Subscribe

Hujah saya mengapa PAS dengan PR boleh,BN tak boleh.



Soalan saya :

Jika saudara sayangkan Melayu dan sayangkan Islam, terangkan dimana relevannya UMNO, yang turut bersekutu dengan MCA dan MIC tetapi relevan, atau dimana buruknya perjuangan PAS,yang bersekutu dengan PKR dan DAP tetapi tidak relevan. Berhujah dengan fakta atau mantiqi logik pada kacamata saudara.

Jwpn yang tidak menjawab persoalan :

Releven UMNO MCA dan MIC?.... Yang sepatunya ditanya blogger2 pembangkang adalah, apa relevennya PAS menuduh BN dan UMNO adalah KAFIR dan penyokong2nya dalah KAFIR hanya kerana UMNO bersekutu dgn MCA dan MIC.Malah segalanya dari kerajaan pusat dikira haram.
TETAPI dilihat HALAL dan RELEVEN untuk PAS bersekutu dgn PKR dan DAP. Sedangkang secara jelas DAP secara terang2 menolak ISLAM dan menidakkan perlaksanaan ISALAM PAS.


===================================================================================

Sebab itu saya mahukan pencerahan. Dari awal komen saya, saya mahukan pencerahan. Namun Anon tidak faham, malah mengajar saya untuk bertanya soalan. Maka dengan itu tiada jawapan bagi soalan saya.

:) ..

Bersama kafir tetapi tidak menjadi seperti mereka, adalah tuntutan berbanding bersama kafir tetapi menyokong dan menjadi seperti mereka.Ya, andai betul sekalipun DAP menolak ISLAM [kenyataan DAP tak formal sblm bersekutu menjadi PR] dan menjadi pakatan kepada PAS, adakah boleh disamakan dengan dengan Pakatan UMNO,MCA dan MIC?

Hakikatnya pakatan PAS dengan DAP dan PKR berkongsi prinsip sama iaitu menbanteras rasuah, keadilan,penyelewengan harta kerajaan,dll. Prinsip ini dikongsi dan menjadi sebab mengapa wujudnya Pakatan Rakyat.

Sementara pakatan UMNO dgn MIC dan MCA pula berterusan menjadi pembela rasuah, ketidakadilan, penyelewengan harta kerajaan,masalah seks dll?

Adakah sama?

Firman Allah,

"...Dan hendaklah kamu tolong menolong dalam mengerjakan kebajikan dan ketakwaan terhadap Allah, dan jangan kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa dan pencerobohan..." (Surah al-Maaidah, ayat 2) ..

"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari tanah air kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (Surah al-Mumtahanah, ayat 8)

Ayat-ayat ini memberi ruang seluas-luasnya untuk mengadakan kerjasama dan bertolong-tolongan antara umat Islam sesama mereka khususnya dan juga dengan yang bukan Islam, dengan syarat-syarat yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya, serta ulama-ulama salaf.

Bertolong-tolongan dan bekerjasama dalam bidang politik untuk tujuan memerintah atau mendapatkan kuasa, antara golongan Islam dan bukan Islam, disebut dalam Islam sebagai tahaluf siasi.Tahaluf adalah istilah politik Islam bermaksud berpakat atau bermuafakat untuk mencapai dan menjayakan kepentingan bersama dalam membina negara atau mendapatkan kuasa.

Sebelum Islam lahir di Makkah, masyarakat jahiliyah telah pun membuat pakatan dan kerjasama di antara mereka yang dikenali dengan Hilful Fudhul.Nabi Muhammad s.a.w., ketika zaman kerasulannya menyaksikan permuafakatan tersebut.

UMNO telah menjadi seperti mereka [MCA dan MIC malah mungkin menjadi tok dalangnya]. Mana mungkin PAS dapat berjuang bersama UMNO yang terus kekal dengan prinsip dan perjuangan karut ini? Dimana Islamnya?

Sebab tu PAS kata, SEKIRANYA BENAR INGIN MEMPERJUANGKAN ISLAM:

Bubarkan UMNO ,bubarkan PAS, buat satu parti lain. Yang menjulang dan mengangkat Islam sebagai asas dan prinsip.Ada UMNO menyahut seruan ini?

Komen saya diatas adalah antara hujah-hujah saya di SINI

by JilFityan

5 comments:

Jil Fityan said...

Tiada siapa pun mengatakan apa yang dapat daripada kerajaan pusat itu adalah haram.

