Subscribe

Akhbar Alasan Malaysia




by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO BOIKOT PRK PENANTI UMPAMA SERIGALA TAKUT KEPADA KAMBING


1.Mana ada sejarah PRK sejak merdeka Umno/BN boikot pilihanraya. Ini satu sejarah politik negara, kerana BN parti yang masih berkauasa diperingkat pusat dan mempunyai kelebihan media dan kewangan. Sah Umno umpama serigala takut kepada kambing.

2.Pembangkang boikot PRK adalah lumrah biasa, seperti di Sungai Lembing Pahang pada tahun 2004, dan Batu Talam Pahang. Pembangkang boikot ada asasnya kerana protes terhadap SPR. Umno boikot atas asas apa? Jawabnya kerana takut “3 Ya”. Antatuya, pilihanraya dan hantu raya.

3.BN boikot PRK Penanti kerana membazir wang rakyat. Pelik bin ajaib PRK Manik Urai 14hb Julai 2009, BN hendak sertai pula. Keputusan hendak sertai di Manik Urai tidak sempat mayat hendak dikebumi lagi. Maknanya Umno tidak konsistan dalam pendirian.


4. Telahan yang boleh dibuat kenapa Umno boikot PRK Penanti 31hb Mei 2009. Pertama kerana takut kalah. Kedua kerana janji PRK Permatang pauh tak tertunai lagi. Ketiga takut isu Antatuya. Keempat pengundi Penanti sebelah dengan negeri Perak yang dirompak disiang hari oleh Umno. Mereka akan ajar kebiadaban Umno/Perak yang membunuh demokrasi di Perak.

Ustaz Haji Idris bin Ahmad
Penulis adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pusat 2007-2009

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Najib Cuba Tutup Mulut Rakyat Bicara Pasal Altantuya


Sampai bila lagi Najib nak menutup segala2nya tentang Altantuya? Isu ini bukanlah isu politik PR vs UMNO semata2, akan tetapi ini adalah isu politik peringkat antarabangsa di mana pelbagai dakwaan dan tohmahan media luar perlu dijawab selain daripada menjejaskan hubungan antara Malaysia dan Mongolia.

Lagipun sampai bila polis hendak menangkap pemimpin PR apabila setiap kali isu Altantuya dibangkitkan? Mereka pun seakan2 berkata kepada polis supaya "tangkaplah aku" apabila setiap kali isu ini dibangkitkan dan secara tidak langsung akan memberikan mereka modal untuk berceramah selepas dibebaskan.

Selagi mana isu ini tidak selesai selagi itulah ia akan tetap dimainkan oleh PR dalam meraih sokongan rakyat. Kredibiliti mahkamah bukan sahaja teruji dengan isu Perak, malah isu Altantuya juga mampu untuk meruntuhkan lagi kepercayaan kita kepada mahkamah.

Kesimpulannya, Najib tunduk sahajalah kepada tuntutan PR. Perkara ini tidak akan menjejaskan karier politik anda sekiranya anda tidak bersalah. Saman sahaja media luar yang melaporkan pembabitan anda dalam kes ini. Jelaskan perkara ini sejelas2nya dan bersihkanlah segala2nya melalui mahkamah termasuklah menangkap dalang di sebalik pembunuhan ini.

Najib Cuba Tutup Mulut Rakyat Bicara Pasal Altantuya

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin yang disoalsiasat polis selama tiga jam selama berhubung ceramah beliau di Penanti yang menyentuh mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu berkata isu tersebut mempunyai kepentingan awam dan harus diterangkan sejelas-jelasnya kepada rakyat.

Ketika ditemubual oleh TV Antara beliau hairan mengapa perlu kerajaan Umno dan Barisan Nasional memandang serius perihal beliau membangkitkan isu pembunuhan kejam Altantuya semasa berkempen di pilihan raya Penanti.

Semalam Chegu Bard hadir di ibupejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah kira-kira jam 3.30 petang bagi membantu siasatan selepas polis menerima laporan dari ejen-ejen Cawangan Khas yang memantau aktiviti ceramah pemimpin Pakatan Rakyat.

Beliau yang lantang menyuarakan isu-isu rakyat berkata isu Altantuya adalah isu nasional kerana ia membabitkan nama baik dan maruah Perdana Menteri Malaysia.

