Subscribe

Bn Tidak Yakin Dengan Mahkamah Persekutuan,Dun Perak DiBubarkan?



Spekulasi semakin kuat bahawa Dun Perak bakal dibubarkan dalam tempoh terdekat. Banyak tanda-tanda yang menunjukkan kearah pembubaran itu. Rasanya tak perlu saya ulas lagi. Tetapi saya menjangkakan antara sebab utama Dun Perak bakal dibubarkan ialah Umno@BN tidak yakin keputusan Mahkamah Persekutuan pada 5 November ini memihak kepada mereka.

Mereka tidak yakin Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai Menteri Besar. Datuk Seri Ir Nizar akan dikembalikan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Jika itu berlaku Umno@BN akan malu besar. Moral Umno akan jatuh merudum. Pastinya sokongan kepada Pakatan Rakyat akan melonjak kembali. Umno pastinya tidak akan membiarkan tragedi itu berlaku. Oleh itu Umno@BN tidak ada pilihan melainkan mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun Perak. Maka jika Dun Perak dibubarkan Mahkamah Persekutuan tidak lagi perlu bersidang 5 November ini.

Mungkinkah juga Dato Seri Najib akan mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat selepas membentangkan Belanjawan 2010 pada Jumaat ini? Semua kemungkinan ini saya lihat sebagai opsyen yang ada kerana dalam pembentangan Belanjawan nanti mungkin pelbagai tawaran, insentif dan bonus diumumkan diikuti di akhirnya pembubaran parlimen. Semua ini sebagai 'gula-gula' politik agar rakyat terus menyokong Umno@BN. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan....

Oleh AngkasaNuri
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO nak tarik Undi Anak Muda?


Dalam minggu ini kita dipertontonkan dengan pelbagai berita, antaranya acara Perhimpunan Agung UMNO yang ada membincangkan masalah dalaman UMNO yang kian meruncing seperti politikwang dan politik cantas mencantas. Kedua, usaha terkini Badan Perhubungan UMNO Kelantan menjalankan misi mendampingi anak muda yang bekerja diluar Kelantan (selain 2 misi lain,iaitu mendaftar anggota baru sebagai pemilih dan penerangan yang membabit isu semasa dan masa depan orang Melayu dan agama Islam).

Kata Najib,UMNO perlu mengikis politikwang dan politik cantas mencantas kerana ia tidak baik untuk survivor politik UMNO. Kata Tok Pa pula, cara mendampingi anak muda adalah "peluang baik" untuk mengajak/menarik mereka khususnya yang bekerja diluar Kelantan bagi sama-sama "berjuang sama dalam UMNO". Kat sini ada dua perkara yang keluar dari 2 mulut pemimpin UMNO yang berbeza, dan bersifat kontra~!. Satu luahan masalah serius yang tak setel² sampai hari ini, dan satu lagi inisiatif terancang yang dibuat (dalam keadaan UMNO bermasalah) untuk meraih undi. Macam mana tu?

Saya sebagai rakyat hanyalah memerhati senario politik yang berlaku. Bukan niat untuk mempersenda perancangan dan strategi UMNO Kelantan. Cuma sedikit lucu, UMNO memasang angan-angan mat Jenin menarik undi anak muda sedangkan dalam masa yang sama, UMNO sendiri mengalami konflik/perpecahan serius sesama mereka. Tak cukup dengan itu,kepincangan dan masalah dalaman UMNO juga dipertontonkan dan diperbincangkan dihadapan khalayak, khususnya masalah politikwang yang tidak dianggap rasuah, dan politik cantas mencantas yang semakin membiak subur dalam UMNO. Semua ini boleh disaksikan dalam Tv semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Persoalan dibenak saya, adalah UMNO Kelantan mampu menarik anak muda mendampingi UMNO yang sedang nazak dengan pelbagai krisis dalaman? Adakah pemimpin UMNO mampu menjawab dan menangkis segala persoalan anak muda berhubung krisis dalaman UMNO seperti politikwang (bukan rasuah ya..) dan politik cantas mencantas?

