Subscribe

Menjawab Artikel Dalam Utusan - Tazkirah Ramadan hentam sesama Islam


Saya terpanggil untuk menjawab artikel yang dikeluarkan dalam ruangan Forum Utusan Online, yang telah disiarkan di SINI
yang bertajuk Tazkirah Ramadan hentam sesama Islam. Artikel ini juga telah dicopy paste dan telah dijawab oleh saya didalam forum Tkodaily.net. Tulisan yang di Bold adalah jawapan saya kepada setiap perenggan.

====================================================================================

SEPANJANG bulan puasa ini banyak ceramah, tazkirah dan kuliah subuh di masjid-masjid dan surau-surau di Selangor. Apa yang menyedihkan ialah kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Pas bagi ceramah-ceramah politik mereka.

Sekadar beberapa contoh, di salah satu masjid penceramah memulakan dengan kata-kata menyeru kebaikan, dapat pahala dan akhirnya masuk syurga. Bukan hendak membuat penafian, sebab itu memang ajaran agama Islam begitu.


Tapi kemudian kata beliau, Pas akan buat benda baik, sokong Pas, akan dapat pahala dan akan masuk syurga.


Sokong mana-mana parti yang perjuangkan Islam memang akan dapat pahala. Dan pahala ganjarannya Syurga.. Saya sikit pun tak heran.. Kalo UMNO pun perjuangkan Islam nak laksanakan dasar Islam, undang-undang Islam, hudud dan lain-lain pun dapat pahala dan ganjarannya Syurga di akhirat kelak.

Jemaah di sebelah saya mula terkedu dan menggeleng kepala.

Pada satu lagi tazkirah, seorang bekas calon Pas, memberitahu pendengar, katanya Islam menang di Permatang Pasir. Habis yang menang di Penanti itu Islam ke tidak sebab yang menang ialah itu ialah calon PKR?

Sebenarnya inilah pegangan taksub ahli-ahli parti berkenaan, iaitu apa yang mereka buat semuanya kerana Islam, orang lain tidak Islamik dalam semua perkara.

Semua orang Melayu beragama Islam, apa bezanya dengan orang Melayu dalam Pas?


Betul semua orang melayu beragama Islam, yang bezanya ada orang melayu sokong Islam dan ada orang melayu tentang Islam. Konon nak bela Islam tapi dengan terang tentang hukum Allah. Allah sudah memperihalkan mengenai sikap manusia munafik sebegini yang dirakamkan dalam Firman Allah yg bermaksud;

"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya Telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? mereka hendak berhakim kepada thaghut padahal mereka Telah diperintah mengingkari thaghut itu. dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah Telah turunkan dan kepada hukum Rasul", [b]niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. [/b](an-nisa 60-61)


Siapa yang berhak menentukan bahawa Melayu yang mengikuti parti lain tidak Islam.

Dasar UMNO bukan berjuang utk Islam tapi berjuang utk Keris dan Melayu. Semua orang maklum. Tok Guru cabar utk bubar UMNO dan PAS. Buat atas satu parti berpaksi dengan dasar yang satu iaitu Islam. Tolak parti kebangsaan. Ada UMNO menyahut seruan??

Kita melihat betapa Pas telah menggunakan isu agama untuk perpecahan sebenarnya. Dalam BN, UMNO bekerjasama dengan Cina dan India juga.

Walaupun atas nama bangsa, tetapi UMNO tidak pernah bersikap tidak adil dengan bangsa-bangsa lain. BN melaksanakan juga beberapa dasar Islam dan dipersetujui oleh orang Cina dan India dari MCA atau MIC. Setakat ini, tidak timbul masalah pun.


Isu agama apa yang telah digunakan oleh PAS sehingga sebabkan perpecahan? Habaq mai sini. Isu apa? Jangan cakap atas angin. Setakat apa yang saya tahu, UMNO lah menjadi dalang dalam pendurjanaan kepada Islam.

