Subscribe

Bila UMNO Mahu Laksana Hudud?



Isu popular yang selalu dicetuskan oleh UMNO terhadap PAS, tentang goyahnya prinsip perjuangan PAS tentang pelaksanaan HUDUD. Isu hudud ini menjadi modal sepanjang zaman kepada pemimpin dan penyokong UMNO, dengan menuduh dan menganggap bahawa PAS hari ini tidak berani perjuangkan hudud kerana takutkan DAP.

Betapa hinanya maruah hudud bagi UMNO. Menjadikan hudud hanya sebagai satu perangkap? Nilai hudud itu sendiri sudah tiada. Hudud Allah ini hanya dilihat UMNO sebagai satu umpan yang boleh melemahkan parti PAS semata-mata. Itu sahaja. Hudud yang merupakan perintah Allah yang menciptakan makhluk di langit dan dibumi, digunakan sebagai modal, tak lebih dari itu.Niat untuk melaksanakan HUDUD jauh sekali. Dan lebih teruk dan memilukan,pemimpin UMNO ini menganggap hudud ini seolah-olah milik PAS,bukan milik Allah,justeru hanya PAS yang kena laksanakannya.!!

Betapa malangnya Malaysia ditadbir oleh pemimpin UMNO sejahil ini,berugama Islam, mengucap dua kalimah syahadat,mempunyai kuasa majoriti dalam negara pula, tetapi tidak berniat sedikitpun untuk melaksanakan hudud dalam negara. Menjadikan agenda utama dan prinsip perjuangan parti jauh sekali. Alasan yang selalu diberikan, adalah " menyedari politik tanah air yang tidak mengizinkan perkara ini berlaku. Disamping menjadikan faktor berbilang kaum di Malaysia sebagai satu faktor utama hudud tidak dapat dijalankan.

Saya tidak nafikan,benar masyarakat Malaysia ini terdiri dari berbilang kaum,agama dan budaya,tetapi ini bukan satu alasan kepada UMNO. Saya ingin bertanya kepada penyokong dan pemimpin UMNO. Apa kalian lupa nabi kita Muhamad S.a.w berhijah ke Madinah, dan memeterai perjanjian dengan orang kafir,yahudi dan Nasrani, untuk menubuhkan sebuah negara Islam yang mendaulatkan perlembagaan Allah ini? Adakah pada zaman Rasullah itu tidak wujud berbilang kaum, agama dan budaya? Dan adakah Allah tidak tahu malaysia ini juga sebuah negara yang majmuk?

Sedarilah, ilmu Allah mengatasi segalanya. Walau dizaman mana kita berada sekalipun, apa yang telah diatur dan diperundangkan Allah kepada hambanya adalah sesuai sepanjang zaman, masa dan ketika. Allah maha Mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk ciptaannya, dan kerana itulah Allah telah menurunkan Hudud demi kemaslahatan umat manusia. Tidak perlu dibahaskan lagi sesuai atau tidak Hudud dilaksanakan di malaysia ini, Allah yang mengatur semua yang kita lihat pada hari ini di malaysia. Hanya mereka yang beriman dan yakin dengan Al-Quran dan segala isi kandungannya akan berusaha melaksanakannya tanpa ragu-ragu.


by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

PEMBETULAN: Kabinet Baru Malaysia

[Kabinet-Malaysia-Baru.jpg]

Semasa dok surfing internet sebentar tadi, ternampak gambar ni dekat http://pemudapasbc.blogspot.com. Rupanya ada ralat pada Pembentukan Kabinet yang lepas. Dan Inilah yang sebenarnya.


by JilFityan

Aku tengok dan gelak je lah... hehehe..



[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Bukan PENANTI Sahaja Yang Sedang Menanti -OrangKlawang


Macam-macam cerita yang didengar dan dibaca dalam akhbar arus perdana, blog-blog dan akhbar-akhbar pro pakatan rakyat seperti Harakah dan Suara KeAdilan. Pertamanya saya nak mengucapkan tahniah kepada DSAI kerana berani bertindak dan membuat satu keputusan yang sukar iaitu mengosongkan DUN Penanti.

Seterusnya juga suka saya mengucapkan SYABAS dan Selamat Maju Jaya kepada mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga ADUN Penanti Mohammad Fairus Khairuddin kerana berani meletakkan jawatan demi untuk menjaga maruah dan integriti PKR dan diri sendiri.

Kalau kita lihat di Jepun dan Korea Selatan Perdana Menteri nya sendiri dan Menteri-menteri kanan nya pun akan meletakkan jawatan jika terdapat usul undi tidak percaya akibat dari perbuatan rasuah atau salah laku politik atau salah guna kuasa. Maka perbuatan meletak jawatan oleh Fairus ini tidak ada salahnya MALAH perbuatan dan tindakan ini lah yang tidak dapat dibuat dan tak sanggup ditiru oleh UMNO/BN kerana kebanyakan pemimpin mereka takut hilang jawatan dan kehilangan kuasa.

Kita sedia maklum berapa ramai pemimpin UMNO/BN yang telah terbukti rasuah masih mengekalkan jawatan yang disandang oleh mereka. Malah parti mereka sendiri UMNO pula yang mengisytiharkan bahawa jawatan tersebut adalah tetap disandang oleh individu tersebut walaupun jawatankuasa disiplin UMNO sendiri telah mengesahkan penggunaan politik wang (rasuah) oleh individu terbabit. Di sinilah dapat kita lihat betapa buruknya UMNO yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa tetapi masih kekal ingin berkuasa dan memegang jawatan-jawatan penting dalam negara.

Disinilah perbezaan ketara antara UMNO dengan PAS dan PKR. PKR dibawah DSAI cuba mengekalkan parti yang bersih dan berintegriti, bebas dari rasuah dan salah guna kuasa. Sementara PAS pula telah berkali-kali menawarkan kepada SPRM (BPR) untuk membuat penyiasatan kepada ADUN atau Ahli Parlimen nya yang di dakwa atau dituduh rasuah. Malah TGNA menyatakan membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM untuk menyiasat kerajaan Negeri Kelantan beserta dengan ADUN-ADUN nya sekali jika ada lapuran rasuah. Disinilah menunjukkan kebersihan dan berintegri nya kerajaan negeri dan parti-parti di dalam PR.

