Subscribe

Tengok Video Ni Sekejapp : Antara 31 MP itu

Antara 31 MP itu



BN= corruptions

PR= Hope

Badawi,talks as if he has no knowledge.

Khairy Jamluddin studied for some many years in a strong human rights country,came back without anything,what a dissapointment

Kredit to HaNieF atas video diatas.


by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kes Teoh: 77 Saksi vs 70,000 saksi



"Seramai 77 saksi telah dipanggil berhubung siasatan kes Teoh. 28 saksi terdiri dari pegawai SPRM. Sebelum ini, telah tersebar video klip VK Linggam yang telah ditonton oleh lebih 70,000 orang di youtube. Suruhanjaya telah ditubuhkan dan Linggam dan konconya disabit bersalah. Lepas tu tak jadi apa pun. Tak dengar pun Linggam masuk penjara, disebat dan sebagainya. TAk jadi apa-apa pun. Kalau kes Teoh ini terbukti kerja UMNO pun, pasti tak jadi apa-apa juga. Mari lihat apa yang berlaku pada 77 saksi malang ini:

Dari 77 saksi ini, 28 terdiri dari pegawai SPRM yang telah bergilir-gilir menyoal Teoh dari pukul 10 malam sampai 3:45 pagi. Samada mereka bersama-sama mencampak Toh selepas itu, hanya Allah yang tau.

Soalan-soalan yang ditanya kepada saksi:

1. ADAKAH TEOH MEROKOK?

Tujuan soalan : untuk menunjukkan Teoh hisap rokok lalu mungkin rokoknya terjatuh dari tingkap lalu Teoh terjun untuk menyelamatkan putung rokok beliau agaknya.

2. ADAKAH TEOH INI JENIS SUICIDAL? JENIS NAK BUNUH DIRI?

Mungkin polis berharap benar ada ahli keluarga Teoh yang berkata, "YA ENCIK! DIA NI MEMANG CADANGNYA NAK BUNUH DIRI WATU WEDDING TU NANTI!" . Pelik pelik soalan polis.

3. ADAKAH TEOH NI JENIS YANG ADA BANYAK KASUT DAN BERTUKAR-TUKAR KASUT?

Biarlah dia dengan kasut dia. Yang polis sibuk-sibuk ni apasal? Lain kali, eloklah polis tanya sekali:

"ADAKAH SI MATI NI ADA BANYAK SELUAR DALAM? APA JENAMA KEGEMARAN DIA? CALVIN KLEIN ke GIARDONA? "

Dalam pada itu, disebalik segala kepincangan dan nama busuk SPRM, Muhyidin Yassin pula dengan tak malunya menawarkan kepada negara-negara Afrika untuk berkongsi kaedah Malaysia membasmi rasuah melalui SPRM:

Afrika belajar daripada Malaysia cara tangani rasuah

KAMPALA 27 Julai - Malaysia telah berkongsi pengalamannya menangani rasuah termasuk menerusi penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan negara-negara Afrika dalam Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) yang sedang berlangsung di Munyonyo di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengalaman Malaysia itu disampaikannya menerusi salah satu sesi dialog bersama ketua-ketua kerajaan yang menyertai Global 2009 hari ini.

"Kita beritahu mereka mengenai SPRM dan kita berpeluang berkongsi pengalaman bagaimana rakyat harus disedarkan tentang bahaya rasuah supaya ia dilihat sebagai sesatu yang jijik dan perlu disemai dalam jiwa masyarakat. Ini kita bincang secara terbuka," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berada di sini untuk menghadiri Global 2009 di Munyonyo Commonwealth Resort dekat sini yang bermula semalam hingga esok. - Utusan

---------------------------------

MAKIN mundur la negara Afrika tu. Kasihan.... "

by musafir_lapar
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO Syok Sendiri ,Tiga Suku


Kesian UMNO. Rupanya UMNO sudah sampai kepada tahap kritikal. Kroniknya sudah sampai ke tahap gila. Kadang-kadang kesian jugak kepada parti yang konon bela Melayu ini. Sindrom 'gila' ini tidak berapa berbahaya kepada parti itu sebelum ini (sebelum PRu12), malah ketika itu semua sihat bersemangat sampai wujud slogan "Pade Doh" di Kelantan suatu ketika dahulu. (tapi kalah jugak)

Kini gilanya itu sudah ke tahap parah dan sukar untuk diubati. Sekarang ini tidak boleh sebut pasal "PAS", terus senyum sorang-sorang, mata jadi cerah persis orang gila talak. Semua nak bersuara, semua nak berkokok. Tu pasal berdentum-dentam keluar kenyataan bertali arus daripada pemimpin UMNO brand ayam ternak (bak kata PEWARIS) seperti "Nik Aziz Sedia Lupa Sengketa Politik dengan Pusat" "Mustafa, Nik Aziz Muafakat" "Sengketa Wajar diLupakan" "MT Umno akan Bincang" "UMNO,PAS ada persamaan" sebab semua dah cerah mata bila dengar perkataan "PAS" ni.

Tak kurang juga ada kenyataan ayam tua (Bak kata PEWARIS) membuat ulasan yang begitu jauh. Mempertikaikan "Hulur Salam Perpaduan dari PAS" walhal PAS tidak pernah mengucapkan pun perkara tersebut. Maka keluarlah kenyataan yang tak cerdik dari ayam tua "Dr M ragui keikhlasan PAS untuk kerjasama" dan "Dr M Ragui Keikhlasan PAS".

Hingar bingarlah segala ayam-ayam yang ada dalam UMNO (bak kata PEWARIS) seolah-olah Tuan Guru Mursyidul Am bersedia untuk bekerjasama dengan Umno. Kedengaran suara-suara kokokan ayam disana-sini, mengulas kesudian, mempertikai keikhlasan dan lain-lain. (seperti diatas), Jika dilihat sebelum inipun, kita ada dengar dah, setelah Presiden PAS mengutarakan cadangan Kerajaan Perpaduan, maka terhegeh-hegeh pemimpin Umno “menyahut” seruan tersebut. Kes di Perak pula, setelah PRu12 mereka ditolak rakyat, pemimpin-pemimpin UMNO di Perak, dan Selangor tergedik-gedik mendekati pemimpin-pemimpin PAS untuk membentuk kerajaan campuran di sana, kononnya atas dasar perpaduan Melayu dan demi masa depan rakyat.

Hari ini Tok Guru menafikan hulur salam perpaduan dengan UMNO "Nik Aziz nafi hulur salam perpaduan Umno-PAS" malah siap mencabar semua wartawan akhbar dan wartawan penyiaran yang hadir di dalam sidang-sidang medianya beberapa hari kebelakangan ini untuk membuktikan menerusi rakaman audio atau video bahawa beliau mengusulkan kerjasama Umno-PAS. Kalau betul ada, kemukakan.

Kenyataan Tuan Guru yang sebenarnya adalah memperingatkan pemimpin-pemimpin Umno tentang kuasa-kuasa kerajaan pusat dan kuasa-kuasa kerajaan negeri, sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan. Kelantan terletak di dalam Malaysia yang ditadbir oleh kerajaan Pusat yang dikuasai oleh Umno/BN. Maka sudah sudah menjadi tanggungjawab kedua-dua belah pihak untuk saling bekerjasama antara satu sama lain. Kerajaan PAS Kelantan menjalankan tugasnya sebagai kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat (Umno/BN) pula perlu menjalankan tugasnya sebagai Kerajaan Pusat.

Dan antara tugasan kerajaan pusat adalah menyediakan peruntukan kepada semua kerajaan negeri berdasarkan jumlah penduduk negeri berkenaan. Haa, ini yang Tok Guru kata dan maksudkan. Bukan nak wujud perpaduan dengan UMNO. Agaknya mereka lupa bahawa Tok Guru pernah berkata bahawa PAS tidak akan sesekali memikul biawak hidup.

Aduh,tak habis-habis UMNO dengan syok sendiri. Padan la tok guru kata UMNO ni seperti "majnun yang gilakan laila". Tok Guru tak kata pun dia hulur perpaduan dengan UMNO. Lain yang dikhabarkan, lain yang diceritakan. Kemudian berbondong-bondong kenyataan ayam-ayam UMNO konon PAS mahu bersahabat dengan UMNO. Memang betul-betul tiga suku. Lepas tu sendiri malu. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kan dah kata, Sekarang PEWARIS kata



Tengok kata-kata Tim II Pewaris Rahimuddin Md Harun yang part ni:

"Lagi baik diam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan golongan Melayu.Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan," kata Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun.

Oh jadi betullah. Yang berpecah belah itu orang Melayu UMNO. Bukan orang Melayu secara total (warga Malaysia amnya). Dan kata-kata ini jadi bukti pengakuan sendiri betapa UMNO itu berpecah belah. Sebelah pihak kekiri sebelah pihak lagi ke kanan. Kemudian bila isu Negara Perpaduan timbul, dikatakan Melayu yang berpecah belah. Wah. Apa kes UMNO yang pecah belah tiba-tiba kata Melayu pecah belah?

"Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih," tegasnya.

Oh jadi betullah kilang UMNO cap ayam sahaja. Sebab tu lahir ramai pemimpin UMNO yang seperti binatang ternak. Dok mengampu sana sini ye? Tak tuduh tapi anda yang kata PEWARIS.

"Ribuan lagi ahli Pemuda Umno yang bersama kami. Pemimpin (yang) dibeli, golongan bangsawan, memang takut disirami hujan, bom (meriam) air atau panas matahari," katanya sinis, sambil mendakwa Khairy hanya mempunyai 200 penyokong setia.

Oh jadi betullah rasuah itu milik UMNO. Sifir macam ni ka ?? RASUAH IS UMNO. UMNO IS RASUAH. Begitu?



by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Khairy Kena Marah Pewaris


Belum apa-apa, dah bergaduh sesama sendiri.Kumpulan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.Yerlah, Khairy (merangkap Ketua Pemuda UMNO) kata "Jangann..." tapi Pewaris yang konon berdiri teguh mengampu "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA" nak berdemo jugak untuk berdepan dengan Himpunan MANSUH anjuran penentang ISA.

"Lagi baik diam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan golongan Melayu.Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan. Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih" kata Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun.

Siapa yang lemah tu? Siapa yang jadi ayam daging ternakan tu? Hehehe.

Ingat habis sampai situ je serang Khairy. Rupanya ada lagi. Khairy dituduh pemimpin perasuah yang beli perwakilan UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO dulu. Malah dituduh Khairy hanya ada 200 orang sahaja dibelakangnya. Kesian. Dok berhentam sesama sendiri. Rupanya 'wala' pemuda kepada Khairy hanyalah seperti menelan hempedu. Tengok kata-kata dibawah:

"Ribuan lagi ahli Pemuda Umno yang bersama kami. Pemimpin (yang) dibeli, golongan bangsawan, memang takut disirami hujan, bom (meriam) air atau panas matahari
," katanya sinis, sambil mendakwa Khairy hanya mempunyai 200 penyokong setia.

Kesian Khairy. Hehe. Baca lagi disini : MalaysiaKini

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Ibrahim Ali: Akan pastikan huru-hara!!


"Ibrahim Ali sebelum ini dipecat dan dihalau dari UMNO. Dia kemudiannya dikutip dan ditolong oleh Tok Guru dan PAS. Dia diberi peluang bertanding atas tiket Pakatan sedangkan dia ditolak oleh UMNO ketika itu.

