Subscribe

BTN: Kos dan cagaran untuk pecahbelah rakyat Malaysia




Apa itu BTN?

BTN adalah Biro Tata Negara ataupun popular dikenali sebagai makhluk parasit atau "Dajal alaf Baru",berfungsi mendewakan BN dan men'syaitan'kan PR.

Apa yang ada dalam kursus BTN?

Dalam BTN, semangat benci kaum lain seperti Cina dan India ditanam secara mendalam di kalangan peserta. Contohnya lagu ANAK KECIL MAIN API wajib dihafal oleh peserta, kenapa? Kerana lagu ini membakar jiwa agar sayangi kaum Melayu dan benci kepada kaum lain. Peserta juga ditanam semangat dan sifat agar membenci penceramah dan pemimpin politik pembangkang seperti PAS, Anwar Ibrahim dan juga pemimpin-pemimpin Cina DAP yang dianggap sebagai pengkhianat negara. Ketuanan Melayu pula perlu dipertahankan dengan cara menyokong UMNO dan memastikan semua kakitangan kerajaan berpihak kepada UMNO agar UMNO dapat berkuasa selama-lamanya.(Pokok hujahnya ialah membela Melayu lebih utama dari membela Islam).

Kenapa BN guna BTN ?

Kerana dengan BTN segala kefasikan yang dibuat oleh kerajaan BN akan digambarkan sebagai kegiatan murni dan mulia, dan segala usaha baik yang dibuat oleh PR digambarkan sebagai kefasikan dan porak poranda.BTN perlu digunakan BN sebagai proksi sampingan untuk mengabur mata para pegawai kerajaan, agar dibutakan terus daripada melihat kedajalan BN di dalam negara, dan parasit yang paling mujarab meresapkan unsur-unsur kejahatan kedalam diri pegawai kerajaan melalui ceramah oleh penceramah tauliah BN.

Penentang pengharaman BTN.

Yang meloncat bila keluar isu pengharaman BTN ini adalah mereka yang bengap susah diajar dan penjilat setia UMNO BN. Juga mereka yang takut tak dapat cari makan. Juga mereka yang takut periuk nasi mereka tergugat.

Mereka memberi alasan kononnya BTN adalah hak warganegara Malaysia,
mereka memberi alasan kononnya BTN adalah untuk perpaduan kaum,
mereka memberi alasan kononnya BTN boleh realisasikan Konsep 1Malaysia secara sejagat.

Seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan bangangnya,

"Peranan Biro Tatanegara adalah selari dengan gagasan 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan dan nilai-nilai patriotik. Peranan Biro Tatanegara(BTN) adalah selari dengan gagasan 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan dan nilai-nilai patriotik.Pengharaman kursus BTN ini juga menyekat kebebasan mahasiswa untuk pergi program "

Kah Kah Kah!! Sekat Kebebasan??

Kata Dr Khairuddin.

"kursus BTN itu telah memburuk-buruk mantan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dengan mengatakan beliau seorang pemimpin yang lemah berbanding Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri baru Najib Razak akan mengembalikan era kegemilangan semasa pentadbiran Dr Mahathir.

Hanya setahun yang lepas Dr. Mahathir dicaci dan Pak Lah disanjung tetapi sekarang sudah terbalik. Apa piawaian yang diguna untuk menentukan kebenaran atau kebaikan. Tidakkah lakonan seperti ini menghina bekas Perdana Menteri dan mengelirukan rakyat?” tanya Dr Khairuddin.

"Mengenai isu pembunuhan Altantuya pula ceramah kursus Birotatanegara itu menafikan keberkaitan penggunaan C4 dari simpanan kerajaan. Peserta kursus cuba dikelirukan dengan disogok dengan propaganda kononnya C4 boleh dibeli dari sumber-sumber lain.

Pembunuhan pula oleh mereka tidak bermotif. Pelik dan ajaib. Takkan Polis yang gaji tak sampai RM1,500 sebulan nak habiskan duit kocek mereka nak beli C4. Kalau benar C4 boleh dibeli di luar maknanya negara kita dalam bahaya.Yang dipertikaikan ialah kenapa BTN membazirkan wang rakyat hanya untuk menegakkan benang basah.tegas Dr Khairuddin

Dibawah ini pula peruntukan KOS untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia yang dilaksanakan Kerajaan BN melalui BTN.

"BTN telah membelanjakan sebanyak RM 550 juta dalam tempoh 10 tahun sejak tahun 2000 sehingga 2009 dan ia telah mencetuskan sentimen perkauman sehingga menyebabkan ramai para cendekiawan lari ke luar negara."

