Subscribe

Peta Lokasi Berhubung Kuil Seksyen 19 -Khalid Samad

Memandangkan persoalan kuil Seksyen 19 yang ingin dipindahkan telah menjadi isu Nasional, saya sertakan di sini peta-peta yang menunjukkan kedudukan lokasi-lokasi yang relevan berhubung persoalan ini. Oleh yang demikian, tuan-tuan boleh menilai sendiri samada tapak cadangan di Seksyen 23 adalah wajar atau sebaliknya.

[PETA 1 - Seksyen 19,20,22 dan 23]

Peta pertama menunjukkan kedudukan Seksyen 19, 20, 22 dan 23 serta kedudukan kuil di Seksyen 19, tapak cadangankan asal oleh BN di Seksyen 22 dan tapak yang dicadangkan di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa Seksyen 22 merupakan kawasan Industri berat (berwarna gelap) tanpa adanya rumah berhampiran sepertimana peta yang kedua. Dakwaan Seksyen 22 adalah kawasan majoriti masyarakat India adalah dakwaan palsu.

[PETA 2 - Seksyen 22]

Peta ketiga menunjukkan ‘close-up’ Seksyen 19 dan bagaimana Kuil berkenaan dikelilingi rumah. Jarak di antara rumah terdekat dan Kuil adalah lebih kurang 20 kaki iaitu selebar jalan.

[PETA 3 - Seksyen 19]


View Larger Map
Peta keempat adalah ‘close-up’ lokasi di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa kedudukan yang dicadangkan adalah dipinggir kawasan Industri Seksyen 23. Jarak rumah terdekat ke Kuil adalah 200 meter atau 600 kaki iaitu 30 kali lebih jauh dari di Seksyen 19. Begitu juga dengan jarak dari tapak cadangan kuil ke surau. Di antara rumah dan kuil terdapat dewan orang ramai dan taman permainan kanak-kanak. Di antara Surau dan kuil adalah rumah pencawang TNB dan taman permainan kanak-kanak yang sama.

[PETA 4 - Seksyen 23]


View Larger Map
Mungkin bagi orang-orang tertentu tiada bezanya di antara Seksyen 19 dan 23. Kedua-duanya kawasan majoriti ummat Islam. Namun harap maklum, Kuil Seksyen 19 dipindahkan BUKAN kerana Seksyen 19 merupakan kawasan majoriti ummat Islam. Ia dipindahkan kerana Kuil tersebut berada di depan rumah orang (20 kaki). Kawasan itu juga tidak mempunyai tempat parkir kereta dan ini menyebabkan kesesakan berlaku apabila pihak Kuil mengadakan upacara mereka.

Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini disebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?


Dipetik daripada Blog Khalid Samad
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO nak nafi terlibat dengan perarakan?



Bukti UMNO terlibat dengan perarakan "Kelapa Lembu". Klik gambar untuk lihat paparan lebih besar.

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Sebat Cara Islam -Ehsan TKO




CARA SIVIL BN






SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL

1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

AHHH SEKARANG YANG MANA ADIL......WAHAI PEMIMPIN UMNO......JGN PANDAI KOMEN KELAK....BINASA..

Ehsan Tranungkite.Net
by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Jenaka Ketua Puteri UMNO berhubung kekalahan di PP


Dalam berita di Utusan Meloya, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam laporannya menyatakan kesalan dengan sikap pembangkang yang dituduh memainkan sentimen kebencian terhadap BN dalam kempen kepada pengundi. Penafian BN zalim, dan pengakuan BN mulia sekali lagi digunakan oleh Rosnah untuk mendefend kekalahan di Permatang Pasir. Rakyat telah berjaya disemai kebencian yang diterap pembangkang,begitulah katanya. Tuduhan kononnya wujud 'pengundi hantu' juga disebut menjadi faktor kekalahan.

Bila saya membaca berita ini saya hanya tergelak kecil. Pembangkang cuba memainkan sentimen kebencian? Pembangkang atau UMNO sendiri? Sepertimana PRu12 yang lepas, kita dapat lihat Tv3 lah antara dalang utama yang melingkupkan UMNO sehingga pembangkang menguasai beberapa buah negeri. Kahiry Jamaludin jugaklah antara manusia angkuh bongkak yang berjaya meranapkan UMNO dengan konon bawa mesej bergaya " Pade Doh.. " di Kelantan. Dan di Permatang Pasir, UMNO jugaklah yang terus melingkupkan diri sendiri dengan meletakkan calon bermasalah seperti Rohaizat. Kenapa nak disalahkan pembangkang?

Kenyataan Rosnah yang menafikan BN zalim juga cukup menggelikan hati. Ohh hari ni baru saya tahu Barisan Nasional ni tidak zalim.


Petikan Utusan Meloya :

"Kita perlu jadikan keputusan ini sebagai langkah untuk melakukan yang lebih baik pada masa depan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rosnah berkata, jentera BN terutama Puteri UMNO akur dengan keputusan itu namun sedikit kecewa dengan beberapa faktor yang boleh dikatakan menjadi penyebab kekalahan BN di situ.

"Kita dapati ada kira-kira 3,000 pengundi misteri wujud semasa hari mengundi. Ini menjadi tanda tanya,'' katanya.

Katanya, sikap pembangkang yang memainkan sentimen kebencian terhadap BN juga amat dikesali.

"Kita satu agama dan bangsa kenapa perlu ada sifat benci-membenci. Kita dapati pembangkang menanam rasa benci yang sungguh-sungguh terhadap BN dalam kempen mereka kepada pengundi.

"BN tidak pernah zalim. Ini sesuatu yang tidak adil bukan sahaja kepada BN tetapi juga kepada rakyat. Kenapa kita perlu hidup dalam kebencian?" katanya.

Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, sentimen kebencian yang disemai pembangkang telah menular kepada pengundi semasa pilihan raya kecil itu berlangsung.

Walaupun begitu, beliau tidak menganggap kekalahan BN di DUN itu adalah satu kegagalan yang tidak dapat diperbetulkan lagi pada masa depan.

"BN berjaya mendekati pengundi-pengundi muda di Permatang Pasir yang menyokong parti lawan,'' katanya.