Dalam akhbar berapa ramai pemimpin UMNO yang mencaci dan mengutuk tindakan Fairus ini. Datuk Najib sendiri mengatakan perletakan jawatan ini adalah permainan politik DSAI dan PR sendiri. Tetapi di sini sebenarnya menunjukkan betapa takut nya UMNO/BN itu sendiri melihat sikap pemimpin-pemimpin PR yang telus dan berterus terang yang sanggup meletakkan jawatan yang penting demi untuk menyelamatkan parti dan menjaga maruah diri sendiri dari tuduhan-tuduhan liar. UMNO/BN juga begitu takut untuk menghadapi PR sekali lagi di dalam satu lagi pilihanraya kecil kerana dengan PRK ini segala tembelang mereka akan pecah.

Sekiranya mereka (UMNO/BN) takut dengan situasi ini mengapakah sebelum ini mereka begitu ghairah mengacau dan mengugut ADUN atau ahli Parlimen PR dengan tujuan agar mereka melepaskan jawatan. Nampaknya senjata UMNO/BN sendiri telah makan tuan nya. PRK Bkt Selambau terjadi kerana bekas ADUN nya tidak tahan ugutan dan di kacau lalu meletakkan jawatan. Kes Elizabeth Wong di Selangor siapa punya angkara? Siapa kah dalang disebalik perkara tersebut? Kes merampas kuasa MB di Perak siapa punya angkara? Perlembagaan DUN Perak dicabar dan di persoalkan! Siapa punya angkara? Jika benar selama ini UMNO/BN itu benar, segalanya benar dan tiada yang benar selain dari yang benar sahaja maka mengapa tidak di bolehkan atau di benarkan pembubaran DUN Perak untuk membenarkan rakyat Perak mengundi memilih kerajaan negeri yang sebenar-benarnya mereka kehendaki??? Jika benar UMNO/BN berani mengapa tidak bertindak demikian?

Bukan rakyat Penanti sahaja yang sedang menanti tetapi rakyat Perak juga sedang menanti dan seluruh rakyat Malaysia juga sedang menanti seperti rakyat Penanti. Buktikan lah wahai UMNO/BN.....

Credit to OrangKlawang

http://orangklawang.blogspot.com
http://pasjelebu.blogspot.com








[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO yang kian mengecut.


Barisan Nasional mengatakan tidak berniat meletakkan calon untuk kerusi yang dikosongkan ekoran perletakan jawatan Fairuz di DUN Penanti. Najib yang dibayangi dengan pelbagai 'masalah peribadi' mengeluarkan kenyataan kecut perut dengan memberi alasan "demi ekonomi negara Malaysia", .Tindakan drastik mengeluarkan keputusan awal ingin meneliti sama ada perlu atau tidak calon diletakkan adalah keputusan yang menggambarkan keseluruhan UMNO, yang sudah semakin kecut untuk bertanding lagi dengan calon Pakatan Rakyat.

Seorang sahabat saya berkata, sekiranya diletakkan tenuk sekalipun bertanding dengan UMNO, belum tentu UMNO boleh menang. Betul ke begitu?Entahlah, itu pandangan peribadi beliau. Bagi saya tidak lah sampai begitu. Dan tak baik mengucapkan sedemikian rupa. Namun setelah kenyataan Najib yang memikirkan utk meletakkan calon atau tidak, seolah-olah mengiyakan kata-kata kawan saya. UMNO sudah takut dengan bayang-bayang sendiri. UMNO hari ini tidak ada kekuatan lagi dan UMNO hari ini meletakkan alasan itu dan ini.Dan alasan kali ini adalah 'demi ekonomi negara'.

Saya mencari jawapan,apa yang UMNO takutkan sangat? Bukankah UMNO adalah satu team gerombolan yang besar,takkan lah team yang besar begini sudah kecut dan seolah mengiktiraf akan menjadi team serpihan? atau mungkinkah kerana takutkan satu wabak? Satu wabak penyakit berjangkit kekalahan berpanjangan kepada UMNO,yang akan menyiarkan lagi penolakan rakyat kepada UMNO melalui pilihanraya kecil, dan khususnya sekali lagi di Penanti?

Siri kekalahan pada pilihan raya kecil di Semenanjung,bermula di Permatang Pauh kemudian diikuti di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau telah mengajar UMNO secara menyeluruh, iaitu tidak kira siapa PM nya, sama ada PakLah atau Najib, dan bantuan mantannya pun,kesemuanya sudah alah di mata rakyat. Semuanya sudah lali dan semuanya sudah dipukul rata.Ditolak rakyat bukan siapa PM nya, tetapi dari parti apakah dia. Sekiranya dari UMNO, maka terima lah nasib kekalahan yang berterusan ini.walaupun kalian mempunyai wang utk ditabur,walaupun kalian mempunyai kuasa utk memperbodohkan rakyat di media,namun rakyat hari ini bukan rakyat yang senang dipijak-pijak, dirasuah-rasuah.

Takpelah PakJib, kaji lah dulu nak letak ke tidak calon di Penanti. Aku tahu hang keluh kesah dan gelisah setiap kali berdepan Pakatan Rakyat di pentas pilihan raya. Yelah nasib badann.. baru je naik jadi PM dah terima rekod buruk-buruk. Harap hidup segan mati tak mahu lah. Tu pun idup sebab ramai team pengampu kat belakang. Mintak-mintak Chedet tolong nasihatkan PakJib yang ketar lutut ni. Suruh die jadi anak jantan walaupun bibir die merah. ( Ada kaitan ke? Takde kaitan...Hehehe )

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Dongeng Panglipurlara UMNO -Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak


Bila membaca kenyataan daripada Peguam PAS Mohamad Hanipa Maidin,nampak gayanya UMNO bertindak lebih kuah daripada nasi. Jika sebelum ini kita diwar-warkan dengan keputusan Mahkamah yang memihak kepada Zambri dan enam exconya yang digantung Sivakumar,di degung-degangkan oleh media arus perdana dari Tiga suku (tv3), meloyakan (Utusan Melayu) dan yang hairan (Berita Harian), semuanya diulas secara canteeeekkkkkk,seolah-olah UMNO sudah menang dalam kes tersebut.

Sekarang mari kita dengar dengan lebih jelas,telus dan benar, apa kata peguam PAS Mohamad Hanipa Maidin tentang apa yang telah berlaku pada 16 April lalu secara panjang lebar. Kenyataan ini adalah dipetik daripada HarakahDaily.

[Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak]

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat


Dipetik daripada HarakahDaily

by JilFityan







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Filem Terkini di Pawagam: 'YB Tak Sayang Nyawa?' -Faisal Tehrani

ARTIKEL INI DIPETIK DARI BLOG FAISAL TEHRANI. ARTIKEL WAJIB BACAA ~!!