Berdasarkan belanjawan tahunan untuk tempoh 10 tahun terakhir yang berjumlah RM548 juta, berikut adalah perincian kos tersebut mengikut tahun.

Bagi tahun 2000, kira-kira RM28,928,500 dibelanjakan manakala setahun selepas itu, tahun 2001 sebanyak RM27,172,300 pula dibelanjakan. Kos tersebut meningkat kepada RM34,199,700 pada tahun berikutnya dan terus meningkat lagi pada tahun 2003 kepada RM35,620,163. Kos tersebut meningkat lebih daripada sekali ganda iaitu RM86,165,889 pada tahun 2004 namun mengalami sedikit pengurangan iaitu RM68,160,330 pada tahun selepasnya.Pada 2006, kos BTN berkurang lagi kepada RM43,097,076 tetapi bertambah kepada RM74,339,400 pada tahun lalu iaitu RM76,348,700. Bagaimanapun, pada tahun ini kos nya berkurang sedikit tetapi masih lagi pada angka yang besar iaitu sebanyak RM74,023,100.


Menurut Belanjawan 2010, kira-kira RM62.5 juta diperuntukkan untuk tujuan Kursus BTN.

Ia melibatkan sejumlah wang yang besar. Bagaimana mungkin wujud justifikasi untuk membelanjakan peruntukan besar untuk sebuah agensi bagi melaksanakan kesinambungan agenda yang bertentangan dengan semangat perpaduan bagi memecah belahkan rakyat Malaysia kepada perkauman, sepertimana yang dinyatakan beberapa pemimpin pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam baru-baru ini," kata Pengerusi DAP, Lim Kit Siang.


Saya pasti,sekiranya diberi pilihan kepada pegawai kerajaan, siapa yang akan menyertai BTN ini, Maka sudah pasti tiada seorang pun yang berminat menyertai kursus bodoh sebegini.

by JilFityan

8 comments:

honeyyy said...

kalau den tak dipakso ...takdo la den nak attend benda bodoh cenggini...nak semai semangat patriotik ke, perpaduan ke, satu malaysia ke...sume datang sendiri dalam jiwa rakyat kalau kerajaan pandai tarik hati rakyat...bukan melalui paksaan...ada ke kalo x gi BTN x leh amik PTK la...x leh sah jawatan la....apa kaitannya..?bodoh x boleh diajar..bangang x boleh ditegur!!!

Anonymous said...

salam..
kenapalah sebagai org Islam yang yg dididik dgn asas agama yg baik oleh mak ayah anda..anda menulis dgn perkataan yg begini? tak boleh ke kalau nak nk menyatakan pendapat pun gunalah ayat yg baik..walaupun memang extreme tak suka. Entahlah kalangan org yg bagaimana anda ini..sekiranya anda pernah ke kursus BTN yg sebenar..adakah anda akan berckp dan berfikiran begini..saya bkn agen mana2 parti politik..saya pon tak minat dgn politik..tp sejak sekolah hgga bekerja saya dh banyak siri kursus BTN dh saya ikuti..semuanya kerana wajib..tetapi saya tak nampak dlm mana2 siri kursus BTN pun yg mengajak peserta benci kaum lain, xtreme terhadap melayu..apa yg dibincangkan adalah sejarah Malaysia..bagaimana kita mendapat kemerdekaan dan dah tentu dlm sesi LDK (Latihan Dalam Kumpulan, peserta diberi peluang utk membincangkan sesuatu isu. Tak kisah apa isunya..semua org terbuka..termasuk yg bukan melayu pon ada..jd bila ada ahli yg bertanya mengenai isu kedatangan kaum lain, maka peserta yg lain yg ada idea..memberi respon..fasilitator yg ada disitu langsung tidak masuk campur. Kalau ada yg kata nk ambik PTK pun kene attend BTN...itupun nk merungut...tak terfikir ke anda kalau bkn BTN tu bawah kerajaan yg memerintah pon...kursus yg seumpama itu (tetapi nama yg berlainan) pon akan tetap dibuat oleh kerajaan yg memerintah. Dan saya percaya..anda yg menulis ni tak alert satu perkara iaitu..Anwar Ibrahim adalah salah seorang pengasas BTN..Nasharudin juga bekas penceramah BTN..dan kalau ada yg menulis BTN sbg Biro Tatatertib Nazi..maka anda menghina modul berunsur agama yg ada didalamnya.Nazi tidak sekali2 melaksanakan sembahyang jemaah..kuliah subuh..jd semua ustaz2 yg berceramah itu Nazi jgk kah? ingatlah...iman bukan diadili oleh anda..Iman Hak Allah yg Esa..anda mengadili org lain dgn melabel perkataan yg cukup jijik utk dibaca oleh org Islam yg lain..contoh melalui teladan..beginikah yg anda nk tonjolkan kpd org bkn Islam? bahasa yg kesat..tuduhan yg berat..fikirkanlah..Naufal

Anonymous said...