Pelajar yang mendalami agama Islam dikatakan dipesongkan minda mereka supaya pro-pembangkang. Bermula dengan peringkat rendah kononnya hinggalah peringkat atasan. Strategi yang digunakan oleh puak UMNO Haprak ni ialah..meracuni jiwa rakyat jelata bahawa Sekolah Agama Rakyat (SAR) banyak menghasut pelajar membenci kerajaan. Lantaran itu peruntukkan kewangan untuk SAR digantung sehingga kerajaan benar-benar yakin SAR tidak dijadikan alat pembangkang. Hairan betul dengan sikap hipokrit puak-puak nii.. Aku dulu pun belajar di sekolah SAR jugak dulu, tidak adapun kata-kata menghina, mencaci atau mempengaruhi pelajar dikeluarkan oleh Tok Guru-Tok Guru di SAR. Yang diajar ialah..Bab Fekah, Tauhid, Sejarah Islam, Iqra', dan lain-lain lagi..

Kerana bencikan Islam yang semakin marak, maka SAR diperkotak katik. Saudara dah lupa?Ini baru satu contoh.. Yang kenyataan Masyitah hadhari tu saya tak cakap lagiii....

Tak cukup dengan itu media dok mainkan isu ketidakberkesanan kerajaan PR selangor dalam urus tadbir berkaitan agama Islam spt isu azan, arak dll sedangkan perkara ini tidak ada masalah dan tidak wujud sama sekali. So siapa dok jadi pemecah belah di sini??

Pas bekerjasama dengan PKR, DAP dan memang jelas DAP akan menentang habis-habisan apa juga pelaksanaan berkaitan agama Islam. Lihatlah perbezaannya. Belum pernah, MCA atau MIC berkata langkah mayat mereka dahulu sebelum melaksanakan dasar-dasar pemerintahan Islam.

Tetapi dalam PR, sudah pun disebut perkara itu. Di mana rasionalnya Pas bekerjasama dengan DAP dan menolak perpaduan atau kerjasama dengan UMNO, sebangsa dan seagama. Apa bezanya Islam Melayu dalam UMNO dengan Islam Melayu dalam Pas?


Baca jawapan Haji Hadi Awang dibawah dengan hati tentu akan paham kenapa kerjasama dengan DAP boleh. Baca dengan hati bukan dengan kepala lutut..

Kerjasama antara Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat (PR) dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah kerjasama ‘Tahaluf’ yang berbeza dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) dengan MCA dan MIC.UMNO dalam BN bekerjasama dengan MIC dan MCA dalam soal wala’, yang menggadaikan maruah, harga diri dan prinsip Islam.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS tetap dalam mempertahankan dasar-dasarnya dan teguh dalam pendiriannya walaupun bekerjasama dengan DAP.“Allah melarang kita berwala’ dengan makna memberi kesetiaan sehingga kita menjual harga diri dan maruah kita kepada orang bukan Islam,“kerjasama diantara PAS dengan DAP adalah kerjasama Tahaluf, kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC (adalah) kerjasama wala’, “ujarnya.

Menurutnya ramai diantara kita yang hanya mempelajari feqah sembahyang, feqah puasa dan feqah zakat, tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang feqah politik.Katanya wala’ adalah istilah politik dalam kitab feqah yang bermakna hubungan dengan orang bukan Islam sehingga kita boleh menjual maruah dan harga diri kita.

“Dia kata jangan laksanakan Islam, kita ikut dia, dia ajak kita minum arak, kita minum sama dia, dia kata judi kena benar (dibenarkan), kita benarkan,“maksiat kena benar(kan), kita ikut dia, ini yang dibuat oleh UMNO, (dan) kerjasama (seperti) ini diharamkan oleh Islam,”katanya dalam ceramah sempena isu Sidang Dewan Undangan Negeri, di Merang dekat sini semalam.

Katanya dalam kerjasama PAS tidak berganjak dari dasarnya kerana PAS bekerjasama dengan DAP adalah kerjasama Tahaluf.Katanya dalam perbincangan dengan pihak DAP, beliau telah menolak permintaan DAP supaya PAS ‘membuang’ perjuangan menegakkan Islam dalam PAS, tetapi bersetuju untuk bersama dalam menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.“Kebetulan almarhum Yusof Rawa dan almarhum Fadzil Noor serta Tok Guru Nik Aziz banyak menugaskan saya untuk berunding dan berdailog dengan orang-orang DAP,“mereka minta supaya kita buang perjuangan menegakkan Islam dalam parti PAS, saya kata tak boleh, ini dasar kita (PAS), ini hak kita,”“kita tak suruh dia buang sosialis dia, tak suruh dia buang ‘cina’ dia,”“tetapi menentang kezaliman, untuk memberi hak kepada sesiapa yang berhak, untuk tolong orang miskin, bela orang kena zalim, lawan ISA tangkap orang tak perlu bawa ke mahkamah, ini boleh kita bekerjasama,”tegasnya.

