Subscribe

UMNO Sudah Kalah Fasa Pertama


Isa Samad diramalkan menang oleh ramai penyokong UMNO untuk PRK kali ini. Setelah siri kekalahan hatrik Hero di semua kawasan pilihanraya di semenanjung, peluang untuk UMNO menang sedikit cerah. Ya benar. Ia adalah kawasan UMNO dan boleh dianggap 'kubu' UMNO.

Pada pendapat saya,menang atau kalah, hakikatnya UMNO telah kalah untuk fasa pertama. Iaitu kalah ‘sesi pemilihan calon’ beberapa hari lepas. Dengan terpilihnya Isa sebagai calon Bagan Pinang, sudah pasti masyarakat Malaysia tidak kira penyokong PR atau BN, memandang UMNO sebagai parti ketandusan pemimpin yang bersih. PRK Permatang Pasir sebelum inipun UMNO meletakkan Rohaizat yang terbelenggu dengan masalah dan tuduhan melesapkan duit pelanggannya dan berbohong berkenaan dengan jumlah isterinya, kini Isa Samad pula. Isa juga dikecam mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan menyifatkan pemilihan Isa Samad tidak tepat kerana Isa pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah.

Rekod Isa, dia pernah digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004.Isa memenangi jawatan naib presiden Umno bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi, iaitu undi tertinggi mengatasi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).Bagaimanapun kemenangannya itu kemudiannya dibatalkan selepas didapati bersalah terhadap tuduhan amalan politik wang dalam pemilihan tersebut.

Seorang jurucakap Umno bahagian Teluk Kemang pula berkata, apa jua isu yang dibangkitkan oleh pambangkang, akan dijawab sepanjang tempoh kempen tersebut. Mereka juga menyifatkan Isa sudah jalani hukuman, dan memberi persamaan dengan kemenangan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh biarpun Anwar terpalit dengan isu liwatnya. Jika Anwar boleh menang, maka Isa pun boleh menang.

Di sini, saya tidak nampak sedikitpun persamaan sebagaimana UMNO bahagian Teluk Kemang katakan. Mana mungkin orang yang belum didapati bersalah,disamakan dengan orang yang sememangnya didapati bersalah? Malah dari sudut kesalahan pun, rasuah yang ditukar jadi "politik wang" tidak dikenakan hukuman sivil seperti dipenjara dan hanya dikenakan tindakan disiplin dan tatatertib sahaja. Adakah rakyat menilai dan memberi persepsi hukuman itu dari sudut yang sama? Saya rasa tidak.

Biarpun bahagian UMNO Teluk Kemang yakin dan bermatian membela calon keris mereka, saya tidak yakin mereka mampu menangkis apabila isu rasuah ini diputarkan balik. Bukan apa, Mahathir Mohamad pun tidak akan berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kali ini kerana “tidak mampu menangkis apabila isu rasuah timbul”. Inikan pula UMNO bahagian je.

Apapun, saya menantikan keputusan fasa kedua semasa pilihanraya kecil berlansung. Adakah UMNO kalah lagi sebagaimana fasa pertama? Wallahua’lam.

Komen di ChedetBlog:

nampaknya semua perkakas di bilik post mortem tidak di selenggara sejak berkurun lama sbb tu tiap kali BN kalah post mortem di adakan tapi keputusan post mortem sama jek...pasni post mortem...lagi post mortem..postmortem lagi.. lagilagilagilagilagilaaaaaagiiii ..... idak gak belaja dr keputusannya yek......haila nasib malaysia......


by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.