Subscribe

Bala the Missing PI



Everyone has been asking where is Bala? Where is Bala? Here he is.



Video dipetik dari : c4productionhouse

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Peguam : Kehilangan Bala dikaitkan dengan Najib


Jika sebelum ini kes Altantuya nampak surut, kini kes kembali hangat. Kedatangan Bala kali ini sudah pasti merisaukan dan memeningkan kepala Najib Tun Razak. Mana tidaknya, setelah menghilangkan diri hampir setahun, Balasubramaniam kembali dengan membawa buah tangan yang sudah pastinya menggerunkan lagi Najib Tun Razak. Pendedahan yang dibuat Bala kini menampakkan sikapnya yang semakin berani,ala-ala Rajanikant, "fight demi keadilan". Walaupun dulu kehilangannya sungguh ajaib, namun kepulangannya kembali tidak mengecewakan, malah membawa surprise besar buat rakyat Malaysia.

Buat semua peminat kes Altantuya,NANTI DULU ...Kes ini belum habis lagi. banyak lagi watak-watak baru yang belum keluar. Mari kita lihat setakat mana Najib Tun Razak, Rosmah Mansor dan lain-lain yang terlibat mampu menyembunyikan kebenaran. Saya yakin, kebenaran pasti akan datang walaupun kedatangan tersebut datangnya terakhir dan menyakitkan!Percayalah kebenaran itu pasti akan mengalahkan ketidakadilan.


Berita Dari Malaysiakini


Mereka yang berfikiran waras akan membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat berkaitan dengan kehilangan P Balasubramaniam, kata peguam penyiasat persendirian itu Americk Singh Sidhu.

Menurutnya, fakta-fakta kelihatannya menunjukkan kepada kemungkinan mereka tidak mahu penyiasat itu lagi dan menyerahkan tugas itu kepada orang lain yang rapat dengan mereka, untuk dilaksanakan.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk memandang berat pembabitan adik perdana menteri, Datuk Mohamed Nazim.

Menurutnya, persoalan yang timbul ialah mengapa Nazim berminat dengan kehilangan Balasubramaniam "jika dia tidak mendapat perlindungan daripada abangnya?"

Balasubramaniam baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah berjumpa dengan Nazim, seorang arkitek, pada malam sebelum dia menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mendakwa Najib ada hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh.


Balasubramaniam turut mendakwa bahawa dia ditawarkan RM5 juta oleh seorang yang dikenali sebagai Deepak, seorang ahli perniagaan yang didakwa rapat dengan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

Najib telah berulang kali menafikan spekulasi bahawa beliau di belakang tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Americk menceritakan bagaimana beliau diperkenalkan kepada Balasumbramaniam; tindakan bekas anggota polis Cawangan Khas menarik balik akuan bersumpah pertamanya Julai tahun lalu dan pertemuan seterusnya beliau dengannya selepas muncul semula daripada persembunyian setahun kemudiannya.

Americk turut mendedahkan bahawa rakaman video wawancaranya dengan Balasubramaniam tiga bulan lalu, dibuat secara rahsia sebagai "satu jaminan sekiranya dia ditahan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam pemergiannya dari negara ini setahun yang lalu."

"Dia tidak tahu yang dia sedang dirakamkan pada masa itu, tetapi kita kemudiannya memaklumkan perkara itu kepadanya dan dia faham mengapa kita berbuat demikian," katanya.

Menurut Americk lagi, Balasubramaniam mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960 kerana memberi akuan bersumpah yang bercanggah, tetapi dia boleh mempertahankan dirinya kerana dia nampaknya telah dipaksa, diugut dan/atau dipaksa menandatangani akuan bersumpah kedua".

Tetapi, katanya, mereka yang didakwa menghasut akuan bersumpah kedua yang palsu dibuat - Deepak, ASP Suresh dan peguam M Arunampalam - juga berdepan dengan tuduhan jenayah kerana bersubahat dan berkonspirasi.

Mengenai Nazim pula, Americk mendakwa, dia terbabit dalam melakukan ugutan jenayah terhadap Balasubramaniam di samping kemungkinan didakwa bersubahat/konspirasi berhubung pembuatan akuan bersumpah kedua yang palsu.


Berikut adalah bahagian pertama daripada dua siri wawancara dengan Americk.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kota Siputeh : PRK tangguh lagi?


Seperti yang sudah dijangkakan daripada awal, Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan SPR supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh. Kes kerja SPR yang sudah beralih tugas, iaitu memastikan tiada kekosongan kerusi sekiranya diisytiharkan Speaker DUN di negeri-negeri Pakatan cukup mengecewakan.

Kes ini dengan jelas, menggambarkan SPR sudah lari dari matlamat dan bidang kuasanya yang asal.Berdasarkan Perkara 51: Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (UUTKNK);

“Jika mana-mana ahli bagi Dewan Negeri tiada hadir di dalam Dewan dengan tiada kebenaran Speaker di dalam dua kali mesyuarat berturut-turut maka tempatnya itu hendaklah menjadi kosong”


Dalam kes ADUN Kota Siputeh, beliau didapati gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu. Maka keputusan Speaker adalah menepati Perkara 51 UUTKNK.Walaubagaimana pun SPR mentafsirkannya sebagai tidak sah kerana melibatkan dua penggal yang berbeza dimana mesyuarat 19 April berlaku dalam penggal pertama dan mesyuarat 9 Ogos dalam Penggal yang kedua.Ini bercanggah dengan Perkara 51 yang langsung tidak menyebutkan isu penggal. Lagipula yang bertindak menafikan perkara ini adalah SPR. Perkara 51 hanya menyebut tentang mesyuarat tanpa mengasingkannya mengikut penggal dan kuasa memberikan kebenaran adalah ditangan Speaker bukannya Ketua Pembangkang yang gagal melakukan tugasnya pada waktu kejadian.

Tindakan SPR ini juga bercanggah dengan Perkara 52, UUTKNK yang menyebut;

“Jika berbangkit apa-apa soalan fasal adakah mana-mana Ahli Dewan Negeri itu tiada layak menjadi ahli maka hendaklah diambil keputusan Dewan dan itulah yang muktamad.”

Maka SPR tiada kuasa untuk membuat tafsiran atau keputusan kerana kekosongan Dun Kota Siputeh yang boleh diputuskan oleh Speaker dan Mesyuarat Dewan sahaja.Maka, dengan sendirinya keputusan SPR itu terbatal dan tidak terpakai. Maka perkara ini perlu dibawa kepada Mesyuarat DUN atau Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

Perlembagaan menetapkan bahawa SPR hanyalah berfungsi sebagai;

Jawatakuasa pilihan raya ke atas kawasan parlimen dan DUN, mengelola pilihan raya, dan pelaksanaan pendaftaran pemilih.Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan baru yang membolehkan keadilan dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi di kawasan pengundian yang ditetapkan, mempromosikan kepentingan mengundi, dan menguruskan semakan daftar pemilih dengan memadam nama-nama orang yang telah mati atau didapati tidak layak mengundi.Pada hari pengundian, anggota SPR dan pegawai akan berada di pusat pengundian untuk menjalankan proses pengundian pilihan raya.

Maka tugas menentukan sesuatu kerusi itu kosong atau tidak adalah kuasa Speaker dan Dewan semua negeri serta Parlimen. SPR tidak boleh memandai-mandai menjadi hakim, jika tidak kes seperti di Perak akan berlaku sekali lagi.

