Subscribe

SPRM juga menyiksa orang disiasat

Dipetik daripada PenarikBeca

"Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu Umno berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali".

Kawan saya, Amin menerima email yang mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendera, memaksa dan mengugut Halimi Bin Kamaruzzaman supaya mengakui Datuk Norza Zakaria terbabit dengan politik wang. Lihat postingnya yang bertajuk "SPRM untuk jatuhkan sesetengah pihak dalam Umno?"

Antara penyiksaan pegawai-pegawai SPRM ke atas Halimi ialah:

1. Dipukul di bahagian kepala, perut dan bahu bertubi-tubi oleh tiga pegawai SPRM
2. Ditendang di bahagian rusuk dengan lutut
3. Dipaksa telanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan bogel
4. Dicekik sehingga tidak bernafas
5. Ditolak ke dinding
6. Ditendang ketika dipaksa berguling-guling atas lantai
7. Diketuk kepala dengan bakul sampah berkali-kali
8. Diugut akan diletakkan puntung rokok pada kemaluan

Ketika kes Kugan Ananthan masih lagi belum selesai, timbul lagi cerita penyiksaan pegawai penguatkuasa ke atas orang yang disiasat. Apa ni? Aku tau la Halimi dan Norza tu orang Umno. Aku ni penyokong PAS. Peduli apa aku. Kalau babi pun hampa dera tak tentu hala, aku lawan. Jangan la buat perangai lebih hina dari taik babi.

Perangai kurang ajaq tak habis-habis. Bila kita lawan, ikut sedap mulut ja Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar kata dia tidak mahu masyarakat menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero dan polis yang menguatkuasakan undang-undang pula sebagai syaitan.

"Tidak timbul isu menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero. Isunya ialah kita membantah tindakan menyiksa dan membunuh orang yang disyaki. Saya ulangi, orang yang disyaki," kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Anggota-anggota polis yang didapati bersalah kerana mengakibatkan terbunuhnya orang kena tahan (OKT) adalah antara rakan sepenjara Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Mahfuz ketika mereka dipenjarakan bersama-sama Haji Jalaluddin Abdul Manaf (Haji Amjal) di penjara Kajang pada tahun 2000 setelah didapati bersalah bersalah menyertai demonstrasi pada 4 April 1997membantah kehadiran pasukan kriket Israel ke negara ini.

Aku pun masuk lokap masa tu. Nasib baik takat lokap ja, tak masuk jel la sebab aku kutu ja. Buat rugi beras ja dok bela aku, bagi makan aku dalam jel tu.

Menurut Salahuddin dan Mahfuz, dua anggota polis rakan mereka di penjara Kajang itu dipenjarakan apabila seorang OKT yang didera mati.

Kedua-dua mereka disabitkan kesalahan yang menyebabkan OKT itu terbunuh.

"Apa yang menyedihkan, kedua-duanya mengadu bahawa mereka melakukan tindakan itu atas arahan pegawai atasan mereka.

"Bagaimanapun, apabila tiba menghadapi hukuman, mereka tidak puas hati apabila hanya mereka sahaja yang menerima hukuman manakala pegawai yang mengarahkan penderaan itu terlepas begitu sahaja," kata Mahfuz.

Salahuddin pula mempertikaikan, mungkin pegawai-pegawai yang mengarahkan anggota-anggota polis yang didapati bersalah kerana menyiksa OKT itu telah naik pangkat dan kini menjadi pegawai besar dan hidup senang-lenang.

"Sebab itulah kita mesti memperjuangkan supaya penyiksaan tidak berperikemanusiaan ini dihentikan," katanya.


Dipetik daripada PenarikBeca a.k.a Bakaq






[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Sudah tiada kerja baru Umno hendak berdemo

Terkejut juga apabila membaca laporan Utusan Malaysia On line 27 Januari 2009 yang menyatakan demo bantah tol di Kampung Medan dekat Kampung Dato' Harun, kawasan Petaling Jaya Selatan.

2.Laporan menunjukkan demo itu dianjurkan oleh Umno bahagian Petaling Jaya Selatan yang berlangsung selama 2 jam bermula 9.30 pagi 26 Januari.

Inilah satu sejarah di Malaysia apabila Umno membantah tol, selama ini apabila PAS dan parti lain daripada Umno buat, kita lihat Umno berpeluk tubuh dan senyum melihat rakyat kena belasah dengan FRU dan telan gas pemedih mata.

