Subscribe

UMNO nak tarik Undi Anak Muda?


Dalam minggu ini kita dipertontonkan dengan pelbagai berita, antaranya acara Perhimpunan Agung UMNO yang ada membincangkan masalah dalaman UMNO yang kian meruncing seperti politikwang dan politik cantas mencantas. Kedua, usaha terkini Badan Perhubungan UMNO Kelantan menjalankan misi mendampingi anak muda yang bekerja diluar Kelantan (selain 2 misi lain,iaitu mendaftar anggota baru sebagai pemilih dan penerangan yang membabit isu semasa dan masa depan orang Melayu dan agama Islam).

Kata Najib,UMNO perlu mengikis politikwang dan politik cantas mencantas kerana ia tidak baik untuk survivor politik UMNO. Kata Tok Pa pula, cara mendampingi anak muda adalah "peluang baik" untuk mengajak/menarik mereka khususnya yang bekerja diluar Kelantan bagi sama-sama "berjuang sama dalam UMNO". Kat sini ada dua perkara yang keluar dari 2 mulut pemimpin UMNO yang berbeza, dan bersifat kontra~!. Satu luahan masalah serius yang tak setel² sampai hari ini, dan satu lagi inisiatif terancang yang dibuat (dalam keadaan UMNO bermasalah) untuk meraih undi. Macam mana tu?

Saya sebagai rakyat hanyalah memerhati senario politik yang berlaku. Bukan niat untuk mempersenda perancangan dan strategi UMNO Kelantan. Cuma sedikit lucu, UMNO memasang angan-angan mat Jenin menarik undi anak muda sedangkan dalam masa yang sama, UMNO sendiri mengalami konflik/perpecahan serius sesama mereka. Tak cukup dengan itu,kepincangan dan masalah dalaman UMNO juga dipertontonkan dan diperbincangkan dihadapan khalayak, khususnya masalah politikwang yang tidak dianggap rasuah, dan politik cantas mencantas yang semakin membiak subur dalam UMNO. Semua ini boleh disaksikan dalam Tv semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Persoalan dibenak saya, adalah UMNO Kelantan mampu menarik anak muda mendampingi UMNO yang sedang nazak dengan pelbagai krisis dalaman? Adakah pemimpin UMNO mampu menjawab dan menangkis segala persoalan anak muda berhubung krisis dalaman UMNO seperti politikwang (bukan rasuah ya..) dan politik cantas mencantas?

Sekiranya UMNO sendiri tidak mampu melahirkan suatu bentuk kepimpinan yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat, tanpa mementingkan diri sendiri, tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan, tanpa merasuah rakyat dengan wang, tanah, jalan, dan sebagainya, maka usahlah berangan dapat meraih sokongan daripada anak muda. Bagi saya sifirnya mudah sahaja. Sekiranya hendak mendampingi anak muda, pastikan badan sendiri suci bersih. Sekiranya rambut pakai minyak rambut dari tahi ayam, badan bersabun dengan tahi lembu, berus kaki pula dengan berus jamban,usahlah berharap dan ada hati mahu dampingi orang orang lain. Bersihkan diri sendiri dulu.

by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.