulau Piang ditinggalkan orang kecuali seorang pengawal keselamatan. Bagaimanapun, terdapat 500 pengundi berdaftar di kawasan kem tersebut di Jalan Sultan Ahmad, sekarang hanya himpunan bangunan-bangunan usang yang ditumbuhi rumput liar. Divisyen ini telah lama berpindah ke pangkalan baru di Bukit Gendung, yang terletak di kawasan parlimen Balik Pulau, kira-kira 20km dari kem asal. Badan pemantau pilihanraya Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel), yang diiktiraf Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), mendedahkan keganjilan tersebut.

Pendedahan itu muncul hanya beberapa hari sebelum penamaan calon pada Ahad ini. Penyelaras Mafrel bahagian utara BK Ong, yang menyifatkan daftar pemilih itu sebagai penghinaan pada demokrasi, telah melaporkan perkara itu kepada Badan Pencegah Rasuah. "Ia menjadi satu tamparan kepada kewibawaan SPR dan daftar pemilihnya (yang didakwa bersih).

Ia satu bentuk skandal dan menggugat prinsip-prinsip pilihanraya yang bebas dan adil," katanya.
"Banyak pihak memaklumkan kepada Mafrel bahawa amalan pilihanraya yang tidak adil sudah lazim di Pulau Pinang. Dan ini menjadi bukti nyata." Ong menggesa nama-nama yang didaftarkan menggunakan alamat kem tentera itu mansuhkan demi menjaga integriti daftar pemilih dan akauntabiliti SPR. Kem tentera itu bawah kawasan parlimen Tanjung, sekarang disandang pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow sejak 1999, dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota, kini dipegang wakil Gerakan, Teng Chang Yeow. Berita asal

9. Apabila ada pihak terlalu ekstrem membuat tuntutan untuk kaum tertentu mereka anggap itu kebebasan bersuara tetapi apabila ada orang Melayu yang menyokong kerajaan menyeru hak Melayu dipertahankan mereka kata itu perkauman.

Siapa agaknya yang membakar api perkauman? Masih ingat Ahmad Ismail Ketua UMNO Bukit Bendera? Sehinggakan Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN), mahu tindakan diambil ke atas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, berhubung kenyataannya yang bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina. Malah Setiausaha Agung Gerakan Datuk seri Chia Kwang Chye mengatakan sendiri bahawa ramai rakyat Malaysia kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila mengulas mengenai kenyataan Datuk Ahmad Ismail tersebut.

Tidak cukup dengan itu, gesaan supaya menarik balik dan memohon maaf daripada Gerakan (komponen BN) tidak disahut Ahmad Ismail, malah lebih ramai jentera setiakawan yang menyokongnya berkumpul megah semata-mata ingin mengatakan bahawa “Cina adalah kaum pendatang di bumi Malaysia..”

So siapa perkauman yang sebenarnya?

10. Apabila mereka kemukakan idea sampai satu dunia pun tahu, mereka kata ia demi kepentingan rakyat dan negara tetapi apabila idea itu ditolak oleh rakan pembangkang sendiri mereka kata ia idea jahat UMNO dan tohmahan untuk melemahkan pembangkang.

Pasal Kerajaan Perpaduan? Ye ke disahut oleh UMNO?

Bila PAS kata, YA, BOLEH KERAJAAN PERPADUAN, TAKDE MASALAH. TAPI BUKAN DENGAN PAS SAHAJA UNTUK WUJUDKAN KERAJAAN PERPADUAN, TAPI DENGAN PAS + PKR + DKP (komponen pembangkang) Barulah ia benar-benar Kerajaan Perpaduan.

Tapi UMNO kata plak " No.. No.. Dengan PAS je boleh... "

So soalan di sini:

Kerajaan Perpaduan macam mana yang UMNO nak sebenarnya? Adakah satu tektik atau silap mata semata-mata?Dan kalau betul sekalipun, adakah Kerajaan boleh terbina dengan hanya kerjasama komponen UMNO + PAS ?

hehehe. Namun apa yang sebenarnya, UMNO hanya nak menjadikan PAS sebagai talian hayatnya.PAS tidak akan membenarkan dirinya menjadi talian hayat untuk untuk memulihkan krisis kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno dan BN.

Krisis kepercayaan rakyat terhadap Najib, Umno dan BN kini begitu parah sehingga apa yang disebut sebagai kerajaan perpaduan hendak dijadikan talian hayat "untuk menyambung nafas mereka.

Maka kerana UMNO menyalahtafsirkan maksud Tuan Guru Haji Hadi dengan mengatakan Kerajaan Perpaduan itu hanyalah antara PAS dan UMNO,maka dengan itu Haji Hadi sendiri mengatakan ia adalah fitnah. Jelas?