Demo anjuran pembangkang dianggap sebagai beruk jalanan seperti yang dikatakan oleh Khairy Jamaludin, ketika nbeliau komen mengenai himpunan BERSIH sebelum PRU 12.

Nampaknya sekarang Umno sudah bertukar wajah dan watak? Ini satu perubahan teori Darwin dalam Umno.

Biasalah sekarang Umno tidak ada kerja, kontrak makin kurang, kerana lubuk emas sudah terlepas di Selangor.

Maka berdemo lah cara untuk hendak tarik perhatian rakyat kenonnya Umno yang memperjuangkan jantung hati rakyat, sedangkana Pakatan rakyat sudah lama mengatakan bahawa Tol (Tindas Orang Lalu).

Pemimpin Umnolah yang duduk sokong sangat tol sewaktu mereka berkuasa dahulu.

Sekarang apabila nyawa Umno sudah berada dipenghujung hayat maka baru mereka sedar tol membebankan rakyat.

Memanglah pemikiran pemimpin Umno selalu lembab dan terkebelakang lebih 100 tahun daripada Pakatan Rakyat.

Demo ini mungkin hendak tarik perhatian kerana mereka kehilangan bekas ketua bahagia Petaling Jaya Selatan Dato� Kepten Zahar Hashim yang menyertai PAS.

Jadi hendak tunjuk kepimpinan sekarang begitu prihatin maka buatlah demo bantah tol untuk hendak bela rakyat.

Bagaimana pun kita bersyukur Umno sudah terima kaedah demo salah satu untuk hendak menuntut hak rakyat.

Kalau ada lagi demo yang melibatkan kepentingan rakyat sila turun bersama-sama untuk bela rakyat. Teruskan usahamu dan jangan hangat taik ayam.


Petikan daripada HarakahDaily

by Ustaz Idris Ahmad







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Barisan Nasional Berikrar Macam Budak Sekolah

Tergelak,lucu pun ada gelagat UMNO. Bila Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mendakwa tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dijangka menyertai Pakatan Rakyat bila mana Datuk Nasarudin Hashim join, UMNO yang parah membuat tindakan lawak yang menambahkan lagi keparahan UMNO di mata pemimpin mereka sendiri khususnya dan rakyat amnya.

"Ikrar taat setia dengan UMNO" dilakukan di hadapan Najib. Ikrar taat setia?? Ingat macam budak sekolah ke berikrar taat setia. Aduhai.. UMNO.. Kenapa la parti UMNO ni teruk sangat? Andaikata sekalipun selepas ikrar pun nak lompat parti takde salahnya di sisi undang-undang. Lepas tu pulak kenapa di hadapan Najib ?? Bukan PakLah??

Hehehe.. Takut betul UMNO.. Menggelabah semacam je.. Takut jadi macam kes di Terengganu.23 adun UMNO turunkan tandatangan menyokong Idris Jusoh kekal MB Terengganu.Alih-alih 11 adun sebenarnya menyebelahi Ahmad Said. Rupanya yang 11 tu pun kena paksa. Aduhai.Teruk ..Teruk..

by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Pro-Mahasiswa menang p'raya kampus UM

berita daripada Malaysiakini.

Kumpulan pro-Mahasiswa memenangi pilihanraya kampus Universiti Malaya (UM) semalam apabila calon-calonnya memenangi 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Kekalahan tipis kumpulan pro-Aspiras itu diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi di Dewan Tunku Canselor (DTC) di UM.

Dalam pilihanraya kampus lalu, pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi.

Dan dalam pilihanraya kampus semalam, kumpulan yang dianggap anti-establishment itu berjaya menambah 10 lagi kerusi.

Pengerusi pro-Mahasiswa Norazali Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan kemenangan kumpulannya itu.

Menurutnya, kemenangan tersebut tidak diijangkakan. Kali terakhir pro-Mahasiswa UM memenangi pilihanraya kampus ialah pada 2004


Berita daripada HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Kumpulan Pro-Mahasiswa menang dengan majoriti mudah satu kerusi menewaskan kumpulan Aspirasi dalam pilihan raya kampus Universiti Malaya, yang diumumkan jam empat pagi tadi, apabila menguasai 21 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Daripada sembilan kerusi umum yang ditawarkan, kumpulan Pro-Mahasiswa menang lapan kerusi. Di peringkat fakulti mereka menang 13 kerusi, iaitu Akademi Pengajian Islam (2 kerusi), Akademi Pengajian Melayu (2), Undang-Undang (2), dan masing-masing satu di fakulti-fakulti Perubatan, Pendidikan, Sains, Linguistik, Perniagaan dan Pergigian

Pertandingan sengit itu menyaksikan pelbagai insiden menarik sepanjang kempen termasuk beberapa isu kontroversi yang menggemparkan

by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Tuduhan Pro Israel: Apa Jawapan Pro M?

