Subscribe

SPRM : Profesional untuk Lembu atau Keadilan


Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa SPRM tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti diamalkan sebelum ini.Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang.

Mohamad Ariff memutuskan demikian ketika membenarkan semakan kehakiman oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa SPRM hanya boleh menyiasat saksi dalam tempoh waktu pejabat antara pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan bukannya selepas tempoh itu.

SPRM pula mempertikai dengan mengatakan bahawa keputusan itu sekaligus menghalang SPRM bertindak sebagai satu badan yang 'profesional' dalam menyiasat sebarang kes yang melibatkan rasuah dengan beralasan ia mengganggu proses siasatan. Kata SPRM lagi, saksi berpeluang menghapuskan keterangan atau bukti serta boleh melarikan diri semasa penangguhan sesi soal siasat sekiranya waktu hanya dalam linkungan waktu pejabat.

Bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Negeri Sembilan, Akhbar Satar berkata,SPRM bukan berperanan seperti jabatan pentadbiran, sebaliknya merupakan sebuah badan siasatan profesional yang memerlukan pegawainya bertugas 24 jam.

Bagi saya, SPRM bukanlah sebuah badan yang profesional seperti yang diwar-warkan oleh SPRM sendiri. Sebanyak mana sekalipun dalih SPRM, apa yang diputuskan mahkamah tinggi itulah profesional, kerana ketidakprofesionalan SPRM menyiasat, ketidakprofesionalan mengendali kes, ketidakprofesionalan dalam tindakan dan lain-lainlah contohnya,Beng Hock mati terbunuh. Malah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dilihat gagal melaksanakan "tanggungjawab profesional" yang telah diamanahkan kepadanya itu. Sehingga hari ini, rakyat telah disajikan dengan pelbagai penyiasatan dan pendakwaan terpilih yang jelas sekali "double standard" berlaku didepan mata mereka. Misalnya, SPRM gagal menyiasat segala laporan rasuah yang telah banyak dilaporkan sebelum ini, tambahan pula apabila ia melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi mereka begitu "profesional" untuk menyiasat kes yang dilaporkan oleh puak-puak UMNO terhadap pemimpin pembangkang di negara ini. Bukan sahaja siasatan yang dilakukan itu "profesional" malah SPRM juga begitu "profesonal, cepat dan pantas" untuk membuat pendakwaan. Tak cukup dengan itu, diadili pula sepertimana yang berlaku kepada kes lembu dan pembaikian kereta Tan Sri Khalid Ibrahim.

Begitu juga dalam kes yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar. berhubung hal penggantungan hadir Sidang Dewan terhadap MB dan Exco Perak yang baru. Biarpun kes itu baru sahaja dilaporkan namun SPRM "bagaikan halilintar" membuat penyiasatan kes berkenaan. Namun sebaliknya isu rasuah yang melibatkan pemimpin UMNO terus di"kapan"kan begitu sahaja tanpa ada sebarang siasatan mahupun pendakwaan. Menurut mereka laporan berkenaan berunusur fitnah dan tiada bukti kukuh untuk membuat siasatan. Inilah alasan mudah yang sungguh "memualkan" dalam hal "profesional SPRM" itu sebenarnya.

Baguslah, moga dengan waktu operasi yang disingkatkan ini "betul-betul membuatkan SPRM lumpuh" sepertimana kata-kata Bekas Pengarah SPRM, Akhbar Satar. Saya mengiyakan sahaja. Moga-moga dengan waktu yang disingkatkan ini membuatkan SPRM sedar dan menerimanya sebagai hukuman. Hukuman agar SPRM menjalankan tugas dengan lebih efektif,bukan jadi "lembu UMNO".

by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.