Subscribe

UMNO terdesak : Peras Ugut,Haram PEMERAM


Yahhh... Itu dia. Keadaan UMNO sekarang semakin hari semakin terdesak. Terbaru, satu usul pengharaman PEMERAM atau lebih dikenali dengan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir,kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa Mahasiswa kini yang lebih cenderung dalam memberikan sokongan kepada parti Pembangkang. Usul penarikan biasiswa kepada mereka diolah cerita sebagai satu tindakan terdesak UMNO, tidak menerima hakikat,dan menggambarkan UMNO sememangnya berada di ambang kehancuran dan kemusnahan apabila ada di kalangan mereka yang sanggup mengusulkan dan ada pula yang menyokong, penarikan biasiswa kepada penuntut yang menyokong pembangkang.

Apa UMNO/BN ingat dengan tindakan memeras ugut ini,PEMERAM akan goyah? Dan ingat dengan tindakan 'cerdik' ini menambahkan lagi keyakinan rakyat kepada UMNO/BN? Sudahlah UMNO/BN. Tindakan puak kamu hanyalah menampakkan lagi kedunguan dan kegusaran kamu sahaja. Rakyat akan terus-menerus memandang UMNO/BN sebagai parti yang tidak relevan. Kerana sahaja PEMERAM menyokong pembangkang maka itu dijadikan modal utk menarik balik biasiswa?Satu perkara yang tidak berkaitan lansung.

Yang melawakkan,mengharukan lagi ada pelajar kita yang menuntut di luar negara berpendapat bahawa wang biasiswa yang diberikan adalah milik UMNO/BN! Bangunan asrama pelajar adalah milik UMNO/BN! Apa punya bangang pelajar begini? Malang betul Malaysia, mempunyai mentaliti anak melayu yang 'macam' pandai, belajar diluar negara,tapi mempunyai otak sesingkat ini.

by JilFityan







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Album Penamaan Calon PRK 059 Bukit Gantang

Terdapat banyak gambar menarik didalam IZALI


by JilFityan







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]