Subscribe

Nyawa-nyawa Ikan lebih baik dari Tidak bernyawa


Kemenangan PAS dengan majoriti 65 undi diakui sangat tipis dan nyawa-nyawa ikan. Memang ketika PRK MU dua hari lepas kita menghadapi saat yang sukar. Mempertahankan kerusi yang sudah tersedia milik kita sebelum ini,agar tidak jatuh ke tangan UMNO BN. Dan akhirnya, kemenangan berpihak kepada kita walaupun ianya tipis. UMNO terpaksa akur dengan kuasa yang ada pada tangan warga Manek Urai.

Janji manis yang ditabur, wang yang dihulur kepada pengundi, siap paksaan bersumpah dengan nama Allah supaya mengundi UMNO, merupakan antara faktor PAS menang dengan majoriti yang tipis. Selain itu, berlaku pergeseran dalam PAS yang menyebabkan penyokong PAS berkecamuk dalam menentukan keputusan. Ini juga menjadi faktor kemenangan 'nyawa-nyawa ikan' tersebut.

Walau apapun, nyawa-nyawa ikan itu lebih baik dari terus tidak bernyawa. Walau kita diasak dengan pelbagai medium, (Tv + Radio + Akhbar + ceramah + janji + duit), rakyat masih memberi mandat kepada calon PAS. Terima kasih warga Manek Urai kerana tetap percaya kepada kepimpinan ulamak. Dalam pada itu, Yang tidak bernyawa langsung, (UMNO) tidak boleh berlapang dada dengan dakwaan juga menang (menang moral + menang sorak). Dan yang sepatutnya bermuhasabah adalah parti UMNO . Muhasabah mengapa kekalahan demi kekalahan menimpa mereka dalam setiap PRK di Semenanjung ini.

UMNO tak perlu mengaburi rakyat bahawa mereka sudah ada kekuatan. UMNO tak perlu mengaburi mata rakyat dengan menjadikan isu puteri UMNO yang menjadi mangsa balingan botol air dan batu sebagai isu yang besar dan menutup mata rakyat bahawa mereka tetap kalah dan kalah lagi dalam setiap PRK yang berlansung. UMNO sepatutnya sedar, bahawa kepimpinan Najib 1Malaysia tidak ada bezanya dengan zaman PakLah. Kedua-duanya gagal. Sepatutnya PRK yang berlansung pada zaman Najib ini menjadi garis penentu dan penilai kepada kepimpinan yang diterajui sekarang. Namun hakikatnya sama sahaja. Dua-dua fail, dua-dua gagal.

Teringat kata-kata Pendekar Mustar .."Ini bukan cobaan, ini betul-betul.. "

by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.