Chegu Bard dalam ceramahnya mencabar Najib supaya menyaman akhbar dan media luar negara yang melaporkan pembabitannya dalam kes pembunuhan kejam ini dan jangan hanya berani bertindak terhadap media tempatan.

Beliau didakwa melanggar undang-undang di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 500 (1)(b) Kanun Keseksaan.

Sebelum itu sekitar jam 2.30 petang semalam, sekumpulan anggota polis telah pergi ke rumah Badrul di Bangi dan Seremban.

Polis juga telah menyampaikan amaran pada jam 7 malam kelmarin supaya beliau tampil ke IPD Seberang Perai Tengah.

Selain Badrul, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang turut disoal-siasat polis atas dakwaan yang sama.

Kit Siang disiasat berhubung ucapan beliau yang mengatakan Najib bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa di Perak.

Polis tiba di kediaman beliau di Pulau Glade, Pulau Pinang jam 11.30 pagi tadi untuk mengambil keterangan.

Sementara itu Pengarah Strategik, Tian Chua berkata terdapat kecenderungan di pihak polis untuk menekan dan menahan pemimpin Pakatan Rakyat kebelakangan ini terutamanya semasa kempen pilihan raya kecil Penanti.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kuli-kuli BN Menyalak dan Menghasut



Kerana terlalu kecewa dengan Boss Besar yang tidak mahu menghantar calon di Penanti, maka ramailah kuli-kuli bawahan yang kepanasan, apa tidaknya, Penanti yang telah diburukkan dengan tuduhan rasuah terhadap Fairuz (PKR) akhirnya tidak berjaya. Plan punya plan, akhirnya boss besar taknak hantar calon kerana kecut perut. Bukan apa, Boss Besar pun pikir jugak, 4 PRK di Semenanjung telah mengajar dan menjatuhkan air mukanya/BN bahawa buat masa sekarang ni,totally BN ditolak rakyat. Bertanding lagi dalam situasi rakyat yang marah hanya menempah maut kali kelima. So baik jadi bapok dari kalah sekali lagi.

Si kuli-kuli kepanasan ini tidak tahan dengan serangan PR yang lantang dan tegas menyingkap kebobrokan pemerintah. Lantas si kuli-kuli yang gila talak ini melawan arus, walaupun tidak menghantar calon, tapi mereka tetap menyalak konon memberi "penerangan" kenapa tidak menghantar calon,dan ada pula kuli yang lebih terkenal dengan gelaran beruk dijalanraya pula mengeluarkan kenyataan menghasut " supaya rakyat memboikot dengan tidak keluar mengundi di Penanti".

Sikap yang ditunjukkan oleh kuli yang konon memberi "penerangan" sesuai lah dengan gelaran "Kuli gila talak",kerana meroyan dan meraban,terlalu gian nak naik pentas berceramah. Kerana hajat tidak kesampaian, maka kuli-kuli ini sanggup ke hulu-hilir melepaskan gian di pentas UMNO yang hanya disertai kurang 100 orang.

Sementara sikap kuli yang menghasut rakyat agar tidak mengundi pula tidak perlu diberi gelaran apa-apa. Panggilan manja "beruk dijalanraya" memang sudah sesuai menggambarkan sikap keberukan yang ditunjukkan. Walaupun ia jelas menyalahi sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengundi, namun beruk tetap dengan sikap keberukannya. Menghasut dan terus menghasut. Kenyataan beruk dijalanraya ini sebelum ini yang lantang berkata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini, secara terang telah dibuktikan. Yang mencabul demokrasi, yang merosakkan demokrasi adalah diri dia sendiri. Dasar beruk.

Apapun, kita mengharapkan semoga rakyat di Penanti bijak menilai dan memilih siapa pemimpin mereka. Pedulikan BN dan kuli-kulinya yang melalak, menghasut. Tunaikan kewajipan kita sebagai rakyat. Keluar mengundi beramai-ramai pada 31 Mei 09. Dan dengan ketiadaan calon BN di Penanti itu lebih aman dan permai. Ayuh sama-sama mengundi calon Pakatan Rakyat.


by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Jom tengok video-video ini










by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Orang yang bebal selalu takut kepada bayang-bayang



Orang yang bebal selalu takut kepada bayang-bayang


by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Hujah Tv9 : Lain ditanya, lain dijawab sesumpah (Ezam Al-Kotaki)



Ezam dihantar setelah Zahid Hamidi menarik diri daripada mengikuti program Hujah berhubung tajuk : PolitikWang di Tv9. Pencabar utama kepada Zahid Hamidi iaitu Dato Paduka Husam Musa juga bertindak menarik diri setelah mengetahui ketidaksediaan Zahid Hamidi berdebat mengenai isu politik wang.