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Sedutan Gambar Dari Gedung Kartun oleh : Zunar





by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Muhyidin Kecewa Rakyat Tak Mahu Perubahan.


TPM Muhyidin Yasin merakamkan rasa kecewa terhadap kekalahan sekali lagi UMNO di Permatang Pasir. Kali ini alasan berjaya mengurangkan undi tidak begitu popular memandangkan peratusan keluar mengundi pun susut berbanding PRu12 yang lepas. Apa yang dikesalkan Muhyidin kali ini sudah tentunya "rakyat yang tak cerdik" kerana " rakyat tidak mahu kepada perubahan..".

Begitulah tafsiran pemimpin UMNO. Susah kita nak jumpa mereka menyalahkan diri sendiri. Yang menjadi mangsa dan yang bersalah semuanya adalah rakyat. Walaupun nada Muhyidin seolah redha dengan takdir kekalahan di Permatang Pasir dan seolah tidak menyalahkan sesiapa, namun kata-katanya sudah terang lagi jelas bahawa dia sememangnya menyalahkan rakyat yang dikatakan tidak mahukan perubahan. Saya pun hairan. Entah apa perubahan yang nak dibawa UMNO. Nak menjadikan Permatang Pasir anak emas? Macam Manek Urai? Aduhai. Simpan lah modal tu untuk PRK akan datang (kalo ada)

Sebenarnya Yang tidak mahu melakukan perubahan adalah UMNO.[Klik DiSini] UMNO yang perlu berubah bukan rakyat. Rakyat sudah lama berubah. Gelombang perubahan/kebangkitan rakyat sudah lama berlaku sejak PRu12 lagi. Yang layu hanya UMNO.Insaf-insaf la Muhyidin.

Petikan Utusan Berhubung Kata-Kata Muhyidin:

''Kita anggap ini sebagai satu takdir dan berlapang dada menerima keputusan dengan hati yang terbuka.

''Bagaimanapun, kita akan terus bekerja dan lakukan yang terbaik selepas ini," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi BN di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan pilihan raya kecil itu yang menyaksikan calon Pas, Mohd. Salleh Man menang dengan majoriti 4,551 menewaskan calon BN, Rohaizat Ismail.

Salleh Man yang juga Pesuruhjaya Pas negeri memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat, Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh mendapat 5,067 undi.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan penduduk di Permatang Pasir tidak mahukan perubahan yang cuba dibawa BN ke kawasan tersebut.

Sehubungan itu katanya, tidak wajar untuk menyalahkan mana-mana pihak atas kekalahan BN di dalam pilihan raya kecil itu.

''Saya fikir jentera kita adalah yang paling kemas tetapi nampaknya inilah yang penduduk Permatang Pasir mahukan, jadi kita kenalah terima.

''Penduduk memberi mesej bahawa mereka tidak mahukan perubahan, jadi kita jangan salahkan calon, jangan juga salahkan jentera," ujarnya.

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Najib tahu sebab UMNO kalah.


Pagi tadi saya menyaksi berita pukul 7 pagi di siaran tv1 dan Tv3. Berita hangat pagi ini sudah tentunya mengenai Kekalahan UMNO di Permatang Pasir. Keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir menyaksikan calon PAS Mohd Salleh Man, 52, memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,551 undi.Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu memperoleh 9,618 undi mengalahkan calon BN Rohaizat Othman, 38, yang mendapat 5,067 undi.Najib ditanya wartawan berhubung kekalahan itu dan saya menjangkakan Najib akan menjawab dengan jawapan berikut:

Kami menang Moral.
Kami berjaya mengurangkan undi.

Sebagaimana jawapan semasa kekalahan di Manek Urai. Memang ada sentuh juga sedikit (berjaya kurang undi).Apa yang lebih menarik adalah keluhan PakJib berhubung kekalahan di Permatang Pasir disamping Najib kata dia tahu apa faktor yang menyebabkan kekalahan di Permatang Pasir namun enggan mendedahkan faktor tersebut.

PakJib,One Malaysia nak tau. PakJib taknak bagitau ke? Apa agaknya yang ada dalam kepala PakJib ni.

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Poster Kempen : BN Tunjukkan Lagi Kebodohan



Poster kempen BN kali menambahkan topup berganda kebodohan Barisan Nasional. Parti gerombolan itu menggunakan poster tertera ;

- Masjid, Surau di bina BN
- Jalan , jambatan di bina BN
- Sekolah , klinik di bina BN
- Pasar, Balairaya dibina BN
- Bekalan Elektrik, Air dibina BN
- Kilang untuk bekerja di bina BN
(seperti gambar diatas).

Barisan Nasional sudah semakin terdesak gamaknya sehingga berkempen pun macam budak sekolah tadika. BN nak bodohkan siapa agaknya? Disaat pengundi yang semakin hari semakin memberi sokongan kepada PR disaat itu jugaklah BN semakin hari semakin menunjukkan kebodohan terlampau mereka.

Kempen sebeginilah meranapkan lagi Barisan Nasional. Semua orang ada akal boleh pikir bahawa semua kemudahan dan infrastruktur semua tu bukannya dari duit yuran jadi Ahli Barisan Nasional pun. Duit itu diperoleh hasil kutipan cukai,duti,bayaran denda,saman dan lain-lain yang dikenakan kepada rakyat didalam negara ini. Maka pembinaan infrastuktur sedemikian menjadi kewajipan pemerintah pusat naungan BN bagi merencanakannya demi keselesaan rakyat.Dalam erti kata bagi mudah paham, duit itu duit RAKYAT!!DUIT RAKYAT!!

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Hukuman Sebat : Shahrizat hina hukum Mahkamah Syariah


Begitu bencinya para pemimpin UMNO terhadap undang-undang yang Allah tetapkan. Terkini pernyataan Shahrizat Jalil kepada media berhubung hukuman sebat yang dikenakan kepada seorang model yang telah disabitkan kesalahan minum arak dengan berkata "keputusan ini akan mewujudkan satu precedent yang tidak sihat dan memberi gambaran negara Malaysia mengamalkan sistem syariah yang amat mengerunkan utk kaum wanita".



