Subscribe

Budak Sekolah Zaman 1Malaysia Merempit Ikut Agenda Pihak Terntentu?



Usia masih mudah tapi sudah sakit. Berpenyakit yang sukar diubati. Sakit sosial yang mudah berpengaruh dan terpengaruh. Selain mereka yang salah guna dan ketagihan dadah hingga memendekkan usia diserkup HIV atau AIDs berserta cacat pemikiran; merempit pula akan juga memendek umur menjadi mangsa di jalanraya selain akan cacat anggota seumur hidup. Maka akan hilanglah keupayaan hidup, hilang tenaga untuk memajukan diri dan bangsa, apatah lagi agama.

Seringkali kita dapat berita kemalangan maut pelajar sekolah akibat menunggang motor secara merbahaya. Mereka merempit, berlomba dan menyertai 'pertunjukan angkat tayar' terpamer dengan penuh sombong dan aksi mendebarkan. Penyertaan pada' lomba haram' ini terkadang akan berkesudahan dengan perarakan ke perkuburan atau ke wad kecemasan seterusnya ke wad ICU.

Seorang anak jiran saya terpaksa mendapat rawatan tulang belakang akibat kemalangan jalan raya. Bapanya menghabiskan ribuan wang belanja untuk rawatan tersebut. Setelah sembuh beberapa bulan, saya mendapat tahu dia telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya/ berlomba lagi. Tidak serik dengan kemalangan kali pertama, budak itu kabarnya lebih berbangga menunggang motor ke sana sini hinggalah ditemui berlumuran darah di tepi jalan. Dia meninggal di tempat kejadian pada jam 3.00 pagi.

Kata orang Klate: malu boleh, sakit boleh, duit habis. Akhirnya nyawa pun melayang. Maka telah rugilah nilai kasih sayang ibu bapa terhadapnya sejak kecil, telah rugilah satu sosok seorang pemuda Melayu dan telah tamatlah harapan agama terhadap 'jasa sumbangan' belia itu.

Hingga kini kita tidak tahu apakah pencegahan yang berkesan dari pihak kerajaan, masyarakat dan ibu bapa terhadap gejala rempit-merempit yang semakin bertambah. Tidak berkurang. Hingga kini kita tidak perolehi berita adanya PM atau Menteri mencadangkan penubuhan pusat pemulihan ' geng merempit' ini. Yang kita tahu ialah pihak kerajaan dan pihak tertentu semacam menggalakkan fenomena ini, malah semacam ada agenda tertentu agar bangsa Melayu Muslim ini menemui ajal melalui penagihan dadah dan rempit merempit.

Sumber daripada Blog Ayah D di sini :
Budak Sekolah Zaman 1Malaysia Merempit Ikut Agenda Pihak Terntentu



No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.