Apa yang menarik, bukan persoalan kenapa Husam Musa menarik diri apabila ditukar pencabarnya itu Ezam. Dari segi logik sekalipun memang tak padan Husam Musa nak lawan dengan Ezam. Persoalan " Siapa Ezam dalam UMNO" sudah cukup sebagai alasan Husam Musa menarik diri. Tetapi apa yang saya nak katakan di sini,dan yang menarik adalah intipati dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ezam sendiri terhadap segala persoalan yang diutarakan oleh Dr Agus berhubung politikwang.

Ezam oh Ezam.

Pertama : Saya tak sangka orang yang mengatakan dan menjulang diri sendiri sebagai hero ini banyak tergagap-gagap dan berdolak dalik sepanjang sesi soal jawab dengan prof Agus (Itu belum Dato Paduka Husam Musa).Berhubung rasuah dalam UMNO digambarkan sebagai tindakan yang berani mengaku, disamping mengatakan rasuah itu menjadi satu fitrah semulajadi bagi kerajaan yang berkuasa, lantas membuat kesimpulan bahawa bagi setiap parti yang berkuasa dan memerintah itu maka wujudnya rasuah. Dituduh sama kerajaan seperti kerajaan PAS di Kelantan wujud rasuah, Kerajaan DAP Pulau Pinang wujud rasuah, dan kerajaan PKR Selangor wujud rasuah. Tapi bila ditanya mengenai dimana bukti dan kenapa kes tidak dibawah ke Mahkamah oleh Prof Agus, dia berkata " Itulah yang menjadi kebimbangan saya".

Kah kah kah. Ko buat lawak ape ni Ezam? Apa yang ko meracau ni? Sudahlah tidak menjawab persoalan Prof Agus, dipusing dan dituduh pula kerajaan Pakatan Rakyat pun merasuah. Apa ko sudah lupa bahawa ko sendiri pernah menganugerahkan Amanah GERAK 2008 kepada kerajaan PAS Kelantan suatu ketika dulu? Ko ni banyak merepek la mamat.

Kedua : Bila ditanya oleh Prof Agus dimana perginya kotak-kotak rasuah seperti yang didakwa oleh beliau satu ketika dahulu?, Ezam mengatakan kotak-kotak itu berada di tangan Anwar Ibrahim. Aik??? Dulu bukan main kata bahawa kotak itu berada pada genggamannya. Malah semasa berkempen di Permatang Pauh hari tu pun mengatakan kotak-kotak itu masih dengannya. Sekarang kata kotak itu dengan Anwar Ibrahim pula? Aduhai Ezam. Sekali lagi ko meroyan. siapa yang berdegar-degar bercakap mengenai kotak-kotak tu dulu? DSAI ke engkau si Ezam? Yang bercakaplah kena bertanggungjawab, dan rakyat memang dari dulu lagi nak tau,ape dah jadi dgn kotak-kotak tu? soalan seterusnya, kenapa engkau tak buat laporan SPRM? Di mana prinsip ko yang dulu Ezam?

Ko ni macam badut la Ezam. Sepatutnya ko memang layak masuk pertandingan Anak Wayang terbitan Astro.

Ketiga : Topik perbincangan seharusnya menyentuh politikwang dalam UMNO. Kerana apa saya berkata demikian? Kerana memang dan dibuktikan dengan jelas hari ini, hanya parti UMNO mengamalkan rasuah. Dan dakwaan dengan bukti itu pula bukan sekadar omongan kosong semata-mata, malah sudah disabitkan dengan politikwang pada perhimpunan agung UMNO dulu ( Tapi yang rasuah juga diangkat sebagai pemimpin). Maka benarlah kata Chedet, kata Tg Razaleigh Hamzah, parti UMNO ini membarah dengan para perasuah.

