Subscribe

UMNO Miskin: Dua Kali Jahat



Kerana terlampau kecewa dan sedih dengan siri hetrik kalah di setiap PRK, dan kecewa kerana sudah banyak wang dibazirkan disetiap PRK, UMNO menukar rentak cara meraih undi. Jika sebelum ini rasuah undi (selain projek mee segera) menggunakan wang yang asli , kali ini UMNO menggunakan wang fotostat pula. Mungkin mereka fikir 'cara cerdik' ini tidak merugikan mereka lagi kerana bermodalkan RM1 sahaja sudah cukup untuk fotokopi warna 3 keping note RM100.

UMNO dah miskin. Tak mampu lagi nak bagi wang yang asli. Kerja dua kali jahat (rasuah undi + wang palsu) terpaksa digunakan serentak kerana UMNO tidak tahan lagi menanggung kerugian. Yerlah bagi duit suruh undi UMNO pun rakyat tetap sokong pR.



WANG PALSU RM100 UNTUK UNDI BN - MalaysiaKini


Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.

Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

"Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bersama "wang" berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi "tolong undi calon BN".

"Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan," katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar berharap pihak terlibat menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia akan mengelirukan pengundi di situ.

"Saya tidak tuduh sesiapa, tetapi pihak yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan, tolong hentikan peekara ini," katanya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir melibatkan calon BN Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man.

Kerusi itu kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.
BERNAMA


by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.