Subscribe

Isa.....Calon Salah Tak Calon Pun Salah.



Umno semakin pening kepala dengan calon Bagan Pinang kerana sedang main tarik tali dengan Umno bahagian Teluk Kemang. Najib mula pening kepala setelah Mahathir dahulu yang nampak anak bulan dengan memberi mesejnya yang Isa tidak sesuai untuk calon BN, kerana Bagan Pinang pasti akan menjadi 'Bulan Penuh'.

Ini kerana rekod tercalar yang ada pada Isa tentang politik wang yang membawa pengantungannya selama enam tahun tidak dibenarkan aktif dalam politik Umno. Setelah beliau membuat rayuan, ianya dikurangkan selama tiga tahun. Ketika itu beliau bertanding sebagai Naib Presiden Umno.

Sekarang beliau sedang bekerja keras untuk giat kembali dalam Umno dengan memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Teluk Kemang. Dikatakan bahawa beliau mendapat sokongan penuh Umno Teluk Kemang sebagai calon tunggal untuk Dun Bagan Pinang.

Yang pasti tindakkan tersebut tidak disenangi oleh kem sisa peninggalan Pak Lah, iaitu Mohd Hassan dan Khairy. Jika Isa diberi peluang, maka akan tergugat masa depan politik baka peninggalan Pak Lah itu. Kerana kedua-duanya naik pun kerana pengaruh Pak Lah, maka akan terjadilah politik cantas mencantas.

Memandangkan Isa masih lagi berbisa di negeri kelahirannya itu, dicalon atau pun tidak, Umno tetap akan tergugat. Sekarang ini pun Najib sedang melakukan pembersihan dalam Umno dengan meminggirkan orang-orang Pak Lah.

Apakah Mohd Hassan dan Khairy akan membiarkan Isa bangkit kembali untuk menggugat mereka. Dan Isa pula bukan orang baru dalam arena politik Umno. Beliau penuh menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga Menteri kabinet.

Apakah beliau akan mengalah dengan budak-budak yang belum kering lagi tandatangan dalam Umno. Beliau yang cukup mahir dengan sepak terajang politik Umno, pasti tidak akan membiarkan karier politiknya terus malap. Kalau tak.............. takkan Umno Teluk Kemang sebulat suara mencalonkan beliau sebagai calon tunggal.

Sekarang pun Khairy sedang berada dalam kepanasan setelah bapa mentuanya tidak lagi berkuasa. Pengaruhnya sudah mula hilang, taringnya pun sudah patah, suara sudah kurang kedengaran dan langkah silatnya pun sudah sumbang.......... Singa sudah menjadi tikus.

Semasa menjadi naib ketua pemuda Umno, beliau lebih lantang daripada ketuanya sendiri. Hinggakan ada suara-suara yang mengatakan bahawa beliau ketua dan Hishamuddin naib ketua.Kalau kemana-mana sahaja, polis pengiring pun hampir mengalah Pak Mentua.

Boleh dilihat bagaimana berlagaknya beliau menggunakan jentera kerajaan yang mana gaji-gaji mereka dibayar oleh rakyat, sedangkan beliau tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan.Kroni-kroninya cukup berkuasa dalam memberi arahan, atau dipanggil 'Arahan Dari Tingkap Empat'.

Salah satu punca Pak Lah terpaksa meletak jawatan lebih awal, selepas dikritik hebat oleh Mahathir. Budak hingusan yang berlagak pandai, menggunakan kedudukkan sebagai menantu Pak Lah dalam membawa hala tuju negara.

Setelah Pak Lah terpaksa bersara awal, inilah masanya Mahathir untuk membalas dendam yang selama ini dipendamkan. Kerana itulah beliau tidak dilantik menjadi Menteri sedangkan yang kalah dan timbalannya pun diberi jawatan sebagai Timbalan Menteri.

Itu adalah satu mesej buat beliau daripada Mahathir dengan melantik anaknya yang kalah kepada Khairy sebagai Timbalan Menteri. Cara mesej diberikan pun boleh dikatakan agak memalukan, yang mana ayat sebenarnya ialah 'Berambus Engkau Bersama Budak Tingkat Empat'.

Najib pasti akan mendengar dan mematuhi signal yang telah diberikan oleh Mahathir, MahaSifu yang telah membantu Najib ke jawatan Perdana Menteri. Selagi MahaSifu masih ada, selagi itulah Najib akan menjadi boneka. Walau pun sebenarnya Najib sendiri tidak suka menjadi boneka MahaSifu.

Mungkin Najib akan mengikut arahan MahaSifu buat sementara kerana beliau tahu, MahaSifu sekarang dah berumur 82 tahun. Dah tua dah, cuma tunggu masa aje maka terpaksalah Najib mengeluarkan ilmu yang beliau miliki iaitu 'Sabaaaaaaaaaaaaar'. Sikap yang hanya ada pada Najib sahaja, tidak pada orang lain.

Tetapi beliau kena faham, kerana sikap itulah yang membuatkan beliau tetap menjadi orang nombor dua walaupun MahaSifu telah tiada. Ini telah pun diterjemahkan oleh ramai penulis akan makna BN, iaitu 'BiniNajib'.