Budi baik PAS yang menolongnya di balas dengan pelbagai kutukan dan terkini, Ibrahim Ali memberi jaminan dan amaran akan berlaku huru-hara kerana Ibrahim Ali dan penyokong-penyokong ISA ( UMNO) akan berhimpun serentak untuk memastikan huru-hara berlaku.

Tujuannya ialah untuk memastikan kegagalan suara rakyat yang membantah ISA. Di sini dinyatakan 3 tindakan politik yang akan diambil oleh Ibrahim Si Putera Katak tak mengenang budi nih..

1. Pilihan Pertama.

Menangis-nangis keinsafan meminta ampun dari Tok Guru. Ini akan dilakukan apabila menyedari UMNO dan BN yang cuba dirujuknya sudah semakin hilang sokongan dan semakin kalah. Usaha ini pasti gagal kerana Tok Guru selalu mengingatkan kita akan hadis Nabi bahawa kita tidak boleh dipatuk oleh ular ditempat yang sama dua kali! Kes ini agak istimewa kerana kita telah dipatuk oleh Katak..

2. Pilihan Kedua.

Ibrahim Ali ini sebenarnya berjiwa UMNO. Dia cukup benci kepada kaum bukan Melayu seperti DAP yang baginya merupakan 'ancaman' kepada Malaysia. Tidak pelik jika dia akan merayu sembah dan kembali semula ke pangkuan UMNO seperti Ezam. Elok juga, dari jadi musuh dalam selimut, api dalam sekam, eloklah lawan secara anak jantan. Yang pasti, Ibrahim Ali perlu sedia berdepan dengan amarah suara rakyat yang akan menentangnya habis-habisan bersama ISA dan UMNO yang menjadi pujaaan hatinya..

3. Terjun bangunan

Sebagai putera katak, Ibrahim Ali wajar mencuba kebolehannya melompat dengan terjun dari bangunan. Apabila terselamat dari terjunan tersebut, barulah Ibrahim Ali benar-benar layak mendapat gelaran putera katak.

Dia ni memang jenis manusia jahil tak sedar diri,tak sedar di untung. Di beri susu di balas tuba. Berhati busuk dan suka menimbulkan permusuhan dan huru-hara. Tujuan dia nak kumpul penyokong-penyokongnya (yang berapa kerat la sangat) dan berhimpun pada hari yang sama memang tak lebih dari nak buat huru-hara. Jangan over confident sangat Ibrahim ALi oi.. Orang lain pun merancang jua..

Oleh Dewa

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Ibrahim Ali Agih agihkan Wang Membeli Undi di Manek Urai






by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

ISU LILIN : Luahan Hati Seorang Suami Melayu.....



Saya ingin meluahkan keluhan hati saya (secara ringkas)... Ini adalah kisah benar tentang diri saya sendiri, semoga dapat diambil pengajaran daripadanya...

Isteri saya seorang Cina...! Cina tulen. Bukan Cina keturunan separuh-separuh. Bukan darah Cina kacukan. Cina 100%. Ibubapa mertua saya memang Cina 'pure' dan menganut agama Budha. Begitu juga seluruh ahli keluarganya yg lain. Bahkan keluarga mereka agak tebal semangat kecinaannya...

Tidak perlu saya ceritakan betapa sulitnya meyakinkan pihak keluarganya sebelum perkahwinan kami pada tahun 1997, bahawa saya bukan hendak membawa anaknya masuk MELAYU. Dia tetap seorang Cina, cuma agamanya sahaja yg bertukar kpd ISLAM.

Saya terpaksa berhadapan dgn kedua ibubapa dan abangnya yg sulung utk menjelaskan bahawa sebagai Muslim, isteri saya akan mengerjakan Solat (akan saya ajarkan) dan tidak lagi akan menyembah selain Allah, saya akan mengajarnya mengaji Qur'an, pakaiannya kena menutup aurat (memakai tudung kepala), berpuasa selama sebulan dlm setahun dan kalau ada kemampuan, kami akan ke Mekah menunaikan Haji sekali seumur hidup. Itu saja.....! Adapun perkara lain yg berkaitan Rukun Iman dan Rukun Islam, saya kira tidak perlu saya jelaskan kpd keluarganya secara sangat terperinci...kerana saya hanya menerangkan perkara dasar dan mudah yg boleh dinampak oleh mata kasar mereka sahaja....

Ternyata keluarganya berpuashati dgn penjelasan itu dan semuanya merestui perkahwinan kami. Dan ternyata juga bahawa penentangan mereka sebelum ini (terutama abangnya yg sulung) terhadap perkahwinan kami adalah semata-mata kerana sikap prejudis mereka kpd MELAYU, dan bukan sama-sekali berdasarkan kpd prasangka buruk mereka terhadap Agama ISLAM...

Kami dikurniakan 3 orang anak. Isteri dan anak2 saya masih mengamalkan 'budaya Cina' dlm kehidupan seharian mereka terutama dlm soal pemakanan. Saya tidak melarangnya selagi ianya tidak bertentangan dgn Syarak.

Apabila tiba hari perayaan Tahun Baru Cina setiap tahun, kami sekeluarga tidak pernah ketinggalan utk pulang ke rumah ibubapa mertua saya di Pahang dan meraikan bersama keluarga mereka...tetapi kami tidak pernah pulang pada Hari Wesak... isteri saya seorang yg cerdik dan terpelajar dan berkelulusan tinggi dan sekarang pun memang dia memegang jawatan yg tinggi dlm sektor awam.... Jadi dia lebih faham drp saya bahawa Hari Wesak adalah Perayaan Agama Budha dan haram bgi kami sebagai keluarga Islam utk turut meraikannya...

Apabila tiba Hari-Raya Idilfitri dan idil-Adha, kami sekeluarga tetap kan pulang ke rumah ibu-bapa saya di Terengganu utk meraikan hari Perayaan Umat Islam itu...Tidak ada masalah dlm soal ini, bahkan tidak pernah timbul masalah besar dlm hal ini selama perkahwinan kami selama lebih 12 tahun....

Tetapi sejak seminggu kebelakangan ini, isteri saya sering menimbulkan persoalan dan mengungkit-ungkit tentang hal budaya Melayu, budaya Cina, dan hubungannya antara budaya sesuatu kaum dgn Agama Islam....iaitu semenjak kes DS Nizar menghadiri upacara penghormatan kpd Teo Beng Hock, seorang pemuda Cina (yg isteri saya percaya) telah mati dibunuh oleh orang Melayu!

Nampak seperti dia sangat kecewa dgn sikap segelintir orang kita yg tanpa segan-silu menjatuhkan hukuman kononnya DS Nizar telah rosak akidah, telah melakukan sesuatu yg bertentangan dgn syarak, dsbnya...menurut isteri saya, dia tidak hairan jika kutukan terhadap DS Nizar itu datang dari orang UMNO, kerana dia lebih maklum tentang pemahaman orang UMNO tentang hubungan MELAYU-ISLAM memang 'cetek sangat'...tetapi yg sangat mengguris hatinya ialah sikap segelintir orang PAS sendiri yg bersuara senada dgn orang UMNO dlm hal ini....

Secara ringkasnya, persoalan yg sering diungkit kpd saya dlm masa 3-4 hari ini ialah :-

1) Apakah setiap amalan budaya kaum Cina boleh merosakkan akidah Islam seseorang? Bagaimana pula dgn budaya Melayu yg tidak ada kena-mengena dgn Agama Islam? Apakah bangsa Melayu itu sangat mulia di sisi Allah sehingga diberi keistimewaan sebegitu rupa?

2) Mana yg lebih baik di sisi Islam, seorang perempuan yg memakai baju kurung (merujuk kpd Melayu) tetapi tidak memakai tudung kepala, atau seorang Cina Islam yg memakai seluar panjang dan T'shirt longgar lengan panjang dan bertudung kepala?

3) Kenapa secara tiba-tiba budaya membakar lilin dlm sesuatu upacara dikira bertentangan dgn Syarak, padahal selama ini ramai orang Islam yg menyalakan lilin pada majlis hari jadi, tetapi tidak pernah terdengar pula ada 'fatwa' seperti itu dikeluarkan?

4) Dlm upacara kematian, budaya kaum Cina memang menyalakan lilin sebagai penghormatan, walaupun si-mati itu adalah Cina Islam. Kalau itu dikira boleh merosakkan akidah, bagaimana dgn budaya Melayu yg membakar kemenyan di rumah si-mati? Apa istimewanya MELAYU di sisi Agama Islam, seolah-olah menganggap bukan-Melayu itu sebagai Muslim kelas 2?

5) Kalau budaya memakai baju hitam sebagai berkabung dan menunjukkan kesedihan oleh kaum Cina dikira merosakkan akidah Islam, bagaimana pula dgn budaya Melayu yg memakai 'baju melayu' dan memakai 'songkok hitam' bila menziarahi mayat? Padahal itu juga tidak ada kena-mengena dgn agama Islam! Apa lebihnya baju-melayu dan songkok hitam di sisi syarak?

Saya terkedu, dan hanya dapat menunjukkan penjelasan dari YB Khalil Idham Lim kpd isteri saya. Dia berpuashati dgn penjelasan itu, tetapi menurutnya itu penjelasan dari seorang Cina-Islam sepertinya juga...apa yg dipertikaikan ialah sikap orang Melayu-Islam-PAS terhadap isu ini...

Saya sukar menenangkan hati isteri saya, kerana orang PAS sendiri seperti bercanggah pendapat dlm soal ini....dan saya hanya mampu berkata : "Ok lah, kita tunggu sahaja penjelasan dari Dr Asri........" Hanya itulah saja yg mampu melunakkan hatinya buat sementara ini...

Akhir sekali, saya suka memetik ungkapan Arab yg berbunyi :

"ZONNU AL-'AAKILI KHAIRUN MIN YAAKINI AL-JAAHILI"

(SANGKAAN seorang yang berakal (ALIM) itu adalah lebih baik dari KEYAKINAN seorang yang JAHIL)

Luahan Sahabat Jeragang

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Ini yang dikatakan bertudung?



Style pakai 'tudung' sekarang ni. Pakai tudung ke ni?




Macam ni pun pakai tudung? Baju ko pakai jarang. Kepala pulak konon 'bertudung'. Ko gila ke Fauziah Ahmad Daud?




Pastu bila orang tanye,jawapan "Ko sibuk apasal? Kubur aku aku jaga la.". Agaknya inilah "Bodoh" yang dimaksudkan oleh budak-budak dalam video klip ni.




by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Cuba tengok gambar ni sattt....



Gambar atas..Apa kes agaknya??



Gambar ini?? Ingat ?? Dan kata-kata orang ini.



Lihat gambar ini pula.



Dan kata-kata orang ini.

Timbalan mufti negeri Kedah Syeikh Marwazi Dziyuddin ketika diminta mengulas pembabitan org Islam dalam perhimpunan nyalaan lilin berikutan kontroversi kematian setiausha politik eksco kerajaan N Selangor,Theoh Beng Hock menegaskan selagi tidakkan itu bukan amalan agama tertentu ia di bolehkan.