11. Apabila polis melarang daripada mengadakan demonstrasi haram demi menjaga ketenteraman awam, mereka tuduh ia menyekat hak asasi manusia tetapi apabila mereka lakukan juga dan polis bertindak mengikut lunas undang-undang mereka kata, polis kejam.

Polis hanya menurut perintah, kasihan polis. Seperti yang saya sudah jelaskan,yang kejam adalah mereka yang melaungkan konon demokrasi tapi menyekat kebebasan bersuara. Yang golongan bawah ini “Polis” hanya mengikut telunjuk pemerintah kejam ini.

Sudah lupakah kamu bahawa UMNO sudah beberapa kali melakukan demonstrasi tanpa permit?Perisytiharan calon oleh Tajol Rosli MB Perak , telah mengadakan piket disekitar perkarangan Kediaman Menteri Besar pada 22 Februari 2008. Apa yang ini ada permit?

Menantu kesayangan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin yang mahu menjadi jaguh dengan mengecam Nizar dan Karpal dalam demonstrasi jalanan yang ditajanya. Khairy ini turut meminta penderhaka dihalau dari bumi Perak. Apa ini ada permit?Nampaknya, Khairy mudah lupa kerana dahulu beliau juga yang menganggap para demonstrator jalanan adalah monyet. Tetapi, sekarang kerana mempertahankan kerajaan haram di Perak, beliau sanggup menjadi monyet.


12. Apabila UMNO hendak berbincang sesuatu isu dengan MCA atau MIC, mereka akan dakwa UMNO takut kepada kedua-dua parti itu tetapi apabila mereka hendak berbincang sesama sendiri, mereka kata ia melambangkan kesepakatan.

UMNO kan parti yang kuat, mana mungkin tunduk kepada MIC dan MCA? Tak gitu? Dakwaan yang ada sekarang ini adalah PAS tunduk kepada DAP, dan semua ini dimainkan oleh penyokong hatta media ProKerajaan. Semua mengatakan PAS tunduk kepada DAP. Jangan nak pusing kenyataan dan fakta sesuka hati, siapa yang tuduh siapa sekarang ini?


13. Apabila UMNO berikrar terus perjuangkan hak orang Melayu berdasarkan Perlembagaan, mereka anggap UMNO perkauman tetapi apabila mereka beria-ia menuntut untuk kaum tertentu, mereka kata itu demi kesamarataan sebagai rakyat Malaysia.

Jwpn sama dengan di atas :

Siapa agaknya yang membakar api perkauman? Masih ingat Ahmad Ismail Ketua UMNO Bukit Bendera? Sehinggakan Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN), mahu tindakan diambil ke atas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, berhubung kenyataannya yang bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina. Malah Setiausaha Agung Gerakan Datuk seri Chia Kwang Chye mengatakan sendiri bahawa ramai rakyat Malaysia kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila mengulas mengenai kenyataan Datuk Ahmad Ismail tersebut.

Tidak cukup dengan itu, gesaan supaya menarik balik dan memohon maaf daripada Gerakan (komponen BN) tidak disahut Ahmad Ismail, malah lebih ramai jentera setiakawan yang menyokongnya berkumpul megah semata-mata ingin mengatakan bahawa “Cina adalah kaum pendatang di bumi Malaysia..”

So siapa perkauman yang sebenarnya?


14. Apabila ada rakan dalam pembangkang menuduh BN macam-macam, mereka kata, itu bagus tetapi apabila kenyataan mereka disanggah oleh rakan sendiri mereka akan kata media putar belit fakta dan cuba melaga-lagakan pembangkang.

Tak perlu kata bagus atau tidak bagus. Tak perlu buat justifikasi, sekiranya ada bukti, kita Go On. Sekiranya takde bukti, kita Let Go.Putar belit atau tidak putar belit kita sudah terang lagi nyata.

Siapa yang berkuasa mengawal media? Saudara sudah tahu jawapannya bukan?

Contoh melalui media:

Kes Tok Guru saman Tv3.
Kes Pas Parit buntar saman Tv3.
Pas Kelantan saman tv3 kerana dakwa ADUN terlibat rasuah.
Koperasi Kakitangan Malaysia Airports Berhad (KOMAB) saman RM160 juta terhadap TV3 kerana mendakwa difitnah

Semua ini belum cukupkah? Sudah berapa saman dikeluarkan? Ini membuktikan bahawa betapa putarbelitnya media BN. Dan satu lawak bodoh yang pernah dibuat oleh Tv3 adalah mengenai kejayaan Madihah. Madihah pelajar daripada sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) bawah kelolaan Kerajaan PAS Kelantan iaitu Maahad Muhammadi Perempuan, dikatakan adalah pelajar dari Sekolah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat (Sekolah Kerajaan) setelah berjaya membanggakan Malaysia dengan pencapaian 20A. Kemudian pemberian rumah 120 ribu kepada keluarga Madihah yang sebenarnya diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dikatakan diberikan oleh YB UMNO Kota Bharu. Yang ni belum cukup hujah mengatakan media ini putar belit?