Seorang model pelancongan dijatuhi hukuman maksimum iaitu denda RM5,000 dan enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas dia mengaku bersalah meminum arak di Hotel Legend Cherating di sini tahun lalu.Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas menolak rayuan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang memohon dikecualikan daripada hukuman sebat, denda minimum dan tidak dipenjarakan.

Berita Asal :

Tertuduh dalam rayuannya memberi alasan ia boleh menjejaskan masa depannya.Hakim Abdul Rahman dalam penghakimannya berkata, hukuman yang selaras dengan undang-undang harus dijatuhkan bagi menginsafkan tertuduh supaya orang ramai turut sama menjauhi arak."Hukuman diberikan untuk menghindar orang lain daripada meminum arak yang jelas (menjadi) ibu kepada kesalahan. Apabila minum arak, ia akan menyebabkan seseorang itu hilang akal dan melakukan pelbagai kesalahan," katanya.

Ulasan :

Cukup menyedihkan suatu hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah Syariah, dan sudah menjurus kepada hukuman Islam (walaupun sebatan mengikut hudud 40 - 80 sebatan) dipandang sebagai satu hukuman yang zalim dan tidak relevan. Pernyataan Shahrizat bukan sahaja merendahkan institusi kehakiman Syariah dalam negara,malah memberi gambaran sepenuhnya sikap dan siapa dia Shahrizat yang sebenarnya, seorang yang prejudis dan benci kepada undang-undang sebat yang menjurus kepada undang-undang Islam ini.

Jika demikian sikap seorang pemimpin UMNO, maka benar apa Tuan Guru kata, menyokong UMNO tidak akan masuk Syurga. Jika ini yang dibisingkan oleh para mufti, kenyataan Shahrizat ini pula bagaimana?


by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Mari mendengar dan membaca Al Quran


Assalamualaikum...

Hadis dari Jabir dari Nabi s.a.w:

“Apabila malam terakhir dari bulan Ramadhan datang, maka menangislah seluruh langit, bumi dan para malaikat, kerana musibah yang akan menimpa umat Muhammad” Rasulullah s.a.w ditanya: “Musibah apakah ya Rasulullah?” Nabi s.a.w menjawab: “Perginya bulan Ramadhan, kerana di dalam bulan Ramadhan itu semua doa-doa dikabulkan, semua sedekah diterima dan semua kebaikan dilipatgandakan pahalanya serta seksa pun dihentikan”. “Apakah ada musibah yang lebih besar daripada perginya bulan Ramadhan?”, “Kalau semua langit dan bumi menangis demi kepentingan kita, maka tentu kita lebih banyak menangis dan lebih menyayangkannya kerana terputusnya segala keutamaan dan kemuliaan”.

Buat para sahabat, pengunjung blog ini, saya dengan rendah dirinya mengucapkan selamat berpuasa dan selamat beribadah. Saya menjemput saudara saudari membaca Al-Quran atau mendengar bacaan para Qari di sini. Marilah kita sama-sama menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai peluang untuk merebut sebanyak-banyaknya pahala.

BACA AL-QURAN DI SINI

atau pergi ke link ini : http://www.quranexplorer.com/quran/

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Pesanan Tok Guru Kepada Pengundi Permatang Pasir



"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus." (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya.

Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato' Hamdan kita untuk kembali menemuiNya.

Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal.

Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu.

Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak?

Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu', amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM.

Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis - pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita.

Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi.

Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan "rule of law" dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato' Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan.

Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar?
Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

"Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan."

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal : 1 Ramadhan 1430
22 Ogos 2009


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kenyataan Tok Guru : Satu persatu kena putar belit.


Letih rasanya jadi orang politik ni. Kenyataan asyik diputarbelit. Keghairahan melampau untuk memfitnah ulamak ini semakin menjadi-jadi. Kenyataan beliau diputarbelitkan satu persatu.

Mari kita lihat satu persatu kenyataan Tok Guru yang diputarbelitkan oleh akhbar barua pengampu:

1. Tok Guru kata: Kalau orang jahat fikir mereka samseng sangat, di akhirat kelak, mereka akan tahu Allah lebih samseng (kuat).

Akhbar kata: Tok Guru kata Allah Samseng! (kalau tok guru kata orang zalim yang ganas perlu ingat bahawa di akhirat kelak, azab Allah lebih ganas, nescaya akhbar barua pengampu ini akan kata Tok Guru kata Allah pengganas)

2. Tok Guru kata: Kita sedia berunding dan bekerjasama dengan kerajaan pusat. Hubungan kerajaan negeri dan kerajaan pusat boleh diperbaiki.

Akhbar kata: Oh. Tok Guru setuju kerajaan perpaduan

3. Tok Guru kata: Nasihat saya tak mesti didengar

Akhbar tulis tajuk besar-besar : 'NASIHAT SAYA MESTI DIDENGAR'

4. Tok Guru kata: Islam stail **** tak membawa ke syurga kerana menentang perundangan Islam.

Akhbar kata: Tok Guru dah menghina. Mempolitikkan agama.

5. Tok Guru kata: Saya tak pelik DAP hina Islam kerana mereka kafir tapi saya pelik orang Islam hina Islam. Kita akan tarbiyah dan nasihat DAP.

Akhbar kata: Tok Guru benarkan DAP hina Islam.


By Dewa
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Putar Belit UMNO: Ucapan sebenar Tok Guru.


"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh Umno ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa Umno.Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."

Dan ini pula petikan wartawan media pro UMNO melaporkan tok Guru berkata;

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh Umno ini Islam kacukan, Islam PALESTIN. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa Umno.Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."

1) Tok Guru menyebut 'plastik', yang kedengaran seperti 'Palestin', kemudian beliau memberi beberapa contoh bagi menerangkan 'plastik' yang dimaksudkan beliau adalah 'palsu'.Kes ini dipanggil konotasi, iaitu merujuk kepada maksud subjektif, emosi yang kita sebutkan sesuatu perkataan. Sebagai contoh, Maksud denotatif perkataan 'plastik' adalah sejenis bahan sintetik yang boleh dibentuk secara mudah kepada beberapa bentuk. Dalam bahasa Kelantan pula, 'plastik' bermaksud tidak memenuhi piawaian, mirip kepalsuan dan tidak 'original'. Dalam kepenggunaan barang, ia bermaksud tak tahan lama, mudah rosak, cair, tak standard dan lain-lain. Namun media UMNO putar belit kenyataan Tok Guru berhubung perkataan Plastik menjadi Palestin, supaya orang tak faham apa yang dimaksudkan Tok Guru dan percaya Tok Guru hina Islam di Palestin.