Sekiranya UMNO sendiri tidak mampu melahirkan suatu bentuk kepimpinan yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat, tanpa mementingkan diri sendiri, tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan, tanpa merasuah rakyat dengan wang, tanah, jalan, dan sebagainya, maka usahlah berangan dapat meraih sokongan daripada anak muda. Bagi saya sifirnya mudah sahaja. Sekiranya hendak mendampingi anak muda, pastikan badan sendiri suci bersih. Sekiranya rambut pakai minyak rambut dari tahi ayam, badan bersabun dengan tahi lembu, berus kaki pula dengan berus jamban,usahlah berharap dan ada hati mahu dampingi orang orang lain. Bersihkan diri sendiri dulu.

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

PRK Bagan Pinang: Gelanggang Menunjukkan Belang??? -TamuPulauMelaka


Para pengundi pos dari Kem Port (Pelabohan) Dickson Negeri 9 telah menunaikan tanggungjawabnya semalam, tiga hari sebelum para pengundi awam bagi N31 DUN Bagan Pinang.

Para pengundi awam akan memangkah sama ada 'dacing' atau 'bulan' pada 11 Oktober 2009 bersamaan 22 Syawal 1430 sempena cuti hari minggu 'ahad'. SPR memilih ahad untuk PRK kali ini. Murah hati SPR ini sudah tentu menyebabkan ada para pengundi negeri-negeri PR yang pernah terlibat dengan PRK lalu....berasa iri dan 'berasa lain macam' terhadap SPR. Bersabarlah. Bukan senang hendak memuaskan hati semua orang!

[Baca Selanjutnya Di Sini, TamuPulauMelaka]
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Memang benar Azeez ditumbuk!!


Ternyata apa yang didakwa oleh Ketua Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bahawa beliau telah ditumbuk oleh para penyokong PAS semasa hari pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah benar!! Saya sudah menjangkakan, keganasan pasti berlaku dan sudah tentu dicetuskan oleh pembangkang! (penyokong UMNO berjiwa mulia)

Beliau mendakwa telah dipukul oleh 8 orang (mengikut laporan Tv3) dan 9 orang (mengikut laporan Utusan dan bloggers UMNO) dan 10 orang (mengikut laporan lain). Jumlah ini juga dijangkakan akan bertambah dari masa ke semasa mengikut kesesuaian kempen UMNO di Bagan Pinang.

Datuk,

Saya cukup bersimpati dengan apa yang menimpa Datuk. Saya memohon maaf atas tindakan kurang ajar pihak pembangkang terhadap datuk. Aksi-aksi liar,ganas dan adegan membelasah datuk yang ditunjukkan oleh gambar dibawah rasanya sudah cukup untuk membuktikan betapa penyokong pembangkang ini melampau batas.


(Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS)

(Gambar 2: Azeez dicuit dan disapa oleh salah seorang penyokong PAS)

(Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden)

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Terkini,, Gambar Datuk Azeez Kena Tumbuk di Bagan Pinang


Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) sebuah badan bukan kerajaan yang bergerak aktif di Kedah ingin menawarkan harga sejumlah RM 1000.00 kepada sesiapa sahaja yang memiliki gambar Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang medakwa ia kena tumbuk ketika hari penamaan calon pilahanraya kecil Dun Bagan Pinang hari Sabtu lalu.

Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid bahawa, mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif Pembela petang tadi telah mengambil keputusan untuk menawarkan wang sejumlah RM 1000.00 kepada sesiapa sahaja yang memiliki ataupun mahu menjual gambar ketika insiden Datuk Azeez di tumbuk.

Di petik dari media online, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak kelmarin setelah cedera di muka, leher dan tengkuk ekoran insiden ditumbuk dipercayai penyokong parti pembangkang.

Abdul Azeez berkata, insiden yang berlaku pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan kelmarin menyebabkan beliau muntah-muntah serta hampir pengsan sebaik tiba di rumahnya di sini.

Dzohir berkata, tujuan Pembela membuat tawaran membeli gambar berkaiatan insiden tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan kepastian di atas dakwaan Datuk Azeez bahawa dia di tumbuk oleh penyokong parti Pakatan Rakyat ketika hadir di hari penamaan calon di Dun Bagan Pinang.

“Pembela harap ada pihak yang merakam gambar tersebut sudi menjual kepada pihaknya dengan tawaran harga yang diberikan, sekaligus membolehkan pihaknya membuat tindakan lanjut di atas dakwaan Datuk Azeez berkenaan, katanya.