Jgn fikir berapa bnyk BTN blanja utk kursus ini..tetapi pikirlah berapa bnyk input positif yg peserta bwk blk dr kursus ni. berapa ramai jgk yg jd manusia setelah sekian lama jd samseng disekolah...jgn pandai dgn merujuk 'ckp-ckp org'...ambik data dr BTN dan kajilah...aku cabar korang! aku antara samseng yg dimaksudkan..kalau tkda BTN..entah kat mana aku skrg!

Anonymous said...

BTN ditubuh utk menutup kefasikan BN????? ngko sapa nak jatuh hukum kat org sbgai fasik? ngko tau tak selagi mana ko menulis atas tiket sesedap hati ngko je nk ckp apa tanpa melihat diri sendiri dulu yg menulis tanpa ilmu langsung ni ngko dh kira memfitnah???? ngko tau apa dosa memfitnah...? org mcm ngko ni ler perosak bkn setakat bangsa sendiri..agama pon ngko tolong jahanamkan dgn menghasut org2 melalui tulisan ngko yg sesedap rasa tanpa kajian nih..cermin diri dulu dr atas smpai bawah tapak kaki tu dulu. Ni la fitnah akhir zaman...berselindung atas tiket agama...

Anonymous said...

Sori ckp la..penulis blog ni mmg bkn melayu la aku rasa...org melayu takkan create cerita dan istilah seburuk ini terhadap institusi yg cuba membantu org melayu sedaq diri...sedaq akan kepentingan agama yg dianuti iaitu ISLAM. Ko hanya terjemahkan segala-galanya ikut kepala otak ko sendiri aje. pendek cerita..ko ni adalah acuan DAP dan PKR..taksub sgt dgn pemimpin pembangkang. Sampai Kit Siang temberang fsl BTN pon ko percaya. Kit Siang tu pon x pernah pergi BTN...elok benar la tu..org melayu mcm ko ni Kit Siang mmg suka gula2kan aje..inilah freemason sbnr abad kini..maybe ko lupa satu perkara...kalau tk dibuat kursus yg mendidik ko sygkan negara sendiri..ko igt Pakatan Rakyat tu nk sgt ke ISLAM jd agama rasmi Malaysia??? Lagu anak kecil main api tu..mungkin sekadar lagu..tp ko ni buta ke??? dgn kerja ko yg tak ada lain selain memburukkan bangsa sendiri ni...tanah berekar dh kena gadai ke org bkn melayu..ko suka la anak cucu ko tu dok merempat mencari tempat nk tggl esok2...? Ini bkn soal benci kaum lain..tak ada pon BTN didik agar benci agama dan kaum lain..tp kaum lain tu..apa2 jd pon..dia akan tetap bela bangsa dia sendiri..ko yg melayu ni??? ntah data dr mana ko ambik..pastu ko terjemahkan ikut nafsu ko...aku kesian la dgn melayu islam mcm ko...buta ke dgn apa yg dh jadi pada melayu Pulau Pinang? gerai org2 sebangsa dgn ko kene roboh??? sapa yg roboh? dr ko dok terjemah apa makna BTN dgn hati yg buta ni..baik ko g tolong melayu pulau pinang buat gerai dia.

Kepada 'Honey' yg juga buta perut...Kalau ekau kata tak pyh ada kursus utk jdkan anak muda sekarang cintakan negara...ko berenti ajolah dr kojo dgn kerajaan... org mcm ekau ni la sampah masyarakat sebonar eh..kategori pekerjo malas..tiap bulan tggu duit masuk..dan org mcm ekau ni la yg membazirkan duit BTN bila dihantar kursus..weii..g bersihkan ati busuk ekau tu..pehtu g cuci otak selut ekau tu..ckp mcm org mabuk todi! Ni la hasil tk mendalami kursus yg dihadiri...

Anonymous said...

Aku sokong semua pendapat di atas kecuali pendapat si penulis blog ni dgn si honey..ko tak fikir ke perbelanjaan BTN yg ko senaraikan panjang lebar tu semua utk dibuat apa? utk tolong melayu lain jgk yg jadi katerer..yg print fail, kertas dan utk bayar fasilitator serta penceramah, ustaz2..tu..kalau BTN tk buat kursus..Melayu mana lg nk tlg Melayu..Nk harapkan DAP dan PKR yg ko puja sgt tu ker??? Jangan harap la..Tanah org miskin kt selangor pon tergamak nk ambik..gerai org melayu berniaga kat penang yg ala2 setinggan tu pon bantainya roboh..jadi korang sokong la gamaknya DAP bina restoran BAK KUT TEH bnyk2 eh?