2) Berhubung kenyataan Islam UMNO tak masuk syurga, berdasarkan kenyataan ini;

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh Umno ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa Umno.Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."

Kenyataan Tok Guru tidak ada salahnya dan bersifat benar. Nak diulas pun rasanya tak perlu kerana penerangan Tok Guru jelas. Saya bersetuju bukan atas dasar parti naungan tok Guru, tetapi kebenaran Islam yang Tok Guru sampaikan. Islam celup (liberal + hadhari -Islam hakiki) yang dianuti oleh UMNO mana boleh dibawa ke syurga. Bukan nak menghukum tapi itulah yang Rasullah beritahu. Jika anda tidak bersetuju, itu hak anda. Sila lihat rakaman video di atas. 


by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO Miskin: Dua Kali Jahat



Kerana terlampau kecewa dan sedih dengan siri hetrik kalah di setiap PRK, dan kecewa kerana sudah banyak wang dibazirkan disetiap PRK, UMNO menukar rentak cara meraih undi. Jika sebelum ini rasuah undi (selain projek mee segera) menggunakan wang yang asli , kali ini UMNO menggunakan wang fotostat pula. Mungkin mereka fikir 'cara cerdik' ini tidak merugikan mereka lagi kerana bermodalkan RM1 sahaja sudah cukup untuk fotokopi warna 3 keping note RM100.

UMNO dah miskin. Tak mampu lagi nak bagi wang yang asli. Kerja dua kali jahat (rasuah undi + wang palsu) terpaksa digunakan serentak kerana UMNO tidak tahan lagi menanggung kerugian. Yerlah bagi duit suruh undi UMNO pun rakyat tetap sokong pR.



WANG PALSU RM100 UNTUK UNDI BN - MalaysiaKini


Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.

Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

"Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bersama "wang" berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi "tolong undi calon BN".

"Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan," katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar berharap pihak terlibat menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia akan mengelirukan pengundi di situ.

"Saya tidak tuduh sesiapa, tetapi pihak yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan, tolong hentikan peekara ini," katanya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir melibatkan calon BN Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man.

Kerusi itu kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.
BERNAMA


by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kerajaan Negeri Lunas Janji Hadiah Madihah Banglow



Kejayaan Nik Nur Madihah dalam SPM yang lepas, dihargai Kerajaan negeri Kelantan dengan melunaskan janji menghadiahkan pelajar cemerlang SPM peringkat Kebangsaan itu dengan sebuah banglo berharga RM130,000. Nik Nur Madihah telah mengharumkan nama negeri Kelantan, mengharumkan Yayasan Islam Kelantan (badan pengelola sekolah kerajaan Negeri Kelantan) dan juga mengharumkan sekolah Maahad Muhammadi Perempuan itu sendiri. Serentak dengan itu,kejayaan ini juga menjadi bukti bahawa sekolah bawah naungan kerajaan Kelantan juga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dan terbilang.

Jika sebelum ini setiap kejayaan Maahad Muhammadi disembunyikan oleh media Pro BN,kali ini kejayaan 20A pelajar miskin Nik Nur Madihah tak mampu disembunyikan. Dalam situasi pelajar berlumba-lumba mencipta kejayaan, Nik Nur Madihah yang begitu daif menarik perhatian umum. Kejayaannya menjadi buah mulut semua orang. Walaupun memang ada usaha jahat Kerajaan UMNO BN yang menggunakan alat media Tv3 untuk membuat putar pelit kononnya Nik Nur Madihah adalah pelajar Sekolah Menengah Agama Naim Lilbanat (SMKA - Sekolah Kerajaan) dan mengatakan YB UMNO Kelantan yang menghadiahkan banglow.

Kita lihat biodata Nik Nor Madihah:

Nama : Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal
Umur : 18 tahun
Asal : Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kelantan
Anak : Pertama dari 4 beradik
Nama Bapa : Nik Mohd Kamal Husin
Umur Bapa : 41
Pekerjaan Bapa : Nelayan
Nama Ibu : Mariani Omar
Umur Ibu : 42
Pekerjaan Ibu : Pencuci di Universiti Malaysia Kelantan
Anugerah : Pelajar Terbaik SPM 2008 Malaysia
Sekolah : Ma'ahad Muhammadi Perempuan Kelantan
Pencapaian SPM 2008 : 20A (19 A1 dan 1 A2)
Pencapaian PMR 2006 : 9A
Idola : Siti Nur Fatimah Mukhtar (senior Ma'ahad Muhammadi (P) Kelantan / Pelajar Terbaik SPM 2006)
Cita - Cita : Ahli Fizik

Sebenarnya,Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan sudah beberapa kali menempa nama kerana melahirkan pelajar cemerlang peringkat SPM dan STAM. Namun kejayaan² ini sengaja disembunyikan daripada pengetahuan masyarakat umum kerana faktor politik. Sebelum inipun, Maahad Muhammadi Perempuan telah memecahkan rekod apabila seorang pelajarnya cemerlang 16A dalam SPM. Namun berita kejayaannya tidak disiarkan. Tidak seperti kejayaan Amalina yang cemerlang 17A sebelum itu, seluruh negara digegak gempitakan, hatta beberapa majalah hiburan seperti Majalah URTV dan Mangga (Majalah Playboy Malaysia) mengambil kesempatan terhadap Amalina kerana Amalina turut membaca majalah² tersebut. Tidak cukup dengan itu, Amalina yang rutinnya sosial diangkat agar menjadi idola para pelajar sekolah. Dunia dah terbalik. Sepatutnya pelajar sekolah agamalah yang diangkat menjadi idola kerana kejayaan yang bukan hanya akademik, malah sakhsiah dan peribadi. Namun kerana ada perasaan dengki dan cemburu dengan sekolah kerajaan Negeri Kelantan, ia disembunyikan.





Petikan HarakahDaily:

PENGKALAN CHEPA, 17 Ogos: Mungkin Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang menghadiahkan seorang pelajar cemerlang SPM sebuah banglow berharga RM130,000.