Yang si Ezam dok buat tuduhan kepada parti lain tu pasal apa? Dok tuduh Kerajaan PAS ada rasuah, PKR dan DAP ada rasuah. Kalo sekadar tuduh tapi bukti kosong serta dan tidak pernah dibawa ke mahkamah baik duduk diam jelah Ezam. Jangan dok buat bising-bising. Semakin anda berhujah semakin menampakkan kebodohan anda sendiri.Usah berbicara tentang integriti sekiranya anda sendiri tidak bermaruah.


Nik Aziz terima anugerah Amanah GERAK 2008

Thursday, 06 March 2008
Khamis, 06 Mac 2008

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima Anugerah Amanah Gerak 2008 yang disampaikan Pengerusi Gerakan Rakyat anti Korupsi (Gerak), Ezam Mohd Nor.

Anugerah itu diberi hasil komitmennya menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kerajaan Kelantan hampir 18 tahun.

Anugerah tersebut disampaikan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada majlis khas di Bilik Mesyuarat Pejabat Menteri Besar tengahari tadi.

Ezam berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan satu-satunya Menteri Besar paling bersih di negara ini kerana tidak terdapat sebarang laporan rasuah terhadap diri dan keluarganya.

“Keputusan penganugerahan itu dibuat hasil mesyuarat Gerak Malaysia yang difikirkan wajar diberikan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

“Hasil kaji selidik yang dibuat Gerak beliau juga merupakan Menteri Besar paling dihormati dan bersih dari sudut akhlak dan komitmen tinggi melawan rasuah.

“Di samping itu juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz mempamerkan sikap sederhana sehingga dapat bertahan dalam tempoh 18 tahun mentadbir negeri ini,” katanya pada majlis tersebut.

Menurutnya, selaku Pengerusi Gerak beliau mendapati Menteri Besar Kelantan mampu mempertahankan ciri-ciri kesederhanaan dalam tempoh begitu lama.

Katanya, tidak ada seorang tokoh politik di Malaysia dalam tempoh 18 tahun mampu mempertahankan sikap tersebut.

“Kerana itu Tuan Guru Nik Aziz layak dianugerah gelaran tersebut,” kata beliau.

Pada majlis itu turut dilancarkan buku bertajuk ‘Islam dan Perjuangan Melawan Rasuah’ yang ditulis Ezam dan Helme Hanafi.

Selain itu turut dilancar Manifesto Gerak bagi melawan korupsi yang dilakukan Menteri Besar.

Ezam berkata, Gerak memilih Kelantan sebagai tempat yang sesuai melancarkan buku berkaitan rasuah memandangkan negeri ini bebas dari segala unsur rasuah.

“Agenda Gerak sebenarnya untuk menggerakkan institusi pondok yang melibatkan agensi kerajaan sebagai fokus melawan rasuah sebagai musuh nombor satu negara.

“Ia bertujuan mewujudkan budaya masyarakat bebas dari gejala rasuah bermula di peringkat tertinggi sehingga paling bawah,” ujarnya.

Ezam sedang menyampaikan Anugerah Amanah GERAK kepada Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan

Ezam menghadiahkan buku terbitannya bersama GERAK, " Islam & Perjuangan Melawan RASUAH"
Pengerusi GERAK Mahasiswa, Sdr Faridzul menyampaikan Manifesto Gerak Mahasiswa kepada Tuan Guru Nik Aziz

by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Begitu Mudah Menjadi MB Halal


Kira-kira jam 9.30 malam berlaku satu kemalangan kecil yang membabitkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta di Simpang, Taiping ketika rombongan DS Nizar ( MB Halal ) menuju ke beberapa tempat Program dlm Parlimennya.

Sebuah motosikal dilanggar oleh sebuah kereta yang terus melarikan diri tanpa memberi pertolongan. Kejadian itu berlaku di hadapan kereta DS Hj Nizar beliau meminta pemandunya menghentikan kereta dan terus meluru keluar untuk memberi pertolongan.

Hj Nizar telah menahan sebuah kereta polis dan memohon kerjasama pihak polis untuk mengawal lalulintas dan meminta pertolongan polis supaya menghantar mangsa tersebut ke hospital.



