Subscribe

Pemimpin Bijak Berjiwa Rakyat


Tindakan Najib menaikkan harga minyak lewat tengah malam dua tiga hari lepas adalah satu tindakan yang bijak. Jika sebelum ini PakLah mengumumkan kenaikan harga minyak sekitar jam 4 atau 5 petang. Tindakan ini dilihat tidak berapa cerdik kerana menyebabkan rakyat berpusu-pusu ke stesen minyak mengisi minyak hingga menyebabkan kesesakan di stesen minyak utama tanah air, dan menyusahkan pihak stesen minyak menguruskannya dalam kesesakan tersebut.Disamping itu juga, tindakan ini dilihat merugikan kerajaan kerana pengumuman awal hanya menyebabkan rakyat bersegera ke stesen minyak untuk mengisi minyak dan dibeli dengan harga biasa sebelum kenaikan.

Dan tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa rakyat ketika itu, seperti lalat menghurung tahi! Dan itulah level rakyat Malaysia yang paling tepat untuk digambarkan. (Mungkin juga dimata pemimpin-pemimpin UMNO tercinta dikala itu)

Perdana Menteri Najib Tun Razak, yang begitu memahami masalah rakyat, telah mengumumkan kenaikan itu tengah lewat malam. Mungkin Najib tidak mahu menyusahkan rakyat, yang dilihat terpaksa keluar malam malam buta semata-mata untuk mengisi minyak ibarat lalat menghurung tahi itu. Mungkin juga Najib tidak mahu menyusahkan pihak stesen minyak, kerana terpaksa melayan pelanggan yang ramai seperti lalat menghurung tahi itu.

Inilah bahananya jika kenaikan harga minyak diumumkan lebih awal.Namun sikap mulia yang ada pada perdana Menteri kesayangan kita ini menunjukkan sikap yang wajar diteladani. Dan inilah sikap pemimpin berjiwa rakyat juga bertepatan dengan konsep satu Malaysia. Rakyat didahulukan. Kesusahan rakyat itu lebih difahami disamping menguntungkan kerajaan jika pengumumkan dilewatkan.

Saya secara personal, begitu kagum kerana memiliki Perdana Menteri yang begitu mulia,memahami disamping isteri Perdana Menteri yang cantik jelita bak puteri Kayangan.

I`m Proud to be Malaysian.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.