Subscribe

ADUN BN ugut letak jawatan - Sinar Harian


Kalau bantuan kepada ADUN sendiri pun disekat, inikan pula bantuan dan peruntukan kepada kawasan yang diperintah Kerajaan Pakatan Rakyat. Memang sikap parti Kepala Lembu, menendang dan menyekat bantuan untuk saluran rakyat kepada mana-mana pemimpin yang tak sebulu, hatta pemimpin parti sendiri.

Terkini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO (Pulau Pinang), meluahkan kekecewaan dan tidak berpuas hati dengan layanan diterima yang dianggap tidak adil dan dipinggirkan. ADUN itu melahirkan rasa kecewa kerana tidak mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang termasuk dari segi menyalurkan bantuan tertentu untuk faedah rakyat di kawasannya.

Petikan Sinar Harian:

Beliau berkata, keadaan itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh atau tekanan pihak tertentu untuk meminggirkannya daripada arus politik UMNO di peringkat bahagian akibat kurang persefahaman dan perbezaan pendapat atau pendirian.

“Mana boleh bantuan cuba disekat untuk ADUN tertentu kerana semua ini adalah untuk keperluan rakyat. Kenapa sesetengah peruntukan tidak boleh disalurkan terus kepada saya atau penduduk di kawasan saya tetapi perlu dirujuk kepada orang tertentu terlebih dahulu. Jika tidak mendapat ‘perkenan’ daripada mereka, maka bantuan itu tidak akan sampai ke kawasan saya,”

Menurutnya, walaupun perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi ia kini menjadi amalan mereka dan begitu ketara sejak pilihan raya umum lalu.

“Kenapa ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap sesetengah ADUN dibiarkan berterusan kerana ia turut memberi kesan kepada saya untuk membantu rakyat.Ini tidak adil kerana agensi Kerajaan Persekutuan tertentu tidak mahu memberi sokongan dan bantuan secara terus kepada saya dalam menjaga kebajikan rakyat,mereka kini seolah-olah dilihat mencampuri urusan politik dan menyebelahi pihak tertentu dalam pergolakan yang berlaku,Jika masih tiada perubahan, saya akan meletak jawatan selepas Hari Raya Aidilfitri ini agar diganti dengan wakil rakyat baru yang lebih sealiran dengan pihak tertentu,” katanya tegas.

Haiii...nasib badan la YB. Mungkin bodek YB tak cukup power. Atau YB ni jenis melawan. Jenis lantang melawan ni tak diperlukan dalam UMNO. Hanya pak angguk sahaja diperlukan. Parti UMNO ni kan parti lembu. Tak cucuk hidung tak sah jadi YB.

by JilFityan

1 comment:

Anonymous said...

Aku berdoa agar orang2 UMNO bertukar ke arah memperjuangkan Islam yang sebenarnya.

Parti atau seuatu pertubuhan yang berasaskan kaum sepatutnya tidak wujud sama sekali.

Semoga Allah bukakan pintu hati orang2 yang inginkan kebenran dan keadilan.

Semoga Islam bertapak kukuh di hati kita bukannya menjadi tugu di tanah Melayu ini.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.