Subscribe

Debat : Di Malaysia bukan Kafir Dzimmi.



Hujah penyokong UMNO:

Benar, Rasulullah SAW tidak memusuhi semua orang kafir selagi mereka tidak memusuhi ummat Islam. tetapi sekarang perangai si kafir di malaysia ini telah menjadi-jadi. kalau dikatakan kafir dzimmi, sebenafnya mereka bukan dzimmi.... Kerana dzimmi pada zaman Rasulullah SAW dikenakan unDang-undang Islam, mereka juga direjam, disebat dan sebagainya apabila melanggar hukum Islam. Tetapi di Malaysia ini mana ada kafir dzimmi, boleh dikatakan semuanya kafir harbi, dan mereka berniat nak menghalau orang Melayu dari tanah melayu ini, ganya menunggu masa yang sesuai, dan telah terlihat tanda-tandanyadi Pulau Pinang. Ataupun mereka tergolong kepada kafir mu'ahadah, tetapi telah melanggar perjanjian itu. Kefahaman dalam agama tidak disertai kefahaman politik, tak menjadi juga. Kerana dalam Islam ini ada beberapa bahagian fiqh, iaitu muamalah, ibadah, jinayah dan siyasah. Kena faham perkara ini dulu barulah boleh bercakap tentang masalah semasa. Kerana masalah semasa ini bersumber daripada kecelaruan politik yang dibawa oleh PKR + DAP + PAS.

Hujah saya :

Jadi saudara telah membuat satu declaration bahawa semua kafir di Malaysia sebagai Kafir Harbi termasuk MCA, Gerakan, MIC,DAP dan lain-lain. Itu pandangan saudara.

Bagi saya tidak. Di Malaysia adalah kafir dzimmi. Kafir yang membayar cukai yang ditetapkan dan mendapat jaminan keamanan daripada pemerintah Islam berdasarkan perjanjian yang dipersetujui. Pada prinsipnya mereka mentaati dan mengakui untuk tunduk kepada perjanjian kontrak sosial yang diwujudkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Salah satu persetujuan penting dalam perlembagaan itu ialah mengakui Islam adalah agama Persekutuan yang membuka jalan Islam menjadi agama yang berkuasa di negara ini. Pada masa yang sama Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sekaligus menjadi Ketua Agama Islam dan pelindung memartabatkan Islam di negeri-negeri yang berkaitan. Selari dengan kontrak sosial itu mereka tinggal aman damai, tinggal bersama dalam masyarakat Islam sebagai jiran tetangga, menjadi rakan sekerja, rakan kongsi berpolitik, rakan sepermainan dan menjadi rakan sekolah. Malah mereka diberi peluang pula berkongsi menyumbangkan tenaga memerintah negara ini.

Menurut prinsip hukum Islam, memberi perlindungan dan layanan baik kepada ahli Dzimmi adalah wajib. Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8, Maksudnya:

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil”.

Menurut al-Quran, orang Islam dikehendaki mengadakan hubungan mesra dan baik dengan ahli Dzimmi serta bersikap adil selagi mereka tidak menentang dan menindas orang Islam atau menghalang penyebaran Islam.

Jadi persoalan di sini siapa yang menghalang penyebaran Islam?

Adakah kafir Dzimmi? Adakah Kafiz Harbi? Atau parti politik UMNO Barisan Nasional itu sendiri yg merupakan tonggak pemerintah negara?

Malaysia hari ini digemparkan dengan kes buang bayi, kes rogol, kes bunuh, kes hedonisme yang melampau (AF,Mentor,OIM dll), kes rasuah yang menggila, anak anak rosak akhlak,dan lain-lain jenayah. Ini petanda kepada apa? Inilah petanda kepada manusia yang mengabaikan pemerintahan Allah dan Rasulnya. Mengabaikan Quran dan Sunnah sebagai rujukan. Aktiviti dakwah hari ini hampir pupus dan yang ada dan tumbuh bak cendawan adalah disko, kelab malam, dangdut, yg mengoffer gadis gadis menjadi GRO dll, serta program hiburan yang sangat menggila. Inilah racun yang berbiasa merosakkan anak melayu muslim di negara ini. Dan yg ini diperhebatkan. Penyebaran Islam dikurangkan. Mereka yang berketayap berserban di pandang jengkel. Mereka yang bertudung litup dipandang tidak moden. Inilah akhlak manusia akhir zaman. Sudah ada di Malaysia dah pun.

Hujah Penyokong UMNO:

Dzimmi bukan hanya sekadar membayar cukai sahaja. tetapi dia juga dikenakan hukum-huykum Islam sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Riwayat menyebutkan bahawa Rasulullah SAw dan para sahabat merejam orang yahudi yang berzina.... Inilah dasar yang mengatakan bahawa di malaysia ini tidak ada kafir dzimmi, yang ada hanya kafir mu'ahadah, kafir yang mengadakan kontrak sosial.

