Subscribe

Benar, Anwar memang pengkhianat UMNO



KEMUNCAK kehebatan DS Anwar mula dapat dirasakan oleh Umno apatah lagi negara ini bakal menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 tidak beberapa lama lagi. Kekuatan PR sebenarnya terletak di atas kebijaksanaan pemimpinnya yang sentiasa bersikap terbuka dan bebas membuat kritikan demi untuk memperkuatkan gabungan PR bagi menghadapi Bn bila-bila masa sahaja. Ketokohan DS Anwar mengemudi PR tiada tolok bandingnya kerana kebijaksanaan beliau yang tidak mudah melatah dengan provokasi pihak musuh untuk memecah belahkan PR.

Begitu bersungguh nampaknya pihak Umno untuk kembali bernafas setelah beberapa kali tumpas dengan memalukan di dalam beberapa pilihanraya kecil baru-baru ini. Najib tidak lagi mampu untuk menyorokkan wajahnya selaku Presiden Umno dan juga sebagai PM. Muhyiddin begitu juga, kehebatan yang kononnya akan mereka pamirkan sebaik memegang teraju negara nampaknya menyerlahkan kelemahan mereka. Rakyat hampa dan kecewa dengan kedua-dua tokoh ini kerana mereka memimpin negara hanya bermodalkan air liur sahaja. Slogan demi slogan diwar-warkan sebagai penyedap telinga, tetapi semuanya kosong belaka.

Akhirnya Umno tiada pilihan lagi. Mereka amat bimbang negeri terkuat Umno iaitu Johor akan jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihanraya Umum nanti. Sifat ketaksuban kepada Melayu memang kuat di Johor, dan di sinilah Umno berharap agar `spesis' Umno terus kekal sehingga kiamat. Seandainya nanti PR menerajui negara dan Umno pupus, mudah-mudahan Johor boleh dijadikan muzium atau arkib untuk jenerasi akan datang melihat `spesis Umno'. Muhyiddin kena berbuat sesuatu sebelum terlambat dan beliau tahu selagi DS Anwar masih hidup dan bebas, peluang Umno untuk bernafas lebih panjang akan tersekat.

Maka, Johor dijadikan tapak untuk memulakan kempen atau gerakan memburukkan DS Anwar. Muhyiddin begitu kecut apabila DS Anwar bingkas melawan tuduhan beliau yang menganggap DS Anwar pengkhianat. Muhyiddin silap sasaran kali ini, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terimalah akibatnya. Seperti biasa, ahli-ahli Umno yang sudah sebati dengan tabiat `burung belatuk' akan mengangguk bersetuju dengan Muhyiddin. Mereka sendiri pun tidak tahu dari mana datangnya punca Muhyiddin menuduh DS Anwar pengkhianat dan apakah hujahnya. Mereka cuma menganggung-angguk kerana Umno tidak pernah mengajar ahli-ahli mereka cara-cara untuk menggeleng kepala.

Berbagai provokasi dan propaganda telah mereka lakukan untuk memecah belahkan PR di beberapa buah negeri di bawah PR, tetapi akhirnya dengan campor tangan DS Anwar serta dengan kebijaksanaan pimpinan PAS dan DAP, usaha Umno akhirnya berkecai. Tiba-tiba sahaja Umno dilihat begitu anti kepada arak. Pengeluar lesen arak di negara ini dikeluarkan oleh siapa? Sekiranya tiada lesen dikeluarkan, adakah arah boleh diminum dan dijual secara bebas? Ini semua menyusahkan semua orang, terpaksalah kerajaan negeri di bawah PR meminda beberapa akta untuk mengawal penjualannya. Itu belum dikira lesen judi yang dikeluarkan oleh kerajaan Pusat. Mereka yang meluluskan lesen semua benda-benda haram ini, tetapi mereka berlagak mereka begitu benci kepada arak dan judi. Inilah Umno dan inilah yang masih disokong oleh orang-orang Melayu Islam di negara kita.

Umno ingin menggunakan PAS untuk menghancurkan perpaduan di dalam PR. Kononnya mereka tahu PAS sememangnya berjuangnya untuk Islam, tetapi yang peliknya Umno tidak mahu sertai PAS. Ini bererti Umno tidak mahu kepada Islam seperti yang PAS mahukan. Kenyataan DS Anwar bahawa arak hanya boleh dijual kepada orang-orang bukan Islam ternyata membuat Umno terkedu. Krisis berkenaan isu arak di Selangor telah selesai membuatkan Umno meleleh air liurnya. Isu kandang babi di Kedah sebelum ini juga dapat diselesaikan hinggakan Umno Kedah semakin hilang punca. Akhirnya, tiada jalan lain maka tiba-tiba keluar modal bahawa DS Anwar adalah pengkhianat. Ya, saya setuju bahawa DS Anwar memang pengkhianat tetapi khianat dengan Umno yang mengkhianati rakyat selama ini.

PRK Dun Permatang Pasir sekali lagi akan menjadi bukti samada DS Anwar atau Umno yang khianat. PR telah mula mencari tapak yang sesuai untuk dipacakkan `batu nisan' Umno di Permatang Pasir. Sekali lagi kita akan melihat wajah merah padam muka Najib dan Muhyiddin serta Zahid Hamidi. Selepas ini apa yang mereka akan kata? Mungkinkah sebelum PRK Dun Permatang Pasir nanti DS Anwar akan ditahan di bawah Akta ISA yang zalim itu sebagaimana kehendak Umno Kulai di dalam perhimpunan `makan kenduri'nya baru-baru ini? Jika DS Anwar ditahan di bawah Akta ISA, adakah Umno yakin boleh selamat dari kebangkitan rakyat? Jika yakin, Umno mungkin perlu mencubanya

Oleh: WFAUZDIN NS

1 comment:

Anonymous said...

kalau ada sesiapa yang dapat uploadkan perkara ini sepertimana yang didakwa oleh utusan bagi membuktikan kebenarannya, maka memang benarlah dia ini pengkhianat, melontar najis di rumah sendiri! niat keji yang merosakkan nama Malaysia dan memalitkan arang di muka warga Malaysia... jangan lupa bagaimana Malaysia dilayan semasa sukan SEA!

Anwar terus burukkan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.