Subscribe

Logik ke satu kerusi stadium bukit jalil RM 500?


Dalam berita, tv3 mengatakan kerugian Stadium Bukit Jalil mencecah Setengah Juta. Dlm Tv9/Utusan Shaberi Cheek mengatakan kerugian sebanyak 214 ribu dan satu kerusi RM500. Saya rasa ada logiknya kenyataan Shabeeri Cheek ini sekiranya :

1) Kontraktor makan sikit
2) Menteri makan sikit
3) Termasuk harga Komisen
4) Kes sebijik macam kes Laptop RM 84,000
4) Kerusi tersebut dicharge termasuk harga tambang import
5) Harga kerusi tersebut meningkat naik mendadak walaupun sudah berusia lebih 10 tahun. ( jadi barang antik)
6) kerusi tersebut boleh mengurut penonton semasa duduk menyaksikan bola sepak.
7) menggunakan skru emas yang berharga RM50 satu.

Petikan Utusan berhubung kenyataan Shabeery Cheat:

KUALA LUMPUR - Perbadanan Stadium Nasional mendapati kerosakan Stadium Nasional di Bukit Jalil akibat keganasan penonton pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan Sabtu lalu bernilai RM214,000.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kerugian yang paling besar membabitkan kerosakan kerusi tempat duduk penonton iaitu berjumlah RM112,000.

"Kerusi sahaja 224 buah rosak, ada yang terbakar, rosak terus dan 'tumbang', nilai satu kerusi ialah RM500 dan untuk kerusi sahaja nilainya sebanyak RM112,000.

"Pintu pagar untuk orang kurang upaya (OKU) rosak, pagar merah dan kuning juga rosak, tandas dalam stadium dan tempat letak kereta juga rosak dan jumlah kerosakan pada malam itu sahaja bernilai RM214,000," katanya sewaktu menggulung perbahasan peringkat dasar Bajet 2010 di Dewan Rakyat, semalam.

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu, Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun apabila menewaskan Kelantan 3-1.

Kemeriahan perlawanan itu bagaimanapun terencat dengan tindakan liar segelintir penyokong Kelantan yang membakar kerusi dan membaling botol air mineral serta mercun ke dalam padang.

Mengenai perbelanjaan membaiki kerosakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Ahmad Shabery memberitahu, ia akan menggunakan duit rakyat dan kerana itu beliau meminta semua penonton memikirkan kerugian yang akhirnya mereka sendiri yang tanggung.

"Stadium Nasional datang daripada duit rakyat, kalau stadium kena perbaiki, bajet datang daripada duit rakyat, sebab itu kita minta pihak penganjur dan penonton fikirkan supaya tidak berlaku lagi kerosakan," tegasnya.

Sementara itu, Ahmad Shabery tidak menolak kemungkinan kelakuan ganas pada malam itu mungkin disebabkan kerana ada penyokong yang mencampuradukkan politik dan sukan.

"Saya lihat penyokong banyak bawa lambang parti politik. Saya rasa pelik kerana ini merupakan sukan yang melibatkan orang ramai dengan semangat kesukanan yang salah satu cirinya ialah menghormati lawan.

"Tetapi apabila dikaitkan lambang kelab dengan lambang politik tertentu, itu mungkin sebabkan keghairahan dan kegilaan mereka untuk berbuat demikian seolah-olah kalau menang (perlawanan), menang parti itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau seterusnya berkata, penyokong Kelantan wajar menerima ucapan tahniah kerana membangkitkan semangat dan suasana baru dari aspek corak sokongan padu yang ditunjukkan mereka.

Mengenai cadangan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) supaya diwujudkan akta bagi mengawal keganasan penyokong, Ahmad Shabery menjelaskan, beliau bersetuju dengan cadangan itu, namun ia akan membangkitkan persoalan sama ada keganasan seperti itu sentiasa terjadi atau kemungkinan besar berlaku.

by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.