Filem 'YB Tak Sayang Nyawa' terbitan Ganu M otion Pictures menerima kritikan hebat dari penonton dan pengulas filem sebaik sahaja ditayangkan minggu ini. Filem komedi-seram (comedy-thriller) mengenai sepuluh samseng penyeludup belacan dari Siam itu dianggap 'murahan' dan 'memualkan' menurut pensyarah filem Universiti Malaya Dr Hasan Abu Hasnullah.

Selain itu, antara adegan yang dikritik teruk oleh pengkritik ialah adegan sepuluh samseng tersebut memulaukan mesyuarat kongsi gelap mereka setelah bimbang menerima ugutan misteri: "Yang, Belacan tak sayang nyawa?"

Blogger filem terkenal 'Sultan Sulu' merungut dalam ulasannya, dipetik; 'Pengarah sekali lagi gagal memaparkan elemen kejutan dan unik, malah saya berpendapat filem pertama beliau mengenai penderhakaan beberapa hulubalang yang bertajuk 'Kami Nak Mat Yeh Lah Natang' jauh lebih seram.'

Pengarah filem terkenal UU-Pei pula menyifatkan filem itu gagal mengenengahkan elemen suspen yang sepatutnya ada dalam sesebuah filem bercorak aksi-seram. Antara plot yang dianggap tidak suspen dan longgar ialah apabila sepuluh samseng tersebut terkincit bersembunyi di beberapa buah resort, kelab dangdut dan bawah jambatan setelah bimbang keselamatan mereka tidak terjamin. UU-Pei mengatakan, "Saya tak faham apasal mereka tak pasal-pasal terkemut lari sedangkan tiada pun dorongan antagonis dalam filem."

Filem arahan Hans Enoch Jason itu juga turut diselar oleh rancangan Gala TV yang mengulasnya sebagai: 'Filem ini sepatutnya memaparkan kisah mengenai sepuluh samseng yang tidak berpuas hati dengan ketua kongsi gelap penyeludupan belacan, yang didakwa mendapat kuasa secara pintu belakang. Tetapi ia ternyata menjengkelkan kerana sepuluh samseng itu dipaparkan sebagai lemah, penakut malah akhirnya melutut ketakutan setelah disergah.'

Pengulas filem Faisal Tehrani bagaimanapun berpandangan lakonan mantap ketua samseng Zainudin Kemamang menyelamatkan filem tersebut. Beliau menyatakan di dalam kolumnya di akhbar tempatan, 'Saya tidak akan bermulut lancang untuk filem ini. Saya rasa ada unsur komedi yang seronok dan menghiburkan. Meskipun tidak mengucapkan banyak dialog, lakonan protagonis ketika menuturkan dialog 'pango, takdok gamok lah mano eh' sebagai sungguh berkesan dan memungkinkan pelakon tersebut dicalonkan untuk senarai akhir Anugerah Skrin. Saya malah beranggapan ia menyamai lakonan Marlon Brando dalam filem God Father.'

Di sebalik kekurangan dari aspek naratif, filem 'YB, Tak Sayang Nyawa' berjaya memaparkan sinematografi yang menakjubkan. Antara latar menarik sekitar Trengganu yang diketengahkan ialah Tepuh, Kuala Berang, Permaisuri, Bukit Besi, Ajil, Alor Limbat, Paka, Jabi, dan Kota Putera. Sebahagian besar penggambaran dilakukan di Jertih. Satu-satunya adegan di luar Trengganu ialah apabila sepuluh samseng tersebut bersiar-siar mengunjungi Putra Jaya. Filem 'YB Tak Sayang Nyawa' turut menampilkan lagu tema 'Kita Lihat Penyu Telor' nyanyian Mek Jah.

http://tehranifaisal.blogspot.com/










[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Azilah, Sirul dan Altantuya


Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Hukuman yang dikenakan kepada mereka berdua ini dilihat sebagai satu hukuman yang tidak dapat memperbaiki imej Malaysia kerana terlalu banyak keraguan, bukan sahaja dari segi prosiding dan siasatan,malah terdapat banyak persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.

Dan persoalan yang tidak boleh dipandang remeh,misteri dari dulu sampai sekarang,adakah kita mengetahui dan mengecam rupa Azilah dengan Sirul ni ?? Bila keluar sahaja berita diorang dekat mahkamah, asyik bertutup muka, berbungkus dengan sweater sahaja. Kes ini adalah kes yang berprofile tinggi,sekiranya mereka betul² salah, tunjukkan sahaja kepada umum rupa penjenayah yang sebenar. Biar di jadikan pengajaran dan iktibar kepada semua.

Dan satu lagi persoalan, adakah mereka yang dihukum gantung itu adalah betul² Pembunuh Altantuya ?? Ke orang lain?? Dan jika Azilah dengan Sirul, adakah betul mereka berdua yang digantung mati, atau orang lain?? (kerana tidak pernah nampak wajah sebenar).

KLIK DI SINI UTK LAKARAN GAMBAR AZILAH DAN SIRUL PADA POSTING SAYA YANG LEPAS.



by JilFityan







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kumpulan Pak Lah jadi Gukha? -WFAUZDIN NS


Keputusan Pak Lah dengan senang hati melepaskan jawatannya sebagai PM kepada Najib adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh sebilangan besar rakyat di negara ini. Sebahagian kecil di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau sudah cukup memberi isyarat bahawa tindakan Pak Lah itu tidak bijak sama sekali bagi menyelesaikan masalah politik yang menghantuinya.

Bagaimana mungkin seorang tokoh yang memperkenalkan prinsip Islam Hadhari begitu tergamak menggadaikan maruah negara tercinta ini kepada Najib? Mustahil Pak Lah tidak sedikitpun tahu tentang latarbelakang Najib dengan berbagai isu dan skandal yang menyelimuti tubuh badannya?

