Subscribe

Bersatu Menolak UMNO, Parti Perkauman



INGATKAN ANDA DENGAN VIDEO INI


Kita terlalu banyak disemakkan pemikiran dan disesakkan nafas dengan berita-berita yang lebih kepada sensasi. Padahal tiada apa pun.Banyak sungguh berita yang diumpan kepada rakyat agar membenci pemimpin PR yang bukan Islam,biarpun perkara tersebut jika di isukan, jelas menggugat keamanan kaum kerana menyentuh sensetiviti perkauman.

Agaknya pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional mahu orang Melayu disemai dengan jiwa sebagai rakyat yang bencikan Cina, Bencikan India, bencikan semua kaum dan hanya mengangkat keris menyebut Ketuanan Melayu. Agaknya pemimpin UMNO bangga jika orang Melayu menikam orang cina, orang india menikam orang melayu, atau sebaliknya antara satu sama lain.

UMNO pengamal politik perkauman yang melaksanakan dasar pecah dan perintah, peristiwa pemuda Umno menghunus keris dan mengugut akan membakar Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor, kenyataan diskriminasi perkauman secara terbuka oleh Ahmad Ismail dan Nasir Safar, unsur-unsur perkauman yang didoktrinasikan oleh Biro Tata Negara. Ini semua bukti, yang menunjukkan sememangnya UMNO parti perkauman.

Terbaru, kita dimomokkan dengan berita Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi sebuah Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu. Agendanya baik, iaitu menyumbangkan dana kepada surau berkenaan. Itu sahaja. Tetapi UMNO dan Perkasa mempolitikkan hal ini dengan tuduhan menghina masjid.. Mengapa? Satu sahaja tujuannya. Agar orang Melayu Islam membenci Cina. Dan jika yang menyumbang itu wakil rakyat India sekalipun, maka ia juga akan dipolitikkan agar Melayu benci India. Beginilah sikap dan teladan buruk didepan mata kita, dilakukan oleh parti politik Melayu UMNO.

Jika kita masih memberi peluang kepada UMNO,tidak mustahil suatu hari nanti, peristiwa 13 Mei berulang. Jadi jangan hairan PM dan TPM masih berdiam diri hingga detik ini mengenai isu pengetua sebuah sekolah di Johor yang mengeluarkan kenyataan 'pelajar Cina boleh pulang ke Cina' dan menyamakan gelang tangan yang dipakai pelajar India dengan rantai anjing. Agaknya itu yang disukai. Percayalah. Kita akan saling membenci kepada kaum lain sekiranya kita membiarkan UMNO bertahan lagi lama berkuasa memegang tampok pimpinan negara.

Marilah kita sama-sama menolak parti UMNO yang rasis perkauman, dan bergerak dalam satu jemaah menyokong gerakan Islam. Kita bangunkan Melayu, kita bangunkan Islam. Insyallah, Malaysia akan aman biarpun kita berbilang bangsa dan agama.

Membangun Bersama Islam.

1 comment:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.