PAS sekali lagi menyatakan pendirian menolak keputusan SPR dan meminta agar pihak SPR menghormati kuasa Speaker dan Dewan Undangan Negeri Kedah.

Sumber : http://www.pas.org.my

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

20 tahun PAS perkenal persepsi positif


HAMPIR 20 tahun lalu, tidak ramai orang mempercayai seorang ulama yang berserban dan berkain pelikat muncul sebagai pemimpin yang dikenali hari ini.Ketika itu ramai mengenalinya sebagai ustaz. Tubuhnya agak kecil, namun misi dan visinya melangkau jauh merentasi sempadan negeri. Sekali berjumpa dengan orang ramai pastinya diingatkan kepada soal dosa dan pahala.

"Ada kehidupan selepas alam dunia sekarang. Ketika itu duit tidak ada nilai lagi. Cuma yang dapat membantu kita ialah pahala," kata pemimpin itu setiap kali memulakan ceramah.

Kelainan dicetusnya ketika menyampaikan kuliah. Beliau tidak perlu menunggu selepas solat Maghrib untuk berkuliah. Setiap kali selepas mengimamkan solat fardhu, takzirah perkara pertama yang disebutnya.

Itulah kelainan dibawa Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik sejak 22 Oktober 1990. Tanggal 21 Oktober 1990 masih diingati gelombang seumpama tsunami membandai Kelantan. Kesemua 39 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dirampas PAS dengan rakan gabungan dalam Angkatan Perpaduan Ummah, iaitu Semangat 46.

Umno dan Barisan Nasional gagal mempertahankan sebarang ‘zuriat’ ketika itu. Begitu juga di peringkat parlimen. Kemunculan PAS bersama Semangat 46, Berjasa dan Hamim membuat BN kehilangan tapak di bumi Kelantan.

Tsunami politik ketika itu lebih hebat membandai berbanding Pilihan Raya Umum 1999 dan 2008 di Kelantan.

Bermula dari situlah slogan 'Membangun Bersama Islam' mulai menjadi buah mulut rakyat. Islam diperkatakan dalam setiap sudut dan ruang. Di tepi-tepi jalan mulai kelihatan perkataan yang bertulis 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahuakbar'. Papan tanda itu didirikan di tepi-tepi jalan di mana-mana sahaja.

Kerajaan negeri juga memperkenalkan dasar pentadbiran berteraskan kepada prinsip ubudiah (perhambaan), mas’uliah (akauntabiliti) dan itqan (akhlak).

Matlamat pembangunan bagi mencapai keseimbangan, memaju dan membangun sumber manusia, mengoptimumkan pengeluaran, tingkatkan kualiti hidup ke arah kesejahteraan hidup rakyat. "Langkah pertama yang saya lakukan sebagai ketua kerajaan negeri ialah memindahkan simpanan kerajaan negeri dari akaun riba kepada Bank Islam.

"Tindakan saya itu telah mengundang kemarahan tauke-tauke bank konvensional sehingga mereka datang berjumpa saya. Dan hari ini perbankan Islam berkembang pesat di seluruh negara," kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Pencapaian lain termasuk mewujudkan sistem pajak gadai Islam (Ar Rahn), menutup premis judi, mengawal penjualan arak, mengharamkan konsert, menubuh Tabung Serambi Mekah, Tabung Tok Kenali, mengamalkan cuti dua hari seminggu, melantik penghulu wanita, menguatkuasa etika berpakaian Islam di premis perniagaan.

Melarang papan tanda memperagakan wanita tanpa tutup aurat, meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan, memperkenalkan bangunan berciri senireka Islam.

Selain itu, menubuh Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Maahad Tahfiz Al Quran, Maahad Tahfiz Sains, Pusat Pembanguan Pondok Bhd dan Kolej Pondok Darul Naim.

Dan beberapa tahun lalu memperkenalkan skim Takaful Kifaalah, Takaful Armalah, program Rumah Dhuafat, Dinar Emas Kelantan dan menggalakkan penanaman pokok depu.

Manakala program yang tidak kelihatan di negeri lain namun ada di Kelantan termasuk sambutan Hari Hudud, program Bulan Sembahyang dan Kota Bharu Bandar Raya Islam.

Segala dasar tersebut sebati di jiwa rakyat. Dan hari ini Kelantan menyambut ulangtahun ke-19 berada di bawah pentadbiran PAS. Ini bermakna sudah 19 tahun ulama menerajui sebuah kerajaan negeri.

Sedangkan sebelum itu, kebolehan ulama memimpin atau mengepalai kerajaan tidak dibuktikan. Sebagai meraikan kejayaan itu pada 15 November lalu diadakan program ceramah perdana. Program itu bermula dengan solat Maghrib yang diimamkan mudir Maahad Tahfiz al Quran Pulai Chondong, Ustaz Mansor Daud. Kemudian diadakan kuliah Maghrib oleh Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustafa.

Menteri Besar pula mengimami solat Isya. Selepas itu diadakan solat hajat yang diketuai Ustaz Hussin Ibrahim dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Program berkenaan mencatat sejarah apabila mempertemukan pemimpin utama Pakatan Rakyat di satu pentas. Kehadiran Penasihat Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjaya memancing ribuan penduduk tempatan hadir.

Dewan besar Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) penuh sesak dengan kehadiran orang ramai. Begitu juga di bahagian luar. Mereka yang datang lewat terpaksa meletakkan kenderaan sehingga 1 km dari bangunan Putik.

Kedatangan yang begitu ramai itu menandakan mereka sayangkan kerajaan PAS. Mereka mendokong pemimpin ulama yang ternyata berjaya membawa Kelantan sehingga dikenali di peringkat global.

Kit Siang menyifatkan kerajaan Kelantan cemerlang sehingga berjaya mengekalkan kerajaan lima penggal berturut-turut.

"Ini merupakan satu Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi kerajaan PAS di Kelantan kerana berjaya mempertahankan kerajaan sehingga lima penggal.

"Kejayaan ini menjadi satu momentum bagi membolehkan Pakatan Rakyat meneruskan cabaran melangkah gagah ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang," katanya diiringi laungan takbir orang ramai.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak memberi wang ihsan kepada Kelantan, sedangkan apa yang termaktub dalam perjanjian ialah royalti minyak.

Menurutnya, bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussien pernah mengakui Kelantan ada hak mendapat royalti 5 peratus setahun sekiranya ada minyak sama ada di laut atau darat buminya. "Itu janji Tun Razak yang masih lagi tercatat dalam hansard parlimen. Hak rakyat Kelantan perlu dikembalikan kepada mereka," katanya.

Dato' Seri Abdul Hadi Abdul Hadi Awang pula berkata, rakyat Kelantan paling cerdik di negara ini kerana berani membuat perubahan politik sejak 19 tahun lalu. Katanya, rakyat di negeri-negeri lain perlu belajar daripada keberanian rakyat negeri ini merubah minda.

"Selepas hampir 19 tahun kemudian barulah rakyat di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah mengikutnya dengan membuat perubahan politik," ujarnya.

Anwar pula dalam ucapannya mendesak Kerajaan Pusat patuh kepada undang-undang dengan memulang royalti minyak kepada Kelantan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya Kelantan yang memberi wang ihsan daripada hasil minyak kepada Kerajaan Pusat dan bukan pusat memberi ihsan kepada Kelantan. Ini kerana hasil minyak itu milik Kelantan kerana didapati di bumi negeri ini.