Sebelum ini hadiah lumayan itu disebut kerajaan negeri memandangkan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18 merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negara.

Pencapaian pelajar terbabit iaitu 20A (19A1 dan 1A2) telah melonjatkan nama Kelantan dan Maahad Muhammadi Perempuan.

Dan hari ini replika kunci rumah banglow itu diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah kepada Nik Nur Madihah.

Hadiah berkenaan merupakan projek sosial Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya Binaraya dan Profil Impian yang berganding bahu membiayai rumah berkenaan dalam tempoh hanya dua bulan.

Rumah berkenaan dibina melalui Syarikat Mekar Mewah Sdn Bhd. Turut hadir pada majlis bersejarah itu Ketua Eksekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, Pengurus Besar Binaraya PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Abdul Rahman, serta beberapa pegawai kanan PKINK.

ImageNik Nur Madihah ditemani kedua ibu bapanya, Nik Mohd Kamil Husin dan Mariani Omar serta adiknya.

Rumah banglo setingkat itu terletak di PT 1352, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa.

Selain itu, Afza Carpet dan Handycraft Sdn Bhd turut menghadiahkan beberapa kelengkapan termasuk karpet.

Mohd Amar berkata, rumah berkenaan diberikan sebagai melunaskan janji kerajaan negeri yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini. _

by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Benar, Anwar memang pengkhianat UMNO



KEMUNCAK kehebatan DS Anwar mula dapat dirasakan oleh Umno apatah lagi negara ini bakal menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 tidak beberapa lama lagi. Kekuatan PR sebenarnya terletak di atas kebijaksanaan pemimpinnya yang sentiasa bersikap terbuka dan bebas membuat kritikan demi untuk memperkuatkan gabungan PR bagi menghadapi Bn bila-bila masa sahaja. Ketokohan DS Anwar mengemudi PR tiada tolok bandingnya kerana kebijaksanaan beliau yang tidak mudah melatah dengan provokasi pihak musuh untuk memecah belahkan PR.

Begitu bersungguh nampaknya pihak Umno untuk kembali bernafas setelah beberapa kali tumpas dengan memalukan di dalam beberapa pilihanraya kecil baru-baru ini. Najib tidak lagi mampu untuk menyorokkan wajahnya selaku Presiden Umno dan juga sebagai PM. Muhyiddin begitu juga, kehebatan yang kononnya akan mereka pamirkan sebaik memegang teraju negara nampaknya menyerlahkan kelemahan mereka. Rakyat hampa dan kecewa dengan kedua-dua tokoh ini kerana mereka memimpin negara hanya bermodalkan air liur sahaja. Slogan demi slogan diwar-warkan sebagai penyedap telinga, tetapi semuanya kosong belaka.

Akhirnya Umno tiada pilihan lagi. Mereka amat bimbang negeri terkuat Umno iaitu Johor akan jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihanraya Umum nanti. Sifat ketaksuban kepada Melayu memang kuat di Johor, dan di sinilah Umno berharap agar `spesis' Umno terus kekal sehingga kiamat. Seandainya nanti PR menerajui negara dan Umno pupus, mudah-mudahan Johor boleh dijadikan muzium atau arkib untuk jenerasi akan datang melihat `spesis Umno'. Muhyiddin kena berbuat sesuatu sebelum terlambat dan beliau tahu selagi DS Anwar masih hidup dan bebas, peluang Umno untuk bernafas lebih panjang akan tersekat.

Maka, Johor dijadikan tapak untuk memulakan kempen atau gerakan memburukkan DS Anwar. Muhyiddin begitu kecut apabila DS Anwar bingkas melawan tuduhan beliau yang menganggap DS Anwar pengkhianat. Muhyiddin silap sasaran kali ini, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terimalah akibatnya. Seperti biasa, ahli-ahli Umno yang sudah sebati dengan tabiat `burung belatuk' akan mengangguk bersetuju dengan Muhyiddin. Mereka sendiri pun tidak tahu dari mana datangnya punca Muhyiddin menuduh DS Anwar pengkhianat dan apakah hujahnya. Mereka cuma menganggung-angguk kerana Umno tidak pernah mengajar ahli-ahli mereka cara-cara untuk menggeleng kepala.

Berbagai provokasi dan propaganda telah mereka lakukan untuk memecah belahkan PR di beberapa buah negeri di bawah PR, tetapi akhirnya dengan campor tangan DS Anwar serta dengan kebijaksanaan pimpinan PAS dan DAP, usaha Umno akhirnya berkecai. Tiba-tiba sahaja Umno dilihat begitu anti kepada arak. Pengeluar lesen arak di negara ini dikeluarkan oleh siapa? Sekiranya tiada lesen dikeluarkan, adakah arah boleh diminum dan dijual secara bebas? Ini semua menyusahkan semua orang, terpaksalah kerajaan negeri di bawah PR meminda beberapa akta untuk mengawal penjualannya. Itu belum dikira lesen judi yang dikeluarkan oleh kerajaan Pusat. Mereka yang meluluskan lesen semua benda-benda haram ini, tetapi mereka berlagak mereka begitu benci kepada arak dan judi. Inilah Umno dan inilah yang masih disokong oleh orang-orang Melayu Islam di negara kita.

Umno ingin menggunakan PAS untuk menghancurkan perpaduan di dalam PR. Kononnya mereka tahu PAS sememangnya berjuangnya untuk Islam, tetapi yang peliknya Umno tidak mahu sertai PAS. Ini bererti Umno tidak mahu kepada Islam seperti yang PAS mahukan. Kenyataan DS Anwar bahawa arak hanya boleh dijual kepada orang-orang bukan Islam ternyata membuat Umno terkedu. Krisis berkenaan isu arak di Selangor telah selesai membuatkan Umno meleleh air liurnya. Isu kandang babi di Kedah sebelum ini juga dapat diselesaikan hinggakan Umno Kedah semakin hilang punca. Akhirnya, tiada jalan lain maka tiba-tiba keluar modal bahawa DS Anwar adalah pengkhianat. Ya, saya setuju bahawa DS Anwar memang pengkhianat tetapi khianat dengan Umno yang mengkhianati rakyat selama ini.