Kerana itu juga menang atau kalah, Pakatan Rakyat tetap bergaya. Kalah kerana Bagan Pinang adalah kubu pos buat BN. Jika Pakatan Rakyat Menang atau dapat mengurangkan majoriti BN, maka rakyat yang menghantar mesej bahawa Umno-Bn akan ditalkinkan oleh rakyat dalam PRU 13 nanti.

Jika teori 'RAHMAN' dalam politik Umno-Bn dan Malaysia itu benar, maka Umno-Bn akan menjadi pembangkang dalam PRU 13 nanti. Ini kerana Najib adalah penutupnya teori tersebut dan Rosmah terpaksa berjumpa semula dengan 'bomoh' untuk mengetahui untung nasib sebagai 'Wanita Pertama' yang menjadi 'Si Tanggang Moden'

dari : ruzanah.blogspot.com

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Samy Vellu kena bantai


BN selalu mengungkit dan mendakwa berlaku perpecahan dalam PR, perpecahan dalam BN pula bagaimana? Seminggu dua ini hangat dengan pertelingkahan dalaman yang berlaku dalam BN yang melibatkan MIC.Utusan dan Tv3 pula sudah menjadi senjata BN untuk menghentam Samy Vellu yang dulu dianggap wira kepada kaum India. "Dulu jaguh, sekarang tidak lagi jaguh. Gaya kepimpinan Samy Vellu perlu dijauhi". Malah lebih teruk gesaan supaya Samy Vellu meletak jawatan kerana didakwa menjadi liabiliti. Begitulah lebih kurang lidah BN disuarakan dalam Utusan Online.

Ada juga berita yang dilaporkan wartawan Utusan mengenai perkara yang tidak disebut oleh Samy Vellu sendiri!!

Sekiranya Utusan dan Tv3 menghentam PAS dan komponen PR yang lain saya tidak hairan sangat kerana memang itu kerja mereka selaku penjilat kepada BN. Ini menghentam "kawan" sendiri.






by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Menjawab Artikel Dalam Utusan - Tazkirah Ramadan hentam sesama Islam


Saya terpanggil untuk menjawab artikel yang dikeluarkan dalam ruangan Forum Utusan Online, yang telah disiarkan di SINI
yang bertajuk Tazkirah Ramadan hentam sesama Islam. Artikel ini juga telah dicopy paste dan telah dijawab oleh saya didalam forum Tkodaily.net. Tulisan yang di Bold adalah jawapan saya kepada setiap perenggan.

====================================================================================

SEPANJANG bulan puasa ini banyak ceramah, tazkirah dan kuliah subuh di masjid-masjid dan surau-surau di Selangor. Apa yang menyedihkan ialah kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Pas bagi ceramah-ceramah politik mereka.

Sekadar beberapa contoh, di salah satu masjid penceramah memulakan dengan kata-kata menyeru kebaikan, dapat pahala dan akhirnya masuk syurga. Bukan hendak membuat penafian, sebab itu memang ajaran agama Islam begitu.


Tapi kemudian kata beliau, Pas akan buat benda baik, sokong Pas, akan dapat pahala dan akan masuk syurga.


Sokong mana-mana parti yang perjuangkan Islam memang akan dapat pahala. Dan pahala ganjarannya Syurga.. Saya sikit pun tak heran.. Kalo UMNO pun perjuangkan Islam nak laksanakan dasar Islam, undang-undang Islam, hudud dan lain-lain pun dapat pahala dan ganjarannya Syurga di akhirat kelak.

Jemaah di sebelah saya mula terkedu dan menggeleng kepala.

Pada satu lagi tazkirah, seorang bekas calon Pas, memberitahu pendengar, katanya Islam menang di Permatang Pasir. Habis yang menang di Penanti itu Islam ke tidak sebab yang menang ialah itu ialah calon PKR?

Sebenarnya inilah pegangan taksub ahli-ahli parti berkenaan, iaitu apa yang mereka buat semuanya kerana Islam, orang lain tidak Islamik dalam semua perkara.

Semua orang Melayu beragama Islam, apa bezanya dengan orang Melayu dalam Pas?


Betul semua orang melayu beragama Islam, yang bezanya ada orang melayu sokong Islam dan ada orang melayu tentang Islam. Konon nak bela Islam tapi dengan terang tentang hukum Allah. Allah sudah memperihalkan mengenai sikap manusia munafik sebegini yang dirakamkan dalam Firman Allah yg bermaksud;

"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya Telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? mereka hendak berhakim kepada thaghut padahal mereka Telah diperintah mengingkari thaghut itu. dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah Telah turunkan dan kepada hukum Rasul", [b]niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. [/b](an-nisa 60-61)


Siapa yang berhak menentukan bahawa Melayu yang mengikuti parti lain tidak Islam.

Dasar UMNO bukan berjuang utk Islam tapi berjuang utk Keris dan Melayu. Semua orang maklum. Tok Guru cabar utk bubar UMNO dan PAS. Buat atas satu parti berpaksi dengan dasar yang satu iaitu Islam. Tolak parti kebangsaan. Ada UMNO menyahut seruan??