Nasi telah menjadi bubur, tiada apa yang dapat dikesalkan lagi. Sudah nasib rakyat di negara kita mempunyai pemimpin seperti ini yang menganggap negara ini seperti tanah milik mereka yang begitu mudah untuk di`wasiat' atau di`faraid'kan. Pak Lah mungkin berasa lega kerana masalah beliau telah selesai, tetapi bagaimana dengan rakyat selepas ini? Tidak mungkin Pak Lah hanya ingin melihat menantunya KJ sahaja yang selamat selepas beliau berundur tanpa memikirkan nasib rakyat jelata? Dan, adakah menantu beliau KJ selamat sekarang seperti yang mungkin beliau harapkan? Apa yang pasti kini, Tun Mahathir tersenyum lebar walaupun dikatakan kerana beliaulah Umno/Bn tumbang dan aib di Bukit Gantang serta di Bukit Selambau. Mahathir boleh mengangkat kening dan hidungnya kerana Mukhriz anaknya yang telah dimalukan di dalam pemilihan Ketua Pemuda Umno baru-baru ini telah dapat ditebus maruahnya. Tidak perlu bersusah payah, Mukhriz yang kalah kepada KJ sebagai Ketua Pemuda Umno kini telah dilantik sebagai Timbalan Menteri manakala KJ yang menang pula hanya dijadikan `gurkha' oleh Najib. Tergamak sungguh Najib memalukan Pak Lah demi Mukriz anak Mahathir. Lebih mengaibkan dan tidak masuk akal bila Naib Ketua Pemuda Umno turut dilantik sebagai Timbalan Menteri. Apa lagi yang boleh diperkatakan oleh KJ kecuali `Na`am' dan mana mungkin KJ berani `menyembah derhaka' kepada Najib.

Kabinet yang dibentuk oleh Najib merupakan kabinet `tunggang langgang' sehinggakan ramai ahli-ahli Umno sendiri pening memikirkan atas formula apa yang Najib guna pakai. Jika dikatakan kabinet tersebut benar-benar bersih, mustahil kerana adakah Najib itu sendiri bersih? Dan bersihkan Ali Rustam yang masih kekal sebagai Ketua Menteri Melaka? Yang kalah malahan tidak bertanding pun di dalam Majlis Tertinggi Umno terpilih, menganggotai kabinet manakala yang menang dijadikan `gurkha'. Bekas Pengarah KAGAT, Jamil Khir Baharom tidak semena-mena dilantik sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal agama, sedangkan ketika beliau berkhidmat di dalam ATM apakah kemajuan besar terhadap bidang agama yang dibawanya menerusi Kor Agama? Sehingga kini masih juga ada panglima tentera dan pemimpin kerajaan yang berdiri tegak tunduk tafakkur di depan batu dan patung Tugu Negara. Masih ramai dikatakan di kalangan warga tentera yang tidak tahu sembahyang, bahkan ada yang dikatakan tidak boleh mengucap dua kalimah syahadah dengan baik. Yang buta Al-Quran usahlah dikira. Jika di dalam organisasi tentera yang kecil itu pun Jamil Khir gagal melaksanakan tanggungjawabnya, mustahil beliau mampu merubah kerajaan di bawah Najib ini untuk mendaulatkan Islam.

Memperkatakan tentang MIC parti penting di dalam komponen Bn, jelas dan nyata parti tersebut tidak lagi dipandang releven oleh Umno/Bn. MIC kini menjadi seperti parti PPP yang ada tidak menambah dan jika tiada tidak mengurangkan buat Umno/Bn. Tumpuan Najib lebih tertumpu kepada MCA di Semenanjung dan parti-parti komponen Bn yang lain di Sabah dan Sarawak. Itulah wajah Umno sebenarnya yang akan tinggalkan kawan jika kawan berada di dalam kesusahan. Seandainya MIC mempunyai sedikit kewarasan dan moral, tiada jalan lain buat mereka kecuali meninggalkan Umno/Bn yang tidak pernah meninggalkan sikap egonya itu. MCA juga perlu berfikir demikian sebelum terlewat dan biarkan Umno bergantung nyawa dengan rakan-rakan mereka di Sabah dan Sarawak. Apakah ahli-ahli MCA tidak merasa tercabar bila mana Timbalan Presiden Umno menyatakan secara terus terang bahawa orang-orang Cina di Bukit Gantang tidak mengenang budi? Banyak sangatkah budi Umno pada masyarakat Cina ? Jika kepada orang-orang Melayu sendiri pun Umno gagal untuk membela nasib mereka, apalah sangat diharapkan oleh MCA kepada Umno.

Zaman untuk bercerita tentang memperjuangkan kaum itu dan kaum ini sudah berlalu. Zaman telah berubah di mana manusia lebih menilai keikhlasan dan ketelusan daripada membicarakan isu perkauman. Biarkan Ibrahim Ali, Ezam Raja Sesumpah, Syed Ali Habshee atau sesiapa sahaja yang merasakan begitu tinggi nilai Melayunya itu bercakap soal Melayu. Bukan rakyat tidak tahu Melayu manakah yang pernah berhempas pulas untuk menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan di bawah PAS yang hampir 100 % rakyatnya Melayu itu. Mustahil rakyat lupa Melayu manakah yang sanggup `menculik' dua ADUN Melayu di Perak demi untuk menjatuhkan MB Melayu di Perak. YAB Ir Nizar dikatakan boneka DAP tanpa mereka dapat buktikan hatta satu bukti pun menunjukkan YAB Ir Nizar adalah boneka DAP. Tidakkah Najib juga boleh dikatakan boneka Mahathir ? Buktinya? Tidak perlu saya jawab, mungkin KJ atau Pak Lah sendiri mampu menjawabnya.

Pakatan Rakyat harus terus berjuang agar seluruh rakyat di negara ini lebih mengenali Umno/Bn. Mengenal musuh terlebih dahulu sebelum bertempur adalah kaedah yang terbaik untuk mencapai kemenangan. Biarlah nakhoda Umno bertukar silih berganti tetapi hakikatnya bahtera Umno kini semakin reput di makan usia. Percayalah, Umno tidak akan berubah kerana bak kata pepatah cina ` Ikan yang busuk bermula di kepala'. Siapakah kepala Umno sekarang ?

WFAUZDIN NS








[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Al-Quran utk Tayangan


Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz meletakkan al-Quran di atas meja semasa menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan al-Quran sentiasa berada di hadapan Rafidah setiap tahun Perhimpunan Agung Pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)


Ni apahal ?? Ingat Al-Quran utk hiasan ?? Utk tayangan ?? Kalo nak kata memperalatkan Al-Quran utk kepentingan politik, haaa.. ini lah die...Inilah orangnya.. Ada Quran depan mata, tapi ditatap, ditayang oleh mereka yang tidak menutup aurat.Ini baru persendakan Al-Quran.

Jangan dok tuding orang tu orang ni, tengok diri sendiri dulu.Orang yang menggunakan ayat Quran( dengan membacakannya), utk memberi peringatan kepada manusia,supaya mengambil pengiktibaran daripada Al-Quran,tidak kira dia Islam atau Kafir, tidak ada salahnya. Al-Quran itu adalah panduan utk semua manusia di muka bumi.

