Subscribe

Pendakwah mesti bertegas bila berbicara dasar Islam


Bila membicarakan soal agama, metodologi yang perlu kita ambil adalah dengan bertegas disamping berhemah. Tidak kira skop dan perkara apa sekalipun perbincangan kita.Bila berbicara mengenai akidah, kita bertegas dengan akidah mentauhidkan Allah. Kita mengiyakan,membenarkan keimanan dari sudut hati, lisan dan pelaksanaan dengan anggota. Dan bila kita berbicara mengenai ketetapan hukum Allah terhadap makhluk-Nya, kita wajib bertegas dengan ketetapan yang diwajibkan. Perkara yang wajib akan selama-lamanya wajib selagi tidak ada darurat yang memaksa.Dalam erti kata, yang putih kita kata putih, dan yang hitam kita kata hitam. Tiada kompromi antara yang benar dan batil. Dan tidak ada campur aduk antara kedua-duanya. Kerana mereka bersikap sebaliknya adalah Kafir di sisi Allah.

Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan Rasul-Nya, ingin memisahkan antara Allah dan Rasul-Nya dan mengatakan kami beriman kepada sebahagian (ayat), dan kafir kepada sebahagian yang lainnya serta mereka yang ingin ambil jalan (tengah) diantara itu, mereka itu adalah orang-orang kafir yang sebenar-benarnya. Dan kami telah menyiapkan bagi orang kafir siksaan yang pedih.

Allah memaktubkan mereka dengan kafir, dengan mentasydidkan lagi dengan ‘sebenar-benar kekafiran’ bagi mereka yang tahu,yang sampai peringatan kepada mereka, beriman kepada Allah, tetapi telah memilih jalan songsang dengan mengambil separuh, dan ‘kafir’ kepada separuh yang lain daripada ayat Allah.

Oleh itu,sikap dan pendirian pendakwah hendaklah bertegas bila membicarakan soal dasar Islam bilamana berhadapan dengan golongan-golongan ini. Sungguhpun pendekatan dakwah mempunyai pelbagai kaedah dan bentuk, penyampaiannya seperti berlembut dan berhemah namun jika ianya melibatkan dasar dan hukum Islam, ianya mesti diterangkan secara jelas dan tegas. Firman Allah:

Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka ialah jahannam. Dan itu adalah tempat kembali yang seburuk-buruknya.
(Surah al-Taubah: 73)

Bila berhadapan dengan kaum munafik khususnya, Allah menyarankan supaya kita bersikap tegas dan keras. Kerana mereka orang munafik sudah mengetahui dan sampai kepada mereka kebenaran ayat Allah. Sudah mengerti bahawa ketetapan hukum yang disarankan Allah wajib dilaksanakan,namun mereka mengkesampingkan sebahagian dan mengabaikan sebahagian yang lain. Dalam erti kata, menjadi Aasi kepada Allah walaupun sudah datang keterangan dan ayat Allah yang jelas.Sikap dan perilaku munafik ini wajar ditentang walau dengan apa cara sekalipun. Kerana sekiranya tidak ditentang, akan memberi kemudaratan kepada agama Islam,dan orang Islam itu sendiri. Menjadi tali barut, pemecahbelah umat Islam walaupun mereka mengucap dua kalimah syahadat.4 ciri golongan munafik :

1) Apabila bercakap mereka berbohong.
2) Apabila berjanji mereka tidak menepati janji.
3) Apabila diberi amanah mereka khianat.
4) Apabila bergaduh melampau batas.

Justeru, sikap pendakwah yang sejati, yang ingin menegakkan Islam yang sebenar di bumi Malaysia,perlu meneruskan perjuangan salafussoleh,dengan berterusan berdakwah kepada masyarakat dengan kebenaran ayat Allah.Bercakaplah benar walaupun ianya pahit. kebenaran perlu dizahirkan dan dikatakan walaupun ia pahit seperti sabda Rasulullah yang bermaksud “Berkatalah benar walaupun ia pahit,” Ini kerana kebenaran akan sentiasa disusuli dengan ujian dan cabaran untuk menguji ketulenan kebenaran yang kita tunjukkan. Bersabarlah, kerana Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar. Jangan bimbang,Allah akan sentiasa dengan janjinya, akan menolong orang yang menegakkan kebenaran.

by JilFityan.



3 comments:

Jil Fityan said...