Tapi segala tuduhan yang dikatakan sebagai “Fitnah” oleh anda pula tidak pernah dibawa ke mahkamah. Atau bertindak menyaman balik pihak yang menuduh.

Kes Najib?

Bala apa cerita?
Raja Petra apa cerita?

Ada tindakan yang diambil Najib kepada mereka berdua?

Rosmah?

Ada Rosmah ambil tindakan kepada mereka yang “mengeluarkan video Rosmah Puaka?
Ada Rosmah mengambil tindakan kepada “Mahasiswa PMIUM ?

Betapa banyak ruang yang ada,betapa banyak kuasa yang ada sekalipun Najib dan Rosmah tidak akan mengambil tindakan apa-apa. Walau gesaan pembersihan nama oleh Pembangkang kepada Najib sekalipun tidak akan membibitkan apa-apa suara dari diri Najib sendiri. Biar media dan wartawan 11 press asing sekalipun kata kepada Najib, tapi Najib akan tetap berdiam diri.Kerana apa? Kerana tidak mahu diheretkan ke mahkamah. Kerana gerun Hantu Altantuya tiba-tiba muncul.

P/s : Teringat kes fitnah Adun UMNO Paloh, Datuk Nozula Mat Diah kepada Husam Musa, dengan pelbagai tuduhan liar, dan fitnah jahat. Bilamana Husam Musa mengatakan akan menyaman balik sebanyak 6 juta, terkedu Nozula maka cepat-cepat pergi minta maaf dengan Husam. Kes ini diselesaikan diluar mahkamah dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Alhamdulillah, walaupun dah masuk dua tahun baru nak minta maaf, walau pun lambat,lebih baik dari tak langsung. Sekurang kurangnya Allah dah beri petunjuk sebelum masuk kubur,cepat insaf dan bertaubat.



by JilFityan

3 comments:

Mohd Sufian said...

Menangkis penafian penyokong tegar PAS... Memang dari blog YB Raz pun, namun bersumberkan Utusan Malaysia (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0628&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm).

Dalam blog saudara ni pun banyak hasil tulisan syeikh adalah "copy paste"kan, Jawapan bidasan Syeikh pun banyak "Copy Paste". Hehe... Konar syeikh, Jangan tak konar.

Jil Fityan said...

Wah, terbalik, tidak timbul pulak pasal jawapan kepada persoalan. Yang timbul adalah persoalan "copy paste" tu. Hahaha.

Memang saya copy paste pun, yang daripada Zaharudin saya cakap ambik dari Zaharuddin. Sbb pendapat ulamak semasa itulah sebagai pedoman dan petunjuk.Yang daripada akhbar, (Malaysiakini) kita cakap amik daripada Malaysiakini sebab saya bukan wartawan. Takleh pikir ka?

Piann piann...

Apa yang penting adalah bidasan dan jawapan balik kepada segala persoalan yang diutarakan. Baguslah kalo daripada Utusan, sbb "copy paste" dari utusan ni ramai yang baca. Harap dengan jawapan balik ini akan membuka minda mereka yang tertutup dengan Utusan Meloya ini.

Saya dah agak apa jawapan kamu dari awal lagi Pian. Kamu mengutarakan soalan di Blog saya panjang lebar,dan apabila saya menjawab kamu tidak akan terima jawapan dan akan kata " Konar jangan tak konar.. ".

Itulah trademark kamu kamu awal. Meng"konar" kan orang walhal orang lain boleh nilai siapa konar siapa tak konar. Di Blog kamu sendiri http://www.sufianblog.com betapa ramai yang bidas kamu sekalipun, semua kamu pukul rata dan cakap perkara yang sama. " Konar jangan tak konar.. ". :)

Apa-apa sajalah Pian Al-Konari. Nak kata apa pun katalah. Oh ya,kamu memberi saya persoalan tapi saya belum memberikan persoalan kepada kamu.

p/s : Tak perlu tanya kenapa Najib tak suruh Rosmah pakai tudung, nanti pening Pian Al-Konari nak jawab.

umi abrar said...

konar-konar atas landasan yang betul x apa...konar-konar terus masuk gaung yang x tahan tu...bak kata muhyidin tpm, mansuh ppsmi untuk kembali ke landasan yang asal ...kira cam pulang ke pangkal jalan la...sib baik tiga pat tahun je sesat...x sempat masuk gaung lagi...cik pian ni nampak cam bijak kona je...bak kata org kelantan...SKMK...silap konar mapuh keras....

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.