"Lilin bukan alat keagamaan.Majlis memperingati diadakan itupun tiada unsur-unsur keagamaan.Oleh itu tidak salah sekiranya rakan-rakan Islam turut hadir memberi sokongan atau penghormatan terakhir" ,katanya.Syek Mawarzi berkata penyokong Islam yg hadir sekadar memberi sokongan politik.Malah perhimpunan itu juga adalah berlandaskan fahaman politik bukannya keagamaan.

"Mereka yg hadir juga tidak membuat sesuatu yg menunjukkan pada perbuatan keagamaan jika sekadar berdiri bersama lilin tidak mengapa", katanya.Menurutnya dalam kes ini isu agama tidak timbul kerana kita hidup dalam masyarakat yg berbilang kaum dan ugama.


p/s : Heran dan betapa herannya, ramai para ulamak dan para mufti lebih cenderung dan berminat mencari kesalahan pembangkang. Tak cukup dengan itu, banyak pula yang bersuara dalam bab politik dan bila diajak terlibat, tidak mahu.

Bila kes terkena kepada pemimpin UMNO sendiri, fuhh.. menikus tidak berkata apa-apa. Dah sudah banyak kes amalan pemimpin Umno yang jauh terpesong dari ajaran agama seperti bertafakur ditugu . Dan amalan ini berlanjutan dari tahun ke tahun. Berlaku dan terus berlaku. Ini pak mufti tutup mulut ka?

Ini yg malangnya. Umat Islam diMalaysia bahkan diseluruh dunia mempunyai ulamak-ulamak bacul,bisu semata-mata. Orang yang arif tentang hukum tetapi tunduk patuh kepada umarak yang jahil dan fasik, malah mengampu demi poket.

Kesian, isu lilin diperbesarkan. Kes kilang arak, judi di Genting Highland,Sport toto dan 4digit hilang begitu sahaja. Amalan maksiat seperti Sure Heboh (pernah difatwakan sesat), cerita Tahyul di televisyen yang tumbuh bagai cendawan pun hilang begitu sahaja. Kenapa? Takut apa untuk menegur. Takut jawatan hilang atau pangkat hilang atau bagaimana ?

Mana ulamak dalam umno?? Yang haram dah jadi halal?? Tengok diri sendiri dulu la.

by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kes Teoh Dan SPRM, Dari Kacamata Ahli UMNO


"Bodoh dan bengap. Itu ungkapan pertama terhadap ahli BN yang membuat demo di hadapan pusat membeli belah ampang point yang di ketuai oleh Ketua UMNO bahagian Ampang. Demo menyokong SPRM dan polis. Nasihat saya kepada ahli ahli UMNO, cuba la celikan sikit minda tu kalau nak berpolitik.

Kes kematian teoh menjadi keraguan orang ramai kerana ia mati di bawah jagaan SPRM. Secara ringkasnya kes yang besar menjadi semakin besar dengan kematian Teoh. Cubalah banding yang mana lebih besar, siasat rasuah ahli DAP atau kematian Teoh. Kalau ahli UMNO anggap kematian Teoh satu perkara kecil, nyatalah ahli UMNO memang bangang tahap gaban.

Siapa yang cakap isu kematian Teoh dipolitikkan? Habis apa yang ahli UMNO hendak? Supaya tidak ada seorangpun boleh bercakap tentang kematian ini? Buat diam je? Kematian satu nyawa rakyat malaysia yang tidak tahu apa puncanya, tetapi rakyat takda hak untuk komen? Rakyat takda hak untuk bertanya?

60puluh orang ahli BN yang berdemo tersebut betul betul menentang arus. Cara berfikir mereka jauh tertinggal ke belakang. Sepatutnya mereka menjadi pembela kepada mangsa, ini tidak mereka cuba menenggelamkan mangsa. Mereka cuba menjadikan seolah olah SPRM adalah mangsa.

Tuntutan kebanyakan rakyat Malaysia agar satu suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut. Najib telah tunduk kepada tuntutan rakyat. Suruhanjaya bermaksud ianya disiasat dengan secara bebas dan telus. Bebas dan telus bermaksud, SPRM sendiripun akan disiasat dan ditanya. Bukti bukti forensik polispun akan diambil kira. Maklumat siasatan polis akan diteliti.

Rakyat tidak sewenang wenangnya menuduh SPRM pembunuh atau sesiapapun pembunuh, Cuma rakyat minta ianya disiasat dengan adil dan telus. Kelemahan pertama memang perlu digalas oleh SPRM kerana Teoh adalah dibawah jagaan SPRM. Tambah lagi Teoh adalah saksi bukan suspek. Itu tanggungjawab pertama. Sebab itulah Najib mahu satu penyiasatan dilakukan apakah ada pencabulan hak asasi semasa proses siasatan.

Jadi di sini saya ingin bertanya kepada Datuk Ismail Kijo apa maksud kata katanya, "kenyataan yang boleh membuatkan huru hara, kita membujur lalu melintang patah"? Perkataan yang mana yang boleh membuat negara huru hara? Setahu saya ungkapan Ismail "membujur lalu melintang patah" itu sendiri yang boleh membuat negara huru hara.

Butakah Datuk Ismail bahawa kematian Teoh melangkau sempadan kaum? Semua bangsa bersedih dengan kematian beliau. Ianya bukan isu politik bukan juga isu kaum. Ianya adalah isu rakyat malaysia. Yang sempit dan perkauman adalah Ismail dan bangsa Ismail yang bernama UMNO.

Semoga PRU ke 13 nanti, kawasan Ismail lah yang paling kalah teruk, kerana Ismail bukan pembela rakyat, tetapi pembodek yang hanya tahu menyalak untuk mengampu pemimpin UMNO

by RamziRedang

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

DS Nizar tafakur dengan lilin..Apa fatwa?



Jawapan Mufti Kedah :

Perhimpuanan menyalakan lilin sebagai memperingati si mati bukan amalan keagamaan dan hanya dianggap sebagai budaya masyarakat bukan Islam.Berikutan itu org Islam yg turut hadir pd perhimpunan seumpama itu hanya sekadar memberi sokongan moral dan tidak salah disisi agama.

Timbalan mufti negeri Kedah Syeikh Marwazi Dziyuddin ketika diminta mengulas pembabitan org Islam dalam perhimpunan nyalaan lilin berikutan kontroversi kematian setiausha politik eksco kerajaan N Selangor,Theoh Beng Hock menegaskan selagi tidakkan itu bukan amalan agama tertentu ia di bolehkan.

"Lilin bukan alat keagamaan.Majlis memperingati diadakan itupun tiada unsur-unsur keagamaan.Oleh itu tidak salah sekiranya rakan-rakan Islam turut hadir memberi sokongan atau penghormatan terakhir" ,katanya.Syek Mawarzi berkata penyokong Islam yg hadir sekadar memberi sokongan politik.Malah perhimpunan itu juga adalah berlandaskan fahaman politik bukannya keagamaan.

"Mereka yg hadir juga tidak membuat sesuatu yg menunjukkan pada perbuatan keagamaan jika sekadar berdiri bersama lilin tidak mengapa", katanya.Menurutnya dalam kes ini isu agama tidak timbul kerana kita hidup dalam masyarakat yg berbilang kaum dan ugama.

.................................................................


Ini kenyataan media dari seorang cina yang telah memeluk Islam Drs.Khalil Idham Lim berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 July , bertempat di wisma DAP Ipoh. Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.

Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar (saya ada koleksi gambar mengenai upucara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upucara membaca doa dan pelbagai majlis.

4. Saya mempersoalkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.

5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, "punggung penuh dengan najis".

6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur oleh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upacara di Tugu negara yang telah difatwakan.

7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat.

Allahu A'lam

Kenyataan media pada 20 July 2009

Drs.Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak


by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

(RENUNGAN)Antara Michael Jackson Dan Marwa Al-Sharbini

Dipetik dari Blog indonesia



Sedih. Miris. Itulah yang saya rasakan ketika melihat tayangan pemakaman the King of Pop, Michael Jackson yang begitu gegap gempita di televisi-televisi kita sepanjang hari kemarin. Beberapa stasiun tv bahkan bela-belain menayangkan tayangan eksklusif langsung dari AS acara penghormatan terakhir bagi si Raja Musik Pop sampai pagi ! Dan entah berapa juta mata masyarakat Indonesia yang rela menahan kantuk demi menyaksikan acara itu.

Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung pemakaman seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, wafat akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di televisi-televisi Indonesia, negara yang mayoritas penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa.



Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa ke tempat peristirahatannya yang terakhir, memang tidak sebanyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas kasusnya. Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan kaparat keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeda jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita kemarin cuma dijejali dengan pemberitaan seputar pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangis kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa … karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Video Ape ni? Hehe

Sama-sama saksikan video ini.





Hehe.


by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Keanehan dan Misteri Nusantara Kematian Teoh.


Teoh Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, exco pembangunan kampung baru Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat SPRM. Kematian yang 'misteri' ini meninggalkan pelbagai persoalan yang menjadi teka teki sehingga kini. Kita dilaporkan oleh Pak Menteri dan media Pro Kerajaan sebagai kematian yang berteorikan berpunca dari 'bunuh diri'. Sebelum itu, kita tengok kenyataan yang jugak 'misteri' berikut :

Nazri berkata: "Saya dapat laporan awal dari SPRM mengatakan dia dah dilepaskan selesai soal siasat semalam.Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu...," kata Nazri ketika dihubungi Malaysiakini.

Mereka juga memberi alasan dan gambaran bahawa Teoh tertekan. Dan persoalan tertekan sudah tentu berkenaan 'rahsia besar' yang sudah diketahui SPRM.

Rata-rata blogger Pro Kerajaan dan juga Forum-forum Pro Kerajaan memberikan alasan yang sama. Tidak kurang juga membuat spekulasi bahawa Teoh dibunuh oleh mafia-mafia kongsi gelap tajaan DAP bilamana geng Pakatan menolak teori Teoh mati akibat bunuh diri.

Mari kita tengok satu persatu persoalan aneh tersebut. Pertama kita tengok sekali lagi gambar berikut :



Pertama : Teori bunuh diri dikaitkan dengan Teoh. Kerana dikatakan Teoh tertekan dengan situasinya disiasat SPRM. Ok, banyak bukti menunjukkan bahawa beliau tidak tertekan sama sekali. Pertama, Kes ini sudah diketahui bahawa beliau akan disiasat (lebih seminggu sebelum itu). Kedua, sehari sebelum itu beliau masih dalam keadaan gembira (gambar di Malaysiakini dan diakui oleh SPRM) dan berjanji akan membawa dokumen yang diperlukan SPRM. Ketiga, beliau akan mendirikan rumah tangga bersama pasangannya yang sudah mengandung (mustahil dalam keadaan sedar akan situasi ini beliau bunuh diri). Keempat,sekiranya beliau SALAH sekalipun, hukuman yang dikenakan kemungkinan penjara kurang dari sepuluh tahun. Tak perlu untuk bunuh diri.

Kedua : Sekiranya juga bunuh diri, mengapa kepalanya tidak berkecai ? Mengapa tiada darah langsung sekitar badan Teoh? Malah mayat Teoh sempurna, molek-molek ada.