Kerjasama dalam pentadbiran tidak ada masalah, dan ini kita galakkan. Ini adalah kerjasama yang baik. Cuma yang ditentang adalah kerjasama dalam politik. Kerana UMNO sejak dari dulu dikecam, diseru agar berubah pun [ oleh Veteran umno sendiri seperti Chedet dan Tgku Razaleigh dll] tetap tidak berubah.

Rasuah pun menjadi politikwang. Dengan parti sakit sebegini pun nak bekerjasama?

Anonymous said...

Apa yg ko nak putar belit nie Jilfityan?

Hujah anda dah dijawap panjang lebar kat blog GOMO

Jil Fityan said...

Saudara yang menganggap putar belit,apapun pembaca yang menilai siapa yang pembelit sebenarnya. :)

Saya sudahpun sudah panjang lebar memberikan hujah saya disana.Silalah ke sana. Saya tidak bercadang membuat/membuka artikel balas di sini.

Lagi satu,usahlah berselindung di sebalik nama Anon. :) . Beranilah kerana benar.. :)

Anonymous said...

Wah... nampaknya JilFityan telah mula mengelupur dgn hujah2 dan jawapan2 yang diberikan oleh batara dan beberapa foromer yang lain didalam blog GOMO.
Nak tau lebih panjang lebar? sila click link GOMO yang disertakan JilFityan dalam tajuk ini.

Sudah tentu kita pembaca tidak mengharapkan penyokong totok seperti JilFityan untuk berubah menyokong BN, namun hujah dan tuduhan dan persoalan Jil telah dijawap dgn panjang lebar sekali siap berfakta.

Apa yang kelihatan JilFityan tidak berupaya menjawap dgn kebenaran, kelihatan JilFityan tidak mampu menegakkan pegangan beliau.

Disitu juga jelas kelihatan apabila hujah2 JilFityan telah dicincang oleh batara dgn kebenaran jitu.

Apa yang pasti JilFityan tidak mampu membalas hujah2 batara. Jelas disini, JilFityan hanya mampu berhujah untuk membuat tuduhan, terapi apabila hujah tuduhan tersebut disahut dan dibalas, maka JilFityan kecundang untuk menjawap.

Jelas disini, JilFityan hanya menegakkan benang yang basah, malah Pembaca sendiri boleh menilai bahawa hujah2 JilFityan begitu banyak putar belitnya sehingga fakta yang disertakan JilFityan membelit diri Jil itu sendiri. Malah pembaca boleh melihat disitu bagaimana batara menjelaskan Jil terbelit.

Akhirnya Jil hanya mampu menukar topik hujah beliau yang menunjukkan betapa JilFityan tidak mampu berdiri pd landasan kebenaran

(saya tahu JilFityan boleh delete komen saya ini, namun seperti kata Jil... Beranilah kerana benar

Jil Fityan said...

Saya hanya tersenyum sahaja tengok komen anda Anon. Seperti yang saya katakan, biar pembaca yang menilainya. Lagipun saya sudah membalas balik di situ. (mungkin saudara belum tengok lagi)

Hujah berfakta? hehehe. Saya simpati dengan kamu. Siapa agaknya berhujah tanpa fakta ye? Lagipun 'Kebenaran yang jitu' yang saudara maksudkan bukan saudara tentukan, biar pembaca menilainya. Sepertimana yang saya ulangi selalu. Begitu juga halnya dengan putar belit. Bukan saudara yang menjustifikasikan bagi pihak pembaca lain. Pembaca semuanya dapat berfikir orang itu putar belit atau orang ini putar belit. Jangan jadi hakim utk pembaca.Hehehe.

Saya tahu, saudara mengomen begini di sini hanya untuk menyejukkan hati kamu. Menggambarkan saya tidak berusaha menangkis tohmahan pihak saudara kepada saya di Blog Gomo, dan menggambarkan kelemahan saya di dalam blog saya sendiri,WALHAL saya sudah berbuat demikian.

:)

Saya tak perlu delate komen kamu. Kamu sudah katakan bahawa kamu berada pada landasan benar. Nah, tunggu apa lagi. Marilah kita sama-sama cari kebenarannya. Usah prejudis tanpa fakta dan bukti. Sikap pesimis begini tidak sedikitpun membuatkan hubungan kita sesama muslim semakin erat, malah semakin jauh dan menimbulkan perbalahan.

Wahai sahabatku Anon,Jom berhujah dengan berhemah. Anda tak perlu guna nicknama anon,Batara dan lain-lain. Sertakan blog anda jika anda berada pada landasan benar.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.