Subscribe

Benarkah PAS ada Krisis Dalaman ?



Melalui video diatas, Dr Mujahid Rawa dan Saudara Hanipa Maidin berjaya memberi gambaran sebenar bahawa tiada 'krisis dalaman PAS' sebagaimana diwar-warkan media PRo-BN. Ditegaskan,hanya perbezaan pendapat yang ada, dan ia berjaya diatasi melalui tawakkal dalam mesyuarat . Tawakkal dalam mesyuarat bererti berserah kepada Allah setelah azam kata putus diambil, "....bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu, maka setelah azam kata putus di ambil , maka bertawakkallah kepada Allah kerana Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal" ( surah Ali Imran :159)

Yang nampak seperti adanya keretakan, adanya krisis, itu cuma rekaan dan permainan media massa pro Umno. Semuanya dilakukan untuk mengalih pandangan masyarakat daripada isu utama seperti isu kematian Teoh Beng Hock, masalah perpecahan dalaman Mca dan Mic yang belum ada penghujung, dan tidak terkecuali isu pembentangan bajet 2010 dan masalah pepecahan umno yang tiada berkesudahan.

"Wahai orang-orang yang berimam, taatilah kamu akan Allah dan taailah kamu akan Rasul, dan pemimpin yang mentaati Allah dari kalangan kamu [taat kepada pemimpin bukan perkara mutlak] , maka kiranya ada perselisihan pada sesuatu perkara, kembalilah kepada hukum Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, kerana itulah sebaik-baik dan paling baik jalan penyelesaian " (surah anNisa?:59). Pendekatan ini yang PAS gunapakai.

Perbezaan pendapat akan terus berlaku dalam Pas kerana tiada seorangpun nabi dari kalangan pemimpin mereka dan jauh yang mengaku jadi tuhan. PAS mempraktikkan politik matang, dengan menerima perbezaan pendapat, dan membawa penyelesaian dengan cara yang cerdik. Cara yang cerdik ini adalah dengan mengkaji setiap khabar berita yang timbul, adakah ia benar ataupun tidak. Dan dibawa kepada mensyuarat AJK peringkat jawatankuasa serta unit Disiplin Parti untuk dibedah siasat.Firman Allah :

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang seorang fasik menyebarkan sesuatu berita, dapatkan kepastian terlebih dahulu, nanti musibah akan menimpa ke atas kaum yang tidak tahu, maka jadikanlah diri mu menyesal di atas perbuatan yang kamu lakukan" (surah al-Hujurat :6)

Apapun yang pasti, tiada krisis kritikal sepertimana yang diwar-warkan media Pro-BN. Jangan terpedaya.

by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.