"Sepatutnya kita yang bagi ihsan kepada pusat kerana minyak tersebut milik kita. Kita tidak halal kerana duit tersebut milik rakyat negeri ini," ujarnya.

Beliau juga memberi contoh pengurusan duit ihsan di Terengganu mengundang banyak bangunan yang dibina runtuh seperti bumbung stadium dan masjid. Tahun depan Kelantan bakal merayakan sambutan ulangtahun ke-20.

Ini bermakna 20 tahun Umno gagal dalam misi menawan Kelantan. PAS terus mencengkam ke akar bumi Serambi Mekah.

Dipetik dari sisipan Fikrah, Harakah Bil 1491 - Edisi Isnin, 23-26 November 2009

Oleh Lanjusoh
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Memang benar Polis mengikut telunjuk UMNO

Dari Blog AnwarIbrahimBlog.Com

Ceramah Anwar Ibrahim dan Dato’ Chua Jui Meng di Kulai, Johor, terpaksa dibatalkan kerana permit yang telah pun dikeluarkan, ditarik balik selepas mendapat bantahan dari kira-kira 30 orang pemuda Umno! Hanya Tian Chua dan Dr Boo Cheng Hau sempat berceramah.

Alasan yang diberikan Ocpd ternyata tidak masuk akal. Apakah selepas ini jika rakyat beramai-ramai membantah sebarang majlis anjuran umno makanya ianya akan dibatalkan? Saya hanya berkesempatan menyampaikan amanat untuk sekitar 10 minit kepada hadirin sebelum mereka bersurai. Tidak wajar polis mengikut telunjuk umno dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap.



[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Hujah saya mengapa PAS dengan PR boleh,BN tak boleh.



Soalan saya :

Jika saudara sayangkan Melayu dan sayangkan Islam, terangkan dimana relevannya UMNO, yang turut bersekutu dengan MCA dan MIC tetapi relevan, atau dimana buruknya perjuangan PAS,yang bersekutu dengan PKR dan DAP tetapi tidak relevan. Berhujah dengan fakta atau mantiqi logik pada kacamata saudara.

Jwpn yang tidak menjawab persoalan :

Releven UMNO MCA dan MIC?.... Yang sepatunya ditanya blogger2 pembangkang adalah, apa relevennya PAS menuduh BN dan UMNO adalah KAFIR dan penyokong2nya dalah KAFIR hanya kerana UMNO bersekutu dgn MCA dan MIC.Malah segalanya dari kerajaan pusat dikira haram.
TETAPI dilihat HALAL dan RELEVEN untuk PAS bersekutu dgn PKR dan DAP. Sedangkang secara jelas DAP secara terang2 menolak ISLAM dan menidakkan perlaksanaan ISALAM PAS.


===================================================================================

Sebab itu saya mahukan pencerahan. Dari awal komen saya, saya mahukan pencerahan. Namun Anon tidak faham, malah mengajar saya untuk bertanya soalan. Maka dengan itu tiada jawapan bagi soalan saya.

:) ..

Bersama kafir tetapi tidak menjadi seperti mereka, adalah tuntutan berbanding bersama kafir tetapi menyokong dan menjadi seperti mereka.Ya, andai betul sekalipun DAP menolak ISLAM [kenyataan DAP tak formal sblm bersekutu menjadi PR] dan menjadi pakatan kepada PAS, adakah boleh disamakan dengan dengan Pakatan UMNO,MCA dan MIC?

Hakikatnya pakatan PAS dengan DAP dan PKR berkongsi prinsip sama iaitu menbanteras rasuah, keadilan,penyelewengan harta kerajaan,dll. Prinsip ini dikongsi dan menjadi sebab mengapa wujudnya Pakatan Rakyat.

Sementara pakatan UMNO dgn MIC dan MCA pula berterusan menjadi pembela rasuah, ketidakadilan, penyelewengan harta kerajaan,masalah seks dll?

Adakah sama?

Firman Allah,

"...Dan hendaklah kamu tolong menolong dalam mengerjakan kebajikan dan ketakwaan terhadap Allah, dan jangan kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa dan pencerobohan..." (Surah al-Maaidah, ayat 2) ..

"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari tanah air kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (Surah al-Mumtahanah, ayat 8)

Ayat-ayat ini memberi ruang seluas-luasnya untuk mengadakan kerjasama dan bertolong-tolongan antara umat Islam sesama mereka khususnya dan juga dengan yang bukan Islam, dengan syarat-syarat yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya, serta ulama-ulama salaf.

Bertolong-tolongan dan bekerjasama dalam bidang politik untuk tujuan memerintah atau mendapatkan kuasa, antara golongan Islam dan bukan Islam, disebut dalam Islam sebagai tahaluf siasi.Tahaluf adalah istilah politik Islam bermaksud berpakat atau bermuafakat untuk mencapai dan menjayakan kepentingan bersama dalam membina negara atau mendapatkan kuasa.

Sebelum Islam lahir di Makkah, masyarakat jahiliyah telah pun membuat pakatan dan kerjasama di antara mereka yang dikenali dengan Hilful Fudhul.Nabi Muhammad s.a.w., ketika zaman kerasulannya menyaksikan permuafakatan tersebut.

UMNO telah menjadi seperti mereka [MCA dan MIC malah mungkin menjadi tok dalangnya]. Mana mungkin PAS dapat berjuang bersama UMNO yang terus kekal dengan prinsip dan perjuangan karut ini? Dimana Islamnya?

Sebab tu PAS kata, SEKIRANYA BENAR INGIN MEMPERJUANGKAN ISLAM:

Bubarkan UMNO ,bubarkan PAS, buat satu parti lain. Yang menjulang dan mengangkat Islam sebagai asas dan prinsip.Ada UMNO menyahut seruan ini?

Komen saya diatas adalah antara hujah-hujah saya di SINI

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Wajib Baca : Perbezaan PAS dan UMNO


Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS


Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.

Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.

Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.

Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.

Meneruskan Perjuangan Para Nabi

Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib
Ketua

Dewan Ulamak PAS Pusat

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

SPRM : Profesional untuk Lembu atau Keadilan


Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa SPRM tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti diamalkan sebelum ini.Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang.

Mohamad Ariff memutuskan demikian ketika membenarkan semakan kehakiman oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa SPRM hanya boleh menyiasat saksi dalam tempoh waktu pejabat antara pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan bukannya selepas tempoh itu.

SPRM pula mempertikai dengan mengatakan bahawa keputusan itu sekaligus menghalang SPRM bertindak sebagai satu badan yang 'profesional' dalam menyiasat sebarang kes yang melibatkan rasuah dengan beralasan ia mengganggu proses siasatan. Kata SPRM lagi, saksi berpeluang menghapuskan keterangan atau bukti serta boleh melarikan diri semasa penangguhan sesi soal siasat sekiranya waktu hanya dalam linkungan waktu pejabat.

Bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Negeri Sembilan, Akhbar Satar berkata,SPRM bukan berperanan seperti jabatan pentadbiran, sebaliknya merupakan sebuah badan siasatan profesional yang memerlukan pegawainya bertugas 24 jam.

