Subscribe

Tok Guru : Pas-UMNO boleh bersatu perjuang Islam sekiranya..



KOTA BHARU 13 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini.

Tegas beliau, perjuangan beliau bersama Pas selama ini memang untuk menyatukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini daripada mempercayai perkara yang tidak betul.

Katanya, Islam sendiri merupakan agama yang menggesa penganutnya untuk bersatu dan hanya mempercayai Tuhan yang satu.

"Islam itu agamanya Tauhid untuk menyatukan bukan sekadar Tuhan satu tetapi manusia semua mesti bersatu.

"Islamlah yang paling baik untuk menyatukan manusia. Kalau tidak boleh bersatu tubuh pun, dapat bersatu pemikiran pun bolehlah," jelas beliau ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pendapat beberapa ulama di negara ini yang komited bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong masing-masing.

Antara individu yang menyokong penyatuan itu adalah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Kedua-dua ilmuwan Islam ini sependapat bahawa penyatuan antara kedua-dua parti membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam di negara ini bertambah kuat.

Semalam, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam berkata, kerjasama antara kedua-dua parti ini membolehkan dasar Islam dijalankan termasuk hukum hudud berbanding tindakan kerjasama dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.

Ketika ditanya mengenai pandangan berkenaan, Nik Abdul Aziz berkata:

"Betullah tu... Betul. Saya berjuang dalam Pas pun untuk menyatukan semua orang.

"Saya tidak mahu orang Melayu yang sudah Islam ini menyokong perkara yang bukan-bukan," tegas beliau.

Bagaimanapun tegasnya, UMNO perlu mengubah dasar parti itu kepada Islam berbanding dasar kebangsaan yang diamalkan sekarang sekiranya mahu bergabung dengan Pas.

Komen JilFityan

Suka ayat yang BOLD diatas.Ayat nampak biasa-biasa saja, tetapi hakikatnya luar biasa.. Ber ''SYARAT'' besar yang membuatkan parti nasionalis Melayu ini berfikir sejuta kali dan akhirnya terjerummus ke dalam perangkap sendiri.

Syabas Tok Guru... Memang ini yang dimahukan kami semua..

Jika dulu Tok Guru kata ''tidak mahu bergabung dengan UMNO yang perjuang Melayu dan tak perjuang Islam..."

Sekarang Tok Guru guna ayat mafhum mukhalafah, " Mahu bergabung dengan UMNO sekiranya UMNO mengubah dasar parti itu kepada Islam berbanding dasar kebangsaan yang diamalkan sekarang"

(-_;)


1 comment:

opisboi said...

nak ke brok-brok amno ubah ke dasar islam? maaf guna bahasa kasar..hanya ayat itu yg yg layak utk mereka.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.