Ketiga : Cuba perhatikan betul-betul kepada mayat Teoh ini. Sekiranya jatuh dari bangunan (teori bunuh diri atau dibunuh kemudian ditolak dari atas), mengapa seluarnya terkoyak? Berapa ramai orang yang jatuh atau terjun bangunan sehingga menyebabkan seluarnya terkoyak?

Adakah kena rentap? atau tersangkut? Kalau tersangkut, tersangkut kat mana? Macam mana pula boleh tersangkut?

Keempat : Lagi, sekiranya Teoh itu terjatuh, mengapa tiada orang yang melihat kejadian itu? Bukankah disetiap bangunan ada pengawal keselamatan yang berjaga di setiap tingkat? Dari segi logiknya,sekiranya nampak Teoh merewang tak tentu hala, tentunya ditegur dan diberi nasihat, kerana ini bukan tempat untuk merewang 'jalan-jalan cari makan' macam hotel ~!!

Kelima : Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata Teoh dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi. Ok,fine. Kebiasaannya orang yang ditangkap atau dipanggil diberi keterangan, sebaik sahaja dilepaskan mereka terus balik, terus 'blah' kerana tiada kepentingan lagi untuk terus stay di situ.

Adakah faktor ketiadaan bas yang mendorong Teoh berehat di situ? Adakah faktor ketiadaan teksi yang mendorong Teoh berehat di situ?.Berehat dirumah lebih baik berehat di tempat 'orang'. Malah pejabat sendiri lebih baik dari pejabat 'orang'. Ini dari segi logiknya. Tak mungkin beliau nak berehat di tempat 'orang'.

Keenam : Masih kepada teori bunuh diri.Sekiranya Teoh ini bunuh diri sekalipun, mengapa bunuh diri di bangunan Massalam? Mengapa bunuh diri di kawasan SPRM?

Ketujuh : Lagi satu, mengapa siasatan diadakan sampai jam 3.45 pagi? Ni peraturan mana siasat sampai 3.45 pagi ni? Ok fine SPRM bagi alasan letih. Sekiranya letih, SPRM siasat macam mana? Relevankah siasat dalam keadaan letih?

Kelapan : Wujud teori kongsi gelap yang melibatkan DAP. So ada mulut-mulut menuduh mafia mafia tajaan DAP ini lah yang membunuh Teoh kerana Teoh berbahaya, konon mengetahui rahsia besar DAP Selangor. So untuk menjamin keselamatan, maka dibunuh Teoh agar segala rahsia tidak terbongkar. Persoalan di sini, sekiranya mendakwa ada keterlibatan kongsi gelap dalam hal ini, dimana lokasi Teoh dibunuh? Adakah bukan dibawah pengawasan SPRM?

Bukankah Teo dijumpai merayau kat situ pada jam enam pagi? So bagaimana pula tidak nampak sebarang kelibat yang mencurigakan? Kata kongsi gelap. So mana dia keterangan bahawa pihak SPRM yang juga mengesyaki ada kelibat yang dicurigai dalam kawasan berkenaan?

Mengapa SPRM tidak jaga keselamatan saksi penting mereka? So ada mulut yang kata,Apahal plak SPRM nak bunuh saksi penting mereka? Tak gitu? Tentulah SPRM akan memastikan Teo sentiasa dalam keadaan selamat. Tapi yang anehnya, bila Teo terbunuh, timbul pula kes lepas tangan SPRM "within SPRM vicinity" dan "under SPRM custody". Pelik tu!!

Kesembilan
: Setelah kematian Teoh, isu mereka yang pernah didera oleh SPRM semasa dalam siasatan hangat dibicarakan. Pengakuan Halimi Bin Kamaruzzaman,

"Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu Umno berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali". Dia diperlakuan demikian setelah dipaksa untuk membuat keterangan bahawa Dato Norza terlibat dengan politik wang. (Ini cerita orang UMNO ni!!)

Dia juga disiksa :

1. Dipukul di bahagian kepala, perut dan bahu bertubi-tubi oleh tiga pegawai SPRM
2. Ditendang di bahagian rusuk dengan lutut
3. Dipaksa telanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan bogel
4. Dicekik sehingga tidak bernafas
5. Ditolak ke dinding
6. Ditendang ketika dipaksa berguling-guling atas lantai
7. Diketuk kepala dengan bakul sampah berkali-kali
8. Diugut akan diletakkan puntung rokok pada kemaluan.

Malah berhubung kes rasuah Selangor ini,Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan. Dia diugut untuk didera dari segi fizikal dan mental. Malah diancam oleh pegawai penyiasat SPRM bahawa mereka akan menculik isterinya.

Sebelum itu sudah ada beberapa kes yang melibatkan penderaan SPRM terhadap saksi siasatan. Maka timbul pula teori, adakah Teoh mati dalam siasatan kerana didera, maka untuk meloloskan diri, pihak SPRM letak mangsa kat lokasi kematian. Dan SPRM berlepas tangan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak tahu menahu setelah siasatan habis dijalankan?

Kesepuluh : Adakah wujud rakaman siasatan Teoh oleh SPRM? Sekiranya ada, maka rakyat berhak mengetahuinya setelah berlaku kes 'Kematian' ini. Dan sekiranya tidak ada, mengapa tidak ada?

Ini antara persoalan-persoalan keanehan dan misteri nusantara yang timbul.

P/s : Yang paling dan teramat aneh, bagaimana tengok mayat terus justifikasi kata 'ini kes bunuh diri'? .Heran...~!

by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kalau betul Tuhan tu baik, kenapa buat neraka?



Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."

End of my story. :-)

Kisah ini saya petik dari sahabat saya yang pakai gelaran KelamBuz
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Nyawa-nyawa Ikan lebih baik dari Tidak bernyawa


Kemenangan PAS dengan majoriti 65 undi diakui sangat tipis dan nyawa-nyawa ikan. Memang ketika PRK MU dua hari lepas kita menghadapi saat yang sukar. Mempertahankan kerusi yang sudah tersedia milik kita sebelum ini,agar tidak jatuh ke tangan UMNO BN. Dan akhirnya, kemenangan berpihak kepada kita walaupun ianya tipis. UMNO terpaksa akur dengan kuasa yang ada pada tangan warga Manek Urai.

Janji manis yang ditabur, wang yang dihulur kepada pengundi, siap paksaan bersumpah dengan nama Allah supaya mengundi UMNO, merupakan antara faktor PAS menang dengan majoriti yang tipis. Selain itu, berlaku pergeseran dalam PAS yang menyebabkan penyokong PAS berkecamuk dalam menentukan keputusan. Ini juga menjadi faktor kemenangan 'nyawa-nyawa ikan' tersebut.

Walau apapun, nyawa-nyawa ikan itu lebih baik dari terus tidak bernyawa. Walau kita diasak dengan pelbagai medium, (Tv + Radio + Akhbar + ceramah + janji + duit), rakyat masih memberi mandat kepada calon PAS. Terima kasih warga Manek Urai kerana tetap percaya kepada kepimpinan ulamak. Dalam pada itu, Yang tidak bernyawa langsung, (UMNO) tidak boleh berlapang dada dengan dakwaan juga menang (menang moral + menang sorak). Dan yang sepatutnya bermuhasabah adalah parti UMNO . Muhasabah mengapa kekalahan demi kekalahan menimpa mereka dalam setiap PRK di Semenanjung ini.

UMNO tak perlu mengaburi rakyat bahawa mereka sudah ada kekuatan. UMNO tak perlu mengaburi mata rakyat dengan menjadikan isu puteri UMNO yang menjadi mangsa balingan botol air dan batu sebagai isu yang besar dan menutup mata rakyat bahawa mereka tetap kalah dan kalah lagi dalam setiap PRK yang berlansung. UMNO sepatutnya sedar, bahawa kepimpinan Najib 1Malaysia tidak ada bezanya dengan zaman PakLah. Kedua-duanya gagal. Sepatutnya PRK yang berlansung pada zaman Najib ini menjadi garis penentu dan penilai kepada kepimpinan yang diterajui sekarang. Namun hakikatnya sama sahaja. Dua-dua fail, dua-dua gagal.

Teringat kata-kata Pendekar Mustar .."Ini bukan cobaan, ini betul-betul.. "

by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Ramai Orang Malaysia Dah Murtad!!!!!! Dipetik Dari Email



Dipetik daripada email yang diterima :

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat…”

“Pernah Dengar Cerita Aisyah Bukhari Yang Murtad Tak Lama Dulu? Suratkhabar Banyak Menutup Kes Ini Kononnya Untuk Menjaga Perkauman, Tak Nak Terjadi Kacau Bilau. Kes Aisyah Yang Murtad Dan Banyak Kes Murtad Lain Ditutup Sedemikian Rupa Atas Alasan Bercinta, Ikut Boyfriend.

Cerita Yang Akan Saya Bawa Ini Agak Panjang Tetapi Sekiranya Kamu Seorang Islam Yang Peka Dan Sayangkan Agama Kita Islam, Buatlah Sesuatu, Paling Kurang Fowardkan Email Ni Kepada Saudara Kita Yang Tak Tahu Menahu. Ataupun Selemah-Lemahnya, Berdoa Agar Kita Semua Serta Saudara-Saudara Kita Terselamat Daripada Fitnah Akhir Zaman Yang Paling Besar Ini.

Ini Bukan Cerita rekaan Saya Tetapi Hanya Petikan Dari Ceramah Yang Saya Dengar Dari Mulut Peguambela Kes Ini Zulkifli Nordin Di Madrasah Hidayah. Murtad Dikalangan Orang Melayu Kini Sudah Menjadi Ancaman Kepada Kita. Indeks Pencemaran Akidah Mengikut Jabatan Statistik Dan Perangkaan Tahun 1989 Aje, 4776 Orang Melayu Mohon Tukar Nama Dari Melayu Kepada Bukan Melayu Atas Alasan Keluar Dari Islam.

Tahun 1997, Bila Saari Bustamah Mengambil Alih Jawatan Mufti Dari Datuk Hashim Yahya, Perkara Pertama Yang Disentuh Adalah Murtad. Menurutnya Sehingga Julai 1997, 3,000 Orang Murtad Di KL Sahaja. Tahun 1998 Saja, 516 Orang Sudah Murtad. Aisyah Bukan Kes Pertama Murtad, Sebelum Ini Dah Beratus Kes Timbul Tetapi Ditutup Oleh Pihak Tertentu.

Setakat Kes Aisyah, Dah 40 Fail Murtad Dikendalikan Oleh Saudara Kita Zulkifli Nordin. Mengapa Kes Aisyah Ini Kita Rasa Ralat Sangat? Kes Ini Satu Simbol Yang Tunjukkan Pada Kita Orang Melayu. Sistem Pertahanan Akidah Kita Amat Rapuh. Akidah Kita Diserang Ditubi Dari Segala Sudut. Yang Kita Tak Nampak Dengan Menggunakan System Perundangan Dan Kehakiman Kita Sendiri.

Kes Ini Boleh Dilihat Dari 2 Sudut.

1. Bagaimana Orang Macam Aisyah Boleh Murtad
2. Bagaimana Orang Kafir Laknatullah Boleh Menggunakan Sistem Hakiman Kita Untuk Merampas Anak Orang Islam Untuk Dimurtadkan?