PRK Dun Permatang Pasir sekali lagi akan menjadi bukti samada DS Anwar atau Umno yang khianat. PR telah mula mencari tapak yang sesuai untuk dipacakkan `batu nisan' Umno di Permatang Pasir. Sekali lagi kita akan melihat wajah merah padam muka Najib dan Muhyiddin serta Zahid Hamidi. Selepas ini apa yang mereka akan kata? Mungkinkah sebelum PRK Dun Permatang Pasir nanti DS Anwar akan ditahan di bawah Akta ISA yang zalim itu sebagaimana kehendak Umno Kulai di dalam perhimpunan `makan kenduri'nya baru-baru ini? Jika DS Anwar ditahan di bawah Akta ISA, adakah Umno yakin boleh selamat dari kebangkitan rakyat? Jika yakin, Umno mungkin perlu mencubanya

Oleh: WFAUZDIN NS
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

KONTROVERSI ISU ARAK DI NEGERI SELANGOR


PENDAHULUAN

MEMINUM arak ataupun minuman berakohol yang memabukkan merupakan salah satu dosa besar dalam agama Islam. Ia haram diminum samada dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit, samada sipeminum tadi mabuk ataupun tidak akibatnya.
Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
(al Maidah: 90).

Nabi Muhammad s.a.w pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak ini iaitu sebanyak 10 golongan melalui sabdanya:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."
(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

Oleh itu kerajaan bertanggungjawab memastikan yang rakyat jelata khasnya yang beragama Islam tidak terlibat dalam aktiviti yang membabitkan arak ini tambahan pula di Negeri Selangor, umat Islam di negeri ini adalah tertakluk dan terikat pada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang berkuatkuasa sejak 22 November 1996 yang telah mengkategorikan meminum dan menjual arak sebagai suatu kesalahan jenayah syariah.

Melalui Enakmen ini di bawah kategori kesalahan minuman yang memabukkan dinyatakan di bawah Seksyen 18 (1) dan (2) iaitu:

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

INISIATIF MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI ARAK DI SELANGOR

Diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) contohnya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berdasarkan sentimen dan tuntutan masyarakat, usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal penjualan arak ini iaitu di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam. Inisiatif ini turut diambil oleh ahli-ahli majlis di PBT-PBT yang lain di Selangor.

Walaubagaimanapun harus diberi perhatian bahawa segala usaha di atas TIDAK sama-sekali melibat atau membabitkan hak masyarakat bukan Islam di Negeri Selangor. PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak ini diharamkan dijual atau diminum dikalangan masyarakat bukan Islam.

Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya disisi Islam dan bukan untuk menganggu-gugat hak masyarakat yang bukan Islam.

Oleh itu PAS Selangor kesal apabila inisiatif dari tindakan untuk mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak ini dikalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak yang tertentu. Campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu dengan mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran yang sepatutnya.
Malah PAS Selangor mendapat laporan bahawa campurtangan itu (dan beberapa tindakan serupa sebelum ini) telah menganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan amnya.

TUNTUTAN-TUNTUTAN DAN TINDAKAN PAS SELANGOR

PERTAMA: Dengan perkembangan ini PAS Selangor mendesak agar kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim agar serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, untuk digunapakai seluruh negeri Selangor, supaya kontroversi seumpama ini tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam di sini.

KEDUA: PAS Selangor turut menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

KETIGA: PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan bersesuaian dengan kedudukan dan jawatan masing-masing agar usaha untuk membebaskan umat Islam dari arak ini dilakukan secara serius dan berterusan, menurut adab, peraturan dan undang-undang yang sedia ada, demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat dan umat Islam di negeri ini.

KEEMPAT: PAS Selangor akan segera mengemukakan deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak dikalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat PBT-PBT.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, PAS Selangor mengesan bahawa keseluruhan rentetan kes-kes ini sesungguhnya berpunca dari kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu.

Pimpinan Umno Selangor semasa berkuasa dahulu terbukti tidak sama-sekali serius dan jujur dalam menyelesaikan masalah orang-orang Islam termasuklah berhubung penjualan dan peminuman arak ini. Oleh itu PAS kini melalui mandat yang diberikan rakyat kepadanya, bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini demi kepentingan masyarakat Islam dan seluruh rakyat amnya.

YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI
PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR
4 OGOS 2009
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Isu Arak : Membidas kenyataan Menteri Cap Ayam UMNO , Noh Omar


Andai kata Ronnie Liu berkata atas kapasiti jahil dalam memahami sama ada minuman itu adalah minuman keras atau tidak, kita boleh memaafkannya atas kejahilan dan kekafirannya. Sebab kita orang islam sudah jelas, arak itu memang haram kerana illahnya yang memabukkan. Dan kita selaku orang islam (pemerintahan peringkat negeri) setelah memberi penerangan kepadanya, tapi dia berdegil, jadi patut atas dasar tanggungjawab sebagai amir muslim, menggesa sepertimana gesaan Hassan Ali supaya Ronnie Liu melepaskan jawatannya dari menjadi exco. Kerana ini hak kita dan tanggungjawab kita selaku orang Islam, menjadi amir penegak amar ma’ruf nahi mungkar.

Tapi andai kata ada mulut-mulut orang yang mengaku pemimpin Muslim mentertawa perjuangan amir untuk menegakkan makruf dan menentang mungkar, orang sebegini patut nyah sahaja dari muka bumi. Contoh pemimpin muslim yang jahat ini adalah Datuk Noh Omar berjenama parti cap ayam, UMNO. Sepatutnya beliau tidak berucap dengan ucapan yang bodoh dan beremosi. Hanya kerana dendam atas kejayaan demonstrasi rakyat pada 1 Ogos lepas, maka beliau mencabar PAS anjurkan demonstrasi atas isu ini;

Kata Noh Omar :

‘‘Mana Exco Pas dan hero Pemuda Pas? Kenapa dia tidak buat demonstrasi dalam isu ini? Yang mana lebih penting demonstrasi untuk hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau demonstrasi menegakkan hukum Islam dan memecat orang yang cuba mempersendakan Islam.‘‘Jadi kita nak cabar kalau Pas betul-betul berjuang demi Islam, dia patut membuat demonstrasi menentang apa yang telah dilakukan Ronnie kerana ini isu baru. Bukannya membuat demonstrasi menentang ISA yang merupakan isu lapuk dan bermusim.‘Takkan nak biarkan saja rakan kongsi sebantal mereka yang tak faham hukum mengenai arak menjadi ulama dan memberi fatwa. Cukuplah Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bagi fatwa,”

