Subscribe

Kerajaan Negeri Lunas Janji Hadiah Madihah Banglow



Kejayaan Nik Nur Madihah dalam SPM yang lepas, dihargai Kerajaan negeri Kelantan dengan melunaskan janji menghadiahkan pelajar cemerlang SPM peringkat Kebangsaan itu dengan sebuah banglo berharga RM130,000. Nik Nur Madihah telah mengharumkan nama negeri Kelantan, mengharumkan Yayasan Islam Kelantan (badan pengelola sekolah kerajaan Negeri Kelantan) dan juga mengharumkan sekolah Maahad Muhammadi Perempuan itu sendiri. Serentak dengan itu,kejayaan ini juga menjadi bukti bahawa sekolah bawah naungan kerajaan Kelantan juga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dan terbilang.

Jika sebelum ini setiap kejayaan Maahad Muhammadi disembunyikan oleh media Pro BN,kali ini kejayaan 20A pelajar miskin Nik Nur Madihah tak mampu disembunyikan. Dalam situasi pelajar berlumba-lumba mencipta kejayaan, Nik Nur Madihah yang begitu daif menarik perhatian umum. Kejayaannya menjadi buah mulut semua orang. Walaupun memang ada usaha jahat Kerajaan UMNO BN yang menggunakan alat media Tv3 untuk membuat putar pelit kononnya Nik Nur Madihah adalah pelajar Sekolah Menengah Agama Naim Lilbanat (SMKA - Sekolah Kerajaan) dan mengatakan YB UMNO Kelantan yang menghadiahkan banglow.

Kita lihat biodata Nik Nor Madihah:

Nama : Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal
Umur : 18 tahun
Asal : Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kelantan
Anak : Pertama dari 4 beradik
Nama Bapa : Nik Mohd Kamal Husin
Umur Bapa : 41
Pekerjaan Bapa : Nelayan
Nama Ibu : Mariani Omar
Umur Ibu : 42
Pekerjaan Ibu : Pencuci di Universiti Malaysia Kelantan
Anugerah : Pelajar Terbaik SPM 2008 Malaysia
Sekolah : Ma'ahad Muhammadi Perempuan Kelantan
Pencapaian SPM 2008 : 20A (19 A1 dan 1 A2)
Pencapaian PMR 2006 : 9A
Idola : Siti Nur Fatimah Mukhtar (senior Ma'ahad Muhammadi (P) Kelantan / Pelajar Terbaik SPM 2006)
Cita - Cita : Ahli Fizik

Sebenarnya,Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan sudah beberapa kali menempa nama kerana melahirkan pelajar cemerlang peringkat SPM dan STAM. Namun kejayaan² ini sengaja disembunyikan daripada pengetahuan masyarakat umum kerana faktor politik. Sebelum inipun, Maahad Muhammadi Perempuan telah memecahkan rekod apabila seorang pelajarnya cemerlang 16A dalam SPM. Namun berita kejayaannya tidak disiarkan. Tidak seperti kejayaan Amalina yang cemerlang 17A sebelum itu, seluruh negara digegak gempitakan, hatta beberapa majalah hiburan seperti Majalah URTV dan Mangga (Majalah Playboy Malaysia) mengambil kesempatan terhadap Amalina kerana Amalina turut membaca majalah² tersebut. Tidak cukup dengan itu, Amalina yang rutinnya sosial diangkat agar menjadi idola para pelajar sekolah. Dunia dah terbalik. Sepatutnya pelajar sekolah agamalah yang diangkat menjadi idola kerana kejayaan yang bukan hanya akademik, malah sakhsiah dan peribadi. Namun kerana ada perasaan dengki dan cemburu dengan sekolah kerajaan Negeri Kelantan, ia disembunyikan.





Petikan HarakahDaily:

PENGKALAN CHEPA, 17 Ogos: Mungkin Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang menghadiahkan seorang pelajar cemerlang SPM sebuah banglow berharga RM130,000.

Sebelum ini hadiah lumayan itu disebut kerajaan negeri memandangkan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18 merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negara.

Pencapaian pelajar terbabit iaitu 20A (19A1 dan 1A2) telah melonjatkan nama Kelantan dan Maahad Muhammadi Perempuan.

Dan hari ini replika kunci rumah banglow itu diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah kepada Nik Nur Madihah.

Hadiah berkenaan merupakan projek sosial Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya Binaraya dan Profil Impian yang berganding bahu membiayai rumah berkenaan dalam tempoh hanya dua bulan.

Rumah berkenaan dibina melalui Syarikat Mekar Mewah Sdn Bhd. Turut hadir pada majlis bersejarah itu Ketua Eksekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, Pengurus Besar Binaraya PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Abdul Rahman, serta beberapa pegawai kanan PKINK.

ImageNik Nur Madihah ditemani kedua ibu bapanya, Nik Mohd Kamil Husin dan Mariani Omar serta adiknya.

Rumah banglo setingkat itu terletak di PT 1352, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa.

Selain itu, Afza Carpet dan Handycraft Sdn Bhd turut menghadiahkan beberapa kelengkapan termasuk karpet.

Mohd Amar berkata, rumah berkenaan diberikan sebagai melunaskan janji kerajaan negeri yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini. _

by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.