Subscribe

Debat : Jawab Salam dan Penggunakan ayat Quran


Sebenarnya kebelakangan ini saya jarang menulis di blog kerana saya sedang berusaha menangkis hujah-hujah daripada penyokong UMNO di beberapa laman forum di Internet. Sebab itu saya jarang menulis. Jadi saya letakkan beberapa isu yang dimainkan oleh Penyokong UMNO Barisan Nasional berhubung isu isu tertentu. Yang ini mengenai menjawab salam daripada orang bukan Islam.

Mereka berkata begini berdasarkan video ini :




"WAJARKAH SALAM YG DIUCAPKAN CINA BANGSAT TU DIJAWAB??? BOLEH KE??? PAS JANGAN JADI BANGANG..."

"PAS ni memang teruk , memang sesat ....salam cina dia ghairah jawab , salam UMNO dia kata kafir ! apa punya otak PAS pakai , celako celako celako ..."

"sebabtu lee PAS senang di perkotak-katikkan oleh parti jahanam DAPig nie.."

Jawapan saya :

Jawapan, Wajar~ ...

Hujah :

Pertama: Riwayat Ibrahim al-Nakha’i dan ‘Alqamah Kata al-Auza’i, “Jika engkau memberi salam kepada mereka (Yahudi dan Kristian), telah pun memberi salam kepada mereka golongan soleh. Jika engkau tidak memberi salam... kepada mereka, telah pun tidak memberi salam kepada mereka golongan soleh yang lain”. (Zad al-Maad, 2/425-426).

Kedua: “Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) lalu dalam satu majlis yang bercampur antara Muslim, musyrikin penyembah berhala dan Yahudi, lalu baginda memberi salam untuk mereka semua.” (Ibid)

Ketiga: Kata-kata Ibn Abbas “Jawablah salam sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi. Ini kerana Allah berfirman (maksudnya dari surah an-Nisa’ ayat 86) “Dan apabila diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad dengan sanad ‘hasan’, Bab Menjawab Salam Kafir Zimmi)

Keempat: Abu Musa al-Asya’ri menulis surat kepada seorang paderi lalu memberi salam dalam surat itu. Maka dia ditanya: Adakah engkau memberi salam kepadanya, sedangkan dia kafir? Jawab Abu Musa: “Dia telah menulis surat kepadaku dengan memberi salam, maka akupun menjawabnya”. (Ibid, Bab Apabila Kafir Zimmi Menulis Surat Dengan Memberi Salam, Maka Dijawab Salamnya).

AL-QUR’AN

Pertama: Surah an-Nisa’ ayat 86 (maksudnya) “Dan apabila kamu diberikan penghormatan (huyyitum) dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.”

Kedua: Surah al-Mumtahanah ayat 8-9 (maksudnya) “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberi sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu daripada kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu, dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Saya menolak hujah ******** mengenai salam kerana tanpa hujah. Mengenai orang bukan islam baca Quran, maka ia menjadi harus.

Mengenai penggunakan ayat Quran oleh orang bukan Islam

Allah SWT berfirman dalam Surah Al Nahli ayat 44 bermaksud:
"Maka Kami turunkan kepadamu al-Zikr (al-Quran) ini, untuk engkau menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; moga-moga mereka berfikir."

Ayat ini menerangkan bayawa al-Quran dan isinya mesti disampaikan kepada seluruh manusia; justeru motif penurunan al-Quran ialah untuk dakwah dan mengajak orang ramai ikut menganut ajaran, hukum hakam dan nilai-nilainya.

Sebab itu Rasulullah S.A.W menukilkan beberapa ayat daripada al-Quran dalam suratnya kepada para pemimpin orang kafir sama ada pemimpin orang Rom mahupun Habsyah.Bukankah surat yang terserta dengan ayat Quran itu adalah untuk dibaca?

Kesimpulan mengenai jawab salam dan bacaan quran org bukan Islam :

Harus, cuma perkara harus ini menjadi pelik bagi mereka yang jahil.

[ Ini antara komen saya terhadap pendokong fanatik UMNO]

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.