Subscribe

Gimik Budaya Sogok Menyogok Barisan Nasional.



Jika dahulu bising soal budaya sogok menyogok semasa Perhimpunan Agung UMNO, terkini, dakwaan wujud pula gejala politik wang menjelang mensyuarat agung luar biasa (EGM) MCA. Juga berita SPRM memantau perjalanan kempen dan pemilihan calon MIC berikutan laporan terdapat kes amalan politik rasuah sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar tempatan edisi tamil semalam yang bertajuk " RM300 Untuk Perwakilan MIC di Melaka"

Presiden MCA datuk Seri Ong Kee Keat mahukan supaya badan disiplin MCA menyiasat dan ambil tindakan kepada mereka yang terlibat. SPRM juga mahu menyiasat laporan perwakilan MIC Melaka yang diberikan wang sebanyak RM300 tersebut. Maka saya teringat, dulu pun masa pemilihan Agung UMNO presiden Tun Lah (ketika itu) mahukan badan disiplin UMNO menyiasat dan ambil tindakan. hasilnya?

Perasuah muda Khairy Jamaluddin (perasuah yang suka berbicara soal integriti padahal diri sendiri tidak bermaruah) tetap menjadi Ketua Pemuda UMNO, dan Ali Rustam tetap menjadi Ketua Menteri Melaka.

Walaupun badan disiplin UMNO sudah sabitkan mereka terlibat "politik Wang" tapi orang yang sudah disogok tetap memilih mereka (Khairy Jamaluddin) dan orang yang menyogok tetap bebas melata tidak dipenjara. Dalam erti kata, selagi mereka yang terlibat masih berleluasa dan tidak dipenjara atas kesalahan rasuah, selagi itulah budaya sogok menyogok terus subur dalam Barisan Nasional.

Perkara ini sudah pasti disedari oleh akar umbi teratas BN, namun mereka sengaja mengaburi mata rakyat, konon ingin membuat pembersihan dalam parti yang sememangnya kotor supaya "NAMPAK BERSIH", dengan menyuruh dan menggesa badan disiplin menyiasat dan ambil tindakan. Dalam masa yang sama mereka tetap meredhai pemimpin kotor dengan najis rasuah naik (yang sudah disabitkan kes). Semuanya ini hanya retorik, "cakap tak serupa bikin.."walhal gambaran umumnya yang kita nampak,menyuburkan budaya sogok menyogok kekal dalam parti.

So masih nak buat gimik? hek elehhh..sudah-sudahlah. Semua orang sudah tahu Barisan Nasional ni tetap sama TAKKAN berubah. UMNO + MIC + MCA = Parti bernajis dengan tahi rasuah.

by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.