Adalah suatu yang tidak munasabah jika insiden yang mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik yang disiar sejak hari penamaan calon sehingga ke hari ini tidak ada pihaknya yang merakamkan gambar tersebut yang di kira cukup penting sebagai modal politik ketika berkempen oleh Umno/Bn di Dun Bagan Pinang bagi memburukkan Pas khususnya.

Katanya lagi, bayaran tersebut akan dilakukanj secara tunai kepada pihak berkenaan”.

Sehubungan itu, pihak yang berkaitan bolehlah menghubungi Mohd Dzohir di talian 019-498 0230 pada bila-bila masa.

Dipetik dari Pembela
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO Sudah Kalah Fasa Pertama


Isa Samad diramalkan menang oleh ramai penyokong UMNO untuk PRK kali ini. Setelah siri kekalahan hatrik Hero di semua kawasan pilihanraya di semenanjung, peluang untuk UMNO menang sedikit cerah. Ya benar. Ia adalah kawasan UMNO dan boleh dianggap 'kubu' UMNO.

Pada pendapat saya,menang atau kalah, hakikatnya UMNO telah kalah untuk fasa pertama. Iaitu kalah ‘sesi pemilihan calon’ beberapa hari lepas. Dengan terpilihnya Isa sebagai calon Bagan Pinang, sudah pasti masyarakat Malaysia tidak kira penyokong PR atau BN, memandang UMNO sebagai parti ketandusan pemimpin yang bersih. PRK Permatang Pasir sebelum inipun UMNO meletakkan Rohaizat yang terbelenggu dengan masalah dan tuduhan melesapkan duit pelanggannya dan berbohong berkenaan dengan jumlah isterinya, kini Isa Samad pula. Isa juga dikecam mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan menyifatkan pemilihan Isa Samad tidak tepat kerana Isa pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah.

Rekod Isa, dia pernah digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004.Isa memenangi jawatan naib presiden Umno bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi, iaitu undi tertinggi mengatasi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).Bagaimanapun kemenangannya itu kemudiannya dibatalkan selepas didapati bersalah terhadap tuduhan amalan politik wang dalam pemilihan tersebut.

Seorang jurucakap Umno bahagian Teluk Kemang pula berkata, apa jua isu yang dibangkitkan oleh pambangkang, akan dijawab sepanjang tempoh kempen tersebut. Mereka juga menyifatkan Isa sudah jalani hukuman, dan memberi persamaan dengan kemenangan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh biarpun Anwar terpalit dengan isu liwatnya. Jika Anwar boleh menang, maka Isa pun boleh menang.

Di sini, saya tidak nampak sedikitpun persamaan sebagaimana UMNO bahagian Teluk Kemang katakan. Mana mungkin orang yang belum didapati bersalah,disamakan dengan orang yang sememangnya didapati bersalah? Malah dari sudut kesalahan pun, rasuah yang ditukar jadi "politik wang" tidak dikenakan hukuman sivil seperti dipenjara dan hanya dikenakan tindakan disiplin dan tatatertib sahaja. Adakah rakyat menilai dan memberi persepsi hukuman itu dari sudut yang sama? Saya rasa tidak.

Biarpun bahagian UMNO Teluk Kemang yakin dan bermatian membela calon keris mereka, saya tidak yakin mereka mampu menangkis apabila isu rasuah ini diputarkan balik. Bukan apa, Mahathir Mohamad pun tidak akan berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kali ini kerana “tidak mampu menangkis apabila isu rasuah timbul”. Inikan pula UMNO bahagian je.

Apapun, saya menantikan keputusan fasa kedua semasa pilihanraya kecil berlansung. Adakah UMNO kalah lagi sebagaimana fasa pertama? Wallahua’lam.

Komen di ChedetBlog:

nampaknya semua perkakas di bilik post mortem tidak di selenggara sejak berkurun lama sbb tu tiap kali BN kalah post mortem di adakan tapi keputusan post mortem sama jek...pasni post mortem...lagi post mortem..postmortem lagi.. lagilagilagilagilagilaaaaaagiiii ..... idak gak belaja dr keputusannya yek......haila nasib malaysia......


by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]