"Sesungguhnya Al-Quran diturunkan adalah untuk memberi peringatan kepada manusia, sbg petunjuk dan jalan hidayah.."

Alangkah mulianya kalau isi kandungan al-Quran dihayati atau dipraktikkan oleh pemimpin Wanita UMNO khususnya. Salah satu mempraktikkan ajaran termaktub dalam al-Quran adalah mengenakan pakaian menutup aurat, buang sifat adu domba serta fitnah menfitnah, tidak makan riba atau menaja perbuatan riba, selalu berbaik sangka dan sebagainya. Malangnya selama 20 tahun Rafidah menerajui Wanita UMNO tidak menampakkan sikapnya mendaulatkan agama dalam pergerakan itu dan Biro Agama Wanita UMNO terus lesu dan kaku dalam menterjemahkan nilai-nilai yang baik mengikut al-Quran dalam pergerakan itu.


Penghulu para nabi dan rasul, Muhammad s.a.w. telah bersabda yang maksunya: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al Qur'an dan yang mengajarkannya".

Al Qur'an tidak boleh dijadikan alat atau diperalatkan untuk tujuan-tujuan tertentu. Kitab mukjizat ini perlu diambil pengiktibaran,dihayati, diperundangkan, ditegakkan segala hukum hakam yang terkandung di dalamnya,bukan utk ditayang bila merasmikan majlis.Tapi inilah yang selalu berlaku,sikap kurang ajar yang ditunjukkan ini adalah perkara biasa bagi pemimpin UMNO. Tak kira Puteri,Pemuda,Wanita UMNO semua sama sahaja.


by JilFityan







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Tengok Video ini.


Mahathir ke, PakLah ke, Najib ke, kuasa di tangan rakyat. Kamu perbodohkan rakyat dengan isu derhaka, kamu perbodohkan rakyat dengan isu pembangunan, apa kamu pikir rakyat 'terbodoh' dengan kebodohan yang cuba 'diperbodohkan' kalian? Yang benar tetap benar, maka yang benar dan mereka yang berjuang utk rakyatlah, menjadi pilihan..

Apa nak ditakutkan ??


Creadit To Hanief







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Andainya Usul tidak percaya pada MB jadi kenyataan

Riuh heboh diseluruh Terengganu kononya akan ada usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang bermula 13.4. - 15.4 2009.

Riuh heboh ini sebenarnya bermula dari Wisma Darul Iman, bukan bermula dari Kampung Bukit Diman,Ajil, bukan pula bermula dari Tok Has Besut,tidak juga bermula dari Bukit Besi atau kg Jerung Surau Marang, tetapi ideal untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Said bermula dari Wisma Darul Iman.

Ideal dan perancangan disusun rapi oleh pegawai tadbir negeri yang sudah tidak tahan dengan gelagat dan sombong gong MB dan orang kelilingnya.

Pegawai Tadbir ini telah membuat gabungan sepakatan, memerah buah fikiran dan bergabung dengan beberapa orang Adun BN, malah lebih dari itu diberitakan usaha telah dibuat untuk mendapat kerjasama dari ADUN Pas. Sejauh mana kesanggupan dan kesediaan ADUN Pas dalam kes ini tidak lah dapat dipastikan.

Perancangan ini dibuat sebegitu hampir 2 bulan, ianya agak terggendala sedikit akibat dari Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Kebetulan pula selepas perhimpunan Agung Umno telah berlaku peralihan kuasa dalam struktur Kerajaan malaysia, jadi Geng Reformasi Umno Terengganu telah bersepakat untuk menghantar wakil menemui Najib Razak semasa perhimpunan Agong tersebut, namun Najib selaku Presiden Umno dan PM6, sekadar menyerahkan agar perkara ini di bincang dengan Muhyiddin Yassin Selaku Timbalan.

Kebetulan pula ketika usul ini hendak dibawa di DUN Terengganu, sepatutnya PM 6 masih di Tahiland, menghadiri sidang kemuncak Asean. Disebabkan berlaku rusuhan dan darurat di Bangkok, Persidangan tersebut dibatalkan.(Tanpa gas pemedih mata)

Pada hari ini 12 .4. 2009, empat orang Adun BN dari Terengganu telah berada di Ibu negara menemui TPM bagi membincangkan dan mendapat restu tujuan tersebut.

Siapakah pula nanti yang akan dicadangkan sebagai MB Terengganu dalam usul tersebut? Idris Jusoh rasanya tidak sama sekali selepas diberitakan nama beliau telah ditolak untuk dilantik senator dan seterusnya menteri kabinet dalam Kabinet Najib baru-baru ini.

Kalau dilihat pada kedudukan Umno Terengganu sekarang, yang paling layak dan mampu menerajui Terengganu berpandukan pengalaman mentadbir ialah Ketua Umno Marang, YB Yahya Khatib.Satu satu nya ketua bahagian di Terengganu yang menjadi Adun Terengganu ketika ini selepas Ahmad Said dan Idris Jusoh.

Walupaun Rosol Wahid menafikan yang beliau akan membawa usul tersebut, namun yang jelasnya beliau ada bersama-sama rombongan 4 orang Umno/BN Terengganu yang menemui Muhyiddin Yasin.

Sumber dari Wisma Darul Iman menyebut bahawa kemungkinan besar usul ini akan dibawa oleh Bukit Besi, kesahihannya tidak lah dapat dipastikan.

Sementara itu seandainya usul ini dibawa, Ahmad Said telah merancang dengan beberapa Adun yang menyebelahinya agar membawa usul pembubaran DUN Terengganu.Disinilah dilihat undi dari ADUN Pas akan menjadi penentu dan dirasakan PAS lebih bersedia menyokong usul pembubaran DUN berpandukan saranan ADUN PAS Batu Buruk YB Dr Syed Azman supaya Ahmad Said mengambil langkah membubarkan Dun.

Apa pun sama-sama lah kita tunggu isnin, selasa dan rabu.