Kemudian Hj Nizar beredar ke beberapa tempat program yang telah dijadualkan. Begitu mudahnya jadi MB Halal, tak payah diiringi oleh Polis..boleh behenti dimana mana..hatta boleh makan cendol bawah pokok lagi...

sebaliknya MB (Haram) Zamry, tak berani berhenti tepi jln...lampu isyarat pun belah terus jer...sentiasa dikawal oleh 4,5 org polis berunifom tak termasuk yg berpakaian awam....fikir fikirlah...berani kerana benar ( halal )..takut kerana salah ( haram )



[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Aminah Mencari Pulisiti Murahan ?



Penanti - Johor Daily bergegas dari Kota Bahru ke Penanti kelmarin ( sehingga terlepas ceramah Anwar Ibrahim di Skudai - penat aje buat promosi...hehehe ) bagi menyelidik kisah disebalik dakwaan seorang calon Bebas di Pilihanraya Kecil DUN Penanti kononnya berlaku rasuah. Beliau ialah Aminah Abdullah atau lebih mesra dipanggil 'Kak Min' . Johor Daily rupa-rupa terpengaruh dengan kononnya berlaku rasuah oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setelah menilai lapuran polis, sidang akbar dan rakaman cekra padat ( CD ) tersebut, Johor Daily menghuraikan beberapa fakta :

1. Tiada seduit pun wang diterima oleh Aminah dan tiada sesen pun diberikan oleh ahli PKR tersebut semasa kejadian.

2. Rakaman berbualan tersebut adalah soalan perangkap dan telah diaturkan oleh beliau atau seseorang. Johor Daily difahamkan ia diseliakan oleh seseorang bekas orang kuat Anwar Ibrahim yang kini menjadi pencacai BN-Umno.

3. Orang kuat PKR yang menawarkan jawatan dan wang itu lebik cenderung 'sembang-sembang dengan rakan lama'. Tiada rakaman/bukti wakil PKR (dakwaan Aminah) meminta akaun bank, borang jawatan kosong, surat tawaran rasmi dan pemberian wang tunai ketika peristiwa itu berlaku.

4. Ahli PKR tersebut tidak mempunyai kuasa penuh melantik jawatan seperti dakwaan jika benar tawaran itu berlaku.

5. Jumlah wang dakwaan Aminah yang telah dibelanjakan ( kos untuk pilihanraya itu ) hanyalah 'soalan perangkap' agar ahli PKR itu membayar balik kos kerugian. Aminah sebenarnya tidak bebelanja jumlah sebanyak itu sebelum penamaan calon. Semasa perbualan itu tiada ditunjukkan slip kos perbelanjaan itu. Malah ada yang menkwa , wang untuk penamaan calon pun belun dibayar ( Allahualambisaw).

6. Pertemuan itu hanya 'sembang rakan lama'. Tiada kecenderungan memberi duit dan jawatan secara bersungguh-sungguh.

7. Dalam politik, tawaran/sembang 'tarik-tali' adalah lumrah. Namun rasuah tidak berlaku di Penanti.

Johor Daily berharap Aminah menilai semua aspek sebelum terpengrangkap dengan agenda seorang- dua bekas orang kanan Anwar dalam mengejar cita-cita politik. Beliau sebelum ini berkerja keras bersama PKR dan PKN, jangan disebabkan kecewa dan tidak berjawatan lagi, menikam rakan lamanya .

Johor Daily mendoakan kesejahteraan Kak Min.... Amin.

Dipetik Dari JohorDaily
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Sheikh Qardawi - Mogok lapar tidak haram bahkan dituntut !



"Utusan Melayu yang bertarikh 26 Mei 2009 telah melaporkan dengan memetik kata-kata seorang tokoh agama berkata : "mogok lapar bercanggah dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain" .

Saya tidak mahu mengulas panjang memandangkan beliau mempunyai autoriti untuk mengeluarkan pandangan tersebut. Tapi penulis di sini ingin menjelaskan bahawa Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mogok lapar yang bertujuan mendedahkan kezaliman dan kejahatan pemerintah bukan sahaja tidak haram bahkan dituntut oleh syarak dan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka !

Ikuti terjemahan fatwa beliau tersebut :
Ianya dipetik dari www.qaradawi.net :

Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …”


by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Lepas Ni Agong Boleh Pecat PM Tanpa Parlimen


Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

Republican

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Siapa Pengamal Undang-undang Rimba?


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar yang sah kerana tiada kekosongan jawatan berlaku dan tiada usul undi tidak percaya terhadap beliau dibuat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. Pengesahan ini melegakan banyak pihak terutamanya rakyat Perak, yang menanti dengan penuh debar, apakah kesudahan cerita status sebenar : 'Siapa MB Perak'

Pengesahan Nizar selaku MB Perak sekaligus mengembalikan kuasa undang-undang yang telah dicabul oleh Kerajaan UMNO Perak sebelum ini. Permainan para pemimpin yang tidak bertamadun ini telah banyak mencetuskan situasi yang bercelaru dan huru-hara di negeri Perak sehingga mengganggu-gugat kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Rakyat dikelirukan dengan fakta songsang dan tafsiran undang-undang mengikut kehendak Umno dan Barisan Nasional (BN). Dan antara jentera kerajaan yang dipergunakan bagi menyekat kebenaran dan melunaskan hasrat keji UMNO adalah Tv3, RTM, Utusan, Berita Harian dan lain-lain.

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Pakatan Rakyat. Kemelut yang berlaku di Perak disalahkan kepada Pakatan Rakyat seratus peratus dengan menyifatkan PR pengamal undang-undang Rimba. Kenyataan Pak Menteri dan Lembu UMNO yang lain dihebahkan di media-media, menegas seolah-olah mereka di pihak yang benar, dan dengan sinis menuduh PR pengamal undang-undang Rimba.

Dan semalam, segalanya terungkai. Pengesahan Nizar Jamaludin sebagai MB Perak yang sah menjawab segala persoalan. Siapa pengamal undang-undang rimba yang sebenarnya?? Yang sah ke yang haram pengamal undang-undang Rimba? Siapa yang mencabul undang-undang??

Sekiranya jawapan anda adalah BN, maka itulah selayaknya.

by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Krisis Perak : Nizar MB Perak yang Sah !! Zambry MB Haram yang sah !


Tanggal 11 Mei 2009, akhirnya MB Nizar telah dibuktikan dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Pengembalian maruah Kerajaan PR di Perak oleh mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuktikan bahawa keadilan yang dituntut MB Nizar terbela. Keputusan yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran oleh seluruh rakyat Malaysia akhirnya diumumkan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim.Menurut Abdul Aziz, Menteri Besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri dan beliau merujuk keputusan mahkamah terhadap kes Dato' Stephen Kalong Ningkan.

Pengumuman dan pengesahan MB Nizar sebagai Menteri Besar yang sah di Perak juga merupakan satu pengumuman bahawa Kerajaan Kudeta UMNO di Perak adalah haram. Ini juga bermakna pengesahan Mahkamah bahawa Zambry adalah Menteri Besar Haram, 6 Exco yang dilantik juga adalah haram, dan kerajaan HARAM telah dibina oleh UMNO di Perak selama 3 bulan. Pengharaman secara tidak langsung entiti-entiti ini membuka mata rakyat khususnya rakyat Perak, bahawa kemelut yang berlaku di Perak adalah disebabkan UMNO yang jahat,bukan disebabkan keengganan Nizar meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Pengesahan Nizar sebagai MB Perak yang sah membuktikan jalan songsang yang dipilih UMNO iaitu 'merampas' Perak kini dibuktikan mahkamah adalah cara kotor dan tidak bermaruah.

Kudeta UMNO Perak sebelum ini,yang menggesa Nizar meletakkan jawatan sebagai MB Perak dan mengatakan bahawa Nizar hilang majoriti ADUN di Perak adalah tidak benar sama sekali, kerana tidak pernah berlaku di DUN Perak satu usul undi tidak percaya. Dan berdasarkan amalan demokrasi sepertimana yang diterangkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim , isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap Nizar, dan USUL ini belum berlaku, dan Nizar tidak boleh disingkirkan sama sekali.

Dan Alhamdulillah, akhirnya kebenaran itu ditangan mereka yang sabar, dan mereka yang benar. Penentuan mahkamah yang mengesahkan Nizar sebagai MB Perak yang sah dan penolakan permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan tersebut bagi mengemukakan rayuan juga adalah betul. Dan pada hari ini, Nizar akan berjumpa dengan Sultan Perak utk mempersembahkan dan mohon perkenan Sultan membubarkan DUN Perak.

