Subscribe

UMNO dan bantuan Mee Segera



Jpwn bocor pemimpin UMNO bila diajukan mengenai bantuan Mee Segera :

"Semua ini untuk keselesaan rakyat jugak. Bagi salah tak bagi pun salah..Baik bagi dari tak bagi"

Komen aku:

Betul untuk keselesaan rakyat, hang nak bagi pun bagilah. Rakyat pun akan terima bantuan hang sebab hang kasi.

Tapi hang jangan salahkan rakyat bila rakyat tolak kepimpinan hang, hang jangan salahkan rakyat andai rakyat terima apa yang hang kasi tapi tak bagi satu sen pun undi untuk hang. (shahrizat kata Kelantan mundur sebab rakyat salah terima kepimpinan ulamak,pertikai doa Nik Aziz sebab dia kata 18 tahun perintah tapi tetap mundur)

Hang jangan ingat semua orang atas dunia ini dahaga dan lapar "pitis" dan "bantuan" hang. Hang jangan ingat semua orang boleh dibeli dengan "pitis" dan "bantuan" hang. Tak semua orang hang boleh pukul rata nak "pitis" dan "bantuan" hang. Rakyat Kelantan lebih kenyang santapan rohani daripada menyantap "pitis" dan "bantuan" yang hang berikan.

Nasihat aku,Hang kena ingat satu je. Mengapa rakyat tolak hang adalah kerana rakyat sudah kenal siapa hang sebenarnya, fe'el hang macam mana. dan pasal apa hang bagi bantuan. So berubahlah.

P/s : Penduduk Manik Urai berpeluang untuk menjadi OKB (Orang Kaya Baru) hanya dlm beberapa hari sahaja lagi. Kesempatan yang ada ni,bolehlah kalian minta apa yg diidamkan, Jangan bimbang, BN (Beri Nikmat) bak kata sesetengah "orang" mampu merealisasikannya.


Manek Urai: 6,000 pelajar dapat uniform, beg sekolah


Jul 5, 09 9:32pm

Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerianberkenaan.

"Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah menyatakan kepada saya untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manek Urai tanpa seorang pun terkecuali.

"Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Operasi BN di Manek Urai hari ini, lapor Bernama.

Mustapa berkata sebagai permulaan 300 pelajar telah menerima bantuan itu mulai hari ini dan kesemua bakinya akan menerima secara berperingkat.

Sebelum itu Mustapa sendiri telah menyampaikan bantuan itu bagi mewakili Muhyiddin di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

Terdapat 10 buah sekolah rendah, 12 menengah dan sebuah sekolah aliran Arab di Manek Urai.

sumber, Malaysiakini

by JilFityan

p/s : Kasi jangan tak kasi~!!


3 comments:

Mohd Sufian said...

Kang Kerajaan UMNO/BN tak kasi pembangunan kang cakap Kerajaan ZALIM lah, PM itu FIRAUN lah. Polis Zionis lah. Hahahaha...

Jil Fityan said...

Pembangunan itu WAJIB dilaksanakan oleh pemerintah yang mentadbir negara. Kalo PR memerintah sekalipun WAJIB melaksanakan amanah sebagai pemerintah.

Soal tak kasi pembangunan itu bukan hak KERAJAAN. Hak memberi pembangunan dan kemajuan kepada rakyat adalah HAK RAKYAT yang WAJIB ditunaikan oleh PEMERINTAH.Dan SEMEMANGNYA kerajaan akan menjadi zalim sekiranya tidak menunaikan hak rakyat.

Tambah² pemberian Projek Pembangunan secara bermusim dan berkala hanya pada waktu tertentu. Pada Musim Pilihanraya semata-mata.

ps: Teringat kes royalti yang ditukar kepada wang ehsan di Terengganu.

ummi abrar said...

YK (Yang Kalah) Shahrizat Jalil kata dia menitiskan airmata tengok rakyat kelantan hidup dalam keadaan mundur serba serbi....isk, terharu dengar YK Shahrizat kata gitu....katanya TGNA asyik doakan apa pun tak tau..."perjuangan BN lain, kita berdoa untuk menang, kita buat kerja dengan keikhlasan..."...sedaplah mulut anda YK oooi....who cares about your prayer...apa yang YK peduli kalah atau menang....cam YK pun, kalah lawan si hingusan cam Izzah Anwar tapi still leh ada jawatan taraf menteri...so xyah cakap la pasai menang kalah YK ooii....kalau anda ikhlas takde la masa nak PRK baru nak menitiskan airmata...patutnya anda menitiskan airmata masa Dato' Mustapha Muhamad mengaku dalam sidang DUN Kelantan betapa kerajaan pusat dengan sengaja menyekat bantuan kewangan yang sepatutnya menjadi milik dan hak rakyat kelantan...betapa tergamaknya seorang anak negeri menyokong apabila orang nak sekat bantuan kepada negeri sendiri....sanggup tengok orang kampung sendiri mundur....hayyooo....sandiwara semasa korang dah tak laku la...konon la menitik air mata....piiiirrrraaaaaahhhhhhhh!!!!!!!!!

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.