- Kesempatan ini diucapkan jutaan tahniah kepada beberapa Pegawai tadbir Negeri yang sanggup menungkah arus menentang ketidak telusan Ahmad Said dalam pentadbiran Negeri."

by JilFityan







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Antara Mahatrhir, Raja Sesumpah atau tarian lucah? -WFAUZDIN NS


Di dalam mana-mana perlawanan bola sepak, jaringan 4 - 1 merupakan satu jaringan gol yang besar dan tentunya pasukan yang kalah akan merasa aib dan terpaksa merombak pasukannya samada perlu menukar pemain atau pun Pengurus mahu pun Jurulatih. Apatah lagi pasukan tersebut baru sahaja membuat rombakan besar-besaran, namun masih juga kalah dengan kekalahan yang memalukan. Mungkin di dalam politik suasana berbeza, kekalahan Bn/Umno selepas Pilihanraya Umum Ke 12 di Permatang Pauh, di Kuala Terengganu, di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau sudah tentu tidak akan mengaibkan Bn/Umno kerana parti yang dikatakan `keramat' ini masih terasa ia sebuah parti yang hebat dan kuat. Kemenangan Bn di Batang Ai, Sarawak walaupun mendapat tentangan luar biasa dari PKR merupakan `bantuan pernafasan' buat Bn untuk seketika.

Umno baru sahaja selesai membuat `reform' di dalam parti tersebut iaitu dengan memilih Presiden, Timbalan dan Naib Presiden yang baru dan terbaik sebagaimana yang diulas oleh Tun Mahathir. Idola Umno, Tun Mahathir juga sanggup `mencemar' dirinya memasuki Umno semula meskipun parti tersebut dikatakan masih memikul `biawak hidup' iaitu pemimpin yang disabitkan dengan rasuah politik wang masih memegang jawatan penting di dalam Umno dan kerajaan. Hanya mereka yang rasuah, redha dan bersubahat dengan rasuah sahaja yang sanggup berada di dalam parti yang mengekalkan elemen rasuah ini. Maka, tidak hairanlah jika Mahathir tidak berasa malu berada bersama Umno kembali kerana rakyat sudah lama tahu apa yang berlaku semasa zaman Mahathir memimpin negara sebelum ini. Di Bukit Gantang, Mahathir dijulang sebagai `hero' untuk menyelamatkan Umno setelah berbagai cara dilakukan untuk mengembalikan maruah Umno di Perak semenjak berlakunya `rampasan kuasa' di negeri tersebut. Usaha Najib gagal, usaha Zahid Hamidi hampa melainkan sedikit `menarik' dengan tarian separuh lucah, dan lagi dengan kehadiran `pembawa malang tak putus-putus' iaitu `Raja Sesumpah And The Gang'. Sebelum ini banyak kali diperkatakan, Umno silap besar jika masih percaya dengan Raja Sesumpah Ezam yang mencatatkan rekod `terbaik'nya membantu kekalahan Umno/Bn. Sila perhatikan. semenjak di Permatang Pauh, Kuala Terengganu hinggakan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, apa misi Ezam berkempen? Tiada lain yang diperkatakan melainkan menceritakan keburukan dan hal peribadi DS Anwar dan memuji Najib walaupun sebelum ini di Permatang Pauh, Ezam memuji Pak Lah. Rakyat sudah jemu dengan kisah kotak-kotak dan sesumpahnya itu walaupun TV3 tidak pernah jemu dengan Ezam sepertimana TV3 tidak jemu dengan Raja Katak Ibrahim Ali.

Kemenangan Bn di Batang Ai, Sarawak mungkin kerana `terlepas dari bala' yang dibawa oleh Raja Sesumpah. Di Batang Ai, masih terdapat golongan yang memikirkan tentang `perut' dan di sana juga sumber maklumat alternatif hampir tiada. Di kawasan seperti ini tidak hairan jika Bn boleh mengangkat sedikit kepalanya. Namun demikian, syabas buat PKR di Batang Ai walaupun tewas tetapi tidak tewas begitu aib sekali seperti Bn/Umno tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Medan ujian buat PKR di Sarawak ternyata berbaloi dan sedikit masa lagi PR atau PKR akan mendominasi negeri terkaya walaupun memiliki rakyat termiskin.

Hasil keputusan di Bukit Gantang, setuju atau tidak hakikatnya mesej jelas dari rakyat bahawa DUN di Perak wajib dibubarkan. Bergantung kepada keberanian Umno di Perak samada ingin menyerahkan kembali kuasa rakyat kepada rakyat untuk menentukannya. Umno tidak perlu khuatir lagi kerana mereka kini dikatakan telah pun melakukan `reform' mengikut kehendak rakyat marhaen, kepimpinan yang dikatakan lemah kini telah ditukar kepada kepimpinan yang kuat dan `cerdik' (petikan kata-kata Ezam), lebih-lebih lagi Tun Mahathir juga telah `bertaubat nasuha' kembali `bersyahadah' bersama Umno. Maka, perlukah Umno kecut untuk menghadapi pilihanraya di Perak?

Mengulas sedikit di Bukit Selambau, nampaknya SPR untung besar kantungnya kali ini. Kesemua 13 calon Bebas hilang wang pertaruhan mereka dan mungkin ada yang tidak berbaloi dengan belanja membuat poster dan menempah T-Shirt gambar dan lambang masing-masing. PKR memenangi kerusi tersebut dengan amat cemerlang sekali walaupun dikatakan pada awalnya calon PKR tidak disenangi ramai oleh rakyat di Bukit Selambau. Sekali lagi calon dari MIC `dilondeh'kan serentak dengan `terlondeh'nya calon dari Umno di Bukit Gantang. Kejayaan PKR di Bukit Selambau adalah kejayaan bersama kesemua parti di dalam PR, begitu juga kejayaan PAS di Bukit Gantang. Kekalahan Bn di Bukit Selambau pula adalah hasil kerjasama dari `Pakatan Bebas' seramai 13 orang yang bertanding di situ. Bn tewas, manakala `Pakatan Bebas' hilang deposit.

Umno/Bn sebelum ini telah menghadiahkan `buah tangan' teristimewa dari Kuala Terengganu buat Pak Lah sebelum Pak Lah berundur dari pucuk pimpinan negara. Kini, hadiah yang lebih istimewa diberikan kepada pemimpin baru, Najib dengan keputusan yang diperolehi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Mudah-mudahan hadiah seperti ini akan berterusan buat pimpinan Umno/Bn. Akhir kalam. syabas buat kesemua petugas dan penyokong PR yang telah banyak mengorbankan tenaga, masa dan wang ringgit demi untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Perjuangan tidak akan berakhir setakat ini sehingga kita berada di Putrajaya. InsyaAllah.