Kita melihat betapa Pas telah menggunakan isu agama untuk perpecahan sebenarnya. Dalam BN, UMNO bekerjasama dengan Cina dan India juga.

Walaupun atas nama bangsa, tetapi UMNO tidak pernah bersikap tidak adil dengan bangsa-bangsa lain. BN melaksanakan juga beberapa dasar Islam dan dipersetujui oleh orang Cina dan India dari MCA atau MIC. Setakat ini, tidak timbul masalah pun.


Isu agama apa yang telah digunakan oleh PAS sehingga sebabkan perpecahan? Habaq mai sini. Isu apa? Jangan cakap atas angin. Setakat apa yang saya tahu, UMNO lah menjadi dalang dalam pendurjanaan kepada Islam.

Pelajar yang mendalami agama Islam dikatakan dipesongkan minda mereka supaya pro-pembangkang. Bermula dengan peringkat rendah kononnya hinggalah peringkat atasan. Strategi yang digunakan oleh puak UMNO Haprak ni ialah..meracuni jiwa rakyat jelata bahawa Sekolah Agama Rakyat (SAR) banyak menghasut pelajar membenci kerajaan. Lantaran itu peruntukkan kewangan untuk SAR digantung sehingga kerajaan benar-benar yakin SAR tidak dijadikan alat pembangkang. Hairan betul dengan sikap hipokrit puak-puak nii.. Aku dulu pun belajar di sekolah SAR jugak dulu, tidak adapun kata-kata menghina, mencaci atau mempengaruhi pelajar dikeluarkan oleh Tok Guru-Tok Guru di SAR. Yang diajar ialah..Bab Fekah, Tauhid, Sejarah Islam, Iqra', dan lain-lain lagi..

Kerana bencikan Islam yang semakin marak, maka SAR diperkotak katik. Saudara dah lupa?Ini baru satu contoh.. Yang kenyataan Masyitah hadhari tu saya tak cakap lagiii....

Tak cukup dengan itu media dok mainkan isu ketidakberkesanan kerajaan PR selangor dalam urus tadbir berkaitan agama Islam spt isu azan, arak dll sedangkan perkara ini tidak ada masalah dan tidak wujud sama sekali. So siapa dok jadi pemecah belah di sini??

Pas bekerjasama dengan PKR, DAP dan memang jelas DAP akan menentang habis-habisan apa juga pelaksanaan berkaitan agama Islam. Lihatlah perbezaannya. Belum pernah, MCA atau MIC berkata langkah mayat mereka dahulu sebelum melaksanakan dasar-dasar pemerintahan Islam.

Tetapi dalam PR, sudah pun disebut perkara itu. Di mana rasionalnya Pas bekerjasama dengan DAP dan menolak perpaduan atau kerjasama dengan UMNO, sebangsa dan seagama. Apa bezanya Islam Melayu dalam UMNO dengan Islam Melayu dalam Pas?


Baca jawapan Haji Hadi Awang dibawah dengan hati tentu akan paham kenapa kerjasama dengan DAP boleh. Baca dengan hati bukan dengan kepala lutut..

Kerjasama antara Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat (PR) dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah kerjasama ‘Tahaluf’ yang berbeza dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) dengan MCA dan MIC.UMNO dalam BN bekerjasama dengan MIC dan MCA dalam soal wala’, yang menggadaikan maruah, harga diri dan prinsip Islam.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS tetap dalam mempertahankan dasar-dasarnya dan teguh dalam pendiriannya walaupun bekerjasama dengan DAP.“Allah melarang kita berwala’ dengan makna memberi kesetiaan sehingga kita menjual harga diri dan maruah kita kepada orang bukan Islam,“kerjasama diantara PAS dengan DAP adalah kerjasama Tahaluf, kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC (adalah) kerjasama wala’, “ujarnya.

Menurutnya ramai diantara kita yang hanya mempelajari feqah sembahyang, feqah puasa dan feqah zakat, tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang feqah politik.Katanya wala’ adalah istilah politik dalam kitab feqah yang bermakna hubungan dengan orang bukan Islam sehingga kita boleh menjual maruah dan harga diri kita.

“Dia kata jangan laksanakan Islam, kita ikut dia, dia ajak kita minum arak, kita minum sama dia, dia kata judi kena benar (dibenarkan), kita benarkan,“maksiat kena benar(kan), kita ikut dia, ini yang dibuat oleh UMNO, (dan) kerjasama (seperti) ini diharamkan oleh Islam,”katanya dalam ceramah sempena isu Sidang Dewan Undangan Negeri, di Merang dekat sini semalam.