Kuala Lumpur, 18 Jan - Pilihanraya Kampus Universiti Malaya hari digemparkan dengan kain rentang di Kolej Kediaman Ungku Aziz yang tertulis perkataan ‘Pro M = Pro Israel’ yang digantung di hadapan kolej tersebut.

Kain rentang berwarna kuning itu dipercayai milik pihak Aspirasi atau Penggerak Mahasiswa digantung di hadapan pintu masuk kolej berkenaan disamping saranan ‘Sokonglah Penggerak Mahasiswa’.

Tertera juga di atas kain rentang itu perjuangan aspirasi pada kali ini iaitu ‘Ilmu, Agama dan Kebajikan Mahasiswa Terjamin’ disamping ayat provokasi ‘Say No To Pro M’.

Menurut salah seorang pelajar yang menghuni di kolej tersebut, beliau sebelumnya berpendirian atas pagar, namun apabila tertera perkataan Pro M ialah Pro Israel, beliau bertekad untuk mengundi Aspirasi pada kali.

“Saya bertekad akan mengundi Aspirasi sebab disaat seluruh dunia mengutuk Israel atas kekejamannya, Pro M pula menjadi tali barut kepada Israel, ini saya tidak dapat terima,”tegas beliau.

Persoalan ditimbulkan oleh beberapa penganalisis politik dan penyokong Pro Mahasiswa berkenaan tuduhan dan andaian pihak Aspirasi ke atas Pro Mahasiswa berkenaan isu ini.

“Adakah mereka betul-betul ada bukti atau sekadar mencetuskan provokasi murahan setelah habis idea dalam beberapa isu yang dibongkarkan oleh Pro Mahasiswa?.

Selepas itu, adakah isu ini sama seperti isu Anwar Ibrahim Pro Israel seperti yang dicetuskan oleh UMNO?,” ujar seorang penyokong kuat Pro Mahasiswa.

Pilihanraya kampus Universiti Malaya terus panas dengan isu yang pelbagai. Bermula dengan dakwaan Pro M atas salahguna wang oleh Aspirasi Penggerak Mahasiswa. Selain itu, dakwaan beserta bukti ke atas TNC HEPA dalam isu rasuah dan pembelian calon.

Isu terpanas tentang kepala babi yang diletakkan di dalam surau APIUM masih lagi tidak selesai, dan yang terbaru ialah tuduhan kritikal ke atas Pro Mahasiswa yang mempunyai kaitan dengan Israel.-mahasiswakini

Dipetik daripada Mahasiswakini.com







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Bulan kembali terang di Kuala Terengganu.

Seperti yang saya jangkakan, Bulan akan kembali terang di Kuala Terengganu. Walaupun kondisi 50 - 50 pada peringkat awalnya, namun setelah kiraan peti undi yang terakhir, ternyata kemenangan berpihak kepada kita. Alhamdulillah ..

Syukurlah,dan kemenangan ini adalah kemenangan rakyat dan pemimpin PAS. Rakyat Terengganu di Kuala Terengganu bukan sahaja sedar, malah memperbaiki kesilapan lepas dengan memangkah PAS, parti bulan yang berpendirian, dan akan tetap membela memartabatkan Islam walau apa sahaja rintangan.Orang Terengganu ternyata semakin cerdik. Duit yang ditabur BN tidak berjaya memikat hati pengundi untuk tetap memilih PAS.Tahniah.

BN pula terus menerus melingkup, kekalahan demi kekalahan diterima. Pergolakan parti yang parah, janji yang kosong, rasuah, dan beberapa siri serangan kepada PAS tetapi memakan diri ( isu hudud), menjadi faktor utama rakyat menolak Barisan Nasional. Parti korupsi ini ditentang habis habisan.Keputusan terakhir PAS 32,883 undi manakala BN 30,252 undi dan Bebas 193 undi (hilang wang pertaruhan)dengan majoriti 2631 undi, sudah cukup untuk memberi pengajaran kepada Barisan Nasional bahawa rakyat sudah menganggap BN ini sebagai parti tidak relevan sejak PilihanRaya Umum Mac lagi.