WFAUZDIN NS







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Mari bersatu hati.





by JilFityan







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Ikuti Perkembangan Terkini Pilihanraya


Kepada para pembaca, ikuti perkembangan terkini Pilihanraya dengan melawat blog Mutaligat. Klik pada gambar diatas.


by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Marilah bersatu hati menyokong PR


Hari ini adalah hari penentuan. Siapa yang layak untuk mewakili rakyat di 3 kawasan pilihanraya kecil. Marilah kita bersama² bergandingan,bekerjasama menyokong Pakatan Rakyat,dan menolak calon Barisan Nasional dengan tidak memberi undi kepada mereka. Marilah kita bersatu membuat perubahan pada Pilihan Raya Kecil ini.

Buktikan kerjasama kita, buktikan persefahaman kita, buktikan kesatuan kita. Janganlah kita terpedaya dengan tawaran Projek Mee Segera Barisan Nasional. Sedarlah, projek² hanya akan muncul hanya pada musim pilihanraya sahaja, bertujuan memperdayakan rakyat supaya terus menyokong mereka,setelah rakyat diperkudakan, mereka akan merompak hasil rakyat. Mengenyangkan anak bini dan kroni. Sememangnya BN tidak pernah ikhlas dalam membantu rakyat Malaysia.

Ingatlah, satu undi kita sangat bernilai. Dan satu undi anda utk Pakatan Rakyat tidak bermakna :

* Kemajuan akan terhalang. Kerana mana² Kerajaan yang memerintah Malaysia adalah wajib membawa kemajuan kepada rakyat. Usah percaya kepada Barisan Nasional yang bongkak dan angkuh dengan mengatakan hanya barisan Nasional yang mampu membawa kemajuan kepada rakyat. Kerana apa? Kerana kemajuan itu adalah hak mutlak rakyat.



* Islam akan tergugat. Malah undian anda kepada Pakatan Rakyat akan mengharmonikan lagi agama Islam di Malaysia, Kerana perjuangan jelas PAS yang akan menegakkan Islam Hakiki, bukan Islam Hadhari yang di had-hari kan.

* Hak Istimewa melayu akan terjejas . PR tidak akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu, kerana Pakatan Rakyat sendiri majoritinya terdiri daripada orang Melayu. Malah Pakatan Rakyat lebih ikhlas membantu dan berjuang untuk Melayu dan bukan melayu di negara ini.

Tapi satu undi yang anda berikan kepada Pakatan Rakyat amat bermakna kerana petanda rakyat mahu kerajaan berubah dan melaksana perkara dibawah:

* No more pembaziran (Isu IPP dan Reserve Margin)
* No more ISA (penahanan tanpa bukti hingga bertahun)
* No more fitnah Menteri (tak kira la baru balik mekah) (Isu CCC , Tadika dll)
* No more korupsi (bila rasuah dilegalkan dengan menukar namanya kepada politik wang)
* No more freak control utk media media (media perdana)

Ayuh, marilah sama-sama berjuang. Berjuang utk rakyat, berjuang menaikkan pemimpin yang membela rakyat, yang ikhlas membantu rakyat, bukan berjuang utk pemimpin yang kaya. Allahuakbar ~!!!

by JilFityan







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Video Tun Mahathir Penderhaka



Video ini membuktikan Tun Mahathir seorang penderhaka.


by JilFityan







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Membidas Kenyataan "Guru Tidak Wajar Berpolitik"


Cadangan naib presiden Umno membenarkan guru aktif semula berpolitik haruslah disambut baik tanpa ada sebarang tanggapan negatif.Saranan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga menteri pelajaran, tidak seharusnya dipersoalkan, malah diterima dengan matang.

Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,Abdul Karim Abdullah yang mempertikaikan saranan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan hanya memberi alasan guru dahulu dengan guru sekarang tidak sama,adalah alasan yang tidak kukuh. Saya tidak menafikan, kesedaran politik semasa guru dahulu dengan guru sekarang adalah berbeza. Namun perbezaan ini tidak boleh menjadi kayu ukur untuk mengehadkan penglibatan guru berpersatuan khususnya dalam politik, sedangkan berpolitik dan berpersatuan adalah hak kebebasan rakyat Malaysia.

Kesedaran politik yang berpengaruh di kalangan guru haruslah dilihat dari skop yang positif dan didedikasikan dengan cara yang baik. Persepsi "politik hanya untuk orang politik" harus dikuburkan, walhal semua rakyat bebas untuk berpolitik. Tidak timbul soal guru berpolitik didalam kelas dan pelajar menjadi mangsa, kerana guru yang profesional, akan mengikut etika perguruan yang betul.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga menyambut baik cadangan ini bagi dan menganggap memberi laluan kepada guru berpolitik.

Dan sekiranya kita mengimbas semula dalam lipatan sejarah politik negara, guru adalah pencetus dan pemangkin politik negara. Guru memainkan peranan kerana sebagai pendidik, guru mempunyai pengaruh untuk memandu pemikiran masyarakat. Oleh itu, mengapa kita ingin menghalang para guru terlibat dengan kegiatan politik?


by JilFityan







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

PRK BUKIT GANTANG : PENGUNDI DUN TRONG SUDAH BERUBAH


Dari tinjauan petugas PAS di DUN Trong terbukti penerimaan orang Melayu kepada calon PAS Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin semakin meningkat.

Antara Peti Undi yang jelas akan memihak kepada PAS ialah Peti Undi Kampung Tebok, Temerlok dan Kuala Terong. Malah di Sungai Tinggi PAS dijangka mendapat undi yang jauh lebih tinggi dari PRU 2008 lalu.

Ramai penyokong Umno sendiri yang menyatakan kesanggupan untuk mengundi Nizar kerana terbukti Nizar berjaya membawa perubahan kepada penduduk miskin walaupun hanya menjadi Menteri Besar selama 11 bulan, kata mereka. Program kebajikan seperti air percuma, bantuan kepada orang miskin dan sebagainya benar-benar diingati oleh mereka.

Selain itu menurutnya sejak PR memerintah Perak perpaduan penduduk kampung juga semakin erat disamping masjid-masjid semakin diimarahkan dengan hebat dengan kelas pengajian dan lain-lain. Namun begitu selepas kerajaan Perak dirampas keadaan kampung mula berpecah dan kembali seperti dahulu.

Beberapa pengundiMelayu juga berkata secara terang-terang bahawa rakan-rakan dan saudara-mara mereka akan membuat perubahan kali ini dari mengundi BN kepada mengundi PAS. Mereka sudah muak dengan fitnah dan politik ugut serta rasuah yang diamalkan oleh BN khususnya Umno.

