Subscribe

Jenaka Ketua Puteri UMNO berhubung kekalahan di PP


Dalam berita di Utusan Meloya, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam laporannya menyatakan kesalan dengan sikap pembangkang yang dituduh memainkan sentimen kebencian terhadap BN dalam kempen kepada pengundi. Penafian BN zalim, dan pengakuan BN mulia sekali lagi digunakan oleh Rosnah untuk mendefend kekalahan di Permatang Pasir. Rakyat telah berjaya disemai kebencian yang diterap pembangkang,begitulah katanya. Tuduhan kononnya wujud 'pengundi hantu' juga disebut menjadi faktor kekalahan.

Bila saya membaca berita ini saya hanya tergelak kecil. Pembangkang cuba memainkan sentimen kebencian? Pembangkang atau UMNO sendiri? Sepertimana PRu12 yang lepas, kita dapat lihat Tv3 lah antara dalang utama yang melingkupkan UMNO sehingga pembangkang menguasai beberapa buah negeri. Kahiry Jamaludin jugaklah antara manusia angkuh bongkak yang berjaya meranapkan UMNO dengan konon bawa mesej bergaya " Pade Doh.. " di Kelantan. Dan di Permatang Pasir, UMNO jugaklah yang terus melingkupkan diri sendiri dengan meletakkan calon bermasalah seperti Rohaizat. Kenapa nak disalahkan pembangkang?

Kenyataan Rosnah yang menafikan BN zalim juga cukup menggelikan hati. Ohh hari ni baru saya tahu Barisan Nasional ni tidak zalim.


Petikan Utusan Meloya :

"Kita perlu jadikan keputusan ini sebagai langkah untuk melakukan yang lebih baik pada masa depan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rosnah berkata, jentera BN terutama Puteri UMNO akur dengan keputusan itu namun sedikit kecewa dengan beberapa faktor yang boleh dikatakan menjadi penyebab kekalahan BN di situ.

"Kita dapati ada kira-kira 3,000 pengundi misteri wujud semasa hari mengundi. Ini menjadi tanda tanya,'' katanya.

Katanya, sikap pembangkang yang memainkan sentimen kebencian terhadap BN juga amat dikesali.

"Kita satu agama dan bangsa kenapa perlu ada sifat benci-membenci. Kita dapati pembangkang menanam rasa benci yang sungguh-sungguh terhadap BN dalam kempen mereka kepada pengundi.

"BN tidak pernah zalim. Ini sesuatu yang tidak adil bukan sahaja kepada BN tetapi juga kepada rakyat. Kenapa kita perlu hidup dalam kebencian?" katanya.

Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, sentimen kebencian yang disemai pembangkang telah menular kepada pengundi semasa pilihan raya kecil itu berlangsung.

Walaupun begitu, beliau tidak menganggap kekalahan BN di DUN itu adalah satu kegagalan yang tidak dapat diperbetulkan lagi pada masa depan.

"BN berjaya mendekati pengundi-pengundi muda di Permatang Pasir yang menyokong parti lawan,'' katanya.

by JilFityan

1 comment:

Syah said...

Barisan Nasional memang wajar dibenci pun.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.