Oleh itu, katanya sebab itulah DAP kelar dari pakatan dalam Barisan Alternatif pada tahun 2001 kerana PAS tetap teguh mempertahankan dasar perjuangan menegakkan Islam.Namun sebaliknya DAP kembali bekerjasama setelah melihat contoh pemerintahan yang adil menurut Islam yang dilaksanakan oleh PAS di negeri Terenganu dan Kelantan.

“Ketika kita nak mengharamkan arak dan judi, kita panggil orang bukan Islam, kita tanya mereka, arak dalam ugama mereka bagaimana?, dia (mereka) kata (dalam) ugama dia arak boleh, (jadi) itu hak dia, dia nak minum itu hak dia,“Babi…. Dia boleh makan, kita tak boleh larang dia nak makan babi, judi ?, Judi ugama dia kata tak boleh, maka kita tutup kedai judi,”jelasnya.Beliau berkata itulah perbezaan diantara PAS dengan UMNO dimana PAS mempunyai had dan batasan tetapi tidak ada dalam UMNO.


Tok guru pun tidak boleh dan tidak berhak menentukan Islam Melayu dalam UMNO tidak betul atau tidak boleh pakai? Siapa Tok Guru?

Tazkirah di bulan mulia digunakan untuk mengata saudara-saudara yang seagama tetapi berbeza ideologi politik.

Sebab itulah sepanjang masa kita akan lihat betapa Pas sibuk dengan ceramah sahaja, tetapi apa yang dibuat untuk rakyat yang memilih mereka?


Dasar politik UMNO secara terang tidak betul takkan nak kata betul. Kita tak menentang peribadi dan keislaman UMNO, tetapi dasar yang dibina UMNO. Ada dok bela Islam?

Dasar Pas, Islam memerintah. Dasar Umno, Islam diperintah.Maka tidak wajar orang Islam membiarkan Islam diperintah. Jadi bagaimana Umno nak membuktikan dia juga telah melaksanakan tuntutan alquran dan Alsunnah.

Umno kena terima hakikat, Umno tidak berjaya mendoktrinkan sebahagian rakyat Islam mengikut Islam fahaman Umno. Dan Sebahagian rakyat Islam yang ditarbiahkan oleh alquran melalui ulamak akan tetap menentang Umno sehingga ke akhir zaman sekiranya mereka tidak berjaya.Rentetan dari tindakan Umno untuk menghalang Islam yang diperjuangkan oleh Pas. diantaranya. Manarik bantuan kepada sekolah agama rakyat.Melebelkan ulamak anti pembangunan.Menafikan hak rakyat melayu Islam kelantan.Mendiskriminasikan pelajar yang mendapat pendidikan khusus dlm serjana Islam.Menghalang pendakwah membicarakan perkara Hukum dan undang2 Islam dalam media pemerintah.

Usaha itu cukup jelas Umno tidak membenarkan Islam memerintah.
Rakyat yang memahami dan beriktikad dengan Iman dan kebenaran Islam, akan nekad mengatakan Umno telah didoktrin oleh penjajah yang tidak pernah suka pada Islam.Suka atau tidak, mengganas atau tidak terganasnya Umno. Pejuang Islam tetap ada dimana mana, mereka inilah yang akan menentang Umno sehingga ke akhir hayat, jumlah mereka tidak akan susut bahkan akan bertambah.

Tengok video kat bawah ni:




Hendak selesaikan masalah babi, masalah arak, masalah kuil pun tidak mampu. Apa sahaja yang BN buat semua tidak betul dan tidak Islamik.

Apakah perkara betul yang Pas buat?

Masalah babi dan setel dengan pembinaan kandang babi moden. Dan kes dengan DAP Kedah pun dah setel. Ini hanya satu tuduhan jahat. Yg tak setel spt di Negeri Sembilan. masalah arak?? Apa yang ko dok merepek ni labuu???

Sudah didraf enakmen mengenai masalah arak di Selangor dan sudahpun SETEL!!. Baca kat SINI : .. Sudah² la dok meroyan di sini.