Tidak syak lagi perkembangan ini merupakan tamparan hebat kepada BN. Mengikut laporan dari pelbagai sumber BN menghadapi masalah besar untuk mempertahankan undi mereka di DUN Trong malah akan kehilangan undi dengan lebih besar di DUN Kuala Sepetang dan DUN Changkat Jering.

Di DUN Changkat Jering umpamanya ramai pengundi atas pagar dijangka mengundi PAS kerana kecewa dengan sikap ADUN mereka, Osman Jailu yang melompat menyokong BN menyebabkan keadaan politik Perak menjadi tidak menentu.

Saya yakin fenomena menyebabkan BN berada dalam keadaan terdesak. Ramai di kalangan pemerhati politik meramalkan PAS akan menang dengan majoriti antara 4,000 hingga 6,000 undi kali ini.

Dari Mutaligat







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

CARA UMNO TARIK ORANG MUDA DI BUKIT GANTANG..CAYALAHHHHH



Meh sini nak habaq mai,ni ada sorang Menteri UMNO sekoq ni nak kata bengong,rasanya dah lebih tahap bengong. Afdal lah dikatakan sedemikian. Sebab apa? Sebab dia cuba menarik 1,500 orang ke majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang (sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang ) dengan penuh style, hottttt dan menyengat. Macam mana? Dengan konsert tiga gadis Cina berjoget seksi, berseluar pendek singkat, berbaju singlet ketatttt... Fuhhhh.. Cayalahhhh UMNOOOOOOOOOOOO!!!!!!

Pak Menteri yang juga ahli parlimen Bagan Datoh sekor ni, bila ditanya mengenai keberkesanan cara pancing undi yang tak bertamadun ni, mudah je dia jawab. Dia kata apa? Meh nak habaq. Dia kata "Satu undi bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini,dan kita harus menghormatinya (tarian tak bertamadun) kerana ia sebahagian daripada budaya Cina"

Hahahaha..Budaya Cina kepala hotaq hang ~!!! Tang mana yang budaya nya?? Tang mana?? Orang Cina tak pernah mengaku itu adalah budaya mereka. Jangan sesuka hati celupar menuduh itu budaya orang Cina. Akai tadak ka?

Benda dah terang dah nyata, tak perlu nak ulas panjang. Terang-terangan ini adalah satu usaha terdesak bn dan islam had-hari. Plak tu hang ni Zahid Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bahagian ISLAM.Kalo rakyat masih takleh nilai baik buruk, tak tau la aku. Harap pengundi tidak bagi satu pun undi kepada BN.
Wassalam.


by JilFityan







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

BUKTI UMNO DERHAKA


1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.

2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?

3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.

4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.

5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.


6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?

7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?

8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.

9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.

10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satukah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?

12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.

13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?

15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?
Shahidan turut menghantar kumpulan samseng gagak hitam mengepung istana atas tujuan menakutkan istana.

SEKARANG UMNO BUAT² TAK FAHAM MENGENAI ISTILAH ISTANA "SEMBAH DERHAKA" DAN MENGATAKAN NIZAR DERHAKA. MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN MELAUNGKAN DIMANA SAHAJA NIZAR DERHAKA. MEMPERBODOHKAN RAKYAT SUPAYA RAKYAT JADI BODOH SEPERTI MEREKA. BERKEMPEN DI BUKIT GANTANG MODAL SAMA. ISU DERHAKA DERHAKA DERHAKA...SO SIAPA YANG DERHAKA SEBENARNYA?





by JilFityan







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Respek kepada Nizar : Masuk bilik Gerakan UMNO.



CALON Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki bilik gerakan BN ARIF, (Angkatan Rakyat Insaf) ketika berkempen di pekan Simpang dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang, moga-moga petugas UMNO diberi hidayah oleh Allah,dan memangkah Nizar semasa pilihanraya nanti.

Kudeta UMNO plak macam mana,ada berani? Apa pula komen anda?



by JilFityan







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Slogan BN ‘Mohon Restu Rakyat’ bukti Zambry akui dia MB Haram Perak



mStar melaporkan bahawa kini Bukit Gantang dibanjiri Poster-poster kempen BN yang tertera wajah calonnya dan Zambry yang turut membawa slogan "Mohon Restu Rakyat".

Lucu banget slogan itu. Beliau nafikan Undian Bukit Gantang sebagai 'Referendum Rakyat' tapi mohon restu pulak. Apa hal Zambry nie. Dah habis ayat nak bodek rakyat untuk terima beliau.

"Mohon Restu Rakyat", slogan ini sekaligus membuktikan bahawa beliau akui rakyat Perak belum menerimanya sebagai Menteri Besar. Maka dengan sendirinya kita boleh tafsirkan bahawa beliau sedar bahawa beliau adalah Menteri Besar haram dinegeri Darul Ridzuan kerana belum diiktiraf rakyat.

Pastinya PRK Bukit Gantang bukanlah laluan mudah untuk Zambry mendapatkan mandat rakyat. Dan Pakatan Rakyat Perak juga sedar bahawa Zambry akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan 'restu' melalui pilihanraya itu.

Namun bagi Pakatan, bubarkan sahaja DUN Perak kalau mahu tahu siapa sebenarnya yang mendapat 'restu' dan mandat rakyat. Sememangnya BN tidak puashati dengan piliha rakyat dalam Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 yang lalu.


Maka dengan biadapnya mereka mengoyakkan mandat rakyat dan menendang pintu DUN untuk merampas kuasa setelah berjaya menculik 3 ADUN Pakatan dan seorang ADUN BN yang dipaksa melompat semula menjadi ahli Umno tidak sampai seminggu.

Nizar yang merupakan Menteri Besar yang sah adalah dipilih oleh rakyat secara sah dan Pas letakan beliau di Bukit Gantang sebagai mewakili kehendak rakyat yang mahukan Kerajaan Perak di kembalikan pada rakyat bagi menghalang kumpulan perompak ini terus berkuasa.

Jika calon Umno-BN kalah di Bukit Gantang adakah Zambry sanggup letak jawatan sebagai MB yang haram itu dan membubarkan DUN? kita lihatlah nanti restu rakyat pergi kepada siapa?

Creadit to hermansamsudeen.







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Korea Times pula menyindir DS Najib



Dulu akhbar France, sekarang akhbar Korea pula menyindir Najib, lakaran kartun yang diterbitkan di ruangan opinion dengan tajuk: Najib Razak and the Ghost of Altantuya , menggambarkan Najib Tun Razak dibayangi 'Hantu Altantuya'. Bakal PM yang dimalukan, dan sungguh memalukan.

Korea Times


by JilFityan







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]