Bagi saya, SPRM bukanlah sebuah badan yang profesional seperti yang diwar-warkan oleh SPRM sendiri. Sebanyak mana sekalipun dalih SPRM, apa yang diputuskan mahkamah tinggi itulah profesional, kerana ketidakprofesionalan SPRM menyiasat, ketidakprofesionalan mengendali kes, ketidakprofesionalan dalam tindakan dan lain-lainlah contohnya,Beng Hock mati terbunuh. Malah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dilihat gagal melaksanakan "tanggungjawab profesional" yang telah diamanahkan kepadanya itu. Sehingga hari ini, rakyat telah disajikan dengan pelbagai penyiasatan dan pendakwaan terpilih yang jelas sekali "double standard" berlaku didepan mata mereka. Misalnya, SPRM gagal menyiasat segala laporan rasuah yang telah banyak dilaporkan sebelum ini, tambahan pula apabila ia melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi mereka begitu "profesional" untuk menyiasat kes yang dilaporkan oleh puak-puak UMNO terhadap pemimpin pembangkang di negara ini. Bukan sahaja siasatan yang dilakukan itu "profesional" malah SPRM juga begitu "profesonal, cepat dan pantas" untuk membuat pendakwaan. Tak cukup dengan itu, diadili pula sepertimana yang berlaku kepada kes lembu dan pembaikian kereta Tan Sri Khalid Ibrahim.

Begitu juga dalam kes yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar. berhubung hal penggantungan hadir Sidang Dewan terhadap MB dan Exco Perak yang baru. Biarpun kes itu baru sahaja dilaporkan namun SPRM "bagaikan halilintar" membuat penyiasatan kes berkenaan. Namun sebaliknya isu rasuah yang melibatkan pemimpin UMNO terus di"kapan"kan begitu sahaja tanpa ada sebarang siasatan mahupun pendakwaan. Menurut mereka laporan berkenaan berunusur fitnah dan tiada bukti kukuh untuk membuat siasatan. Inilah alasan mudah yang sungguh "memualkan" dalam hal "profesional SPRM" itu sebenarnya.

Baguslah, moga dengan waktu operasi yang disingkatkan ini "betul-betul membuatkan SPRM lumpuh" sepertimana kata-kata Bekas Pengarah SPRM, Akhbar Satar. Saya mengiyakan sahaja. Moga-moga dengan waktu yang disingkatkan ini membuatkan SPRM sedar dan menerimanya sebagai hukuman. Hukuman agar SPRM menjalankan tugas dengan lebih efektif,bukan jadi "lembu UMNO".

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Hujah TV9 : Perbalahan Agenda Politik PAS

Perdebatan di Hujah - Panel Dr Mujahid Rawa dan Dr Hanipa Maidin . Dipengerusikan Dr Agus mengenai tajuk "Perbalahan Agenda Politik Pas".Namun lebih banyak kepada pencerahan sebenar oleh dua panel jemputan ini berkenaan kerjasama politik dll.Sama- sama saksikan.







by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Benarkah PAS ada Krisis Dalaman ?



Melalui video diatas, Dr Mujahid Rawa dan Saudara Hanipa Maidin berjaya memberi gambaran sebenar bahawa tiada 'krisis dalaman PAS' sebagaimana diwar-warkan media PRo-BN. Ditegaskan,hanya perbezaan pendapat yang ada, dan ia berjaya diatasi melalui tawakkal dalam mesyuarat . Tawakkal dalam mesyuarat bererti berserah kepada Allah setelah azam kata putus diambil, "....bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu, maka setelah azam kata putus di ambil , maka bertawakkallah kepada Allah kerana Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal" ( surah Ali Imran :159)

Yang nampak seperti adanya keretakan, adanya krisis, itu cuma rekaan dan permainan media massa pro Umno. Semuanya dilakukan untuk mengalih pandangan masyarakat daripada isu utama seperti isu kematian Teoh Beng Hock, masalah perpecahan dalaman Mca dan Mic yang belum ada penghujung, dan tidak terkecuali isu pembentangan bajet 2010 dan masalah pepecahan umno yang tiada berkesudahan.

"Wahai orang-orang yang berimam, taatilah kamu akan Allah dan taailah kamu akan Rasul, dan pemimpin yang mentaati Allah dari kalangan kamu [taat kepada pemimpin bukan perkara mutlak] , maka kiranya ada perselisihan pada sesuatu perkara, kembalilah kepada hukum Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, kerana itulah sebaik-baik dan paling baik jalan penyelesaian " (surah anNisa?:59). Pendekatan ini yang PAS gunapakai.

Perbezaan pendapat akan terus berlaku dalam Pas kerana tiada seorangpun nabi dari kalangan pemimpin mereka dan jauh yang mengaku jadi tuhan. PAS mempraktikkan politik matang, dengan menerima perbezaan pendapat, dan membawa penyelesaian dengan cara yang cerdik. Cara yang cerdik ini adalah dengan mengkaji setiap khabar berita yang timbul, adakah ia benar ataupun tidak. Dan dibawa kepada mensyuarat AJK peringkat jawatankuasa serta unit Disiplin Parti untuk dibedah siasat.Firman Allah :

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang seorang fasik menyebarkan sesuatu berita, dapatkan kepastian terlebih dahulu, nanti musibah akan menimpa ke atas kaum yang tidak tahu, maka jadikanlah diri mu menyesal di atas perbuatan yang kamu lakukan" (surah al-Hujurat :6)

Apapun yang pasti, tiada krisis kritikal sepertimana yang diwar-warkan media Pro-BN. Jangan terpedaya.

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Biro Tata Negara peralat rakyat



Tiada apa yang kita boleh dapati hasil program Biro Tatanegara (BTN), para peserta yang mengikuti kursus, menunjukkan semangat hidup sebumbung tanpa mengira kaum di Malaysia. Malah modul BTN tidak mencerahkan usaha mengeratkan hubungan sesama kaum, melainkan yang ada,program memperburukkan kerajaan Pakatan Rakyat. Satu kekesalan, kekecewaan.

Pernah berlaku, Biro Tatanegara (BTN) cawangan Sabah yang memperalatkan pelajar dalam seminar Bina Negara anjuran bersama Umno Bahagian Tawau.Dalam seminar tersebut, yang dirasmikan oleh Dato' Ghafur Saleh telah mewajibkan pelajar-pelajar untuk menghadiri seminar berkenaan. Dalam kertas kerja yang bertajuk "Politik Matang" yang disampaikan Ibrahim Bin Saad Pengarah Biro Tatanegara Cawangan Sabah beliau telah memburuk-burukkan parti pembangkang khususnya PAS. Beliau menyatakan bahawa PAS tiada kemampuan untuk memerintah negara ini serta bermacam - macam lagi tuduhan yang telah dilemparkan terhadap PAS yang bertujuan untuk memburukkan imej PAS di kalangan masyarakat khususnya pelajar.

Program sebegini bukan sahaja tidak disenangi oleh peserta, malahan Ibubapa yang menghadiri seminar berkenaan merasa kesal di atas tindakan Jabatan Pendidikan yang membenarkan pelajar-pelajar menghadiri seminar berkenaan yang berbaur politik.

UMNO hanya memperalatkan pelajar untuk kepentingan politik mereka. UMNO perosak dan penganjur kepada perosak hubungan sesama kaum di Malaysia. Sepatutnya pelajar-pelajar dinasihatkan untuk belajar besungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan di dalam bidang pelajaran, peserta-peserta yang bakal menjawat jawatan diberi motivasi dan semangat, bukan menghasut mereka membenci parti -parti pembangkang yang ada dalam negara ini.