1) Kafir dalam pengertian yang paling glamour ialah orang yang bukan Muslim. Dalam agama ISLAM pulak KAFIR terbesar ialah apabila tidak perasan/tidak sedar bahawa TUHAN itu wujud, keberadaan Tuhan, dan tidak sedar bahawa manusia PERLU dan bergantung penuh pada ketetapan hukum hakam Tuhan.

Asal makna kafir (al-Kufr) itu adalah penutupan (taghtiyyah wal-sitr) iaitu tertutup dan terlindung daripada penglihatan. Dalam hubungan ini maka malam itu disebut juga dari sudut bahasa sebagai kafir kerana ia melindung daripada penglihatan. Kerana apa? Kerana sifatnya yang gelap.

Oleh kerana perkataan Kafir itu adalah dalam bahasa Arab, maka marilah kita tengok pengertian Kafir dari sudut Istilahnya mengikut bahasa Arab.Pengertian kafir dari segi istilah ialah mengingkari (juhud) dan mendustakan/memesongkan sesuatu yang difardhukan oleh Allah supaya mengimaninya, selepas sampainya dakwah dan dikemukakan hujah yang jelas dengan kedatangan utusan Allah.

Sering dikatakan orang yang KAFIR ini akan disiksa. Dengan hanya mengambil pengertian kafir sebagai TIDAK PERASAN/tidak SEDAR, maka TERANGlah bagi kita bahawa MEMANG benar orang yang tak perasan itu akan tersiksa.

contoh:

Jika saya TIDAK PRASAN/SEDAR bahawa jika AIR kosong dalam engine kereta boleh menyebabkan kepanasan yang melampau, maka saya PASTI sengsara bila mana engine mula memanas akhirnya engine pun rosak, dan suasana ini akan menyiksakan saya, saya terpaksa berhenti ditepi jalan dan pastinya menyusahkan .

Begitu juga orang kristian yang TIDAK sedar akan keagamaan ISLAM, maka boleh la di kategorikan KAFIR akan keagamaan ISLAM, dan begitulah sebaliknya.

Jil Fityan said...

2) Definisi qur’aniyyah pula dengan merujuk ‘orang kafir’, Kita boleh rujuk di surat Al-Kahfi ayat 100 dan 101.

Ayat 100, “dan Kami nampakkan Jahannam pada hari itu kepada orang-orang kafir (Al-Kafiriin) dengan jelas.”

Ayat seterusnya 101,

“yaitu orang-orang yang matanya dalam keadaan tertutup dari zikri’
‘memperhatikan’) terhadap tanda-tanda kebesaran-Ku, dan adalah mereka tidak sanggup mendengar.”

Dari dua ayat di atas, maka definisi qur’aniyyah dari kata ‘kafir’. Al-Kafiriin, atau orang-orang kafir, adalah mereka yang matanya tertutup dari ‘zikri’ terhadap tanda-tanda kebesaran Allah, dan telinganya tidak sanggup mendengar.

Jika demikian, apakah orang yang kebetulan ketika lanjut usia ia menjadi tuli atau menjadi buta disebabkan usia tua, apakah ia bererti ditakdirkan akan mati dalam keadaan kafir? Kerana kegelapan penglihatan fizikal yang dialaminya?Atau, jika seseorang kebetulan ditakdirkan tuli atau buta sejak lahir, apakah ertinya ia ditakdirkan untuk hidup sebagai orang kafir? Kerana kehilangan pendengaran fizikalnya yang dialaminya?Sama sekali bukan kerana bukan keinginannya seseorang mahu dilahirkan sebagai orang buta atau tuli. Apakah Allah menakdirkannya kafir kerana kebetulan lahir sebagai orang tuli atau buta?

Tentu jawabannya tidak. Semua orang, termasuk mereka yang buta atau tuli, diberi-Nya kesempatan untuk mati kelak dalam keadaan diredhai-Nya.

Jika demikian, mata dan telinga mana yang tertutup?

Jawabannya dari Al-Qur’an surat Al-Hajj (22) ayat 46.

“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah qalb-qalb mereka (quluubun) yang ada di dalam dada.”

