Subscribe

Perlukah UMNO dan PAS bersatu ??


Bagi aku, Pas dan UMNO tidak perlu bersatu :

Pertama, prinsip & dasar kedua-dua parti adalah berbeza.PAS perjuang Islam dan UMNO perjuang Melayu. Prinsip PAS, sekiranya bersatu atas paksi kebangsaan tak menjanjikan apa-apa keuntungan, malah akan menjadi kesukuan semata-mata. Berbeza dengan KERJASAMA (bukan bersatu ya!!) dengan DAP dan PKR yang lebih kepada berkongsi satu prinsip & dasar iaitu Keadilan.

Habis adakah UMNO tidak adil ?

Bagi aku, selagi kes rasuah dan politik wang, selagi kes PKFZ tak setel, Kes Teoh Beng Hock dan Aminul Rasyid tak dapat keadilan,Kes Video Lingam, Kes Altantuya, Kes Royalti Minyak, Kapal Selam dll, usah bicara.Soal keadilan lah.


Kedua, jika PAS dan UMNO bersatu, bermakna tiada pilihan lain lagi bagi orang Melayu, sama ada baik atau buruk prestasi parti itu ditunjukkan. Bila sudah tiada "check and balance" maka sudah pasti penyelewengan akan mudah berlaku kerana parti ini akan “take for granted”, kerana sudah pasti mereka akan tetap dipilih oleh orang Melayu kerana orang Melayu sudah tidak mempunyai pilihan lain lagi.

Cuba anda bayangkan, andai kedua parti gerombolan ini bersatu atas nama Melayu semata, sudah tentu orang Melayu yang lain yang sekiranya mereka nampak ada kepincangan pada "parti" tersebut, sudah pasti mereka pilih alternatif parti yang lain yang bukan Melayu. Maka situasi akan berubah.Polar politik kita akan menjurus kepada “orang Melayu lawan dengan orang bukan Melayu”.

Ketiga, pernah satu ketika dahulu berlaku dalam sejarah Islam,Rasulullah sewaktu pulang daripada Perang Al-Muraisiq, apabila Abdullah bin Ubai memainkan semangat perkauman, Aus dan Khazraj. Kesatuan yang dilaungkan adalah atas nama bangsa, dan ternyata jelas,menimbulkan kemarahan Rasullah. Rasullah berpesan, tiada kesatuan atas nama bangsa, yang ada hanya ISLAM.bila menegakkan kesatuan atas nama bangsa, itulah sebenarnya Kekuatan ZIONIST.

Realitinya hari ini dapat kita lihat, UMNO banyak memprovokasi PAS dengan ungkapan “bersatu”. Ini adalah kali ketiga isu ini dirotate dan diulang balik oleh UMNO. Dan PAS tetap dengan pendirian, bersatu boleh tapi dalam ruang lingkup hubungan “kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan” semata, khususnya berkaitan royalti minyak. Namun bila isu royalti minyak ditimbulkan oleh PAS, UMNO pula bersikap kendur dan bertegas dengan keputusan royalti tiada, yang ada hanya wang ehsan. So macam mana nak bersatu?

Jadi persoalan, bolehkah PAS - UMNO Bersatu, Sudah pasti jawapannya adalah TIDAK. Dalam hal itupun tiada kesatuan, inikan pula bersatu dalam soal politik. Tambahan pula Najib Tun Razak sendiri pernah berkata dengan nada angkuhnya, "UMNO tidak lemah hingga perlukan PAS..",tapi tup tap,tiba-tiba menukar kenyataan,mengatakan ingin bersatu pula. So gimana sih??

Bila sesuatu itu dimulakan dengan agenda yang tidak ikhlas, sudah tentu jawapannya juga akan jadi tidak ikhlas.

3 comments:

necrodreamer said...

nampaknya 'parti Islam' ini sudah berputus asa berdakwah kepada pemimpin.

ambil contoh Nabi, walau jahil mana pun penduduk kafir quraisy di Mekah, Baginda tetap berdakwah kepada mereka.

dan jika kita lihat senario di tanah melayu kita ini, mungkin pemimpin kita ini jahil, jadi kewajipan kita adalah untuk menegur dan berdakwah kepada mereka.
~

saya teringin sangat melihat kedua-dua parti melayu ini, yang boleh dikatakan kesemua ahlinya beragama Islam, bersatu dalam satu wadah. iaitu untuk mendapat keredhaan Allah.

kalau kita sendiri tak nak bersatu, jangan harap bumi Palestin dapat dibebaskan.

p/s: minta maaf kalau komen saya ni menyinggung sesiapa, saya sedar saya bukanlah manusia yang sempurna. saya cuma ingin menyampaikan pandangan sahaja.

Jil Fityan said...

PAS tidak pernah berputus asa dalam menyebarkan dakwah Islam kepada pemimpin yang jahil seperti yang saudara maksudkan. Malah usaha ini bukan baru, sudah lama dan berpanjangan hingga kini. Hal ini semua orang maklum. Jadi rasanya tiada istilah putus asa di sini. Dan bagi saya, tidak bermakna "ketidakMinatan PAS atas gesaan bersatu Bersama UMNO" itu bermaksud PAS sudah berputus asa untuk berdakwah. Ini dua perkara yang berbeza.

Berhubung hasrat saudara ingin melihat kedua-dua parti melayu dibawah satu wadah Islam,
sebenarnya dari dulu lagi Tuan Guru Nik Aziz sudah berkata semasa awal-awal isu ini timbul "nak bersatu tiada masalah pun asalkan bawah paksi Islam bukan kebangsaan". Kerana apa?? Kerana Rasullah menyatukan bangsa arab pun atas paksi Islam bukan paksi kebangsaan.

Apapun terima kasih atas pandangan dan komentara saudara. Komen dan pandangan di alu-alukan.

Anonymous said...

tah ler lihat la apa yang akan terjadi masa akan datang moga malaysia maju dan aman lah selalu

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.