Inilah kerja double standard Umno terhadap parti pembangkang.Umno semakin takut terhadap perkembangan pembangkang. Tiada daya menarik kaum muda mendekati UMNO,serta kehabisan isu untuk berhadapan dengan parti pembangkang. Setelah masyarakat tidak memberikan sokongan terhadap mereka kini mereka beralih pula untuk merosakkan pemikiran rakyat dengan program BTN.

Dibawah adalah petikan daripada Malaysiakini:

Selangor digesa supaya berhenti menghantar mahasiswa di pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN) kerana ia didakwa menyemai sentimen perkauman di kalangan pelajar.

Sekumpulan ADUN muda Pakatan Rakyat Selangor menggesa pemulauan program agensi bawah Jabatan Perdana Menteri itu melalui satu surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

ADUN Batu Caves, Amirudin Shari berkata bantahan itu dibuat memandangkan sebahagian pengisian program berkenaan didapati tidak berkaitan dengan usaha pemupukan nilai-nilai kenegaraan atau penyebaran ilmu.

"Sebaliknya ia merupakan program politik kepartian Umno-BN dan perkauman semata-mata," kata wakil rakyat PKR itu sebagai jurucakap kumpulan ADUN tersebut kepada media selepas persidangan DUN hari ini.

Wakil-wakil yang turut hadir pada sidang media itu, Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

"Justeru kita berpandangan kerajaan negeri perlu bertindak untuk mengarahkan jemaah (senat) universiti untuk menghalang pelajar daripada menghadiri program BTN," kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR, lagi.

Pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan Selangor termasuk Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Inpens.

Amirudin juga memberikan alasan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) juga tidak mewajibkan pelajar menghadiri program anjuran biro berkenaan.

"Tapi sepanjang pengalaman saya di universiti dan saya percaya perkara ini turut dipropagandakan kepada para pelajar, mereka perlu hadir program BTN.

"Jika tidak, mereka tidak akan lulus. (Dakwaan) ini sesuatu penipuan," tambahnya ketika membacaknya kenyataan bersama mereka.

"Peserta kursus didoktrinkan dengan propaganda tentang ketuanan Melayu dan ancaman (negara) luar dan tidak diberikan ruang untuk mencabar propaganda tersebut memandangkan programnya berjalan secara satu hala sahaja."

Seorang lagi wakil rakyat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, sebagai seorang pelajar tajaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), beliau sendiri - yang pernah mengikuti program BTN - mendapati ia tidak sepatutnya wujud apabila kerajaan sedang bercakap tentang 1Malaysia.

"Sepanjang program tersebut, apa yang ditekankan adalah (parti) Keadilan ini, Anwar adalah ejen Yahudi, DAP adalah parti ejen Singapura dan PAS adalah parti ajaran sesat," katanya.

"Itu saja yang disertakan dalam modul mereka yang bersifat politik kepartian yang sepatutnya tidak wujud sebagai satu program bawah JPM."

Tambahnya, peserta juga "dimomokkan" tentang tentang "ancaman orang Cina" dalam program yang disertainya itu.

"Ada beberapa mahasiswa (berbangsa) Cina yang hadir (dalam program tersebut).

"Saya boleh bayangkan betapa mereka rasakan diri mereka begitu takut dalam situasi tersebut kerana modulnya sendiri bersifat perkauman," katanya.

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Isu Royalti: PM 'membohongi' Dewan Rakyat



Isu Royalti: PM 'membohongi' Dewan Rakyat (1) - Soalan tambahan MP PAS Kubang Kerian kepada soalan asal No. 1. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah tuntutan royalti minyak Kerajaan negeri Kelantan akan dibuat pembayaran oleh Petronas.


by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kenapa Ayah Pin Tidak Ditangkap





by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kes liwat Anwar Ibrahim :Shaiful akan tampil dengan bukti


Kes liwat Ikon pembangkang negara kian hampir ini merupakan kali yang kedua bagi beliau, cuma "Star Witness" pihak pendakwaan kali ini adalah seorang pelajar pintar yang sengaja tidak lulus peperiksaan kerana salah pilih jurusan. beliau sebenarnya nak jadi juruterbang.

Diharapkan kali ini jangan sampai Star Witness ini mengaku tidak diliwat dan tidak memberitahu bahawa polis yang menyuruh beliau menukar keterangan.

Persediaan kali ini cukup rapi kerana semua bahan bukti telahpun di "SEALED" sehingga salinannya pun tidak dapat diberi. Kepada pasukan pembelaan kalau nak membela mangsa yang teraniaya macam Shaiful tu biarlah betul-betul meyakinkan supaya beliau mendapat keadilan yang didam-idamkan

Jangan sampai jadi bahan ketawa diseluruh dunia.

Jangan sampai seluruh rakyat bertindak menjadi hakim dalam pilihanraya 13 nanti.

Sebagimana permintaan shaiful dalam blognya yang memohon suntikan semangat dan tips-tips berguna dalam perbicaraan nanti bolehlah kita hantarkan e-mel (HariKebenaran@gmail.com) kepada beliau.

UtusanMedan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Logik ke satu kerusi stadium bukit jalil RM 500?


Dalam berita, tv3 mengatakan kerugian Stadium Bukit Jalil mencecah Setengah Juta. Dlm Tv9/Utusan Shaberi Cheek mengatakan kerugian sebanyak 214 ribu dan satu kerusi RM500. Saya rasa ada logiknya kenyataan Shabeeri Cheek ini sekiranya :

1) Kontraktor makan sikit
2) Menteri makan sikit
3) Termasuk harga Komisen
4) Kes sebijik macam kes Laptop RM 84,000
4) Kerusi tersebut dicharge termasuk harga tambang import
5) Harga kerusi tersebut meningkat naik mendadak walaupun sudah berusia lebih 10 tahun. ( jadi barang antik)
6) kerusi tersebut boleh mengurut penonton semasa duduk menyaksikan bola sepak.
7) menggunakan skru emas yang berharga RM50 satu.

Petikan Utusan berhubung kenyataan Shabeery Cheat:

KUALA LUMPUR - Perbadanan Stadium Nasional mendapati kerosakan Stadium Nasional di Bukit Jalil akibat keganasan penonton pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan Sabtu lalu bernilai RM214,000.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kerugian yang paling besar membabitkan kerosakan kerusi tempat duduk penonton iaitu berjumlah RM112,000.

"Kerusi sahaja 224 buah rosak, ada yang terbakar, rosak terus dan 'tumbang', nilai satu kerusi ialah RM500 dan untuk kerusi sahaja nilainya sebanyak RM112,000.

"Pintu pagar untuk orang kurang upaya (OKU) rosak, pagar merah dan kuning juga rosak, tandas dalam stadium dan tempat letak kereta juga rosak dan jumlah kerosakan pada malam itu sahaja bernilai RM214,000," katanya sewaktu menggulung perbahasan peringkat dasar Bajet 2010 di Dewan Rakyat, semalam.

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu, Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun apabila menewaskan Kelantan 3-1.

Kemeriahan perlawanan itu bagaimanapun terencat dengan tindakan liar segelintir penyokong Kelantan yang membakar kerusi dan membaling botol air mineral serta mercun ke dalam padang.

Mengenai perbelanjaan membaiki kerosakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Ahmad Shabery memberitahu, ia akan menggunakan duit rakyat dan kerana itu beliau meminta semua penonton memikirkan kerugian yang akhirnya mereka sendiri yang tanggung.