Pertama,sepatutnya orang berstatus menteri kena reti bezakan. Yang mana boleh dibawa berunding dan yang mana sebaliknya. Disini bukan persoalan yang mana lebih penting. Kedua-duanya adalah penting dan kedua-duanya kena tentang. Bukan pokok persoalannya, kerana isu ini isu baru, maka yang inilah kena buat demonstrasi atau ISA itu isu lapuk maka tak perlu buat demonstrasi. Persoalan yang melibatkan maruah dan hukum Islam kedua-dua penting. Kita menentang dan berdemonstrasi bukan untuk suka-suka. Ada matlamatnya setelah usaha yang digarap sebelum ini tidak berjaya. Lihat sahaja ISA. Sudah berapa kali diungkit di parlimen?? Sudah berapa banyak gesaan daripada pembangkang hatta daripada pemimpin kerajaan sendiri?? Malah para ulamak sebulat suara mengatakan akta ini zalim dan bertentangan dengan Islam. Tapi apa pelaksanaan kerajaan UMNO yang mengaku kerajaan Islam???

Kita berjuang bergerak menentang akta yang zalim. Dan akta yang bercanggah dengan Islam. Begitu juga dengan isu ini. Bukan soal kenapa dan mengapa tak buat demonstrasi. Isu ini masih dalam pengawasan. Ramai kalangan pemimpin PR sendiri yang tidak berpuas hati, malah sudah menyuarakan, sepertimana Hassan Ali, pemimpin dari barisan Exco kerajaan Selangor menggesa agar Ronnie Liu meletak jawatan. Juga Zulkifli Nordin Parlimen Kulim. Dan perkara itu akan diperbincangkan diperingkat negeri Selangor. Dalam erti kata, gunakan dulu suara dan kuasa yang ada. Bukan terus berdemonstrasi secara membuta tuli.

Kedua,sepatutnya sebagai menteri,Noh Omar kena menginsafi diri dan menilai baik buruk parti yang dianuti. Muhasabah diri mengapa aku tidak mampu membanteras arak dan judi di Malaysia walaupun bergelar menteri. Ini tidak. Hanya pandai mempertikai dan mencabar. Cukup-cukuplah berpikir macam budak-budak tadika, cukup-cukuplah menganggap hukum haram arak ini jatuh atas bidang kuasa PAS semata-mata. Sepatutnya menteri yang tidak jahil dan mengetahuinya, lebih banyak kuasalah yang berjuang menegakkan agar undang-undang Islam terlaksana di Malaysia. Bukan memperlecehkan itu dan ini. Cabar itu dan ini.

Padanlah pewaris kata ramai kalangan pemimpin UMNO ni cap ayam. Memang patut pemimpin begini dicap ayamdagingkan oleh Pewaris.

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Politik Jalanan Bukan Budaya Kita -Dr M



Chedet bersuara pasal demonstrasi. Agaknya Chedet dah lupa.


Kredit to HanieF.


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Siapa bermulut celupar dan siapa pengkhianat sebenar?


Petikan blog ayahanda : TamuPulauMelaka.Blogspot.Com

Geger riuh sebelum ini pihak Umno apabila TGNA mengatakan "Pergi jahanam dengan Umno". Mereka terkejut parah dengan kenyataan Tok Guru itu. TGNA sebenarnya membalas putar-belit @ otak payah faham Muhyiddin ketika mengulas berita TGNA bersalam dengan Tok Pa dalam satu majlis perasmian bersama di Kota Bharu yang sama-sama kena hadiri.

Muhyiddin mengatakan pihaknya akan membincangkan 'kerjasama' dan 'nak berbaiknya Nik Aziz /Pas dengan Umno' pada mesyuarat MT Umno yang akan diadakan hujung bulan Julai lalu...(dah lepas). TGNA sambil menafikan motif berbaik dan berkerjasama dengan Umno, lalu mencetus ayat 'pergi jahanam dengan Umno' kesan emosi beliau terhadap putar-belit Tok Pa, Muhyiddin dan kekuncunya media mass arus perdana.

Terbaru, Muhyiddin pula bercelupar menuduh DS Anwar Ibrahim Penasihat Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia (yang banyak kali menjadi Orang Kena Tuduh @ OKT sejak dulu-dulu) sebagai 'Pengkhianat' berikutan perhimpunan membantah ISA sabtu lepas. DSAI telah meminta Muhyiddin menarik balik kenyataannya itu secara terbuka atau akan berdepan dengan saman RM100juta, namun TPM itu berkata dia tidak akan memohon maaf!

Nampaknya Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yasin merangkap Timbalan Presiden Umno ini juga menempah jawatan 'OKT' sebagai tambahan terhadap tuduhan-tuduhan yang pernah diterimanya semasa menjadi MB Johor dahulu.

Ya, bagaimana pula dengan pengkhianat-pengkhianat yang sudah terbukti dan sahih menyalah-gunakan diri sendiri dan memakan jutaan ringgit semasa berkuasa. Mereka sebenarnya pengkhianat, baik kepada agama, negara, rakyat atau masa depan generasi? Mereka masih banyak yang bebas dan berlegar dalam negara 1Malaysia sebagaimana wabak selsema babi @ Influenza A H1N1.

Dari Blog Ayahanda TamuPulauMelaka

http://tamupulaumelaka.blogspot.com
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Isu Minyak Kelantan : Padan la takut sangat


Semasa PRK Manek Urai, UMNO bukan main lantang lagi bidas dan kata Kelantan tidak berhak dapat royalti minyak sebanyak 5 peratus kerana kedudukan pelantar di kawasan bertindih antara tiga negara iaitu Thailand, Vietnam dan Malaysia. Malah dok berkempen kat rakyat Manek Urai supaya jangan terpengaruh dengan dakwaan dongeng PAS Kelantan bersabit isu minyak. Dok juak kat rakyat kata "Kelantan memang tak dapat..".