Apa Yang Berlaku Kepada Haji Bukhari Setelah 25 Tahun Didik Anak Dengan Pengisian Islam Yang Hebat. Sedang Dia Mengimamkan Sembahyang Terawih Di Masjid Tahun 1997 Anak Dia Sedang Dimurtadkan dirumah.

Aisyah Adalah Gadis Melayu Biasa Yang Didedahkan Dengan Ilmu Yang Sepatutnya. Dalam Keadaan Macam Tu, Dia Takkan Murtad. Dihantar Ke Sekolah Agama, Dia Belajar Hingga Tingkatan 6 Atas Dan Boleh Melayakkan Diri Jadi Ustazah Kalau Dia Hendak, Dan Layak Melanjutkan Ke Peringkat Universiti Al Azhar Kalau Dia Hendak . Dia Dibesarkan Dalam Suasana Yang Bapanya Imam. Datuknya Juga Imam Yang Dah Berpuluh Tahun Imam Haji Tahir. Dia Juga Hafal Surah Yasin. Dalam Ertikata, Tahu Ayat Apa, Surah Ke Berapa Yang Dibacanya, Ayat Apa Yang Jadi Azimat, Semua Dia Tahu. Itu Hebatnya Aisyah. Surah Sajadah Pun Dia Hafal . Masuk ITM Dia Terlibat Dalam Gerakan Islam. Dia Didedahkan Dengan Gerakan Islam, Dia Tahu Kelemahan-Kelemahan Bible. Dari Segi Keterampilan, Dia Budak Perempuan Melayu Seperti Biasa, Pakai Tudung Dengan Baju Kurung Bunga-Bunga. Takde Apa Yang Pelik Pada Dia, Duduk Di Lembah Keramat Au5c. Kakak Dia Pun Macam Itu Juga Keterampilannya. Tiap-Tiap Hari Telefon Bapanya Lapor Isu Terkini. 2 Tahun Di Kl Begitu. Hari Terakhir Dia Telefon 19 Nov 1997,

“Assalamualaikum Ayah! Ni Intan (Nama Manja) Cakap. Intan Nak Bagitahu, Intan Dah Kristian.”

Bayangkan Hati Seorang Bapa. Kita Sendiri Heran Macamana Dia Boleh Murtad. Aisyah Adalah Simbol Anak Melayu Yang Telah Dididik Dengan Begitu Rupa Boleh Murtad. Apa Yang Haji Bukhari Boleh Buat? Airmata Sahaja Modal Dia. Masuk Tv Menangis, Keluar Radio Menangis, Pergi Forum Menangis Apa Yang Dia Boleh Buat? Semua Dokumen Mahkamah Akan Jadi Bahan Arkib Termasuk Permohonan Kafir Laknatullah Itu Minta Aisyah Dibebaskan Untuk Dimurtadkan .

Butir Asal Permohonan……

Permohonan Ini Dibuat Oleh Lennet Teoh Hui Leong Seorang Peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes Bawah Bab 36 Kanun Acara Jenayah). Tujuan Untuk Membebaskan Seorang Yang Didakwa Ditahan Secara Salah. Sebarang Permohonan Seperti Ini Perlu Bagi Sebab Mengapa Didakwa Tahan Secara Salah. Permohonan Dibuat Bawah Bab 36 Atas Alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu Hak Kebebasan Beragama. Tiada Langsung Soal Kahwin Timbul. Permohonan Tu Menyatakan, Perenggan 6, Bertarikh 28 November 1997 Di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur Bahagian Jenayah.

Sebab Yang Dia Beri, “Saya Lennet Teoh Hui Leong Telah Dilantik Oleh Nur Aisyah Untuk Memberi Nasihat Kepadanya Berkenaan Dengan Pertukaran Agamanya Kepada Kristian Dan Atas Arahannya Saya Telah Menyediakan Surat Sumpah Untuk Nur Aisyah Menolak Dan Meninggalkan Agama Islam.”

Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh Percaya Bahawa Nur Aisyah Sedang Dikurung Secara Salah Oleh Keluarganya. Saya Percaya Tindakan Ibubapa, Abangnya Dan Bapa Saudaranya Telah Melanggar Hak Kebebasan Nur Aisyah Menganut Agama Pilihannya Iaitu Kristian Khatolik”.

Kita Tak Boleh Buat Apa-Apa Sebab Article 11 Perlembagaan Persekutuan Menyatakan Mana-Mana Warganegara Malaysia Yang Telah Cukup Umur (18tahun) Berhak Mutlak Menukar Agamanya. Itulah Perlembagaan Kita Yang Memerdekakan Orang Melayu Kita Tahun 1957. Perlembagaan Itulah Juga Yang Menjerut Kita Sendiri. Adakah Anak Cucu Kita Akan Selamat Dengan Perlembagaan Itu? Bila Berlaku Pertembungan Antara Hukum Syara’ Dengan Undang-Undang Sivil, Undang-Undang Syara’ Akan Terbatal. Maksud Agama Rasmi Kita Islam Adalah Acara-Acara Rasmi Hendaklah Dibuat Mengikut Cara Islam. Contohnya Perlantikan Sultan, Rasmi Parlimen Dll. Tak Lebih Dari Itu. Bab Kehidupan, Politik, Ekonomi…. Semua Tak Termasuk.

Article 4 Pula Menyatakan: “Mana-Mana Undang-Undang Yang Bertentangan Yang Bercanggah Dengan Perlembagaan Ini Adalah Batal Dan Tidak Sah. Ini Termasuklah Hukum Syara’.

Contoh Kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada Masa Ceramah Ini Dibuat, Haji Kamarudin Ada Dalam Lokap, Didakwa Mencederakan Seorang Hindu Kafir Laknatullah Kerana Memurtadkan Anaknya. Anak Yang Dibela Selama 18 Tahun Dengan Begitu Susah Payah Datang Ke Rumah Dalam Keadaan Hindu.

Haji Kamarudian Seorang Penjual Sate Di Perak. Beliau Lepaskan Anaknya Selepas 18 Tahun Ke Kl Untuk Cari Kerja. Tak Terlintas Langsung Di Kepalanya Anaknya Akan Murtad. Tak Sampai 9 Bulan, Hartina Balik Ke Restoran Bapanya Dalam Keadaan Hindu Dengan Nandek Kat Dahi . Bukan Itu Saja. Anak Yang Dimanjakan Begitu Rupa Balik Mencabar Bapanya, Bawa Boyfriend Dan Kawan-Kawan Boyfriendnya Sambil Berpeluk-peluk Dalam Keadaan Dia Pun Dah Hindu Dengan Nandek. Haji Kamarudin Takek Si Kafir Tu Kat Tengkuk. Menggelupur Dia Depan Kedai Tu.

Haji Kamarudin Juga Dipelupur Oleh Kawan-Kawan Si Hindu Tu Sampai Nak Pengsan. Adik Lelaki Hartina Umur 16 Tahun Turut Kena Belasah Kerana Nak Menyelamatkan Akidah Kakaknya Depan Kedai Tempat Bapanya Meniaga.

Apa Hartina Buat Masa Tu? Hartina Papah Kekasihnya Dan Biarkan Bapanya Menggelupur Sendirian. Tak Cukup Dengan Itu, Dia Pergi Ke Balai Polis Buat Report Bapak Dia Pukul Boyfriend Dia. 14 Hari Haji Kamarudin Dengan Adik Lelaki Hartina Merengkok Dalam Lokap Sebab Report Anak Kesayangannya Yang Mempertahankan Kekasih Hindunya. Tak Cukup Dengan Itu Disaman Pula Bapanya 3 Juta. Remuk Hati Seorang Bapa Yang Diheret Ke Penjara Kerana Anak Sendiri. Tak Cukup Lagi, Dia Telah Menghina Bapanya Dengan Menukar Nama Hartina Haji Kamarudin Kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih Terlantar Kat Hospital (Akibat Dipukul Binatang Hindu Laknatullah ), Haji Kamarudin Ditangkap Polis Semula Sebab Hindu Laknatullah Ditembak Oleh Seorang Yang Tak Dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, Anaknya Dan Anak Saudaranya Kena Kurung Masuk Lokap Kerana Menjadi Suspek Utama Kes Tembakan Tersebut. Anak Yang Ditatang Begitu Rupa Akhirnya Menyebabkan Dia Merana Dalam Keadaan Hina Di Dalam Negara Yang Negara Islam!! Haji Kamarudin Juga Dikenakan Berbagai Tuduhan. Setakat Itu Saja, 4 Tuduhan.

Yusof Qardawi Dalam Kitabnya Menyatakan Hendaklah Mempertahan Akidah Hatta Dengan Nyawa Sekalipun. Itu Yang Haji Kamarudin Buat Dalam Mempertahankan Hukum Allah, Dilokap Sedemikian Rupa.

Lagi Satu Kes Lain Saudara Baru Kita, Nama Yusof Bin Abdullah , Nama Asal Hindunya Santana. Ada Seorang Isteri, Namanya Apa Entah.Ada Anak Lelaki, Nama Sunjay Kalau Tak Silap. Usia 2 Tahun Masa Tu. Ajak Isterinya Masuk Islam. Abangnya Telah Lebih 20 Tahun Masuk Islam. Isterinya Kata ?Eh!? Yusof Bawa Anaknya Sekali Masuk Islam Dengan Nama Mohamad Syazani Bin Yusof. Dia Hidup 2 Beranak Tu Selama 2 Tahun. Lepas 2 Tahun SiMinaci Datang Semula Dan Bawak Lari Anak Ini Ke Kl Dengan Boyfriend Barunya. Yusof Tak Tahu Apa Nak Buat, Dia Minta Mahkamah Syariah Alor Setar Keluarkan Perintah Penjagaan Hak Ke Atas Anaknya.

Mahkamah Pun Bagi. Dia Pun Datang Ke Kl Dan Ambil Balik Budak Tu. Si Emak Ni Pergi Mahkamah Tinggi Kl mintak Hak Jaga Anak. Mahkamah Tinggi Bagi Pada Si Minachi Ni. Heran Sungguh. Bila Si Minachi Ni Tak Dapat Nak Ambil Balik Budak Tu, Dia Pergi Report Polis. Tahu Polis Buat Apa? Cari Yusof Dan Tangkap! (Padahal Yusof Dapat Hak Penjagaan Daripada Mahkamah Syariah Alor Setar). Yusof Masuk Lokap 8 Hari.

Lepas Tu Polis Ambil Balik Budak Tu Kasi Pada Emaknya. Hari Ni, Budak Tu Kembali Jadi Hindu. Tak Cukup Dengan Itu, Kurang Ajarnya Si Minachi Ni, Dia Minta Pulak Mahkamah Tinggi Batalkan Perintah Jagaan Anak Yang Dikeluarkan Oleh Makamah Syariah Alor Setar Yang Diberi Pada Yusof.

Dalam Kes Suzie Teoh, seorang Budak Perempuan Dari Kelantan Umur 16 Tahun Telah Peluk Islam Atas Kerelaan Sendiri. Bapa Dia Tak Suka, Lepas Tu Saman Anak Sendiri Dan Saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, Heret Anak Dia Ke Mahkamah Persekutuan. Dia Mohon Pada Makamah, Agar Istiharkan Anak Dia Masuk Islam Tak Sah.