"Stadium Nasional datang daripada duit rakyat, kalau stadium kena perbaiki, bajet datang daripada duit rakyat, sebab itu kita minta pihak penganjur dan penonton fikirkan supaya tidak berlaku lagi kerosakan," tegasnya.

Sementara itu, Ahmad Shabery tidak menolak kemungkinan kelakuan ganas pada malam itu mungkin disebabkan kerana ada penyokong yang mencampuradukkan politik dan sukan.

"Saya lihat penyokong banyak bawa lambang parti politik. Saya rasa pelik kerana ini merupakan sukan yang melibatkan orang ramai dengan semangat kesukanan yang salah satu cirinya ialah menghormati lawan.

"Tetapi apabila dikaitkan lambang kelab dengan lambang politik tertentu, itu mungkin sebabkan keghairahan dan kegilaan mereka untuk berbuat demikian seolah-olah kalau menang (perlawanan), menang parti itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau seterusnya berkata, penyokong Kelantan wajar menerima ucapan tahniah kerana membangkitkan semangat dan suasana baru dari aspek corak sokongan padu yang ditunjukkan mereka.

Mengenai cadangan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) supaya diwujudkan akta bagi mengawal keganasan penyokong, Ahmad Shabery menjelaskan, beliau bersetuju dengan cadangan itu, namun ia akan membangkitkan persoalan sama ada keganasan seperti itu sentiasa terjadi atau kemungkinan besar berlaku.

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Memperbetulkan persepsi terhadap PAS - Mohd Rashidi Hassan


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) sudah berada dalam arena politik negara dalam suatu jangka masa yang lama iaitu lebih 55 tahun, sejak ia ditubuhkan pada 23 November 1951.

Sepanjang pembabitannya dalam politik negara sejak sebelum merdeka lagi, PAS dikenali oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, sebagai sebuah parti Islam.

PAS memaktubkan dalam Perlembagaannya, bahawa matlamat utamanya ialah untuk mewujudkan masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Sebagai sebuah parti Islam, PAS bertanggungjawab mempertahankan kesucian Islam, memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Bagi mencapai tujuan tersebut PAS menggariskan 11 usaha dalam Perlembagannya, yang antara lainnya, meletakkan prinsip Islam yang utama dalam berpolitik sebagai usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap aspek.

PAS bertanggungjawab menyuburkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum, dengan membantu memperbaiki perencanaan politik, ekonomi dan sistem sosial.

Untuk mencapai matlamat dan usahanya, PAS harus bekerjasama dengan badan politik atau lain-lain persatuan bila mana ianya mustahak dan sesuai dengan perjuangannya.

Di atas prinsip-prinsip Islam inilah PAS terus kekal dalam politik negara. Dengan prinsip ini juga PAS mengalami jatuh bangun, kalah menang, memimpin kerajaan negeri atau menjadi pembangkang.

Menyusuri sejarah politik PAS, PAS pernah beberapa kali bertahaluf atau menjalinkan kerjasama politik, sama ada dengan parti yang memerintah atau gabungan parti pembangkang.

PAS pernah bergabung dengan Perikatan (Barisan Nasional) pada tahun 1974, sebelum ditendang keluar pada tahun 1978.

Akibatnya, Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS sejak 1955, ditumbangkan pada 1979 dengan cara yang mengaibkan hasil kegelojohan pemimpin Umno-BN.

PAS juga mengalami krisis kepimpinan apabila Yang Dipertua Agungnya, Dato' Asri Muda bersama beberapa yang lain menyertai Umno pada tahun 1982.

Kepimpinan PAS kemudiannya, diambilalih oleh al-Marhum Ustaz Yusof Rawa. PAS menjalani fasa kesuraman dalam perjuangannya. Wakil Parlimennya hanya tinggal seorang iaitu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, beserta beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-7 pada tahun 1986, PAS memulakan era politik baru dengan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang seperti Nasma, SDP, CCC dan lain-lain.

Namun kerjasama tersebut tidak mampu memberikan impak besar kepada perubahan iklim politik. Status-quo PAS dengan kerusi tunggal Parlimen dan beberapa kerusi Dun.

PAS mengalami sedikit perbalahan kecil di kalangan kepimpinan, sehingga Naib Yang Dipertua PAS Pusat, Ustaz Nakhaie Ahmad meletak jawatan dan menyertai Umno. Bagaimanapun pemergian Nakhaie, tidak langsung memberi apa-apa kesan terhadap PAS.

PAS mula mengalami perubahan selepas kepimpinannya bertukar tangan. Ustaz Yusof Rawa mengundurkan diri kerana keuzuran pada tahun 1987, maka kepimpinan diambil alih oleh Ustaz Fadzil Mohd Noor dengan gandingan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai timbalannya.

Dalam masa yang sama Umno juga menghadapi pelbagai krisis kepimpinan, Tengku Razaleigh Hamzah bertembung dengan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dalam perebutan sengit jawatan Presiden Umno.

Perpecahan dalaman Umno turut mengheret krisis kehakiman dalam negara yang menyaksikan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dipecat.

Umno berpecah dan diharamkan. Mahathir menubuhkan Umno baru, manakala Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Pada tahun 1989, PAS diajak bekerjasama dengan Tengku Razaleigh. Bertitik tolak daripada beberapa pertemuan antara kedua-dua parti maka terbentuk satu persefahaman politik baru.

PAS bergabung dengan Angkatan Perpaduan Ummah yang membariskan, Berjasa dan Hamim, manakala disebelah pihak lain dibentuk Gagasan Rakyat yang menggabungkan DAP dan PSRM.

Semangat 46 menjadi orang tengah antara parti Angkatan Perpaduan Ummah dengan Gagasan Rakyat. Idea mewujudkan dua bentuk gabungan yang berbeza ialah dengan tujuan mengelakkan pertembungan antara PAS dan DAP yang bertentangan ideologi.

Bagaimanapun, sejarah politik tidak boleh menafikan kebijaksanaan Tengku Razaleigh yang mampu meredakan ketengangan politik antara PAS dengan DAP, dengan mencapai matlamat yang satu iaitu menumbangkan Umno-BN.

Gabungan parti-parti pembangkang ini memasuki gelangang PRU ke-8 dengan jayanya walaupun tidak cukup kuat untuk memberikan impak untuk menumbangkan BN di peringkat Pusat.

Hasil dari kerjasama ini, PAS dan Semangat 46 menyapu bersih seluruh kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, beberapa kerusi Dun dan Parlimen di Terengganu. Hasil dari kerjasama ini juga PAS kembali menjadi parti yang dominan di Kelantan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada bulan Oktober 199), sehingga kini sudah 19 tahun PAS memerintah Kelantan.

Namun kerjasama dengan gabungan Angkatan Perpaduan Ummah tidak lama. Menjelang PRU ke-9 pada tahun 1995, Semangat 46 berpecah, beberapa orang pemimpinnya kembali kepangkuan Umno.

Gagasan Rakyat juga tidak kekal kerana DAP membuat keputusan tidak mahu bekerjasama dengan PAS yang komited dengan ideologi Islamnya.

Walaupun berlaku sedikit kesuraman dalam gabungan pembangkang, PAS berjaya mengekalkan kerajaan negeri Kelantan dan kerusi-kerusi Dun dan Parlimen di Terengganu dan Kedah.