Dari definisi Qur’an tersebut, kesimpulannya yang disebut ‘kafir’ bukanlah sahaja kepada orang yang berbeza agama. Yang disebut kafir juga adalah mereka yang mata dan telinga qalb di dalam dadanya tidak berfungsi hatta ISLAM AGAMANYA. Asal kata ‘kafir’ dan ‘kufur’ adalah ‘kafara’ yang ertinya ‘tertutup’ Dalam BI (bahasa Inggeris)menjadi ‘cover’ yang bermaksud 'penutup). ‘Kafir’ adalah mereka masih yang tertutup dari ‘Al-Haqq’ (kebenaran mutlak).

Mohd Sufian said...

Pakatan Pembangkang sudah memiliki sikap yang saudara katakan itu:

1. Apabila keputusan mahkamah menyebelahi mereka, ia akan dianggap melambangkan ketelusan badan kehakiman tetapi apabila keputusan sebaliknya, mahkamah akan dituduh berat sebelah dan berlaku campur tangan kerajaan.

2. Apabila mereka merancang menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang pada 16 September lalu dengan cara hendak membeli 31 anggota BN, mereka anggap ia demokrasi. Tetapi apabila BN menubuhkan kerajaan di Perak setelah ada wakil rakyat pembangkang menjadi calon Bebas mereka kata ia pencabulan demokrasi dan terpekik terlolong mahukan DUN dibubarkan.

3. Apabila ada pemimpin mereka didakwa di mahkamah, mereka anggap itu fitnah, tetapi apabila mereka menuduh pemimpin BN dengan niat memburukkan beliau, mereka kata ia demi keadilan.

4. Apabila UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC, mereka anggap ia perbuatan salah tetapi apabila mereka bekerjasama dengan DAP, mereka kata parti mereka untuk semua.

5. Apabila ada pemimpin UMNO atau BN didakwa terlibat dengan kegiatan tidak moral, mereka desak letak jawatan tetapi apabila ada pemimpin mereka terlibat biarpun ada bukti, mereka kata ia konspirasi dan itu soal peribadi.

6. Apabila media arus perdana menyiarkan sesuatu berita, mereka anggap itu permainan jahat media milik kerajaan tetapi apabila media mereka menyebarkan fitnah dan tohmahan mereka anggap itu kebebasan media.

7. Apabila kerajaan menghantar anggota polis yang ramai ke kawasan pilihan raya mereka akan kata, itu usaha untuk menakutkan pengundi tetapi apabila mereka menang, mereka kata pasukan keselamatan telah menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

8. Apabila mereka menang pilihan raya, mereka akan kata rakyat semakin menolak BN tetapi apabila mereka kalah, mereka akan tuduh BN guna pengundi hantu dan SPR tidak telus.

9. Apabila ada pihak terlalu ekstrem membuat tuntutan untuk kaum tertentu mereka anggap itu kebebasan bersuara tetapi apabila ada orang Melayu yang menyokong kerajaan menyeru hak Melayu dipertahankan mereka kata itu perkauman.

10. Apabila mereka kemukakan idea sampai satu dunia pun tahu, mereka kata ia demi kepentingan rakyat dan negara tetapi apabila idea itu ditolak oleh rakan pembangkang sendiri mereka kata ia idea jahat UMNO dan tohmahan untuk melemahkan pembangkang.

11. Apabila polis melarang daripada mengadakan demonstrasi haram demi menjaga ketenteraman awam, mereka tuduh ia menyekat hak asasi manusia tetapi apabila mereka lakukan juga dan polis bertindak mengikut lunas undang-undang mereka kata, polis kejam.

12. Apabila UMNO hendak berbincang sesuatu isu dengan MCA atau MIC, mereka akan dakwa UMNO takut kepada kedua-dua parti itu tetapi apabila mereka hendak berbincang sesama sendiri, mereka kata ia melambangkan kesepakatan.

13. Apabila UMNO berikrar terus perjuangkan hak orang Melayu berdasarkan Perlembagaan, mereka anggap UMNO perkauman tetapi apabila mereka beria-ia menuntut untuk kaum tertentu, mereka kata itu demi kesamarataan sebagai rakyat Malaysia.

14. Apabila ada rakan dalam pembangkang menuduh BN macam-macam, mereka kata, itu bagus tetapi apabila kenyataan mereka disanggah oleh rakan sendiri mereka akan kata media putar belit fakta dan cuba melaga-lagakan pembangkang.

P/s: SalafusSoleh ke kalau tinggalkan pendapat Para Sahabat? Hehe. Pinjam kata-kata pinjangga saudara: "Tak Gitu?"

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.