Masa Tu, Tun Salleh Abas Yang Jadi Hakim. Beliau Seorang Yang Alim Dan Warak. Bila Dihadapkan Dengan Kes Suzie Teoh, Menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa Buat Perisytiharan. “Dibawah Perlembagaan Persekutuan, Hak Seorang Anak Tertakluk Dibawah Jagaan Ibubapanya Selagi Belum Cukup 18 Tahun. Kalau Nak Tukar Agama, Kena Minta Kebenaran Ibu Bapanya. Semasa Suzie Teoh Masuk Islam, Berumur 16 Tahun. Dia Tak Sah Peluk Islam.” Atas Kearifan Dan Iman Tun Salleh Abas, Dia Simpan Fail Tu Dalam Lacinya Selama 2 Tahun.

2 Tahun Kemudian, Lepas Hari Jadi Suzie Teoh Yang Ke 18 Tahun, Dia Buka Balik Kes Itu Dan Bagi Peluang Suzie Isytiharkan Agamanya Sendiri. Penuh Mahkamah Nak Tahu Kes Tu; Wartawan Tempatan, Wartawan Asing Semua Nak Dengar Keputusan. Terketar-Ketar Budak Tu. Baru Umur 18 Tahun. Sambil Menangis, Budak Tu Kata ” Saya Yang Arif, Kekal Dalam Agama Saya, Saya Masih Nak Nama Nur Aini.” Maka Tun Salleh Abas Pun Dengan Bangga Mengisytiharkan Islamnya Sah Dengan Namanya Nur Aini. Selamat Akidah
Seorang Budak. Sebab Itu Jugalah Tun Salleh Abas Kena Buang Atas 5 Tuduhan. Tuduhan Kedua Atas Sebab Melengahkan Kes Seorang Budak Tanpa Sebab Selama 2 Tahun. Itulah Harga Yang Tun Salleh Abas Terpaksa Bayar.

Kes terakhir Sekali Yang Paling Teruk, Kes Saudara Ibrahim, Isterinya Siti Solehah Dan Anak Perempuannya Usia 5 Bulan Mati Dipancung Kerana Tidak Mahu Kembali Kepada Agama Asalnya, Hindu. Pada Malam Hari Valentine 14 Februari, Pada Waktu Anak Melayu Bertukar Tukar Bunga Di Dataran Merdeka. 3 Saudara Kita Mati Dipancung Dalam Sebuah Kontena Demi Mempertahankan Agama.

Peristiwa 13 Mei Tercetus Apabila Seorang Budak Melayu Dibunuh Kerana Dia Melayu Bukan Kerana Dia Islam. Dalam Sejarah Melayu, Tiada Lagi Orang Melayu Dibunuh Kerana Islam. Semuanya Sebab Melayu. Inilah Pertama Kali.

Jika Kita Sorot Semula Sejarah Islam Yasir, Bapa Kepada Amar Diseret Di Hadapan. Amar Diugut Supaya Tukar Agama. Kalau Tidak, Bapanya Yasir Akan Dibunuh. Amar Kata, “Allah Hu Ahad”. Terus Yasir Kena Pancung Di Padang Pasir. Kemudiannya, Sumaiyah Ibunya Juga Disula Dari Bawah Tembus Ke Jantung. Mampu Berkata “Allah Hu Ahad”. Berlari Amar Menemui Rasullullah Saw. Dan Akhirnya, Mengikut Sejarah, Amar Menjadi Seorang Mujahid Berperang Bersama Rasullullah Saw. Itu Zaman Puak Quraisy Kafir Laknatullah Berkuasa. Rasullullah Saw Tiada Kuasa Lagi Pada Masa Itu.Rasullulah Tak Boleh Buat Apa.

Dalam Kes Kita, Bukan Sahaja Ibrahim Dipancung Kepalanya Sehingga Putus, Tak Cukup Lagi, Tangannya Juga Turut Dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor Terpaksa Minta Masjid Mandikan Jenazah saudara-Saudara Kita Yang Mati Syahid Itu.

Apalah Dosa Anak Kecil Yang Berusia 5 Bulan Itu? Ibrahim Dan Siti Solehah Bukan Calang-Calang Orang. Ibrahim Seorang Saintis Pakar Geologi Manakala Isterinya Siti Solehah, Seorang Pakar Botani. Tanda-Tanda Syahid Jelas Pada Ketiga Mayat Tersebut. Walaupun 5 Hari Dalam Peti Sejuk Darah Masih Memancut Keluar Pada Ketiga-Tiga Mayat. Bayi Yang Berusia 5 Bulan Masih Mengalirkan Darah Hangat Seperti Baru Mati. Peluh Terpercik Pada Dahi Mereka. Mereka Dikebumikan Di Kubur Bukit Kiara.

Kalau Saudara Semua Tak Mengalirkan Air Mata Melihat Kubur Mereka Bertiga Terutama Bayi Yang Berusia 5 Bulan Itu, Mesti Ada Yang Tak Kena Dengan Hati Kita. Hebat Mana Kita Sehingga Tak Boleh Mempertahankan Saudara Kita Sendiri. Sedangkan Ibrahim Telah Melaporkan Pada Pihak Polis Dan Majlis Agama Yang Dia Diancam Untuk Dibunuh Supaya Kembali Ke Agama Asalnya. Dalam Satu Hadis Yang Berbentuk Futuristik (Masa Depan), Rasulullah Saw Berpesan “Bersegeralah Kamu Melakukan Amalan Soleh Kerana Akan Datang Kepad A Umatku Di Suatu Masa, Satu Fitnah Yang Begitu Besar Yang Datangnya Seperti Satu Kepingan Hitam Di Malam Gelap Gelita Tak Nampak”. Sahabat Bertanya “Apakah Fitnah Besar Itu Ya Rasullullah?” “Fitnah Itu Adalah Kamu Akan Lihat Umatku Di Hari Itu, Di Waktu Itu,Pada Masa Itu, Pagi Hari Islam, Petang Kafir. Petang Islam, Pagi Kafir Balik.” Sahabat Bertanya Lagi. “Mengapa Begitu Ya Rasullullah?” Rasullullah Saw Menjawab, ?Sebab Dia Jual Agamanya Dengan Nilai Dunia”.

Imam Ghazali Pernah Berkata Dalam Perkara Ini, “Akan Datang Fitnah Murtad Ini Dalam Keadaan Seperti Semut Hitam Di Atas Batu Hitam Di Malam Gelap.” Mana Nampak? Kecuali Kalau Jiwa Kita Tengok Satu Perkara Dengan Cahaya Keimanan.

Bagaimana Gerakan Murtad Ini Berjalan Di Malaysia Sehingga Kita Tak Nampak Langsung. Gerakan Hindu Kita Tok Sah Sebutlah. Belum Habis Cakap, Dah Ada Yang Tunggu Dengan Parang Kat Luar. Gerakan Yahudi Lagilah Teruknya. Henry Ford (Orang Kaya Yang Buat Kereta Ford Tu) Pernah Menulis Berkaitan Yahudi Tahun 40an Atau 30an Dulu Dalam Bukunya “International Jew” (Tak Silap Saya).

Unsur Yahudi Begitu Tebal Dalam Masyarakat Kita Tapi Kita Tak Nampak. Paling Nyata, Rokok Yang Orang Kita Hisap Tu. Setiap Satu Batang Itu Ada Saham Kepada Puak Yahudi. Tak De Kilang Rokok Yang Bukan Yahudi Punya. Sapa Yang Hendak Berenti Merokok, Ambil Ni Sebagai Iktibar. Yahudi Punya Kerja, Baru Letak Bola Sebijik, 70 Ribu Melayu Tak Sembahyang Kat Stadium Shah Alam. Belum Kira Yang Kat Rumah Lagi.

Bab Kristian, Lebih Terancang, Lebih Terperinci Lagi. Semenjak Kalah Dalam Perang Salib Terakhir, Iaitu Dalam Pemerintahan King Entah Apa Nama Ke 6 Yang Terakhir. Sebelum Dia Mati, Dia Telah Berwasiat Dan Wasiatnya Ada Ditulis Dengan Emas Di London. Dia Berkata: “Kepada Semua Pemimpim-Pemimpin Kristian, Kita Hari Ini Telah Melakukan Kesilapan Besar, Kita Berperang Dengan Tentera Islam Dengan Pedang, Bukan Berperang Dengan Akidah Yang Ada Pada Mereka. Sebab Tu Islam Menang Walaupun 30 Ribu Tentera Mereka Dengan 300 Ribu Tentera Kita, Mereka Tetap Menang Sebab Mereka (Orang Islam) Berperang Kerana Nak Mati. Kita Perang Untuk Hidup. Oleh Itu, Hendaklah Kita Tukar Strategi. Melancarkan Peperangan Ideologi, Fahaman Dan Budaya Keatas Orang Islam.”

Wasiatnya Berjaya Dilaksanakan Setelah King Tu Mati, 1492 . Kerajaan Islam Andalusia Yang Paling Agung Pada Masa Itu Tumbang Di Tangan Kristian. 1511 Kerajaan Islam Melaka Tumbang, Tak Lama Lepas Tu, Tumbang Kerajaan Islam Pattani . Tak Lama Selepas Tu, Tumbang Kerajaan Islam Kedah . Tak Lama Lepas Tu, Tumbang Kerajaan Islam Mindanao. Lepas Tu Kerajaan Islam Acheh … Semuanya Satu Demi Satu.

Macamana Benda Ni Boleh Terjadi?

Sebab Gerakan Kristian Berdasarkan Kepada 3g. Gospel,Goal, Glory . Pertama Kitab Dia, Kedua Kekayaan Kita, Ketiga Menang Terhadap Islam. Kalau Kita Tengok Sejarah, Alfonso De Albuqueque Bukan Datang Ke Tanah Melayu Bawa Tukang Masak Sebab Nak Rempah Kari Kita. Dia Bukan Makan Kari, Di A Datang Bawa Mubaligh Kristian Francis Xavier (Kalau Saya Tak Silap Eja), Sebab Nak Sebarkan Ajaran Kristian.

Bagaimana Cara Dia Sebarkan Kristian Nih?

Orang Kita Panggil, Gerakan Halus.Dia Panggil Semua Mubaligh Kristian Yang Nak Datang Ke Asia Ni. Dia Guna Kaedah “Garam Dan Ragi”. Garam Sebagai Perasa, Ragi Untuk Penapaian. Contohnya Ubi Kayu. Waktu Siang Asalnya Ubi Kayu Kita Letak Ragi, Esoknya Masih Lagi Bentuk Ubi Kayu Tapi Sebenarnya Tapai. Maksudnya, Dia Kekalkan Orang Melayu Dengan Identiti Islam. Hakikatnya Kehidupan Kita Bukan Cara Islam Lagi . Cara Inilah Yang Rasulullah Saw Kata Macam Kepingan Hitam Di Malam Gelita. Inilah Yang Imam Ghazali Kata Macam Semut Hitam Atas Batu Hitam Di Malam Gelita Tu.

