Subscribe

Memang benar Azeez ditumbuk!!


Ternyata apa yang didakwa oleh Ketua Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bahawa beliau telah ditumbuk oleh para penyokong PAS semasa hari pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah benar!! Saya sudah menjangkakan, keganasan pasti berlaku dan sudah tentu dicetuskan oleh pembangkang! (penyokong UMNO berjiwa mulia)

Beliau mendakwa telah dipukul oleh 8 orang (mengikut laporan Tv3) dan 9 orang (mengikut laporan Utusan dan bloggers UMNO) dan 10 orang (mengikut laporan lain). Jumlah ini juga dijangkakan akan bertambah dari masa ke semasa mengikut kesesuaian kempen UMNO di Bagan Pinang.

Datuk,

Saya cukup bersimpati dengan apa yang menimpa Datuk. Saya memohon maaf atas tindakan kurang ajar pihak pembangkang terhadap datuk. Aksi-aksi liar,ganas dan adegan membelasah datuk yang ditunjukkan oleh gambar dibawah rasanya sudah cukup untuk membuktikan betapa penyokong pembangkang ini melampau batas.


(Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS)

(Gambar 2: Azeez dicuit dan disapa oleh salah seorang penyokong PAS)

(Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden)

by JilFityan

4 comments:

Anonymous said...

Sungguh ganas penyokong pembangkang itu. Habis pecah kepala Datuk Azeez. Kesian.

huhuuhuhu

Anonymous said...

Kalau dah namenye pembohong...bohong jugakle namenye.

Anonymous said...

Aku doakan satu hari nanti dia betul2 kena pukul... kerja tipu ni mintak Tuhan balas... amin ya robbal alamin...

indraputra80 said...

Gua kenal Azeez nie,ketika die jadi tauke use car di S222.

Memang awal nye die bukan lah senang sangat,ada ketika nya die berjinak jinak juga dgn "Along-Wan Chai(PJ)" TAPI dlm waktu tur die kuat sembahyang,kalau nak masok ofis nya mesti tanggal kasut, menunjukan die menjaga kebersihan tempat ofis untuk solat.

Kerana ketaatan nya itu Allah memperkenankan Doa nya dan die mendapat peluang mempertingkatkan perniagaan nya dgn bantuan sesaorang yg.ada kedudukan serta kuasa.

Dari saat itu die berjinak jinak pula dgn Politik,nasib nya baik ,mendapat tempat.

Bila memperolehi kemewahan dan kesenagan ,ia bertukar menjadi tamak dan melakukan kerja kerja yang melampaui batas.,demi mengekalkan kesenagan,kekayaan,dan kuasa nya itu.

Jadi lah die seprti yg.kita lihat hari ini.

Benar kata Allah"Hamba ku bila di beri kesenagan selepas kesusahan,ia akan jadi gembira dan sombong.

He!he!uncle azeez ibu gua yg.beli fairlady yg merah tur.Jgn Maree!!!!!

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.