Kepimpinan PAS terus utuh dan mantap. Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil, Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Aziz, PAS menikmati era kepimpinan ulama yang gemilang di kemuncaknya.

Pada ketika itu wujud desas desus yang kuat bahawa Tengku Razaleigh mahu membubarkan Semangat 46 dan kembali kepangkuan Umno. Namun PAS tetap setia dengan kerjasama sehingga saat-saat akhir.

Selepas Tengku Razaleigh memasuki Umno, pembangkang tidak lagi bersatu. PAS dan DAP serta parti-parti lain membuat haluan sendiri.

Bermula tahun 1997 Umno-BN kembali dengan bibit perpecahan dalaman yang hebat. Akibat daripada perpecahan yang sudah sampai kekemuncak, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, dipecat pada September 1998.

Perpecahan dalaman Umno amat hebat sehingga Mahathir tidak menjangka waktu itu pengaruh Anwar begitu kuat di kalangan rakyat. Tiap-tiap minggu rakyat berdemonstrasi di Kuala Lumpur membantah kezaliman Mahathir terhadap Anwar.

Peluang yang terbuka itu memungkinkan satu kerjasama dibentuk menjelang PRU ke-10 tahun 1999. Ustaz Fadzil lantas bekerjasama dengan Anwar. Parti Keadilan Nasional ditubuhkan.

Ustaz Fadzil menerajui NGO yang dinamakan Gerak. Gerak berjaya menggabungkan berpuluh-puluh NGO untuk bersatu menentang kezaliman Mahathir.

Dalam masa yang sama parti-parti pembangkang menubuhkan Barisan Alternatif (BA). Hasil gabungan PAS, Keadilan, DAP dan PRM.

Gabungan BA amat unik. Masing-masing mempunyai ideologi yang jauh berbeza, namun bekerjasama atas matlamat yang sama untuk menumbangkan BN.

Gabungan ini menghasilkan impak yang kuat. Pembangkang menang 45 kerusi Parlimen, mengekalkan Kelantan, merampas Terengganu dari BN dan menguasai separuh dari Kedah.

Walaupun masih tidak mampu menumbangkan BN keseluruhannya. Tetapi gabungan pembangkang ini, menunjukkan kesatuan yang hebat. Mereka berjaya mengetepikan ideologi, sebaliknya bekerjasama erat dalam pelbagai isu nasional.

Namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Di kemuncak kerjaya politiknya, Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor, yang juga Ahli Parlimen Pendang dan Ketua Pembangkang, dipanggil pulang mengadap-Nya pada 23 Jun 2002.

Kehilangan Ustaz Fadzil amat dirasai sebilangan besar rakyat Malaysia, khususnya ahli-ahli dan kepimpinan PAS.

Ustaz Fadzil pergi, kepimpinan PAS bersilih ganti. Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengambilalih kepimpinan. Beliau juga Ketua Pembangkang dan Menteri Besar Terengganu.

Pada PRU ke-11 tahun 2004. BA menghadapi kesuraman yang besar, Terengganu terlepas, manakala Kelantan hampir tumbang. BN menang besar selepas Mahathir digantikan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kemenangan besar BN, bukan kerana BN kuat. Tetapi akibat daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003 dan berlaku beberapa kekecohan khususnya di Selangor pada hari pengundian.

Kemenangan BN pada waktu itu dikaitkan dengan perubahan persepsi rakyat kepada Umno-BN, dan memberi peluang kepada orang baru seperti Abdullah untuk menerajui negara.

Ringkasnya, kemenangan besar BN tidak lama. Hagemoni mereka tersekat pada PRU ke-12 tahun 2008. Kepimpinan Abdullah gagal memperkukuhkan Umno-BN. Gabungan PAS, KeADILan dan DAP berjaya membuat 'comeback' yang cukup besar dalam politik negara.

Kuasa besar dua pertiga majoriti BN di Parlimen hilang. BN tewas di enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan.

Lantas ketiga-tiga parti ini membentuk Pakatan Rakyat. Kerjasama Pakatan Rakyat lebih baik dengan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

Umno-BN kehilangan arah. PM Abdullah menerima tekanan yang hebat. Genap setahun selepas PRU 2008, Abdullah terpaksa melepaskan jawatan kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Selepas setahun bergelut dengan pelbagai masalah dalaman, Umno-BN kini dilihat mula membuat reform dengan PM yang baru. Sementara Pakatan Rakyat kini dilanda pelbagai kemelut dalaman.

PAS punyai kemelut dalamannya sendiri. Begitu juga KeADILan dan DAP. Kemelut-kemelut ini jika dibiarkan berpanjangan, nescaya akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Buat masa ini, penulis mahu memfokuskan tulisan ini kepada PAS sahaja.

Bagi kepimpinan, ahli dan penyokong PAS, mereka harus disedarkan bahawa dalam sejarah politik PAS yang disusur-galurkan dalam tulisan ini, walau apapun perseteruan atau berbezaan yang wujud di antara PAS, dengan rakan-rakan, PAS tidak pernah sama sekali mengkhianati tahaluf atau kerjasama politik yang dibina.

PAS juga harus sedar bahawa arus perubahan yang dilakukan PM Najib mungkin memberikan kesan dalam bentuk persepsi positif di kalangan rakyat.

PAS tidak seharusnya membenarkan sebarang persepsi negatif melandanya. Persepsi negatif ini hanya akan mengundang padah yang lebih buruk.

Jika PAS dan Pakatan Rakyat tersilap langkah, atau gagal menunjukkan kesepakatan yang baik, nescaya kesuraman besar yang berlaku pada PRU 2004, tidak mustahil boleh berulang pada PRU ke-13 nanti.

Fikirlah, jika rakyat boleh memberi peluang kepada Abdullah selepas persepsi buruk yang terpalit terhadap Mahathir, apakah rakyat tidak boleh memberi peluang sekali lagi kepada Umno-BN menerusi kepimpinan baru Najib?

Atau apakah PAS sanggup menunggu pusingan lain, iaitu barangkali pada PRU ke-14 atau PRU ke-15 untuk membuat 'come back' politik selepas dilanda kesuraman yang berterusan?

Sepanjang PAS membuat tahaluf atau kerjasama dengan pelbagai parti politik dan NGO, PAS sekali-kali tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangan yang digariskan dalam Perlembagaannya. Yang berubah hanya pendekatan dan strategi.

Di atas prinsip inilah PAS dihormati, di atas kesetiaan dalam persahabatan inilah PAS dipercayai dan di atas kekuatan dan kemantapan kepimpinanlah PAS dilihat mampu menggantikan Umno sebagai parti terunggul Islam-Melayu suatu hari nanti.

Sepanjang 58 tahun penubuhan PAS (November 1951-kini), tidak ada seorangpun pemimpin yang boleh memecahbelahkan PAS. Tiada seorang pemimpinpun boleh mengheret PAS ke arah kemusnahan jika beliau keluar daripada parti.

PAS tidak boleh mengelak, kemungkinan wujud pemimpin yang mempunyai agenda peribadi. Namun, sehebatmanapun agenda peribadi seseorang pemimpin itu, nescaya dia tidak akan mampu merealisasikannya. Tiada seorangpun pemimpin yang boleh memaksa PAS menurut agenda peribadinya.