Pertama, Melalui Sistem Pendidikan. Di Malaysia, Macam-Macam Sekolah Dengan Nama Mubaligh Kristian. Convent Itu, Saint Ini. Menurut Satu Petikan Seorang Mubaligh Kristian Pada Masa Itu Yang Ditulis Semula Oleh George Peters Dalam Sebuah Buku Tahun 40an. Kepada Mubaligh-Mubaligh Kristian Yang Nak Datang Ke Negara Kita, Berkaitan Pendekatan Garam Dan Ragi”. Pendekatan Seperti Ini Tidak Memerlukan Seorang Muslim Melayu Berkenaan Meninggalkan System Kemasyarakatan Yang Dituntut Oleh Agamanya. Sebaliknya Orang Tersebut Hendaklah Digalakkan Terus Tinggal Dalam Masyarakatnya. Justeru Itu, Ragi Tetap Ujud Dalam Keutuhannya. Dia Akan Menjadi Bagaikan Sebuah Lampu (Kristian) Yang Diletakkan Dalam Gelap. Penyebaran Agama Kristian Nanti Akan Terserlah Dalam Sifat Kerohanian, Bukannya Organisasi. Di Rasa Kesegarannya, Bukan Bersikap Kalam. Dinamik Dan Etikal, Bukan Bersifat Formalistik.

Pendekatan Begini Telah Memperlihatkan Kebaikannya.Lantaran Ia Tidak Menganjurkan Ahli Melayu Tadi Menjadi Ahli Baru Kristian Yang Formal, Menyendiri Terpisah Dari Masyarakatnya. Sebaliknya Ia Memberi Laluan Agar Dapat Dimasukkan Semangat Dan Ajaran Jesus Bagaikan Sebutir Ragi Yang Bertindak Dengan Proses Penapaiannya Ke Atas Seluruh Masyarakat Melayu Seluruhnya.

Ajaran Kristian Akan Bertindak Melahirkan Revolusi , Justeru Itu Nanti, Dapatlah Dikatakan Bahawa Kita Nanti Akan Memperolehi Satu Kristian Muslim Melayu Tempatan Yang Mencerminkan Kristian Muslim Melayu Sejati.. “Sebenarnya Dia Ingin. Akan Datang Suatu Masa Nanti, Orang Melayu Sendiri Tanpa Dipaksa-Paksa Akan Buat Revolusi Untuk Menjadi Kristian. Cara Kebajikan Pulak… Hari Ni Sapa Tak Kenal Kelab Rotary Yang Cuci Buah Pinggang, Kelab Lion, Bulan Sabit Merah, Saint John’s Ambulans, Sapa Tak Kenal Palang Merah. Mereka Masuk Dengan Cara Menghidupkan Sekularisme. Sekularisma Adalah Satu Cara Mengasingkan Agama Daripada Kehidupan. Itulah Kita Hari Ni Mengasingkan Islam Daripada Kehidupan Dunia. Cara Lain Adalah Dengan Menghidupkan Maksiat. Kita Kena Ambil Tindakan Samada Dengan Tangan, Dengan Mulut, Atau Paling Lemah Sekali, Dengan Hati.

Bangun Malam Buat Sembahyang Hajat Agar Kita Semua Diselamatkan Dari Fitnah Besar Ini. Paling Kurang Pun, Fowardkan Email Ni Kepada Saudara Kita Yang Lain Yang Tak Tahu Menahu Tu. Kita Kena Peka. Ini Semua Tanggung Jawab Kita Semua.

Akhir Sekali, email Ini Tiada Kena Mengena Dengan Ceramah Nak Berkempen Politik Atau Apa Saja. Sekadar Meniupkan Semangat Perjuangan Dalam Diri Kita Yang Mengaku Islam Ini. Ni Lah Masanya Kita Bangkit Pertahankan Agama Islam Sebelum Terlambat.

#Kawan-Kawan Yang Dikasihi, Tolong Forwardkan Email Ini Untuk Pengetahuan Dan Tindakan Kita Semua Sebagai Orang Islam Agar Perkara Ini Boleh Dijadikan Iktibar Dan Benteng Untuk Kita Mempertahankan Akidah Kita Yang Telah Di Islamkan Atas Tiket Keturunan Dimana Dengan Sebab Ini Kita Telah pun Mendapat Banyak Rahmat Dan Belas Ihsan Dari Allah Tanpa Perlu Melalui Hidup Sebagai Seorang Yang Terpesong Dari Ajaran-Nya Dan Sentiasa Mencari-cari Jalan Yang Betul.

Di Harap Rahmat Allah Dan Doa-Doa Para Waliullah Dapat Melindungi Kita Sehingga Kita Kembali Ke sisinya. Sementara Itu, Berhati-Hatilah Dalam Apa Jua Yang Kita Lakukan Dan Sentiasa Beringat Kepada Allah.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Manek Urai : Rekod melebar (PR) 5 - 1 (BN)!!


Setelah keputusan PRK Manek Urai terjawab. Bn kekal tewas dalam semua pilihanraya kecil yang dilaluinya sepanjang selepas PRU 2008. Ia menjadikannya keputusan melebar kepada ( PR ) 5 – 1 (BN). Berdasarkan PRK yang berlangsung sebelum ini, Pakatan Rakyat mendominasi perlawanan dengan rekod tanpa kalah di Semenanjung Malaysia kecuali tewas satu di Sarawak. Berikut adalah Pilihanraya kecil yang telah berlangsung semenjak PRU ke 12:

1. Parlimen Permatang Pauh (PR - PKR)

2. Bukit Selambau (PR - PKR)

3. Parlimen Bukit Gantang (PR - PAS)

4. Dun Batang Air Sarawak (BN - Parti Rakyat Sarawak )

5. Kuala Terengganu (PR - PAS)

6. Manek Urai (PR - PAS)

Yang menariknya, BN kekal tewas di semua Pilihanraya Kecil di negeri-negeri semenanjung Malaysia iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Pakatan Rakyat menang besar pada PRU Umum 12 dalam keadaan BN 'over confident' untuk menang besar, di manek urai, terdapat jentera kita yang dikatakan 'over confident' dan yakin akan menang besar akhirnya menang dengan majoriti tipis.

Nampaknya 'over-confident' adalah musuh yang perlu diawasi. Apapun, untuk jentera pakatan rakyat yang telah bertungkus lumus di Manek Urai dan semua pihak yang terlibat diucapkan tahniah serta ribuan terima kasih. Apa pun, seperti yang diungkapkan oleh Ketua Pemuda Sri Gading, Saudara Elias Sabu, ada muhasabah di sebalik Pilihanraya Kecil kali ini. "
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

PRK DUN Manik Urai N41 - Kisah Sebenar Siapa Yang Cedera... -ManjongMari


Sejam lebih sahaja aku posting kisah tpm dakwa PAS yang mula kan dahulu punca pergaduhan semalam, baru sahaja dapat SMS dan panggilan telefon mengenai kisah sebenar semalam..

Menurut pemanggil tersebut, beliau ada di tempat kejadian sewaktu kejadian berlaku, sempat mengambil gambar video... yang memulakan dahulu balingan batu ialah kumpulan Puteri UMNO, ...

pada mulanya pihak yang melaporkan tidak mahu nak besar-besarkan kejadian semalam, tetapi bila dan TPM, IGP sendiri bersama media-media melaporkan perkara yang tidak benar, maka kes yang sebenar terpaksalah diterangkan, biar semua rakyat tahu siapakah yang bersalah.

Kejadian yang berlaku semalam yang melibatkan petugas PAS telah pun dibuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Krai No 001811/09 yang mana Pemuda Pas Kawasan Merbok bernama Shahrudin Yahya telah cedera di kepala akibat balingan batu.

Manakala seorang lagi yang menjadi mangsa kejadian semalam ialah Muslimat dari Perak iaitu Nadia bt Mohamad Kamil mengalami kecederaan teruk di dagu, masih di rawat di Hospital Kuala Krai, Wad Kenari Katil No 24. Salinan No Report Polis masih belum diperolehi.

Kenapa kejadian ini tiada dalam laporan di media UMNO, tak perlu jawap.. semua dah ada jawapan sendiri... apa pun, demi nak mengelak daripada tuduhan orang awam mengenai kejadian semalam, maka dengan muka tak tahu malu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah melakukan pembohongan besar dengan membuatkan lakonan semula yang mengatakan Puteri UMNO mengalami kecederaan akibat serangan balingan batu dan botol air semalam.

Sedangkan mangsa sebenar yang ada report polis, yang terlantar di hospital didiamkan... Itulah budaya UMNO... sama semacam seiras budaya zionis... cukuplah... hentikanlah wacana ilmu, hentikan kerajaan perpaduan, lihatlah apa yang terjadi pada ahli dan petugas PAS, pimpinan yang berminat dengan Kerajaan Perpaduan tidak merasai ini semua, tetapi kami yang dibawah ini cukup menderita akibat dari sikap dan tingkah laku UMNO....

DIpetik dari : http://manjongmari.blogspot.com/
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Post Mortem PRKN41 Manik Urai -KelanaJiwa



Assalamualaikum…

Kemenangan PAS dalam PRK N41 Manik Urai dengan hanya majoriti 65 undi memang sesuatu yang menggembirakan UMNO dan BN. Ini kerana pada pendapat mereka, mereka telah berjaya mengurangkan majoriti kemenangan PAS pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Sedikit fakta PRU 12 – N41 Manik Urai

Ismail Yaacob (PAS) – 5,746 undi
Zulkepli Omar (UMNO) – 4,394 undi
Majoriti – 1,352 undi


Jika dilihat daripada angka-angka tersebut, sememangnya nampak sebenarnya majoriti PAS telah berkurangan kepada hanya 65 undi daripada 1,352 undi. Untuk melihat lebih dekat, kita perlu menganalisa secara lebih terperinci dengan mengambil kira fakta-fakta yang ada. Sebenarnya juga kita tidak boleh membuat penilaian hanya berdasarkan angka-angka sahaja dan secara mudah pula menyimpulkan bahawa PAS sudah mengalami kemerosotan. Iya lah, kalau hanya dilihat kepada angka tersebut, memanglah berlaku kemerosotan, tetapi jangan lupa kepada fakta PRU 11 pada tahun 2004 yang mana pada waktu tersebut, faktor fenomena ‘Pak Lah’ sebagai Mr Clean telah mencatatkan seperti berikut :

Zulkepli Omar (UMNO) – 4,362 undi

Mohd Zamzuri Mat Lazim (PAS) – 4,309 undi

Majoriti - 53 undi

Jadi, UMNO tak perlu jangan berdabik dada bahawa mereka telah berjaya mengurangkan majoriti PAS kerana pada asasnya UMNO juga pernah menang di kerusi yang sama hanya dengan majoriti 53 undi sahaja, dan pada waktu itu pun kesan atau impak kemenangan adalah disebabkan ‘Mr Clean’. Tapi, mana dia impak kemenangan atas faktor JIBTUYA?????

Fakta PRK N41 Manik Urai adalah :

PAS – 5,348 undi

UMNO – 5,283 undi

Majoriti – 65 undi


Secara ringkasnya, berdasarkan angka-angka di atas (tidak mengambil kira faktor setempat, kempen dan pola pengundi), maka undi PAS hanya hilang sebanyak 398 undi sahaja berbanding pilihanraya umum yang lepas, manakala penambahan undi UMNO sebanyak 889 adalah datangnya daripada orang UMNO sendiri yang sebelum ini (PRU 12) tidak keluar mengundi tetapi dengan tekanan dan kempen berterusan BN untuk menang, maka pengundi-pengundi yang tidak keluar mengundi sebelum ini dikerah untuk keluar mengundi. Manakala jika dibandingkan dengan PRU 11 (2004) dan PRU 12 (2008), undi PAS sebenarnya telah berlaku peningkatan yang mendadak sebanyak 33.35% sedangkan peningkatan undi UMNO hanya berlaku peningkatan sebanyak 0.734% sahaja.