Kepada YB baru kita, Mohd Abd Wahid Endut . Selamat datang ke Parlimen, dan Selamat Berkhidmat untuk rakyat. Pas For All ~!!

by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kepala Babi di Surau Akademi Islam Universiti Malaya (AIUM)

Pagi ini,saya telah dikejutkan dengan satu sms daripada seorang teman yang berbunyi
“Salam, Kepala khinzir di surau Ai ..Di letak sekitar jam 4-5 pagi tadi.. Namun tak dapat dikesan siapa yang meletaknya. Nastagfirullah ‘ala Khatiatina .. FWD ”

Saya yang ketika itu sedang bersiap, begitu terkejut dengan SMS yang diterima. Perasaan berbaur geram,benci terhadap sikap kurang ajar manusia binatang yang tergamak melakukan perbuatan syaitan ini, mula panas badan. Timbul 2 persoalan di benak saya.

Pertama : Ia adalah satu provokasi terancang yang dilakukan oleh pencacai yang anti PMI dan PAS, tali barut sama ada dikalangan pelajar Universiti Malaya sendiri. Menyebar berita yang tidak benar, terkandung tuduhan berat kepada pelajar Mahasiswa Islam (PMI) supaya disebarkan sedangkan ia adalah satu fitnah. Perkara ini tidak mustahil memandangkan pilihanraya kampus akan diadakan pada hari isnin ini (19hb/1/09) . Ia mungkin satu provokasi terancang untuk mencari modal, sebagai kekuatan untuk menentang Pelajar Mahasiswa Islam (PMI) yang mengfitnah Aspirasi mengenai isu ini. Dan sekiranya ia satu provakasi, memang PMI menjadi mangsa. Dan ia sangat bahaya kepada PMI itu sendiri kerana berita ini tersebar dengan cepat tanpa sebarang pengesahan.

Kedua : Perkara ini betul-betul berlaku. Dan dalang disebalik semua ini adalah mereka yang anti kepada PMI atau ISLAM itu sendiri. Dan sebagai orang Islam, kita wajib membenci dan memusuhi manusia binatang yang tergamak melakukan perbuatan ini, menghina rumah Allah dengan penghinaan yang berat.


Sejurus beberapa minit kemudian, saya menerima satu mesej bergambar . Sah, memang sah.. Ini adalah perbuatan khianat. Dan perbuatan khianat ini tidak bersifat perkauman tetapi bersifat kepartian. Kepala babi yang yang dibelah dua, diletakkan diatas bendera PAS, yang tertera PAS + PMI . Simbolik yang ingin menerangkan bahawa, PMI + PAS = BABI.Rasa seperti ingin mengalir air mata kerana rumah Allah dihina sedemikian rupa.

Siapa yang melakukan perkara ini? Kepada siapa yang kita ingin tuduh?? Siapa kambing hitam yang tergamak melakukan perkara ini? Secara teori dan logiknya,tidak lain dan tidak bukan, ia dilakukan oleh mereka yang benci kepada PAS dan juga PMI. Dan logiknya mereka yang benci kepada PAS dan PMI sahaja yang berani melakukan perkara sedemikian rupa. Siapa?? Mungkinkah mereka ini adalah daripada Parti Aspirasi ( parti Pro Kerajaan di peringkat Universiti) dan juga Barisan Nasional ( diperingkat nasional)..? Status pelaku? Adakah daripada kalangan Pelajar UM sendiri, atau orang luar? Yang penting mereka yang melakukan ini adalah sememangnya anti PMI dan PAS..Dan amatlah mustahil jika dilakukan oleh penyokong PMI dan PAS sendiri. Tidak masuk akal. Sangat tidak masuk akal. Saya bukan ingin melakukan tuduhan, tapi inilah kebarangkalian yang cukup besar.

Saya masih teringat,pada tahun 2002, pernah berlaku penghinaan yang sama tetapi tidaklah melampau. Kain rentang sahaja yang diletakkan dan tertera “Ulamak Babi” di depan Surau Ai. Namun perkara yang berlaku pada hari ini adalah perkara yang tidak pernah berlaku di UM, melampau, dan tindakan paling bodoh yang berlaku dalam sejarah UM.

by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kelab Penyokong PAS Parit Buntar mula berkempen di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 12 Jan. : Jentera Piliharaya PAS Parit Buntar mula turun membantu kempen calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bagi PRK 036 Kuala Terengganu.

Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar telah menghantar sebuah bas dari kalangan ahli kelab penyokong kaum Tionghua untuk membantu jentera kempen. Mereka terdiri dari 16 orang dari Tanjung Piandang, 8 orang dari Kuala Kurau. Turut sama dengan rombongan ini ialah 8 ahli kelab penyokong dari Bagan Serai dan 2 orang dari Taiping.

