Subscribe

BTN: Kos dan cagaran untuk pecahbelah rakyat Malaysia




Apa itu BTN?

BTN adalah Biro Tata Negara ataupun popular dikenali sebagai makhluk parasit atau "Dajal alaf Baru",berfungsi mendewakan BN dan men'syaitan'kan PR.

Apa yang ada dalam kursus BTN?

Dalam BTN, semangat benci kaum lain seperti Cina dan India ditanam secara mendalam di kalangan peserta. Contohnya lagu ANAK KECIL MAIN API wajib dihafal oleh peserta, kenapa? Kerana lagu ini membakar jiwa agar sayangi kaum Melayu dan benci kepada kaum lain. Peserta juga ditanam semangat dan sifat agar membenci penceramah dan pemimpin politik pembangkang seperti PAS, Anwar Ibrahim dan juga pemimpin-pemimpin Cina DAP yang dianggap sebagai pengkhianat negara. Ketuanan Melayu pula perlu dipertahankan dengan cara menyokong UMNO dan memastikan semua kakitangan kerajaan berpihak kepada UMNO agar UMNO dapat berkuasa selama-lamanya.(Pokok hujahnya ialah membela Melayu lebih utama dari membela Islam).

Kenapa BN guna BTN ?

Kerana dengan BTN segala kefasikan yang dibuat oleh kerajaan BN akan digambarkan sebagai kegiatan murni dan mulia, dan segala usaha baik yang dibuat oleh PR digambarkan sebagai kefasikan dan porak poranda.BTN perlu digunakan BN sebagai proksi sampingan untuk mengabur mata para pegawai kerajaan, agar dibutakan terus daripada melihat kedajalan BN di dalam negara, dan parasit yang paling mujarab meresapkan unsur-unsur kejahatan kedalam diri pegawai kerajaan melalui ceramah oleh penceramah tauliah BN.

Penentang pengharaman BTN.

Yang meloncat bila keluar isu pengharaman BTN ini adalah mereka yang bengap susah diajar dan penjilat setia UMNO BN. Juga mereka yang takut tak dapat cari makan. Juga mereka yang takut periuk nasi mereka tergugat.

Mereka memberi alasan kononnya BTN adalah hak warganegara Malaysia,
mereka memberi alasan kononnya BTN adalah untuk perpaduan kaum,
mereka memberi alasan kononnya BTN boleh realisasikan Konsep 1Malaysia secara sejagat.

Seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan bangangnya,

"Peranan Biro Tatanegara adalah selari dengan gagasan 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan dan nilai-nilai patriotik. Peranan Biro Tatanegara(BTN) adalah selari dengan gagasan 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan dan nilai-nilai patriotik.Pengharaman kursus BTN ini juga menyekat kebebasan mahasiswa untuk pergi program "

Kah Kah Kah!! Sekat Kebebasan??

Kata Dr Khairuddin.

"kursus BTN itu telah memburuk-buruk mantan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dengan mengatakan beliau seorang pemimpin yang lemah berbanding Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri baru Najib Razak akan mengembalikan era kegemilangan semasa pentadbiran Dr Mahathir.

Hanya setahun yang lepas Dr. Mahathir dicaci dan Pak Lah disanjung tetapi sekarang sudah terbalik. Apa piawaian yang diguna untuk menentukan kebenaran atau kebaikan. Tidakkah lakonan seperti ini menghina bekas Perdana Menteri dan mengelirukan rakyat?” tanya Dr Khairuddin.

"Mengenai isu pembunuhan Altantuya pula ceramah kursus Birotatanegara itu menafikan keberkaitan penggunaan C4 dari simpanan kerajaan. Peserta kursus cuba dikelirukan dengan disogok dengan propaganda kononnya C4 boleh dibeli dari sumber-sumber lain.

Pembunuhan pula oleh mereka tidak bermotif. Pelik dan ajaib. Takkan Polis yang gaji tak sampai RM1,500 sebulan nak habiskan duit kocek mereka nak beli C4. Kalau benar C4 boleh dibeli di luar maknanya negara kita dalam bahaya.Yang dipertikaikan ialah kenapa BTN membazirkan wang rakyat hanya untuk menegakkan benang basah.tegas Dr Khairuddin

Dibawah ini pula peruntukan KOS untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia yang dilaksanakan Kerajaan BN melalui BTN.

"BTN telah membelanjakan sebanyak RM 550 juta dalam tempoh 10 tahun sejak tahun 2000 sehingga 2009 dan ia telah mencetuskan sentimen perkauman sehingga menyebabkan ramai para cendekiawan lari ke luar negara."

Berdasarkan belanjawan tahunan untuk tempoh 10 tahun terakhir yang berjumlah RM548 juta, berikut adalah perincian kos tersebut mengikut tahun.

Bagi tahun 2000, kira-kira RM28,928,500 dibelanjakan manakala setahun selepas itu, tahun 2001 sebanyak RM27,172,300 pula dibelanjakan. Kos tersebut meningkat kepada RM34,199,700 pada tahun berikutnya dan terus meningkat lagi pada tahun 2003 kepada RM35,620,163. Kos tersebut meningkat lebih daripada sekali ganda iaitu RM86,165,889 pada tahun 2004 namun mengalami sedikit pengurangan iaitu RM68,160,330 pada tahun selepasnya.Pada 2006, kos BTN berkurang lagi kepada RM43,097,076 tetapi bertambah kepada RM74,339,400 pada tahun lalu iaitu RM76,348,700. Bagaimanapun, pada tahun ini kos nya berkurang sedikit tetapi masih lagi pada angka yang besar iaitu sebanyak RM74,023,100.


Menurut Belanjawan 2010, kira-kira RM62.5 juta diperuntukkan untuk tujuan Kursus BTN.

Ia melibatkan sejumlah wang yang besar. Bagaimana mungkin wujud justifikasi untuk membelanjakan peruntukan besar untuk sebuah agensi bagi melaksanakan kesinambungan agenda yang bertentangan dengan semangat perpaduan bagi memecah belahkan rakyat Malaysia kepada perkauman, sepertimana yang dinyatakan beberapa pemimpin pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam baru-baru ini," kata Pengerusi DAP, Lim Kit Siang.


Saya pasti,sekiranya diberi pilihan kepada pegawai kerajaan, siapa yang akan menyertai BTN ini, Maka sudah pasti tiada seorang pun yang berminat menyertai kursus bodoh sebegini.

by JilFityan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

M'sia negara 'sumpahan minyak'


Petikan MalaysiaKini:


Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Malahah Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.

Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]