PAS bukan milik individu, PAS adalah milih jamaah keseluruhannya. Ke mana sahaja PAS pergi, sama ada bekerjasama atau berdikari sendirian, PAS tetap utuh sebagai satu pasukan dan dalam satu pasukan yang mantap.

Kemantapan PAS adalah hasil daripada tarbiah fikrah (pendidikan pemikiran) yang meletakkan Islam sebagai keutamaan perjuangan, lebih dari kepentingan diri sendiri.

Justeru untuk waktu ini, untuk menghadapi PRU ke-13 ini, PAS tidak harus menoleh kebelakang lagi. Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat ialah kerjasama yang terbaik dalam sejarah politik negara.

PAS harus terus menjadi rakan kongsi yang strategik kepada Pakatan Rakyat. PAS harus yakin bahawa dengan kekuatan kepimpinan, kekuatan akar umbi, dengan rangkaian cawangan yang ada di setiap taman dan desa, bahawa suatu hari nanti PAS akan muncul sebagai parti yang dominan dan terunggul dalam persada politik negara.

hasil Tulisan : Mohd Rashidi Hassan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Penyamun Kenduri Sakan


Maka berkenduri besar lah segala 40 orang penyamun-penyamun bila dapat tahu khabar gembira dari 'bapak segala penyamun' bahawa mereka akan menyamun harta kekayaan si Ali Baba. Lampu hijau sudah dapat. Jika dulu mereka dapat menyamun secara kecil-kecilan dalam kesamaran Lampu Merah, kini mereka dapat menyamun secara besar-besaran dan terang-terangan.


PASIR PUTEH - Wang ihsan yang akan diberikan kepada Kelantan akan disalurkan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi melaksanakan pelbagai program, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, pemberian wang ihsan itu dibuat di atas hasrat murni kerajaan pusat yang ingin membantu rakyat Kelantan.

"Rakyat Kelantan sepatutnya bersyukur dengan keputusan itu," kata Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan kepada pemberita selepas menerima kunci van untuk kegunaan Umno Bahagian Bachok di Perupuk di sini, hari ini.

Maka

TERSENYUM LEBARLAH PARA KONTRAKTOR UMNO

TERSENYUM LEBARLAH PARA KETUA BAHAGIAN UMNO

TERSENYUM LEBARLAH PARA KETUA CAWANGAN

TERSENYUM LEBARLAH PARA KETUA KAMPONG / JKKK /

----------------------------------------------------

Tangkap itu oranggg,malam ini kita buatt " Satayyyy.... "

by JilFityan

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Saya benci Tok Guru



""Saya benci Nik Aziz dan PAS". Itulah ayat ringkas dari seorang rakan penulis yang sedang membuat ijazah kedoktoran di luar negara. Penulis terasa ingin menampar pipi ahli UMNO tegar ini beberapa kali tetapi mengambil keputusan untuk cuba mendalami perasaannya.

Hasil perbualan terperinci dengannya, penulis menyedari beberapa rahsia ahli UMNO yang kita tidak peka, yang boleh membawa kepada kekalahan PAS pada pilihanraya akan datang..

1. Ahli UMNO hanya akan baca akhbar UMNO

Perlu kita sedari bahawa ahli UMNO tidak berlapang dada untuk mendapatkan penjelasan semua pihak sebelum menuduh. Mereka akan menuduh Tok Guru, alim ulama', hatta pemimpin mereka sendiri dengan pelbagai tuduhan dan fitnah tanpa usul periksa. Justeru, ahli PAS tidak boleh cepat melatah apabila diserbu dengan pelbagai fitnah dan tohmahan daripada mereka. Sebaliknya, ahli PAS perlu sedar bahawa ahli UMNO akan menyokong UMNO secara taklid, dulu kini selamanya.. Isu rasuah bukan isu bagi UMNO seperti yang dizahirkan di Bagan Pinang. Mentaliti kita berbeza. Rakan penulis dengan happy memberitahu bahawa dia pernah baca semua ayat-ayat Tun Mahathir yang memperlecehkan shariah tapi dia tak kisah sangat..

2. UMNO tak kisah fitnah

Hasil penelitian didapati bahawa UMNO percaya 'fitnah dengan niat baik' adalah tak salah. Ayat lazimnya ialah "aku yakin Anwar tak meliwat tapi aku rasa dia memang ejen asing so tak salah kerajaan fitnah dia pasal niat kerajaan baik'.. Ya, itulah ayat lazaim UMNO.

3. PAS terlalu rakus dan cuai

PAS terlalu kerap mengambil pendekatan konfrontasi sekalipun dalam isu kecil. Setelah PAS menawan begitu banyak negeri, PAS tidak pun menyediakan risalah-risalah atau pamplet atau buku2 untuk diedarkan kepada pelajar sekolah atau universiti untuk membersihkan salah faham terhadap undang-undang Islam.

Bukan susah mana untuk PAS menerbitkan risalah dan buku menjelaskan secara ringkas isu ini. Sebagai contoh, dakwaan palsu UMNO bahawa Islam menghukum mangsa rogol dan melepaskan perogol tidak pernah dijawab dengan kemas dan info rata-rata tak sampai kepada masyarakat.

Pendek kata, rakan penulis melihat PAS memang malas dan tidak sistematik dalam berdakwah dan merancang. Pendekatan kerapkali, sekalipn tidak sentiasa, kasar dan terburu-buru..

Satu contoh mudah, dulu PAS mengusulkan rang undang2 hudud. Berhubung hukuman ke atas penzina, terdapat khilaf pendapat berhubung isu mengandung sebelum kahwin. Hanya mazhab Maliki yang mengatakan bahawa mengandung sebelum kahwin akan membawa kepada 'presumption' atau anggapan zina. Mazhab lain tidak begitu kerana mangsa rogol pun boleh mengandung. Meletakkan beban bukti pada si mangsa tentulah zalim.

Dalam banyak-banyak pendapat mazhab, PAS pilih pandangan yang paling keras ini. Tentulah masyaraklat bising. PAtutnya, PAS gubal rang undang-undang Islam tersebut dan serahkan kepada mufti-mufti dan badan-badan agama DALAM DAN LUAR NEGARA untuk mendapatkan pandangan. Lepas tu , PAS patut anjurkan seminar dan jemput semua cendikiawan dan tokoh agama untuk beri pandangan dan nasihat.

4. ISU EKOnomi

Rakan penulis benci PAS kerana katanya PAS tak pandai urus ekonomi. Sedikit sebanyak ada benarnya. PAS bersungguh-sungguh dengan ceramah tetapi tidak sistematik dalam isu ekonomi. Apa yang susahnya jika PAS, PKR dan DAP buat satu majlis ekonomi untuk menyelaraskan investment dan ekonomi di negari-negeri Pakatan agar lebih banyak kerjasama dan lebih terancang. Nak buat satu akhbar bersama antara PAS, DAP dan PKR pun tak boleh boleh sampai sekarang.. Website PKR PULAK SAMPAI SEKARANG TAK BOLEH MASUK ..

Pendek kata, banyaklah kebenciannya terhadap PAS. Bagi penulis, PAS masih 100x lebih baik dari UMNO kerana matlamat dan objektifnya berlandaskan Islam, cuma cara pelaksanaan perlu diperkemas.

Heh, sibuk-sibuk benci Tok Guru dan ulamak, bila dia mati nanti siapa yang nak uruskan jenazah dia.. Yang baik kita ambik, yang buruk kita tolak..

Dipetik dari Dewa
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]