Menurut Ketua rombongan yang juga Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional En. Hamdan Fadel, mereka sudah mula berkempen hari ini di komuniti orang Cina DUN Bandar.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Jentera Pilihanraya PAS Terengganu yang menyediakan bahan kempen kepada mereka serta t-shirt merah Kelab Penyokong Terengganu.

"Kami akan guna pengalaman kami berkempen di Parit Buntar dan beberapa pilihanraya kecil menarik sokongan orang Cina di Kuala Terengganu. Kami juga bawa ahli kelab penyokong dari Bagan Serai dan Taiping untuk menimba pengalaman berkempen dalam pilihanraya" tambah En. Hamdan.

Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Parit Buntar untuk PRK 036 Kuala Terengganu En. Khairulzami Muhammad memberitahu petugas Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda seramai 40 orang akan mula berkempen di Terengganu pada 14 Januari.


LAMAN PAS PARIT BUNTAR

Daripada : WebMaster PAS Parit Buntar








[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Modal sama BN UMNO

Barisan Nasional ketandusan idea dalam menarik minat pengundi PRK Kuala Terangganu. Masih menggunakan modal sama. Masih menggunakan cara yang sama. Memperkudakan rakyat Terangganu yang bukan mudah untuk diperbodohkan. Dari dulu, sampai sekarang. hanya satu isu famous yang dijaja setiap kali pilihanraya. Tidak kira pilihanraya Umum atau pilihanraya kecil. Modal "Pembangunan" yang dibawa UMNO dijaja, disamping kutukan dan kritikan terhadap kepimpinan pembangkang yang dianggap tidak berjaya, memiskinkan lagi rakyat dan dalam erti kata menyeluruh, " lansung tidak membawa perubahan kepada rakyat"

Seperti kata Nurul Izzah, Terengganu telah memecah rekod terbaik semasa dibawah pemerintahan Pas, dimana negeri itu mencapai unjuran dan injakan dari negeri ketiga termiskin, menjadi negeri keempat. Ini sekaligus membuktikan bahawa pemerintahan pembangkang di Terangganu (PAS) mampu untuk mentadbir negeri, dan menolak kata-kata mulut celupar pemimpin BN yang mengatakan PAS tidak mampu memerintah negeri Terengganu dan tidak berjaya membawa kemajuan. Walaupun hanya tempoh satu musim kerajaan Terengganu dibawah PAS, ia sudah cukup membuktikan bahawa kepimpinan PAS tidak wajar sama sekali diperlecehkan.


Terbaru,Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam satu ceramahnya di Kampung Kuala Bekah malam tadi bahawa rakyat atau lebih khusus pengundi di Parlimen Kuala Terengganu tidak akan termakan dengan 'gula-gula' yang dijanjikan Umno/BN dalam kempen pilihan raya kecil di sini.Demikian Turut hadir ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Othman; Exco Kedah, Dr Ismail Salleh dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi (KeADILan).

"Rakyat di sini sudah matang dan tahu permainan yang dilakukan Umno/BN ini.Mereka hanya mahu menipu rakyat dengan janji-janji mereka, sedangkan selepas pilihan raya mereka akan hilang entah ke mana," kata beliau yang juga AJK PAS Pusat.Sebelum ini ketika PAS memerintah Terengganu, wang royalti minyak dirompak oleh kerajaan Pusat, katanya.Sebaliknya selepas BN memerintah semula Terengganu, wang tersebut diberi semula namun begitupun rakyat di sini tidak mendapat faedahnya, kata beliau.

Sebaliknya selepas BN memerintah semula Terengganu, wang tersebut diberi semula namun begitupun rakyat di sini tidak mendapat faedahnya, kata beliau."Rakyat Terengganu terus miskin sedangkan pemimpin BN kaya raya," katanya.Beliau yakin, rakyat di sini boleh menilai prestasi buruk yang ditunjukkan kerajaan negeri selain calon BN yang jarang sekali turun padang melihat kesengsaraan rakyat. Baginya, apa sahaja yang ditabur termasuk janji wang, projek dan kemudahan sudah tidak termakan oleh pengundi di Kuala Terengganu.

Sebaliknya, rakyat di sini sudah muak ditipu oleh BN di setiap kali pilihan raya berlangsung, katanya."Rakyat di sini tidak laparkan wang ringgit dan janji projek, tetapi mereka mahukan perubahan kerana berasa semakit terhimpit di bawah pemerintahan BN," katanya.

by Farhan Shah

Ref : harakahDaily






[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]