Atas inisiatif tanggungjawab dan kewajipan kerajaan negeri menuntut hak demi rakyat, disamping menyangkal dakwaan UMNO BN yang dilihat sengaja menutup isu tersebut, Kerajaan PAS Kelantan bertindak meninjau kawasan pelantar minyak yang dimaksudkan (Pelantar Cakrawala). Turut dipelawa Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Dato' Mustapa Mohamed dan ketua pembangkang di Dun Kelantan, Dato' Mohd Alwi Che Ahmad untuk turut serta melihat lokasi Pelantar Minyak yang dimaksudkan oleh kerajaan PAS Kelantan. Malah turut dijemput sama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk turut serta. Namun, ketiga-ketiga orang tersebut tidak memberikan jawapan atas undangan kerajaan PAS Kelantan.

Sikap pemimpin UMNO BN inipun sedikit sebanyak menjawab persoalan bersabit hal minyak di Kelantan. Ketidakhadiran mereka walaupun telah dijemput kemungkinan besar kerana takutkan jawapan yang dibuat profesor dari universiti tempatan (profesor bidang) dan juru ukur perunding yang turut sertai rombongan tersebut. Takut pakar-pakar ini tetap kata " Ini memang perairan kita..". Kalau pakar yang keluar kenyataan itu nanti malulah ketiga-ketiga pemimpin UMNO ini. Sebelum ini dok melalak sana sini kata Kelantan tidak berhak, tup tap pakar kata "ini memang perairan kita.." walaupun mereka tak kata " Kelantan berhak dapat royalti..". Alamakk. Macam mana ni? Mata pencarian untuk kenyang anak bini dengan hasil minyak ini sudah tentu terjejas.

Lagipun tuntutan kerajaan Kelantan kepada pusat bukan sikit;
[Petikan : HarakahDaily ]


Sementara itu Wan Nordin dalam laporannya memberitahu, Husam ketika berucap di Majlis Pelancaran dan Taklimat Ekspedisi ke Pelantar Minyak Cakrawala Kelantan menggesa Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak supaya membayar segera wang royalti sejumlah RM1 billion sebelum Ramadan ini.

Tegas beliau, Najib perlu memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Pengerusi pertama Petronas, yang meminta Kerajaan Pusat membayar royalti kepada Kelantan.

ImageKatanya, sebagaimana yang ditegaskan Tengku Razaleigh, rakyat Kelantan mempunyai hak untuk mendapat royalti bagi pengeluaran petroleum di kawasan usaha sama di sempadan perairan Malaysia, Thailand dan Vietnam itu.

"Ini adalah misi moral (mewakili rakyat Kelantan) untuk mendesak Kerajaan Pusat supaya tidak melenggahkan bayaran royalti," ujarnya.


Wahh. Kalo join, sudah tentu tak dapat dah nak kenyangkan anak bini hasil duit haram minyak ni kalo terbukti ia milik Kelantan.

Hmmmm..Padan la takut sangat nak join sama jenguk pelantar.

by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO memulakan demonstrasi jalanan


Gambar puak UMNO semasa demontrasi jalanan yang pertama di Malaysia.

Mahathir kata Anwar yang memulakan demo Jalanan. Gambar ini pulak apa? Agaknya DSAI ada sekali dalam demonstrasi tu.


by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Pergi Jahanam Umno Versi Ibu Mertuaku


Sebagai insan biasa yang tidak ada apa-apa, pada fikiran saya "pergi jahanam UMNO" itu tidak sesuai untuk ditujukan kepada UMNO seperti dibuat oleh TGNA.Dalam filem ibu mertuaku, P.Ramle marah kepada ibu mertuanya yang zalim itu dengan dialog..." kenapalah tuhan tidak jadikan kau binatang". Dalam dialog ini tidak ada unsur hendak pertikaikan kejadian tuhan oleh P.Ramle, tetapi menunjukkan tahap kemarahan kepada seseorang yang zalim.

Kalau ibu mertua P.Ramlee zalim kepada anak dan menantunya saja kerana tamakkan harta.Apakah kurangnya UMNO yang zalim kepada seluruh rakyat Kelantan (hampir 100% melayu). di mana TGNA ialah Menteri Besarnya Terutama dalam isu royalti minyak Petronas dan kaedah yang UMNO sentiasa guna untuk mengelirukan orang ramai tentang TGNA.

Pergi jahanam UMNO itu sangat lembut ucapannya sesuai untuk mengajar UMNO supaya mengenali kezaliman diri sendiri.

by Muramatsu

Komentar JilFityan:

Maksud "Jahanam" mengikut kamus Dewan.

Arab:

1. = neraka jahanam laut api di akhirat tempat orang-orang yg tidak mengikut perintah Allah menerima hukumannya: orang yg tidak mengikut perintah Allah akan dimasukkan ke dlm neraka jahanam.

2. orang yg jahat lagi terkutuk: Contoh: kau boleh pergi dr sini JAHANAM ; 3. rosak: jam itu telah jahanam;

menjahanamkan 1. membinasakan, memusnahkan: bom yg digugurkan telah men'jahanamkan' beberapa buah bangunan; 2. merosakkan: mereka dilarang men'jahanamkan' barang-barang mainan itu; 3. meruntuhkan: kita tidak seharusnya men'jahanamkan' rumah tangga orang lain; 4. mengutuki, menyerapah.

Kesimpulan :

Bersetuju, Tok Guru masih berlembut lagi..
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Koleksi Video Demonstrasi Mansuhkan ISA









Video Haji Hadi Di Demonstrasi ISA



GMI di masjid Jamek



Masjid Jamek 2 Petang




by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Majlis Fatwa Kebangsaan Kena Keluarkan Fatwa ISA -Dr MAZA


Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama. Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan.

Penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum.

Hari ini rakyat berbagai pendapat tentang ISA, berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam Bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat. Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula.

DiPetik dari : Drmaza.Com

----------------------------------------------------------------------------------

September tahun lalu, Dr Asri dilaporkan berkata, “Islam tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya” kerana ia dibina oleh hujah dan dasar yang jelas.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Gambar Sepanjang Demo ISA



Gambar sepanjang Demonstrasi ISA


by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]