Subscribe

Isu Arak : Membidas kenyataan Menteri Cap Ayam UMNO , Noh Omar


Andai kata Ronnie Liu berkata atas kapasiti jahil dalam memahami sama ada minuman itu adalah minuman keras atau tidak, kita boleh memaafkannya atas kejahilan dan kekafirannya. Sebab kita orang islam sudah jelas, arak itu memang haram kerana illahnya yang memabukkan. Dan kita selaku orang islam (pemerintahan peringkat negeri) setelah memberi penerangan kepadanya, tapi dia berdegil, jadi patut atas dasar tanggungjawab sebagai amir muslim, menggesa sepertimana gesaan Hassan Ali supaya Ronnie Liu melepaskan jawatannya dari menjadi exco. Kerana ini hak kita dan tanggungjawab kita selaku orang Islam, menjadi amir penegak amar ma’ruf nahi mungkar.

Tapi andai kata ada mulut-mulut orang yang mengaku pemimpin Muslim mentertawa perjuangan amir untuk menegakkan makruf dan menentang mungkar, orang sebegini patut nyah sahaja dari muka bumi. Contoh pemimpin muslim yang jahat ini adalah Datuk Noh Omar berjenama parti cap ayam, UMNO. Sepatutnya beliau tidak berucap dengan ucapan yang bodoh dan beremosi. Hanya kerana dendam atas kejayaan demonstrasi rakyat pada 1 Ogos lepas, maka beliau mencabar PAS anjurkan demonstrasi atas isu ini;

Kata Noh Omar :

‘‘Mana Exco Pas dan hero Pemuda Pas? Kenapa dia tidak buat demonstrasi dalam isu ini? Yang mana lebih penting demonstrasi untuk hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau demonstrasi menegakkan hukum Islam dan memecat orang yang cuba mempersendakan Islam.‘‘Jadi kita nak cabar kalau Pas betul-betul berjuang demi Islam, dia patut membuat demonstrasi menentang apa yang telah dilakukan Ronnie kerana ini isu baru. Bukannya membuat demonstrasi menentang ISA yang merupakan isu lapuk dan bermusim.‘Takkan nak biarkan saja rakan kongsi sebantal mereka yang tak faham hukum mengenai arak menjadi ulama dan memberi fatwa. Cukuplah Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bagi fatwa,”

Pertama,sepatutnya orang berstatus menteri kena reti bezakan. Yang mana boleh dibawa berunding dan yang mana sebaliknya. Disini bukan persoalan yang mana lebih penting. Kedua-duanya adalah penting dan kedua-duanya kena tentang. Bukan pokok persoalannya, kerana isu ini isu baru, maka yang inilah kena buat demonstrasi atau ISA itu isu lapuk maka tak perlu buat demonstrasi. Persoalan yang melibatkan maruah dan hukum Islam kedua-dua penting. Kita menentang dan berdemonstrasi bukan untuk suka-suka. Ada matlamatnya setelah usaha yang digarap sebelum ini tidak berjaya. Lihat sahaja ISA. Sudah berapa kali diungkit di parlimen?? Sudah berapa banyak gesaan daripada pembangkang hatta daripada pemimpin kerajaan sendiri?? Malah para ulamak sebulat suara mengatakan akta ini zalim dan bertentangan dengan Islam. Tapi apa pelaksanaan kerajaan UMNO yang mengaku kerajaan Islam???

Kita berjuang bergerak menentang akta yang zalim. Dan akta yang bercanggah dengan Islam. Begitu juga dengan isu ini. Bukan soal kenapa dan mengapa tak buat demonstrasi. Isu ini masih dalam pengawasan. Ramai kalangan pemimpin PR sendiri yang tidak berpuas hati, malah sudah menyuarakan, sepertimana Hassan Ali, pemimpin dari barisan Exco kerajaan Selangor menggesa agar Ronnie Liu meletak jawatan. Juga Zulkifli Nordin Parlimen Kulim. Dan perkara itu akan diperbincangkan diperingkat negeri Selangor. Dalam erti kata, gunakan dulu suara dan kuasa yang ada. Bukan terus berdemonstrasi secara membuta tuli.

Kedua,sepatutnya sebagai menteri,Noh Omar kena menginsafi diri dan menilai baik buruk parti yang dianuti. Muhasabah diri mengapa aku tidak mampu membanteras arak dan judi di Malaysia walaupun bergelar menteri. Ini tidak. Hanya pandai mempertikai dan mencabar. Cukup-cukuplah berpikir macam budak-budak tadika, cukup-cukuplah menganggap hukum haram arak ini jatuh atas bidang kuasa PAS semata-mata. Sepatutnya menteri yang tidak jahil dan mengetahuinya, lebih banyak kuasalah yang berjuang menegakkan agar undang-undang Islam terlaksana di Malaysia. Bukan memperlecehkan itu dan ini. Cabar itu dan ini.

Padanlah pewaris kata ramai kalangan pemimpin UMNO ni cap ayam. Memang patut pemimpin begini dicap ayamdagingkan oleh Pewaris.

by JilFityan

1 comment:

Tak minah sejarah tapi tak lupa said...

Wahai Menteri Cap Ayam, masihkah kau ingat seorang mufti Selangor dipecat pada tahun 1997 kerana bertindak tegas di dalam isu arak dan pertunjukkan fesyen di selangor yg ketika itu diperintah oleh umno?

Adakah alasan tamat kontrak buleh diterima akal org yg berotak?

Sultan Selangor pun tenyeh sign rekomendation yg umno dibuat?

Masihkah kau ingat???...

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.