Subscribe

Post Mortem PRKN41 Manik Urai -KelanaJiwa



Assalamualaikum…

Kemenangan PAS dalam PRK N41 Manik Urai dengan hanya majoriti 65 undi memang sesuatu yang menggembirakan UMNO dan BN. Ini kerana pada pendapat mereka, mereka telah berjaya mengurangkan majoriti kemenangan PAS pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Sedikit fakta PRU 12 – N41 Manik Urai

Ismail Yaacob (PAS) – 5,746 undi
Zulkepli Omar (UMNO) – 4,394 undi
Majoriti – 1,352 undi


Jika dilihat daripada angka-angka tersebut, sememangnya nampak sebenarnya majoriti PAS telah berkurangan kepada hanya 65 undi daripada 1,352 undi. Untuk melihat lebih dekat, kita perlu menganalisa secara lebih terperinci dengan mengambil kira fakta-fakta yang ada. Sebenarnya juga kita tidak boleh membuat penilaian hanya berdasarkan angka-angka sahaja dan secara mudah pula menyimpulkan bahawa PAS sudah mengalami kemerosotan. Iya lah, kalau hanya dilihat kepada angka tersebut, memanglah berlaku kemerosotan, tetapi jangan lupa kepada fakta PRU 11 pada tahun 2004 yang mana pada waktu tersebut, faktor fenomena ‘Pak Lah’ sebagai Mr Clean telah mencatatkan seperti berikut :

Zulkepli Omar (UMNO) – 4,362 undi

Mohd Zamzuri Mat Lazim (PAS) – 4,309 undi

Majoriti - 53 undi

Jadi, UMNO tak perlu jangan berdabik dada bahawa mereka telah berjaya mengurangkan majoriti PAS kerana pada asasnya UMNO juga pernah menang di kerusi yang sama hanya dengan majoriti 53 undi sahaja, dan pada waktu itu pun kesan atau impak kemenangan adalah disebabkan ‘Mr Clean’. Tapi, mana dia impak kemenangan atas faktor JIBTUYA?????

Fakta PRK N41 Manik Urai adalah :

PAS – 5,348 undi

UMNO – 5,283 undi

Majoriti – 65 undi


Secara ringkasnya, berdasarkan angka-angka di atas (tidak mengambil kira faktor setempat, kempen dan pola pengundi), maka undi PAS hanya hilang sebanyak 398 undi sahaja berbanding pilihanraya umum yang lepas, manakala penambahan undi UMNO sebanyak 889 adalah datangnya daripada orang UMNO sendiri yang sebelum ini (PRU 12) tidak keluar mengundi tetapi dengan tekanan dan kempen berterusan BN untuk menang, maka pengundi-pengundi yang tidak keluar mengundi sebelum ini dikerah untuk keluar mengundi. Manakala jika dibandingkan dengan PRU 11 (2004) dan PRU 12 (2008), undi PAS sebenarnya telah berlaku peningkatan yang mendadak sebanyak 33.35% sedangkan peningkatan undi UMNO hanya berlaku peningkatan sebanyak 0.734% sahaja.

Dan pada pilihanraya kecil kali ini, sememangnya berlaku penurunan undi daripada 5746 undi kepada 5348 undi dan hanya mewakili 7.44% sahaja iaitu sebanyak 398 undi. Faktor penurunan ini tidak boleh diambil kira secara mutlak tanpa mengambil kira faktor PRU 11 dan PRU 12 yang mana telah meningkatkan majoriti sokongan kepada PAS sebanyak 33.35%.

Jika diteliti daripada buku daftar pemilih, maka kita akan tahu angka yang sebenarnya yang boleh dijadikan sandaran iaitu berapa banyak peningkatan pengundi baru berbanding tahun 2004, 2008 dan 2009. Maka, pada pendapat saya mengenai penurunan undi kepada PAS dalam PRK ini sebenarnya tidak menjejaskan kedudukan PAS kerana masih dapat mempertahankan jumlah undi yang hampir sama dengan apa yang diperolehi sewaktu PRU 12 yang lalu dan dapat mengekalkan momentum penyokong atau pengundi PAS yang setia yang memenangkan PAS pada PRU 12 berbanding PRU 11. Jumlah penurunan undi sebanyak 398 itu masih lagi boleh diselidiki atau dianalisa ke mana hilangnya. Tetapi, pada pandangan saya, ianya mungkin berpunca daripada faktor-faktor berikut :

1. Pengundi atau penyokong PAS yang tinggal di luar (daerah/negeri/negara) tidak dapat balik mengundi kerana hari mengundi di adakan pada hari bekerja dan hari persekolahan

2. Sebahagian pengundi mencongak untuk tidak balik kerana ‘confirm PAS menang walaupun aku tak balik’

3. Faktor kewangan kerana diadakan pada pertengahan bulan

Faktor kemerosotan undi terhadap PAS akibat daripada kempen UMNO dan BN dalam PRK ini hanya faktor sampingan sahaja dan sebenarnya tidak langsung menggugat kedudukan PAS, tetapi ianya telah mempengaruhi pengundi yang pada PRU 12 tidak keluar mengundi untuk keluar membuang undi. Ini mungkin dapat diteliti daripada senarai nama pengundi yang keluar mengundi pada hari ini berbanding pada PRU 12 yang lalu, maka kita akan tahu jawapannya. Maka peningkatan sokongan terhadap UMNO iaitu sebanyak 20.23% berbanding PRU 12 adalah berdasarkan faktor berikut :

1. Projek mee segera

2. Janji-janji pembangunan (jambatan dan sebagainya)

3. Kempen berterusan di media dan jentera kerajaan

4. Politik wang sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.com

5. Kerjasama erat dengan SPR dan Polis


Oleh itu, kepada penyokong dan pendokong PAS tidak perlu khuatir dengan situasi ini kerana ianya bukan suatu fenomena yang sebagaimana diperkatakan oleh UMNO dan BN yang kini sedang mendabik dada bahawa mereka telah berjaya mengurangkan majoriti PAS. Namun, jangan memandang analisa yang dibuat ini sebagai langkah mudah untuk memberi alasan. PAS tetap perlu bekerja keras bagi memastikan sokongan terhadap satu-satunya parti berteraskan ISLAM di bumi Malaysia ini berkembang dan bergerak ke hadapan.

Analisa ini dibuat hanya berdasarkan angka-angka sahaja dan tidak berdasarkan senario setempat kerana tidak punya maklumat.

By Kelanajiwa

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.