Katanya dalam kerjasama PAS tidak berganjak dari dasarnya kerana PAS bekerjasama dengan DAP adalah kerjasama Tahaluf.Katanya dalam perbincangan dengan pihak DAP, beliau telah menolak permintaan DAP supaya PAS ‘membuang’ perjuangan menegakkan Islam dalam PAS, tetapi bersetuju untuk bersama dalam menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.“Kebetulan almarhum Yusof Rawa dan almarhum Fadzil Noor serta Tok Guru Nik Aziz banyak menugaskan saya untuk berunding dan berdailog dengan orang-orang DAP,“mereka minta supaya kita buang perjuangan menegakkan Islam dalam parti PAS, saya kata tak boleh, ini dasar kita (PAS), ini hak kita,”“kita tak suruh dia buang sosialis dia, tak suruh dia buang ‘cina’ dia,”“tetapi menentang kezaliman, untuk memberi hak kepada sesiapa yang berhak, untuk tolong orang miskin, bela orang kena zalim, lawan ISA tangkap orang tak perlu bawa ke mahkamah, ini boleh kita bekerjasama,”tegasnya.

Oleh itu, katanya sebab itulah DAP kelar dari pakatan dalam Barisan Alternatif pada tahun 2001 kerana PAS tetap teguh mempertahankan dasar perjuangan menegakkan Islam.Namun sebaliknya DAP kembali bekerjasama setelah melihat contoh pemerintahan yang adil menurut Islam yang dilaksanakan oleh PAS di negeri Terenganu dan Kelantan.

“Ketika kita nak mengharamkan arak dan judi, kita panggil orang bukan Islam, kita tanya mereka, arak dalam ugama mereka bagaimana?, dia (mereka) kata (dalam) ugama dia arak boleh, (jadi) itu hak dia, dia nak minum itu hak dia,“Babi…. Dia boleh makan, kita tak boleh larang dia nak makan babi, judi ?, Judi ugama dia kata tak boleh, maka kita tutup kedai judi,”jelasnya.Beliau berkata itulah perbezaan diantara PAS dengan UMNO dimana PAS mempunyai had dan batasan tetapi tidak ada dalam UMNO.


Tok guru pun tidak boleh dan tidak berhak menentukan Islam Melayu dalam UMNO tidak betul atau tidak boleh pakai? Siapa Tok Guru?

Tazkirah di bulan mulia digunakan untuk mengata saudara-saudara yang seagama tetapi berbeza ideologi politik.

Sebab itulah sepanjang masa kita akan lihat betapa Pas sibuk dengan ceramah sahaja, tetapi apa yang dibuat untuk rakyat yang memilih mereka?


Dasar politik UMNO secara terang tidak betul takkan nak kata betul. Kita tak menentang peribadi dan keislaman UMNO, tetapi dasar yang dibina UMNO. Ada dok bela Islam?

Dasar Pas, Islam memerintah. Dasar Umno, Islam diperintah.Maka tidak wajar orang Islam membiarkan Islam diperintah. Jadi bagaimana Umno nak membuktikan dia juga telah melaksanakan tuntutan alquran dan Alsunnah.

Umno kena terima hakikat, Umno tidak berjaya mendoktrinkan sebahagian rakyat Islam mengikut Islam fahaman Umno. Dan Sebahagian rakyat Islam yang ditarbiahkan oleh alquran melalui ulamak akan tetap menentang Umno sehingga ke akhir zaman sekiranya mereka tidak berjaya.Rentetan dari tindakan Umno untuk menghalang Islam yang diperjuangkan oleh Pas. diantaranya. Manarik bantuan kepada sekolah agama rakyat.Melebelkan ulamak anti pembangunan.Menafikan hak rakyat melayu Islam kelantan.Mendiskriminasikan pelajar yang mendapat pendidikan khusus dlm serjana Islam.Menghalang pendakwah membicarakan perkara Hukum dan undang2 Islam dalam media pemerintah.

Usaha itu cukup jelas Umno tidak membenarkan Islam memerintah.
Rakyat yang memahami dan beriktikad dengan Iman dan kebenaran Islam, akan nekad mengatakan Umno telah didoktrin oleh penjajah yang tidak pernah suka pada Islam.Suka atau tidak, mengganas atau tidak terganasnya Umno. Pejuang Islam tetap ada dimana mana, mereka inilah yang akan menentang Umno sehingga ke akhir hayat, jumlah mereka tidak akan susut bahkan akan bertambah.

Tengok video kat bawah ni:




Hendak selesaikan masalah babi, masalah arak, masalah kuil pun tidak mampu. Apa sahaja yang BN buat semua tidak betul dan tidak Islamik.

Apakah perkara betul yang Pas buat?

Masalah babi dan setel dengan pembinaan kandang babi moden. Dan kes dengan DAP Kedah pun dah setel. Ini hanya satu tuduhan jahat. Yg tak setel spt di Negeri Sembilan. masalah arak?? Apa yang ko dok merepek ni labuu???

Sudah didraf enakmen mengenai masalah arak di Selangor dan sudahpun SETEL!!. Baca kat SINI : .. Sudah² la dok meroyan di sini.

Kes kepala lembu dalam siasatan, tetapi Harakah telah memberi tajuk depan UMNO dalang di sebalik kepala lembu. Kalau belum ada bukti, ini fitnah namanya. Tidakkah ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Lihat sahaja dalam beberapa perkara terlalu banyak tuduhan dan fitnah Pas dan PR melalui Harakah ke atas pemimpin-pemimpin BN. Siapa sahaja yang tidak bersetuju dengan mereka akan 'diaibkan' seperti kes ADUN Lunas, betapa didedahkan segalanya oleh PKR
.

