Subscribe

UMNO Syok Sendiri ,Tiga Suku


Kesian UMNO. Rupanya UMNO sudah sampai kepada tahap kritikal. Kroniknya sudah sampai ke tahap gila. Kadang-kadang kesian jugak kepada parti yang konon bela Melayu ini. Sindrom 'gila' ini tidak berapa berbahaya kepada parti itu sebelum ini (sebelum PRu12), malah ketika itu semua sihat bersemangat sampai wujud slogan "Pade Doh" di Kelantan suatu ketika dahulu. (tapi kalah jugak)

Kini gilanya itu sudah ke tahap parah dan sukar untuk diubati. Sekarang ini tidak boleh sebut pasal "PAS", terus senyum sorang-sorang, mata jadi cerah persis orang gila talak. Semua nak bersuara, semua nak berkokok. Tu pasal berdentum-dentam keluar kenyataan bertali arus daripada pemimpin UMNO brand ayam ternak (bak kata PEWARIS) seperti "Nik Aziz Sedia Lupa Sengketa Politik dengan Pusat" "Mustafa, Nik Aziz Muafakat" "Sengketa Wajar diLupakan" "MT Umno akan Bincang" "UMNO,PAS ada persamaan" sebab semua dah cerah mata bila dengar perkataan "PAS" ni.

Tak kurang juga ada kenyataan ayam tua (Bak kata PEWARIS) membuat ulasan yang begitu jauh. Mempertikaikan "Hulur Salam Perpaduan dari PAS" walhal PAS tidak pernah mengucapkan pun perkara tersebut. Maka keluarlah kenyataan yang tak cerdik dari ayam tua "Dr M ragui keikhlasan PAS untuk kerjasama" dan "Dr M Ragui Keikhlasan PAS".

Hingar bingarlah segala ayam-ayam yang ada dalam UMNO (bak kata PEWARIS) seolah-olah Tuan Guru Mursyidul Am bersedia untuk bekerjasama dengan Umno. Kedengaran suara-suara kokokan ayam disana-sini, mengulas kesudian, mempertikai keikhlasan dan lain-lain. (seperti diatas), Jika dilihat sebelum inipun, kita ada dengar dah, setelah Presiden PAS mengutarakan cadangan Kerajaan Perpaduan, maka terhegeh-hegeh pemimpin Umno “menyahut” seruan tersebut. Kes di Perak pula, setelah PRu12 mereka ditolak rakyat, pemimpin-pemimpin UMNO di Perak, dan Selangor tergedik-gedik mendekati pemimpin-pemimpin PAS untuk membentuk kerajaan campuran di sana, kononnya atas dasar perpaduan Melayu dan demi masa depan rakyat.

Hari ini Tok Guru menafikan hulur salam perpaduan dengan UMNO "Nik Aziz nafi hulur salam perpaduan Umno-PAS" malah siap mencabar semua wartawan akhbar dan wartawan penyiaran yang hadir di dalam sidang-sidang medianya beberapa hari kebelakangan ini untuk membuktikan menerusi rakaman audio atau video bahawa beliau mengusulkan kerjasama Umno-PAS. Kalau betul ada, kemukakan.

Kenyataan Tuan Guru yang sebenarnya adalah memperingatkan pemimpin-pemimpin Umno tentang kuasa-kuasa kerajaan pusat dan kuasa-kuasa kerajaan negeri, sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan. Kelantan terletak di dalam Malaysia yang ditadbir oleh kerajaan Pusat yang dikuasai oleh Umno/BN. Maka sudah sudah menjadi tanggungjawab kedua-dua belah pihak untuk saling bekerjasama antara satu sama lain. Kerajaan PAS Kelantan menjalankan tugasnya sebagai kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat (Umno/BN) pula perlu menjalankan tugasnya sebagai Kerajaan Pusat.

Dan antara tugasan kerajaan pusat adalah menyediakan peruntukan kepada semua kerajaan negeri berdasarkan jumlah penduduk negeri berkenaan. Haa, ini yang Tok Guru kata dan maksudkan. Bukan nak wujud perpaduan dengan UMNO. Agaknya mereka lupa bahawa Tok Guru pernah berkata bahawa PAS tidak akan sesekali memikul biawak hidup.

Aduh,tak habis-habis UMNO dengan syok sendiri. Padan la tok guru kata UMNO ni seperti "majnun yang gilakan laila". Tok Guru tak kata pun dia hulur perpaduan dengan UMNO. Lain yang dikhabarkan, lain yang diceritakan. Kemudian berbondong-bondong kenyataan ayam-ayam UMNO konon PAS mahu bersahabat dengan UMNO. Memang betul-betul tiga suku. Lepas tu sendiri malu. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.