Subscribe

Kerajaan Kita Amat Cerdik : Rakyat Didahulukan. Terima kasih


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menggunakan kaedah dan pertimbangan yang tidak membebankan rakyat dalam proses untuk menyelaraskan subsidi.Beliau berkata, penyelarasan itu antara lain bertujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan yang bakal memberi pelbagai kebaikan seperti mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara dan mengurangkan defisit fisikal.

Katanya, ia juga sekali gus membuatkan pasaran dunia dan dalaman akan lebih yakin mengenai kekuatan ekonomi negara."Kita menggunakan penjimatan perbelanjaan kerajaan itu untuk memenuhi lebih banyak agenda seperti yang termaktub dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) yang bakal dilaksanakan.Jadi ini merupakan satu proses dan kerajaan akan mengkaji semula pemberian subsidi ini berdasarkan pada kenaikan yang sangat minimum supaya tidak membebankan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah di sini hari ini.

Oleh itu, kata beliau, rakyat harus faham mengenai perancangan kerajaan untuk membuat perubahan berkenaan semata-mata demi kebaikan semua.

-----------------------------------------------------------

Kita sebagai rakyat sepatutnya faham dan menyokong keputusan kerajaan. Kenaikan ini bukan untuk kerajaan tetapi untuk rakyat jua. Kerajaan menaikkan harga barang pun bukan untuk kerajaan tapi untuk rakyat juga. Rakyat seharusnya membantu kerajaan untuk memajukan negara kita.

Saya sebagai rakyat Malaysia, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana memahami masalah kami rakyat Malaysia. Dengan naiknya harga petrol,diesel, gas , gula ini diharapkan juga harga-harga sawit,beras dan lain-lain keperluan dinaikkan demi rakyat jelata keseluruhannya.

Saranan Tuan Perdana Menteri kepada kami rakyat Malaysia agar berjimat cermat dan mengubah cara hidup, akan kami patuhi. Kami akan naik basikal ke tempat kerja dan makan ubi kayu untuk hidup. Lagipun makan banyak-banyak tidak baik untuk kesihatan. Sesungguhnya konsep satu Malaysia, "Rakyat didahulukan...Pencapaian diutamakan.." merupakan konsep yang amat menguntungkan kami rakyat Malaysia.

Terima kasih Tuan Perdana Menteri.

2 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih PM...Kami amat menyayangi mu dan bik mama aka hantu kopek!!!

Jil Fityan said...

Dalam akhbar cantik sahaja tajuknya. Seolah tindakan ini bijak dilaksana Kerajaan, dengan menyejukkan hati kononnya pengurangan subsidi demi rakyat.

Rakyat yang sokong UMNO menyumpah seranah jugak. Memaki hamun jugak. Tetapi datang PRu ... Pangkah Lagi sekali..

Tak Serik..

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.