Sape dalang ye?? Sedara tengok SINI je.. Sbb orang-orang ni sannnggaatttt familiar dengan UMNO...

kes Adun Lunas, Media termasuk TV3, telah beberapa kali menyiarkan berita tentang beberapa kes penyelewengan exco negeri Kedah namun tidak pernah didedahkan nama Exco berkenaan. Exco ini sebenarnya Radzhi, yang terpalit dengan pelbagai masalah disiplin dari awal terutamanya dari segi perbelanjaan dan tuntutan berlebihan sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Maka memang patut jenis bernajis begini keluar dan menyertai UMNO.

Alasannya meninggalkan PKR juga cukup naif. Alasan keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan PKR nampaknya sebagai alasan saja. Radzhi mencari-cari alasan menghalalkan tindakannya. Katanya keluar parti setelah pemangku ketua bahagian PKR Padang Serai keluar parti maka belia kena keluar parti. Sebabnya pemangku ketua bahagian itu berjasa kepadanya. Ni apa punya alasan ni??

Kenapa sekarang perlu menilai perjuangan PKR samada betul atau tidak, kenapa tidak dari mula. Jelas alasan itu sengaja diada-adakan bagi menyembunyikan masalah sebenarnya
.

Mana Islamik dan mana keadilannya? Lihat sahaja dalam beberapa PRK, bagaimana pengisian ceramah-ceramah Pas, begitu banyak serangan peribadi kepada calon yang menentang calon mereka.

Inikah yang dibenarkan dalam Pas yang kononnya mendokong perjuangan Islam.


Berlaku serangan peribadi sbb memang peribadi itu mengaibkan dirinya sendiri dan sangat bermasalah, macam kes Rohaizat. Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang menjadi ’wistle blower’ mendedahkan kes ini. Apa kes?? Dan orang bermasalah sebegini memang tidak wajar disokong. Tidak terhenti disitu, terpalit pula dengan masalah rumahtangga sehinggakan bapa mertua sendiri mendedahkan isu sebenar..

Mengkaji latar belakang calon menjadi lumrah PAS dalam mengatur strategi menentang pihak lawan. Dan sekiranya pihak lawan tidak bersih, maka menjadi tanggungjawab pemimpin yang ingin membela rakyat menyeru agar calon itu ditolak. Tidak ada salahnya.

Kepada semua pemimpin PAS, sedarlah dan cukuplah apa yang telah anda lakukan. Perpaduan Islam sebenarnya semakin lemah.

Generasi Islam kini makin jauh dari agama. Nilai-nilai murni makin berkurangan dan kian pupus. Generasi muda yang hadir ceramah Pas, seronok kerana ceramah penuh cacian dan maki hamun, kemudian diikuti dengan jeritan takbir.

Perpaduan Islam lemah adalah kerana UMNO. UMNO tidak berjaya memartabatkan Islam di Malaysia, namun berjaya menjadi juara dalam menentang perjuangan Islam yang ada di Malaysia.

KetidakAdilan perlu ditentang, kezaliman perlu ditentang, dan Islam perlu dimartabatkan. Kita sebagai Islam perlu membenci parti yang memporak porandakan Islam.


Inikah yang diajar oleh Islam untuk disebarkan kepada anak-anak kita, seperti berguling-guling di atas jalan raya bagi membantah titah sultan?

Berguling lebih baik daripada memanggil Sultan dengan gelaran natang. Lihat paparan gambar di bawah :





Lihatlah tuduhan Mahafiraun dan Mahazalim tempoh hari. Apakah Mahathir lebih jahat dari firaun atau lebih zalim dari firaun. Di mana akal yang waras semasa membuat tuduhan berkenaan.

Akhirnya yang Mahazalim itu juga berjaya membangunkan negara. Tidak ada pula tuduhan dari Mahathir kepada mana-mana pemimpin Pas.

MELAYU INSAF-NAL-PERAK


Tanjong Karang

Mahathir tidak jahat. Mahathir baik dan mulia. Sila lihat di SINI untuk melihat kebaikan mahathir Mohamad.


by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Lawak Khairy Jamaluddin bila jadi Pak Lawak



-='Meter' by Benji & Bahir - English Subtitles - 15Malaysia =-


Khairy ni lebih baik jadi pak lawak, orang suka tengok dia berlakon.. Kalo jadi Ahli politik orang pakat maki je. Tapi bagus jugak kritikan yang diberikan, pedas, dan terkena batang hidung sendiri. Penuh dengan sindiran dan maksud tersirat. Buat orang berfikir. :) . Syabas to producer http://www.15malaysia.com

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Bongkar Penipuan Undi Pos -GreenBoc


Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos. Ini tidak termasuk pengundi pos haram.

Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi. Malah suara-suara yang menyatakan bahawa SPR adalah kuda tunggangan UMNO-BN ternyata benar.

