Subscribe

Hukuman Sebat : Shahrizat hina hukum Mahkamah Syariah


Begitu bencinya para pemimpin UMNO terhadap undang-undang yang Allah tetapkan. Terkini pernyataan Shahrizat Jalil kepada media berhubung hukuman sebat yang dikenakan kepada seorang model yang telah disabitkan kesalahan minum arak dengan berkata "keputusan ini akan mewujudkan satu precedent yang tidak sihat dan memberi gambaran negara Malaysia mengamalkan sistem syariah yang amat mengerunkan utk kaum wanita".



Seorang model pelancongan dijatuhi hukuman maksimum iaitu denda RM5,000 dan enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas dia mengaku bersalah meminum arak di Hotel Legend Cherating di sini tahun lalu.Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas menolak rayuan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang memohon dikecualikan daripada hukuman sebat, denda minimum dan tidak dipenjarakan.

Berita Asal :

Tertuduh dalam rayuannya memberi alasan ia boleh menjejaskan masa depannya.Hakim Abdul Rahman dalam penghakimannya berkata, hukuman yang selaras dengan undang-undang harus dijatuhkan bagi menginsafkan tertuduh supaya orang ramai turut sama menjauhi arak."Hukuman diberikan untuk menghindar orang lain daripada meminum arak yang jelas (menjadi) ibu kepada kesalahan. Apabila minum arak, ia akan menyebabkan seseorang itu hilang akal dan melakukan pelbagai kesalahan," katanya.

Ulasan :

Cukup menyedihkan suatu hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah Syariah, dan sudah menjurus kepada hukuman Islam (walaupun sebatan mengikut hudud 40 - 80 sebatan) dipandang sebagai satu hukuman yang zalim dan tidak relevan. Pernyataan Shahrizat bukan sahaja merendahkan institusi kehakiman Syariah dalam negara,malah memberi gambaran sepenuhnya sikap dan siapa dia Shahrizat yang sebenarnya, seorang yang prejudis dan benci kepada undang-undang sebat yang menjurus kepada undang-undang Islam ini.

Jika demikian sikap seorang pemimpin UMNO, maka benar apa Tuan Guru kata, menyokong UMNO tidak akan masuk Syurga. Jika ini yang dibisingkan oleh para mufti, kenyataan Shahrizat ini pula bagaimana?


by JilFityan

3 comments:

hafiz said...

syarizat ni nape wat statement cam orang kafir?????
xblaja agame ke?

abrarpunyamummy said...

aduss....Shahrizat sesekali berkokok memang x pernah keluar ayat cerdik...kalau macam ni kepala otak orang Umno....ngaku sanjung agama dan bangsa...tapi sanggup hina agama dan bangsa sendiri...memang sah x leh masuk syurga sokong Umno...ntah2 kalau camni tahap otaknya...masuk U pun lum tentu lepas...

Increase website traffic said...

It is a very nice and good post. Keep up the good work.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.