Subscribe

Minyak Naik Lagi. Selamat Maju Jaya


Gas naik, roti canai pun naik..
Gula naik, segelas teh tarik pun naik..
Minyak Naik, tambang bas/teksi pun naik..

Tarif elektrik pun naik..
Cukai tanah negeri pun naik..

Anak-anak melayu makin ramai yang rosak,
Anak-anak melayu yang tidak dapat pelajaran makin ramai,
Pendatang haram makin bertambah,
Jenayah makin menjadi-jadi,

Tahniah Malaysia.

Rakyat jangan melenting,
Cuba teliti sejarah dulu-dulu kita..
Bukankah kita
Makan ubi kayu saja masa pemerintahan Jepun?
Minum air sungai/ perigi saja?
Lagipun minyak kita, gula kita, gas kita, diesel kita, lagi murah berbanding negara-negara Asean lain?

Tahniah lagi sekali Malaysia. We proud to be Malaysian.


Selamat Maju Jaya UMNO Barisan Nasional.

Dari MalaysiaKini

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

* Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
* Diesel - RM1.75 seliter.
* Gula - RM1.70 sekilogram
* Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.


2 comments:

velasrizal said...

mmg tertekan rakyat skrg ni..



Jersi Baru Arsenal Musim 2010/2011

Jil Fityan said...

Tertekan memang tertekan. Tapi apakan daya. Tertekan tapi tidak serik. Datang PRu, pangkah lagi sekali.

Pa Diaa..

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.