Subscribe

Liwat : Mahkamah menghina dirinya sendiri!


Seorang pemanggil Radio IKIM pagi tadi mendakwa bahawa Mahkamah yang membicarakan kes Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari sebagai “menghina diri sendiri”. Dakwaan itu dibuat sebagai respon kepada tajuk perbincangan hari ini iaitu tentang isu “Wajarkah kes Mahkamah dijaja di media dan dijadikan polemik dalam masyarakat”.

Majoriti pemanggil mengatakan bahawa perbuatan itu tidak wajar apalagi dalam kes seprti yang dilalui oleh Anwar Ibrahim kerana kes masih dibicarakan dan belum tentu dia bersalah.

Tindakan Mahkamah yang membenarkan keterangan Saiful pada hari pertama dirakam dan disiarkan oleh akhbar utama Kerajaan seperti Utusan Melayu, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, The Star dan sebagainya menunjukan bahawa “mahkamah telah menghina dirinya sendiri” dan gagal mempertahankan kredibilitinya kerana tidak menegur sehinggalah peguam Anwar, Karpal Sing membankitkan hal ini.

Pengerusi Perkasa, Ibrahim Ali pula sibuk mendesak Kerajaan mengharamkan ceramah Pakatan dari membicarakan isu Anwar kerana kononnya menghina Mahkamah, walhal dalam ceramah Pakatan semua menuntut perbicaraan yang adil. Jika Umno-BN boleh malukan Anwar mengunakan saluran media dalam isu ini, salahkah jika Pakatan mengunakan saluran yang sama serta medium ceramah sebagai medan untuk menyampaikan fakta dan hujah yang benar.

Najib juga terhegeh-hegeh arahkan Wisma Putra buat program Penerangan kepada 50 ahli parlimen Australia tentang isu Anwar. Apa yang beliau mahu terangkan. Siapa Najib dalam kamar Mahkamah. Adakah dia Hakim atau tuan lawyer. Apa hak dia untuk bagi penerangan tentang kes Anwar yang belum ada keputusan lagi.

Kalau kita membaca komen dan kenyataan didada-dada akhbar pun, kita akan melihat bahawa hanya pemimpin Umno sahaja yang ghairah nak cerita isu kes Anwar ini, sedangkan pemimpin komponen BN lain senyap dan tidak peduli.

Jika Najib dan Umno boleh gunakan segala medium yang ada bagi memalukan Anwar, kenapa Pakatan tidak boleh. Kenapa Pakatan dianggap menghina mahkamah bila cerita kes Anwar, tapi Najib dan Umno tidak?

Mahkamah kena menunjukan kredibilitinya kerana isu Anwar ini bukan sahaja dibicarakan oleh Mahkamah, tetapi rakyat diseluruh negara dan diseluruh dunia. Semua orang mahu tahu, dan semua orang mahu bercerita. Pergi kedai kopi orang cerita, pergi ke pasar orang bercerita, pergi beli belah orang cerita, pergi seminar orang bercerita, turun naik LRT dan bas pun orang…semua orang bercerita. Yang tak bercerita hanyalah orang yang dalam kubur.

Dipetik Daripaada HarakahDaily

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.