Subscribe

Bn Tidak Yakin Dengan Mahkamah Persekutuan,Dun Perak DiBubarkan?



Spekulasi semakin kuat bahawa Dun Perak bakal dibubarkan dalam tempoh terdekat. Banyak tanda-tanda yang menunjukkan kearah pembubaran itu. Rasanya tak perlu saya ulas lagi. Tetapi saya menjangkakan antara sebab utama Dun Perak bakal dibubarkan ialah Umno@BN tidak yakin keputusan Mahkamah Persekutuan pada 5 November ini memihak kepada mereka.

Mereka tidak yakin Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai Menteri Besar. Datuk Seri Ir Nizar akan dikembalikan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Jika itu berlaku Umno@BN akan malu besar. Moral Umno akan jatuh merudum. Pastinya sokongan kepada Pakatan Rakyat akan melonjak kembali. Umno pastinya tidak akan membiarkan tragedi itu berlaku. Oleh itu Umno@BN tidak ada pilihan melainkan mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun Perak. Maka jika Dun Perak dibubarkan Mahkamah Persekutuan tidak lagi perlu bersidang 5 November ini.

Mungkinkah juga Dato Seri Najib akan mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat selepas membentangkan Belanjawan 2010 pada Jumaat ini? Semua kemungkinan ini saya lihat sebagai opsyen yang ada kerana dalam pembentangan Belanjawan nanti mungkin pelbagai tawaran, insentif dan bonus diumumkan diikuti di akhirnya pembubaran parlimen. Semua ini sebagai 'gula-gula' politik agar rakyat terus menyokong Umno@BN. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan....

Oleh AngkasaNuri

1 comment:

indraputra80 said...

Apa kah kita harapkan jika Pembubaran itu benar benar berlaku.

Kemenagan mutlak PR??????

Jauh api dari panggang lah.

Orang kampong dah naik fedup.

PR memerintah ke,UMNO(BN)memerintah ke.,hidup mereka sama saja..,dari dulu ,kini dan mungkin selama lamanya.

Penoreh Getah.,Petani bersawah,tidak mendapat sebarang kesan perubaan dari segi pendapatan.,atau setidak tidak nya mendapat pembelaan kebajikan mereka.

Jangan terperanjat jika berlaku pilihan Raya di Dun Perak.,Semanggol yang kini di bawah PR tidak akan dapat di pertahankan ,apa lagi di kawasan lain.,.

Di kawasan DS Nizar saja yang kekal,itu pon dgn majoriti yg.ciput.

Kalau dulu R Ahmad Zainudin menang di kubu Gajah dgn Maj.66 undi kali ini akan bertambah menjadi 2-3 ribu undi.

Jagan salahkan sesiapa.,sebab PAS,PKR, menang di Perak tak buat apa apa membela rakyatnya.,malah muka ADUN,AP sukar di temui,sibuk dgn urasan yang tak tentu hujung pangkalnya.

Gua bercakap berdasakan tinjuan di kampong kampong yang di lawati.,bermalam sehari dua.

Ada setengah tempat Masjid tak ramai Jemaah nya terutama Asar/Zohor/Subuh lagi la.

Kerana orang kampong terpaksa cari rezki dgn dua tiga kerja di satu masa.

Kerajaan PR memerintah kumpul duit memenohkan Kantong ,saolah olah mengambarkan mereka pandai mengurus hasil Negeri,.berjimat berbebelanja saolah olah mereka berhemah dalam membelanjakan wang rakyat.

Akhirnya rakyat di biar dalam kekosongan.,kemudian di hidangkan dgn ceramah ceramah mengenai permasaalahan yang melanda.

Orang kampong nak makan nak duit(Hasil) yg.bertambah.,bukan wayang kulit,atau cerita penglipur lara.

Sebalik nya UMNO(BN)tabur duit yang di kumpul ole PR bagi mempengarohi rakyat agar mengundi mereka.

PERAK kekal milik UMNO(BN) jika tidak ada usaha drastik dari pemimpin PR.

Pecaya lah kata Dato'Siti Nurhaliza.,dalam lagu nya.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.