Maklumat ini saya perolehi dari seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara online di laman web SPR disini Namun dia sendiri terkejut apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi pesara tentera.

Ini menunjukkan SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini telah mempunyai MyKad. Nombor tentera mereka masih digunapakai sebagai pengundi pos yang sah (dibaca: sebenarnya haram).

Untuk maklumat juga katanya, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.

Kenyataan di atas hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.

Amat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi advantage kepada UMNO-BN.

Anda boleh periksa sendiri mengenai kesahihan sumber ini dengan memasukkan nombor tentera di bawah dengan didahului abjad "T"bagi membezakan tentera dengan orang awam. Sila klik disini untuk ke laman web SPR untuk membuat semakan.




Anggota tentera ini telah bersara pada 4 Feb 2009

1068209, 1068213, 1068217, 1068221, 1068233, 1068236, 1068242, 1068250, 1068251, 1068258, 1068261, 1068263, 1068270, 1068281, 1068283, 1068289, 1068291, 1068294, 1068314, 1068315, 1068322, 1068333, 1068337, 1068339, 1068340, 1068341, 1068343, 1068355, 1068365, 1068367, 1068368, 1068376, 1068382, 1068383, 1068384, 1068390, 1068392, 1068394, 1068399, 1068404, 1068406, 1068409, 1068416, 1068424, 1068432, 1068441, 1068465, 1068467, 1068473, 1068474, 1068477, 1068483, 1068484, 1068489, 1068490, 1068492, 1068498, 1068499, 1068511, 1068518, 1068520, 1068525, 1068527, 1068530, 1068533, 1068548, 1068554, 1068556, 1068559, 1068560, 1068570, 1068573, 1068574, 1068576, 1068579, 1068580, 1068582, 1068589, 1068602, 1068619, 1068626, 1068627, 1068630, 1068637, 1068640, 1068650, 1068654, 1068656, 1068659, 1068666, 1068678, 1068683, 1068687, 1068691, 1068693, 1068694, 1068695, 1068704, 1068709, 1068713, 1068729, 1068731, 1068746, 1068748, 1068750, 1068752, 1068753, 1068760, 1068764, 1068774, 1068775, 1068783, 1068788, 1068795, 1068796, 1068800, 1068802, 1068805, 1068806, 1068808, 1068809, 1068813, 1068816, 1068821, 1068824, 1068825, 1068828, 1068833, 1068836, 1068837, 1068842, 1068847, 1068860, 1068862, 1068870, 1068871, 1068890, 1068891, 1068902, 1068920, 1068934, 1068938, 1068940, 1068941, 1068943, 1068946, 1068947, 1068948, 1068949, 1068951, 1068956, 1068958, 1068962, 1068963, 1068965, 1068967, 1068975, 1068985, 1068987, 1068990, 1068994, 1068997, 1068999, 1069004, 1069005, 1069009, 1069012, 1069015, 1069031, 1069064, 1069078, 1069083, 1069084, 1069093, 1069094, 1069101, 1069110, 1069111, 1069114, 1069121, 1069124, 1069132, 1069133, 1069134, 1069136, 1069142, 1069143, 1069146, 1069148,1069151, 1069155, 1069159, 1069173, 1069181, 1069183, 1069192, 1069198, 1069208, 1069220, 1069227, 1069233, 1069235, 1069240, 1069253, 1069262, 1069265, 1069277, 1069279, 1069282, 1069274, 1069293, 1069297, 1069298, 1069306, 1069315, 1069331, 1069334, 1069338, 1069340, 1069344, 1069354, 1069362, 1069375, 1069379, 1069381, 1069400, 1069411, 1069421, 1069423, 1069424, 1069426, 1069437, 1069438, 1069440, 1069441, 1069442, 1069443, 1069444, 1069449, 1069452, 1069454, 1069456, 1069459, 1069465, 1069468, 1069477, 1069488, 1069494, 1069496, 1069499, 1069501, 1069503, 1069504, 1069505, 1069516, 1069523, 1069525, 1069530, 1069534, 1069536, 1069549, 1069560, 1069561, 1069562, 1069566, 1060571, 1060579, 1069581, 1069584, 1069586, 1069595, 1069597, 1069606, 1069612, 1069621, 1069628, 1069635, 1069636, 1069637, 1069649, 1069651, 1069653, 1069657, 1069668, 1069676, 1069677, 1069678, 1069682, 1069686, 1069690, 1069691, 1069693, 1069699, 1069711, 1069713, 1069714, 1069721, 1069732, 1069736, 1069743, 1069746, 1069742, 1069744, 1069745, 1069777, 1069796, 1069807, 1069812, 1069817, 1069820, 1069822, 1069826, 1069828, 1069829, 1069836, 1069841, 1069845, 1069848, 1069850, 1069853, 1069854, 1069856, 1069858, 1069868, 1069874, 1069875, 1069876, 1069878, 1069880, 1069892, 1069899, 1069900, 1069904, 1069907, 1069908, 1069917, 1069928, 1069929, 1069931, 1069933, 1069936, 1069937, 1069945, 1069949, 1069950, 1069951, 1069952, 1069968, 1069972, 1069983, 1069991, 1069993, 1069998, 1070000, 1070002, 1070014, 1070015, 1070016, 1070024, 1070028, 1070031.