Kes kepala lembu dalam siasatan, tetapi Harakah telah memberi tajuk depan UMNO dalang di sebalik kepala lembu. Kalau belum ada bukti, ini fitnah namanya. Tidakkah ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Lihat sahaja dalam beberapa perkara terlalu banyak tuduhan dan fitnah Pas dan PR melalui Harakah ke atas pemimpin-pemimpin BN. Siapa sahaja yang tidak bersetuju dengan mereka akan 'diaibkan' seperti kes ADUN Lunas, betapa didedahkan segalanya oleh PKR
.

Sape dalang ye?? Sedara tengok SINI je.. Sbb orang-orang ni sannnggaatttt familiar dengan UMNO...

kes Adun Lunas, Media termasuk TV3, telah beberapa kali menyiarkan berita tentang beberapa kes penyelewengan exco negeri Kedah namun tidak pernah didedahkan nama Exco berkenaan. Exco ini sebenarnya Radzhi, yang terpalit dengan pelbagai masalah disiplin dari awal terutamanya dari segi perbelanjaan dan tuntutan berlebihan sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Maka memang patut jenis bernajis begini keluar dan menyertai UMNO.

Alasannya meninggalkan PKR juga cukup naif. Alasan keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan PKR nampaknya sebagai alasan saja. Radzhi mencari-cari alasan menghalalkan tindakannya. Katanya keluar parti setelah pemangku ketua bahagian PKR Padang Serai keluar parti maka belia kena keluar parti. Sebabnya pemangku ketua bahagian itu berjasa kepadanya. Ni apa punya alasan ni??

Kenapa sekarang perlu menilai perjuangan PKR samada betul atau tidak, kenapa tidak dari mula. Jelas alasan itu sengaja diada-adakan bagi menyembunyikan masalah sebenarnya
.

Mana Islamik dan mana keadilannya? Lihat sahaja dalam beberapa PRK, bagaimana pengisian ceramah-ceramah Pas, begitu banyak serangan peribadi kepada calon yang menentang calon mereka.

Inikah yang dibenarkan dalam Pas yang kononnya mendokong perjuangan Islam.


Berlaku serangan peribadi sbb memang peribadi itu mengaibkan dirinya sendiri dan sangat bermasalah, macam kes Rohaizat. Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang menjadi ’wistle blower’ mendedahkan kes ini. Apa kes?? Dan orang bermasalah sebegini memang tidak wajar disokong. Tidak terhenti disitu, terpalit pula dengan masalah rumahtangga sehinggakan bapa mertua sendiri mendedahkan isu sebenar..

Mengkaji latar belakang calon menjadi lumrah PAS dalam mengatur strategi menentang pihak lawan. Dan sekiranya pihak lawan tidak bersih, maka menjadi tanggungjawab pemimpin yang ingin membela rakyat menyeru agar calon itu ditolak. Tidak ada salahnya.

Kepada semua pemimpin PAS, sedarlah dan cukuplah apa yang telah anda lakukan. Perpaduan Islam sebenarnya semakin lemah.

Generasi Islam kini makin jauh dari agama. Nilai-nilai murni makin berkurangan dan kian pupus. Generasi muda yang hadir ceramah Pas, seronok kerana ceramah penuh cacian dan maki hamun, kemudian diikuti dengan jeritan takbir.

Perpaduan Islam lemah adalah kerana UMNO. UMNO tidak berjaya memartabatkan Islam di Malaysia, namun berjaya menjadi juara dalam menentang perjuangan Islam yang ada di Malaysia.

KetidakAdilan perlu ditentang, kezaliman perlu ditentang, dan Islam perlu dimartabatkan. Kita sebagai Islam perlu membenci parti yang memporak porandakan Islam.


Inikah yang diajar oleh Islam untuk disebarkan kepada anak-anak kita, seperti berguling-guling di atas jalan raya bagi membantah titah sultan?

Berguling lebih baik daripada memanggil Sultan dengan gelaran natang. Lihat paparan gambar di bawah :





Lihatlah tuduhan Mahafiraun dan Mahazalim tempoh hari. Apakah Mahathir lebih jahat dari firaun atau lebih zalim dari firaun. Di mana akal yang waras semasa membuat tuduhan berkenaan.

Akhirnya yang Mahazalim itu juga berjaya membangunkan negara. Tidak ada pula tuduhan dari Mahathir kepada mana-mana pemimpin Pas.

MELAYU INSAF-NAL-PERAK


Tanjong Karang

Mahathir tidak jahat. Mahathir baik dan mulia. Sila lihat di SINI untuk melihat kebaikan mahathir Mohamad.


by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.