Dan pada pilihanraya kecil kali ini, sememangnya berlaku penurunan undi daripada 5746 undi kepada 5348 undi dan hanya mewakili 7.44% sahaja iaitu sebanyak 398 undi. Faktor penurunan ini tidak boleh diambil kira secara mutlak tanpa mengambil kira faktor PRU 11 dan PRU 12 yang mana telah meningkatkan majoriti sokongan kepada PAS sebanyak 33.35%.

Jika diteliti daripada buku daftar pemilih, maka kita akan tahu angka yang sebenarnya yang boleh dijadikan sandaran iaitu berapa banyak peningkatan pengundi baru berbanding tahun 2004, 2008 dan 2009. Maka, pada pendapat saya mengenai penurunan undi kepada PAS dalam PRK ini sebenarnya tidak menjejaskan kedudukan PAS kerana masih dapat mempertahankan jumlah undi yang hampir sama dengan apa yang diperolehi sewaktu PRU 12 yang lalu dan dapat mengekalkan momentum penyokong atau pengundi PAS yang setia yang memenangkan PAS pada PRU 12 berbanding PRU 11. Jumlah penurunan undi sebanyak 398 itu masih lagi boleh diselidiki atau dianalisa ke mana hilangnya. Tetapi, pada pandangan saya, ianya mungkin berpunca daripada faktor-faktor berikut :

1. Pengundi atau penyokong PAS yang tinggal di luar (daerah/negeri/negara) tidak dapat balik mengundi kerana hari mengundi di adakan pada hari bekerja dan hari persekolahan

2. Sebahagian pengundi mencongak untuk tidak balik kerana ‘confirm PAS menang walaupun aku tak balik’

3. Faktor kewangan kerana diadakan pada pertengahan bulan

Faktor kemerosotan undi terhadap PAS akibat daripada kempen UMNO dan BN dalam PRK ini hanya faktor sampingan sahaja dan sebenarnya tidak langsung menggugat kedudukan PAS, tetapi ianya telah mempengaruhi pengundi yang pada PRU 12 tidak keluar mengundi untuk keluar membuang undi. Ini mungkin dapat diteliti daripada senarai nama pengundi yang keluar mengundi pada hari ini berbanding pada PRU 12 yang lalu, maka kita akan tahu jawapannya. Maka peningkatan sokongan terhadap UMNO iaitu sebanyak 20.23% berbanding PRU 12 adalah berdasarkan faktor berikut :

1. Projek mee segera

2. Janji-janji pembangunan (jambatan dan sebagainya)

3. Kempen berterusan di media dan jentera kerajaan

4. Politik wang sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.com

5. Kerjasama erat dengan SPR dan Polis


Oleh itu, kepada penyokong dan pendokong PAS tidak perlu khuatir dengan situasi ini kerana ianya bukan suatu fenomena yang sebagaimana diperkatakan oleh UMNO dan BN yang kini sedang mendabik dada bahawa mereka telah berjaya mengurangkan majoriti PAS. Namun, jangan memandang analisa yang dibuat ini sebagai langkah mudah untuk memberi alasan. PAS tetap perlu bekerja keras bagi memastikan sokongan terhadap satu-satunya parti berteraskan ISLAM di bumi Malaysia ini berkembang dan bergerak ke hadapan.

Analisa ini dibuat hanya berdasarkan angka-angka sahaja dan tidak berdasarkan senario setempat kerana tidak punya maklumat.

By Kelanajiwa

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Analisis Majoriti UNDI : mengapa 65 undi?


Sebenarnya, tidak ada apa yang perlu dibanggakan sangat UMNO BN dengan kemerosotan majoriti undi PAS di Manek Urai. Perkara ini walau sukar untuk diramal, namun telahpun berlaku sebelum ini. Antara faktor yang jadi penyumbang adalah "Calon Wakil Rakyat Yang Dipilih" dan "Betapa popularnya Pak Su Will". Kepada PAS,keputusan semalam (menang majoriti 65 undi) memperlihatkan PAS masih boleh berbangga dengan kejayaan itu.

Sejarah telah memperlihatkan, sejak dari dahulu lagi, warga Manek Urai memberikan mandat dan kepercayaan kepada calon PAS Ismail Yaakob untuk menjadi wakil rakyat kawasan mereka. Namun setelah pemergian Ismail Yaakob yang dikenali dengan PakSu Will, dan diganti dengan calon lain, ia tidak mampu menarik ramai pengundi Manek Urai seperti yang telah berlaku pada tahun 2004, PAS kalah di tangan UMNO dengan majoriti sangat tipis, iaitu hanya 53 undi. Meski pun tempoh khidmat Allahyarham Paksu Will tidak menyamai beberapa pemimpin lain, rekod tanpa kalahnya amat mengagumkan. Apatah lagi ia dicapai tidak secara berturut. Kita tengok kejayaan Pak Su Will sepanjang bergelar wakil rakyat Manek Urai.

Paksu Will mula memenangi kerusi Dun Manek Urai pada Pilihan Raya 1986. Beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Zaid Wan Abdullah dengan majoriti 594 undi. Paksu Will memperolehi 3650 undi berbanding Wan Zaid yang mendapat 3056 undi.Tahun 1990 adalah tahun 'sapu bersih' bagi PAS dan Parti Semangat 46 di Kelantan, yang bergabung membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Paksu Will turut mengekalkan kemenangan di Manek Urai dengan majoriti lebih besar.

Kemenangan selesa itu dikecapinya dalam dua pilihan raya berikutnya, sebelum mengambil keputusan tidak bertanding pada 2004 lalu. Nasib tidak menyelebahi calon PAS yang menggantikan Paksu Will di Manek Urai. Beliau kecundang dengan majoriti 53 undi.Ekoran itu, ada cakap-cakap yang mensabitkan kekalahan itu dengan pengunduran Paksu Will. Bahkan ada yang berkata, kalaulah Paksu Will yang bertanding ketika itu, adat katanya kerusi Manek Urai masih kekal milik PAS.Barangkali di atas keyakinan itu PAS Kelantan menampilkan semula Paksu Will dalam pilihan raya lalu. Suratan atau kebetulan, beliau membuktikan kekuatan pengaruh peribadinya masih kuat dan berjaya merampas semula kerusi berkenaan dari tangan BN.

Setelah pemergian Pak Su Will, Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dilantik mengganti tempat. Seorang pengganti yang hanya berlatar belakang pemborong ikan semata. Namun walau siapapun dia, ia tidak menjadi faktor yang besar kepada warga Manek Urai.Yang sebenarnya, mereka belum kenal rapat dengan calon PAS yang bertanding, sebagaimana mereka telah kenal lama dengan Arwah Pak Su Will. Justeru, menjustifikasi Mohd Fauzi Abdullah selaku pengganti yang baru terbaik seperti arwah Pak Su Will adalah mustahil. Warga Manek Urai memerlukan masa yang cukup untuk mengenali beliau selaku wakil rakyat yang baru . Dan Alhamdulillah, rakyat masih mahukan pemimpin yang berkopiah/berketayap serban sebagai wakil kawasan mereka. Warga Manek Urai telah membuktikan bahawa mereka masih mahukan PAS mentadbir kawasan mereka. Dan diharap sepanjang kurang satu penggal warga Manek Urai dibawah penjagaan Abe Uji, warga Manek Urai dan Abe Uji memanfaat kesempatan dan masa yang ada untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Komitmen Abe Uji akan dinilai dan dibandingtara dengan jasa dan bakti Arwah Pak Su Will, oleh itu, manfaatkan ia.

Apapun,keputusan semalam (menang majoriti 65 undi) memperlihatkan PAS masih boleh berbangga dengan kejayaan itu. Perkenalan yang singkat antara pengundi dengan Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah membibitkan kejayaan kepada PAS yang terus diberi mandat dan kepercayaan sebagai wakil rakyat. Tahniah sekali lagi kepada Abe Uji Kita. ~!


by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Manek Urai: Menang 65 undi.


Keputusan rasmi, PAS menang dengan majoriti 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi manakala BN mendapat 5,283 undi. Dalam pilihanraya umum tahun lalu, calon PAS Ismail Yaakob mendapat 5,746 undi dan calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394. Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi. Perbezaan ketara dapat dilihat antara undi kedua-dua calon tersebut. BN merayakan juga walaupun tewas dalam PRK Manek Urai, dan sudah pasti tajuk akhbar hari ini adalah lebih kurang,

" BN kalah tipis di Manek Urai "
"BN berjaya mengurangkan maoriti PAS di Manek Urai"
"Pas menang nyawa-nyawa ikan"
"Satu Kejayaan terbesar BN sepanjang 7 PRK"

dan seumpamanya dengannya.

Walau apapun berita yang akan tersiar nanti, kemenangan tetap berpihak kepada PAS. Memang benar, sehingga jam 3 petang, culaan menunjukkan bahawa PAS menang dengan majoriti 2000 undi. Namun setelah 7 petang, ia semakin berkurangan sehingga BN mendahului. Kata AJK PAS Pusat yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato Husam Musa berkata PAS sepatutnya kalah di Manek Urai dengan kempen drastik dan bernilai jutaan ringgit BN di sana.

"Kita sepatutnya kalah dengan politik wang yang dilakukan oleh BN" kata Husam.Sebaliknya beliau mengucapkan tahniah kepada pengundi Manek Urai kerana tidak 'termakan' dengan rasuah BN tersebut.

Walau menang tipis hakikatnya Pas menang bergaya. Buktinya :

1) Seorang penjual ikan yang tak sekolah tinggi mengalahkan kesombongan seorang Pegawai kerajaan.Kemenangan yang menghancurkan kebongkakan MUHYIDDIN bersama-sama kuncunya.

2)Mengalahkan parti kerajaan yang mengunakan pelbagai tektik dan helah BN dalam mengunakan pelbagai kemudahan kerajaan bukan kerja senang.

3)Melawan rasuah. Dengan wang yang mengalir seperti air,janji-janji manis. Pengundi-pengundi hantu dan sebagainya memerlukan kekuatan luar biasa Parti Pas. Kekuatan ini terbukti menakluk keegoan BN.

4)Pelbagai Dakyah yang direka khas sempena pilihanraya MU .Pelbagai jenis media yang menyokong BN bekerja keras dalam kempen BN perpaduan menyogok minda pengundi tentang perpecahan Melayu,kerajaan perpaduan,perpecahan Pas dan pelbagai lagi menagih kerja kuat Pas untuk menjelaskan isu2 yang sengaja diputarbelitkan UMNO dan BN.

5)Dengan kekuatan calon yang hanya peniaga ikan dapat mengalahkan Pegawai besar bercita2 tinggi adalah satu perkara luarbiasa yang perlu BN akui tentang kekuatan Pas yang sebenarnya.

Apapun. Tahniah buat Pas yang masih menjadi pilihan pengundi dan isyarat Pas akan semakin hampir menuju ke Putrajaya.

by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]