A-I-B: Dengan terbongkarnya rahsia ini, ada kemungkinan SPR akan melenyapkan bukti-bukti tadi dengan membersihkannya secepat mungkin dari pangkalan data mereka. Namun saya telah mencetak keluar serta mendownload maklumat tersebut terlebih dahulu agar menjadi bahan bukti jika dinafikan oleh pihak SPR. - payahsungguh

Dipetik Dari http://greenboc.blogspot.com/2009/09/era-najib-altantuya-bongkar-penipuan.html
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

CHAMPIANK of Section 23



Wajah-wajah perwira kepala lembu UMNO.


by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Zaman Menyalak Najib Pula



Kata Nazri Aziz;

"Mengulas lanjut tentang sikap pembangkang, katanya, sikap kurang ajar mereka semakin menjadi-jadi disebabkan pentadbiran lembut yang dipraktikkan ketika era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kesempatan tersebut digunakan sepenuhnya oleh kumpulan terbabit untuk bertindak melampaui batas sehingga ke tahap mengugat keamanan negara."

PakLah lembut ye??

Dulu masa era PakLah, Mahathir menjadi objek salakan penjilat UMNO bawahan era PakLah.Bila era Najib, PakLah lah pula menjadi bahan salakan penjilat UMNO bawahan era Najib. Haiii nasib badan la PakLah.. Hang jangan bimbang, bila time era Najib habis, Najib la pulak kena salak. Semua pakat kena.. hehehe.


-= Gambar di Forum UMNO, yang sendiri mengakui kejijikan si Nazri Aziz..Klik GAMBAR utk paparan lebih besar =-

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Gimik Budaya Sogok Menyogok Barisan Nasional.



Jika dahulu bising soal budaya sogok menyogok semasa Perhimpunan Agung UMNO, terkini, dakwaan wujud pula gejala politik wang menjelang mensyuarat agung luar biasa (EGM) MCA. Juga berita SPRM memantau perjalanan kempen dan pemilihan calon MIC berikutan laporan terdapat kes amalan politik rasuah sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar tempatan edisi tamil semalam yang bertajuk " RM300 Untuk Perwakilan MIC di Melaka"

Presiden MCA datuk Seri Ong Kee Keat mahukan supaya badan disiplin MCA menyiasat dan ambil tindakan kepada mereka yang terlibat. SPRM juga mahu menyiasat laporan perwakilan MIC Melaka yang diberikan wang sebanyak RM300 tersebut. Maka saya teringat, dulu pun masa pemilihan Agung UMNO presiden Tun Lah (ketika itu) mahukan badan disiplin UMNO menyiasat dan ambil tindakan. hasilnya?

Perasuah muda Khairy Jamaluddin (perasuah yang suka berbicara soal integriti padahal diri sendiri tidak bermaruah) tetap menjadi Ketua Pemuda UMNO, dan Ali Rustam tetap menjadi Ketua Menteri Melaka.

Walaupun badan disiplin UMNO sudah sabitkan mereka terlibat "politik Wang" tapi orang yang sudah disogok tetap memilih mereka (Khairy Jamaluddin) dan orang yang menyogok tetap bebas melata tidak dipenjara. Dalam erti kata, selagi mereka yang terlibat masih berleluasa dan tidak dipenjara atas kesalahan rasuah, selagi itulah budaya sogok menyogok terus subur dalam Barisan Nasional.

Perkara ini sudah pasti disedari oleh akar umbi teratas BN, namun mereka sengaja mengaburi mata rakyat, konon ingin membuat pembersihan dalam parti yang sememangnya kotor supaya "NAMPAK BERSIH", dengan menyuruh dan menggesa badan disiplin menyiasat dan ambil tindakan. Dalam masa yang sama mereka tetap meredhai pemimpin kotor dengan najis rasuah naik (yang sudah disabitkan kes). Semuanya ini hanya retorik, "cakap tak serupa bikin.."walhal gambaran umumnya yang kita nampak,menyuburkan budaya sogok menyogok kekal dalam parti.

So masih nak buat gimik? hek elehhh..sudah-sudahlah. Semua orang sudah tahu Barisan Nasional ni tetap sama TAKKAN berubah. UMNO + MIC + MCA = Parti bernajis dengan tahi rasuah.

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

ADUN BN ugut letak jawatan - Sinar Harian


Kalau bantuan kepada ADUN sendiri pun disekat, inikan pula bantuan dan peruntukan kepada kawasan yang diperintah Kerajaan Pakatan Rakyat. Memang sikap parti Kepala Lembu, menendang dan menyekat bantuan untuk saluran rakyat kepada mana-mana pemimpin yang tak sebulu, hatta pemimpin parti sendiri.