Apa yang dilakukan Nizar ini adalah betul, dan langkah drastik ini bukan kerana takut kehilangan majoriti di DUN melalui undi tidak percaya, sebaliknya kembali ke pangkal jalan. Menyerahkan kuasa kepada mereka yang benar-benar berkuasa menentukan menentukan siapa pemimpin mereka.Memperkasa suara dan keputusan rakyat itu adalah jalan terbaik menyelesaikan krisis ini. Hal ini kerana,sekiranya tidak dibuat pilihanraya baru, ini bermakna kerajaan minoriti PR di Perak yang memerintah,dalam keadaan Speaker di pihak lawan, dan akhirnya, kemelut ini akan terus berpanjangan dan tidak berkesudahan. Penyelesaian serta merta yang dibuat Nizar ini membuktikan situasi menang-menang, kalah-menang tidak wujud lagi. Serahkan kepada rakyat, dan insyallah,krisis di Perak akan berakhir setelah pilihanraya dijalankan.

Moga Sultan Perak memperkenan tuntutan Nizar tersebut. Sultan yang terkenal sebagai bijaksana dan berhemah pasti tau, hanya dengan pembubaran DUN sahaja jalan penyelesaian kemelut dan krisis politik di Perak. Keputusan mahkamah yang telah dibuat juga menjadi dalil konkrit untuk berhujah dengan Sultan, bahawa jalan pembubaran DUN yang terbaik. Good Luck Nizar..

by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Gambar cara Sivakumar ditarik keluar seperti penjenayah







Apa yang terjadi di DUN Perak adalah sebenarnya wajah UMNO dan BN. Bagi mereka undang-undang dan peraturan hanyalah diwujudkan untuk mengongkong dan mengikat orang-orang lain terutamanya mereka yang tidak sebulu dengan mereka. Manakala undang-undang dan peraturan negara tidak dapat mencalarkan walau secebis kulit mereka. Itulah gambaran sebenarnya UMNO dan BN. Samseng dan bagi mereka matlamat menghalalkan cara. Asalkan dapat apa yang mereka inginkan, apa cara sekalipun sanggup mereka lakukan.

Bukan sahaja media perdana dan utama menjadi tunggangan mereka bahkan ada yang sanggup menjadi org suruhan UMNO dan BN dengan harapan agar mendapat sekelumit pujian dan ganjaran daripada kuasa yang ada pada UMNO dan BN.

Ya Allah aku berlindung kepada Mu daripada kejahatan dan kebejatan UMNO dan BN.

Ya Allah engkau hancurkanlah UMNO dan BN.

by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

TPM yang berhujah seperti Ketua Pemuda UMNO Cawangan


Amat malang sekali Negara kita mempunyai seorang TPM yang tidak mampu berhujah dengan baik dan meyakinkan apabila memberi ulasan terhadap sesuatu isu. TPM yang baru Tan Sri Muhyiddin Yassin sememangnya sejak dari dahulu sering dipertikaikan hujahnya yang longgar dan kadangkala begitu rendah kualitinya apabila mengulas sesuatu isu khususnya berkaitan politik. Tetapi memandangkan tiada lagi yang mungkin lebih berkualiti dari beliau, maka Umno telah memilih beliau untuk berada di kerusi no 2 dalam parti dan kerajaan

Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 05 Mei 2009, mengulas tentang hasrat Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan yang dikatakan mahu meletakkan jawatan selaku Adun kerana kecewa gagal untuk memberikan khidmatnya selaku Adun Kota Alam Shah akibat beliau masih ditahan di bawah Akta zalim ISA. Saya terasa ingin mengulas hujah-hujah dangkal TPM yang bagi saya kualitinya seperti hujah Ketua Pemuda Umno Cawangan yang tidak mengerti apa-apa tentang politik.