Lagi satu aku nk tanya..korang dok kutuk2 BTN ni, korang sedar tak secara tk langsung korang menghina rakan2 melayu korang yg mencari nafkah di dalam institusi tersebut. Korang tau mengutuk aje..jahat benar ke kerajaan BN smpai takde langsung kebaikan yg dibawa..?selama ni korang cr makan, ada ke kerajaan skrg kacau korang??? pd penulis blog ni..buat la keje lain selain dok mencari salah silap org. apa yg ko tulis ni bnyk yg berunsur fitnah dan tuduhan..aku tak fikir BTN sejahat yg ko tulis..ko lg jahat la nmpknya..nasihat aku, lebih baik diam kalau tak tahu dari tahu sikit2..tp sebarkannya mcm la ko tau sgt..blog ko ni blog keislaman..decoration nyer aje la..tp isi kandunganya..mcm blog DAP!

Anonymous said...

Jilfityan or whatever la nama ko..aku setuju dgn pendapat org lain di atas. ko tk sepatutnya menulis begini rupa kalau ko tu seorg Melayu Islam hanya kerana ko tu fahaman politik berbeza dgn kerajaan memerintah. Setiap kerajaan ada baik buruknya..tp tak la semuanya jahat. Ko menulis tentang BTN ni..ko tau tak secara tak langsung ko dh melukakan hati rakan2 melayu kita yg menyara keluarga hasil dr BTN? ada tu mmg staf BTN..sesetengah mereka katerer yg menyediakan makanan semasa kursus..yg mencetak fail..yg memberi ceramah spt ustaz2..fasilitator dlln..tgk dr segi decoration blog ni mcm sebuah blog Muslimin Sejati..Tp apa yg terkandung lansgsung tak mencerminkan ianya sebuah blog islamik. Islam tk didik umat mencerca org lain yg tk sebulu dgn kita sebegini sekali..Buka mata dan buka minda..jgn kerana segelintir saja org di dalam kerajaan buat salah habis semuanya dimaki hamun. PR pon apalah kurangnya..yg dok melaung berjihad ats tiket agama pon sama 'naik' aja..dan ko ni salah anggap pd BTN..fakta yg ko dpt ni adalah yg diwar2kan oleh Kit Siang dan agen DAP dan PKR yg lain..dulu Anwar yg mengasas BTN dan modulnya semasa dia dibwh kerajaan..skrg bila tidak lagi, kenapa dia melebih2 mengutuk..perbuatan dia, sama la spt meludah ke langit..dan org yg dibutakan hati spt ko ni bulat2 terima..konon atas dasar KEADILAN..kalau ko tk percaya..lepas ni ko tgk la..PR akan sentiasa menyerang badan2 yg memperjuangkan bangsa melayu dgn bermacam tohmahan dan fitnah..jgn sampai anak bini, cucu cicit ko terpaksa minta beras utk makan pada Kit Siang plk..berpolitik boleh, tp biarlah cerdik. Membaca boleh tp bacalah dgn jiwa yg terdidik..kaji dulu bahan dan sumber..

Jil Fityan said...

Terima kasih di atas komen "kalian semua." Cuma elok komen pakai nick nama anda yang sebenar, jika ada blog, sertakan sekali. Usahlah berselindung di sebalik Anon yang anda gunakan. Penulisan Anon dari atas sampai bawah adalah orang yang sama berdasarkan IP yang saya check. Hehe.Tapi saye faham perasaan saudara yang memberikan sepenuh sokongan kepada kerajaan UMNO dan usaha kerajaan laksana BTN.

Mengenai BTN, bukan anda seorang sahaja peserta, malah ramai lagi. Modul BTN, pengendalian BTN, sedara sendiri sedia maklum bukan? Dan mengenai BTN juga, ia tidak akan menjadi masalah andainya pengendaliannya adalah baik dan sempurna. Pokok ni takkan bergoyang kalo tande anginnya. Saudara faham maksud saye sedara Anon?

Macam ni lah Anon, andainya sedara nak membela BTN, silakan. Ia tidak memberi ape-ape kesan kepada saya. Saya tetap dengan pendirian saya, malah saya percaya ramai lagi bersetuju dengan pendapat saya ini.

"BTN ni takde satu sen pun manfaat selain merugikan duit kerajaan dan membuang masa peserta."

Satu lagi, usahlah guna Anon byk2. Guna nick name betul. Tak payah lempar batu sembunyi tangan utk meraih sokongan sendiri.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.