Terkini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO (Pulau Pinang), meluahkan kekecewaan dan tidak berpuas hati dengan layanan diterima yang dianggap tidak adil dan dipinggirkan. ADUN itu melahirkan rasa kecewa kerana tidak mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang termasuk dari segi menyalurkan bantuan tertentu untuk faedah rakyat di kawasannya.

Petikan Sinar Harian:

Beliau berkata, keadaan itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh atau tekanan pihak tertentu untuk meminggirkannya daripada arus politik UMNO di peringkat bahagian akibat kurang persefahaman dan perbezaan pendapat atau pendirian.

“Mana boleh bantuan cuba disekat untuk ADUN tertentu kerana semua ini adalah untuk keperluan rakyat. Kenapa sesetengah peruntukan tidak boleh disalurkan terus kepada saya atau penduduk di kawasan saya tetapi perlu dirujuk kepada orang tertentu terlebih dahulu. Jika tidak mendapat ‘perkenan’ daripada mereka, maka bantuan itu tidak akan sampai ke kawasan saya,”

Menurutnya, walaupun perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi ia kini menjadi amalan mereka dan begitu ketara sejak pilihan raya umum lalu.

“Kenapa ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap sesetengah ADUN dibiarkan berterusan kerana ia turut memberi kesan kepada saya untuk membantu rakyat.Ini tidak adil kerana agensi Kerajaan Persekutuan tertentu tidak mahu memberi sokongan dan bantuan secara terus kepada saya dalam menjaga kebajikan rakyat,mereka kini seolah-olah dilihat mencampuri urusan politik dan menyebelahi pihak tertentu dalam pergolakan yang berlaku,Jika masih tiada perubahan, saya akan meletak jawatan selepas Hari Raya Aidilfitri ini agar diganti dengan wakil rakyat baru yang lebih sealiran dengan pihak tertentu,” katanya tegas.

Haiii...nasib badan la YB. Mungkin bodek YB tak cukup power. Atau YB ni jenis melawan. Jenis lantang melawan ni tak diperlukan dalam UMNO. Hanya pak angguk sahaja diperlukan. Parti UMNO ni kan parti lembu. Tak cucuk hidung tak sah jadi YB.

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

"Rodziah saya akan rogol you sekarang!"


Sikap biadap, bodoh dan tak bertamadun penyokong UMNO yang melemparkan kata-kata seperti "Khalid Samad sekongkol dengan kuil","Rodziah saya akan rogol you sekarang!" "Rodziah pelacur"dan banyak kata-kata kesat (Sila lihat di SINI)membongkar wajah sebenar betapa jijiknya parti/penjilat UMNO kepala lembu ini semasa sesi rundingan di dewan MBSA Sabtu 5 Sept09. Ada juga beberapa penjilat yang mengangkat kasut dan kerusi untuk dibaling ke arah MB dan Ahli Parlimen dan ADUN. Penguatkuasa terpaksa membuat benteng dihadapan untuk menghalang kumpulan penjilat ini daripada menyerbu Khalid Samad dan MB . Beberapa kali timbul pergaduhahan yang terpaksa diredakan keadaannya.

Kehadiran gengster dan penjilat tegar UMNO ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengkucar-kacirkan majlis dan menghuru-harakan agar jadi panas sepertimana perarakan kepala lembu sebelum ini. Rundingan yang dilakukan bertukar jadi pentas maki hamun penjilat² UMNO kepada barisan pimpinan PR Selangor.

Gambar² Pencacai dan Samseng² UMNO. Klik butang dibawah;












by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Demonstrasi Hina Islam : UMNO jadi dalang.



Beginilah sikap segelintir muslim yang mencemarkan dan memalukan agama Islam. Sikap bodoh dan melampau inilah yang patut di ISA. Bukan sahaja penghinaan kepada agama Hindu,malah maruah agama Islam juga tercemar. Lihat sahajalah sikap mereka yang berdemonstrasi. Memijak kepala lembu kemudian bertakbir??

Jika pada zaman Rasullah dulu, para sahabat berjihad dalam kepenatan Ramadhan semasa peperangan Badar, lantas kemenangan yang diperoleh disyukuri dan disambut dengan memperbesarkan kalimah takbir,Allahuakbar kabiran walhamdulillahi kathira wasubhanallahi bukratan waasilaa..ilal akhir..

KINI
,kemenangan untuk Ramadhan disambut dengan menukar kalimah Takbir kepada "Take Beerrr... "dan disambut bukan atas kemenangan memperjuangkan Islam, tapi kemenangan atas penghinaan kepada Islam..

Kita yang muslim berasa cukup terhina. Rasa malu dengan sikap sesama muslim sendiri yang mencemari kesucian kalimah takbir dan laungan Allahuakbar. Bukan non-muslim Hindu yang hina, bukan non-muslim Cina yang hina, tetapi Muslim sendiri yang hina. Namun UMNO berbangga. Berbangga atas kemenangan berjaya hasut dan mendalangi perarakan ini. Merekalah wira. Para pengarak, pemijak dan peludah lembu sambil bertakbir inilah dianggap sebagai Wira bagi UMNO.



-= Paparan video, bukti UMNO dalang perarakan bantahan kuil.. =-


by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]