Subscribe

Kenyataan Nik Aziz mengenai Maulid Rasul tidak wajar dipolitikkan.


Apakah dengan berarak berseragam begini tidak membazir?

Tak timbul soal membela Lim Guan Eng berhubung perarakan Maulid Rasul. Kerana ia bukan isu politik, justeru itu Tok Guru Nik Aziz sendiri mengatakan Kelantan pun tidak menyambut dengan perarakan sedemikian rupa. Hanya cukup dengan sekadar program-program ilmiah dan keagamaan kepada masyarakat bagi mengenang,memperingati jasa Rasullah. Lagi pula,maulidur rasul tidak mempunyai fadhilat khusus dan tidak disentuh sedikitpun di dalam Al-quran dan Hadith. Yang ada hanyalah supaya berzikir,berselawat kepada Rasullah bagi mengenang dan mengingati Rasullah, bukan dengan perarakan yang membazirkan. Ini kenyataan.

Dari sudut sejarahnya,memperingati hari kelahiran Rasulullah SAW telah dilakukan sejak 300 tahun selepas Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa’id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan.Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya ‘Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail’ , menyatakan; “Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala.”

Namun demikian, tidak pula disentuh mengenai perarakan sebagaimana orang kita Malaysia lakukan. Apa yang hendak dikatakan di sini adalah, sambutan itu "tidak apa", tapi perarakan itu "tidak dilakukan" hatta dalam sejarahpun. Berarak beramai-ramai sambil memegang sepanduk "Kami sayang Rasullah". Bukanlah satu cara yang betul dalam mengenang dan memperingati Rasullah.Banyak lagi cara yang kita boleh buat untuk "express" rasa kasih dan sayang pada Rasulullah selain dari berarak beramai-ramai dan selawat ramai-ramai. Tak cukup dengan itu, ada badan-badan tertentu siap menempah pakaian dan menempah sepanduk semata-mata untuk perarakan tersebut. Adakah ini bukan namanya membazir?


Rasulullah tentu tak minta kita berarak sambil memegang sepanduk untuk tunjukkan kita cinta kat baginda. Tapi apa yang dititikberatkan Rasullah adalah, setakat mana ajaran islam yg telah baginda sampaikan kepada kita itu berjaya dilaksanakan?

Berhubung apa yang dilaksanakan di Pulau Pinang,saya merasakan sekiranya benar kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini, ia bukan satu yang aneh. Ini kerana dalam rekod Sambutan Maulidur Rasul ketika di zaman Barisan Nasional memerintah juga tidak menganjurkan perarakan. Dari tahun 2003-2005 rekod JAIPP menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengajurkan perarakan Maulidur rasul. Mungkin Pak Lah lupa bahawa ketika itu beliau merupakan Perdana Menteri dan negeri kelahirannnya ini tidak menganjurkan perarakan maulidur rasul. Pada tahun 2003 sambutan Maulidur rasul diadakan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Minyak, SPT tanpa perarakan maulidur rasul. Pada tahun 2004 sambutan maulidur rasul telah diadakan di Dewan Muhibbah, Sungai Dua Butterworth, Seberang Perai Utara tanpa perarakan. Pada tahun 2005 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan tanpa perarakan. Kenapa sekarang apabila kerajaan negeri khabarnya tidak menganjurkan perarakan menjadi isu pula? Ia jauh lebih pelik kerana kini UMNO tanpa sebarang keraguan akan menggunakan apa juga isu semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

Dan untuk pengetahuan, kerajaan Pulau Pinang pada tahun ini akan mengajurkan satu
majlis ilmu khas untuk menimbulkan perasaan cinta kepada rasul dengan Majlis Bacaan Kitab Sirah selama 2 hari. Kitab yang akan digunakan adalah Syamail Muahamad karangan Imam Turmizi.

Sementara berhubung kenyataan Nik Aziz, memang tidak dinafikan, ia termasuk didalam perkara-perkara yang khilaf. Bila dikatakan khilaf, maka ia boleh jadi diterima Allah atau tidak kerana semuanya atas kuasa dan hak-Nya. Namun, sekiranya dicari berdasarkan sumber-sumber soheh daripada Quran dan hadis, terimalah hakikat bahawa memang tiada fadhilat khusus untuknya. Anda boleh membelek Al-Quran dan Hadith untuk mencari buktinya, kemudian bandingkan pula dengan fadhilat terang untuk Ramadhan. Nik Aziz menyampaikan pendapatnya mengikut dalil yang dia tahu, jangan dipolitikkan kata-katanya itu. Namun jika anda rasa ianya benar untuk menyambut dan kamu ada sebab-sebab, dan dalil benar untuk menyokong silakan. Lawan ilmu dengan ilmu bukan dengan mempolitikkan kata-kata yang berasaskan ilmu.


Sekian.

Petikan Dari Utusan Kenyataan Mustapa Mohamed,Pengerusi badan Perhubungan UMNO Kelantan.

"Kita sedih kerana segala-galanya dipolitikkan termasuk perkara yang jelas menjadi amalan agama dan budaya di negara ini dan beberapa negara Islam lain.Kenyataan sebegini tidak pernah saya dengar sebelum ini kerana sambutan Maulud Nabi sebati dengan cara hidup masyarakat tetapi Nik Aziz sanggup ubah pendirian. Saya yakin ramai umat Islam tidak setuju dengan pandangan tersebut," kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO Bahagian Kubang Kerian di sini hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menambah, amalan dan budaya masyarakat di negara ini tidak wajar menjadi alat politik dan dipertikaikan.

"Sambutan Maulidur Rasul adalah antara acara penting dalam kalendar Islam dan diberi cuti untuk kita berkesempatan bagi menghayati perjuangan Rasulullah sebagai contoh ikutan yang baik dan kita gunakan untuk berdakwah sesama umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz kelmarin bahawa sambutan Maulidur Rasul tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.


by JilFityan

Juga dipetik dari pandangan Ustaz Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.