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ، قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكِ بْنِ أَ نَسٍ عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ رضي الله عنهما، أَ نَّهُ قَالَ : إِنَّ الْيَهُودَ جَاءُوا إِلَى النَّبِيِّ J، فَذَكَرُوا لَهُ أَنَّ رَجُلاً مِنْهُمْ وَامْرَأَ ةً زَ نَيَا. فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ J: " مَا تَجِدُونَ فِي التَّوْرَاةِ فِي شَأْنِ الزِّ نَا ". فَقَالُوا: نَفْضَحُهُمْ وَ يُجْلَدُونَ . فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَلاَمٍ :كَذَ بْتُمْ إِنَّ فِيهَا الرَّجْمَ . فَأَ تَوْا بِالتَّوْرَاةِ ، فَنَشَرُوهَا فَجَعَلَ أَحَدُهُمْ يَدَهُ عَلَى آيَةِ الرَّجْمِ، ثُمَّ جَعَلَ يَقْرَأُ مَا قَبْلَهَا وَمَا بَعْدَهَا. فَقَالَ لَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَلاَمٍ : ارْفَعْ يَدَكَ . فَرَفَعَهَا، فَإِذَا فِيهَا آ يَةُ الرَّجْمِ. فَقَالُوا: صَدَقَ يَا مُحَمَّدُ فِيهَا آ يَةُ الرَّجْمِ . فَأَمَرَ بِهِمَا رَسُولُ اللَّهِ J فَرُجِمَا . قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ رضي الله عنهما: فَرَأَ يْتُ الرَّجُلَ يَحْنِي عَلَى الْمَرْأَةِ يَقِيهَا الْحِجَارَةَ .

Disampaikan kepada kami oleh Abdullah bin Maslamah. Beliau berkata: "Telah aku bacakan kepada Malik bin Anas dari Nafi', dari Ibnu Umar رضي الله عنهما, bahawa beliau berkata: "Sesunguhnya orang-orang Yahudi datang kepada Rasulullah , lalu mereka menyebutkan kepada baginda berkanaan dengan seorang lelaki dari kalangan mereka berzina dengan seorang perempuan, maka Rasulullah e bersabda kepada mereka: "Apakah hukum yang kamu temui dalam kitab Taurat tentang zina?". Mereka menjawab: "Kami mempermalukan mereka (dengan mengarak mereka) dan mereka dikenakan hukum sebat". Maka berkata Abdullah bin Salam: "Kamu berbohong. Sesungguhnya hukum yang terdapat di dalam Taurat adalah hukum rejam". Setelah mereka mendatangkan Taurat, maka kitab Taurat itu dibuka, lalu seorang daripada mereka menutupi ayat rejam dengan tangannya. Selanjutnya dia membaca ayat yang sebelumnya dan ayat yang selepasnya. Maka Abdullah bin Salam berkata: "Angkatlah tanganmu". Maka dia mengangkatnya, maka didapati padanya ayat-ayat rejam. Maka mereka berkata: "Benar, wahai Muhammad, di dalamnya terdapat ayat rejam". Maka Rasulullah SAW memerintahkan agar kedua-dua orang yang berzina itu dikenakan hukum rejam. Abdullah bin Umar ra berkata: "Alu melihat lelaki itu sangat kasihan kepada wanita tersebut, dia melindunginya dari lemparan batu".

Hujah saya :

Ya memang. Mereka bukan setakat bayar cukai. Tapi mereka mendapat jaminan Tuhan(Allah S.W.T.) dalam hak dan hukum negara. Terhadap golongan ini berlaku hukum dan hak yang sama dengan kaum Muslimin. Hak-haknya tidak boleh dilanggar atau dikurangi baik mengenai politik, ekonomi, sosial ketentaraan(mereka berhak memanggul senjata), pengajaran, pendidikan dan lain-lain hak yang bersangkutan dengan kenegaraan. Mereka mempunyai hak penuh sebagai yang dimiliki kaum Muslimin. Adapaun mengenai ibadat diserahkan kepada mereka sendiri. Mereka berhak beramal dan belajar menurut agama dan keyakinan mereka sendiri, sekali-kali tidak boleh diganggu atau dikurangi. Dan bukan sekadar cukai semata-mata.

Kafir mu'ahadah (orang-orang kafir yang telah terjadi kesepakatan antara mereka dan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang telah disepakati).Bukankah kafir yang ada dekat Malaysia membayar cukai? Apa benarkah ia kafir Mua'hadah? Kafir Mua'hadah membayar cukai sebagaimana yang ada dekat Malaysia? (-_;).

Itu mengenai jenis kafir. Mengenai tuntutan hukum pula, ya benar. Mereka juga dikenakan hudud SEKIRANYA di Malaysia dilaksanakan hudud. Masalahnya di Malaysia adakah UMNO Barisan Nasional melaksanakan hudud? Bila dipersoal hudud, dikatakan dan diunjukkan kepada PAS padahal mereka yang perintah negara, malah mengaku KONONnya negara Islam.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.