Ulasan beliau seperti yang dilaporkan dalam akhbar tersebut, “Wakil Rakyat masih hidup, tidak bankrap dan tidak menyalahi undang-undang untuk memegang jawatannya, (tetapi) hendak berhenti begitu sahaja”.- (Sinar Harian). Ulasan saya, Memang benar Adun tersebut masih hidup tetapi hidupnya beliau tidak ubah seperti orang mati yang tidak dapat membuat apa-apa. Usahkan untuk membela rakyat, untuk membantu dan bersama keluarganya sendiri pun beliau tidak mampu. Bahkan, isterinya pula yang bersusah payah melaksanakan dua tugas untuk membela keluarga dan berkhidmat kepada rakyat di kawasan Dun Kota Alam Shah. Memang benar, Adun tersebut tidak bankrap dan beliau bersih dari hutang. Bagaimana pula kisah seorang Adun dari Umno di Kedah yang disahkan bankrap itu? Mahukah Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan beliau mengosongkan kerusinya jika itu difikirkan wajar untuk seseorang Adun melepaskan jawatannya? Muhyuddin juga mengakui bahawa M.Manoharan tidak menyalahi undang-undang untuk memegang jawatannya. Ini bermakna M.Manoharan bukan penjenayah atau pengganas atau pesalah, ini adalah kerana mana mungkin penjenayah, pengganas atau pesalah boleh dilantik sebagai Wakil Rakyat? Oleh yang demikian, mengapa beliau ditahan di bawah Akta ISA?

“Saya tak tahu kenapa Parti KeAdilan Rakyat (PKR) yang kata bersikap adil kepada rakyat tapi ini (PR) tidak berlaku adil kepada rakyat, mana (wakil rakyat) yang sudah terpilih patut menjalankan tugas dengan baik”. – (Sinar Harian). Mungkin Muhyiddin Yassin terlupa bahawa M.Manoharan masih merengkok dalam tahanan ISA. Lojikkah seseorang yang sedang ditahan dan merengkok dalam `kandang besi’ mampu memberikan khidmat dengan baik? Bukankah kenyataan Muhyiddin Yassin ini merupakan satu sindiran atau untuk mempersendakan Adun berkenaan? Sebenarnya pihak kerajaanlah seharusnya bertanggungjawab sekiranya Adun berkenaan gagal untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasannya.

Kenyataan Muhyiddin Yassin selanjutnya menampakkan kedangkalan beliau. Apabila ditanya hasrat M.Manoharan itu timbul selepas kecewa tidak mampu berkhidmat kepada pengundinya, Muhyiddin berkata “Adun Kota Alam Shah itu tidak wajar menjadi ia sebagai alasan untuk meletakkan jawatan kerana Manoharan masih ada masa sehingga pilihan raya akan datang untuk berkhidmat kepada rakyat”. – (Sinar Harian). Saya ingin bertanya kepada Muhyiddin Yassin, bila pilihan raya itu hendak diadakan? Esok, lusa atau minggu depan? Sekiranya beliau menganggap Manoharan perlu menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, maka berapa lama lagikah rakyat di kawasannya terbiar dengan Wakil Rakyatnya masih terkurung? Mana slogan `Rakyat Diutamakan?’ yang sering dijerit-jeritkan oleh PM sekarang termasuk beliau sendiri? Memang benar, selama ini segala tugas yang seharusnya dipikul oleh Adun tersebut telah dilaksanakan oleh isteri beliau serta pembantu-pembantunya. Tidakkah ini suatu tindakan yang zalim dan satu penganiayaan kepada isteri beliau? Mengapa orang yang tidak dipilih oleh rakyat menjalankan tugas orang yang sepatutnya menjalankan amanah rakyat tersebut?

Apa pun alasan dan hujah yang diberikan, rakyat tetap menilai bahawa satu kezaliman dan penganiayaan telah dilakukan kepada Adun terbabit dan juga keluarga beliau. Oleh yang demikian, PR tiada pilihan lain melainkan berbincang dengan DAP dan Adun berkenaan agar Manoharan mengosongkan kerusi yang disandangnya agar rakyat di Dun Kota Alam Shah tidak terpinggir akibat mainan politik mereka yang tidak berhati perut ini. Masalahnya, beranikah Umno/Bn menghadapi satu lagi pilihanraya, apatah lagi di Selangor sebuah negeri yang maju dan pengundi-pengundinya yang rata-rata cerdik pandai ini? Jawapannya, sudah pasti tidak.

WFAUZDIN NS
WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]