Subscribe

Undi Pas Masuk Islam adalah propaganda UMNO



Undi PAS masuk Islam hanyalah propaganda, atau "cakap- cakap " yang boleh dijumpai di blog-blog dan portal-portal UMNO sahaja. Di tempat lain tiada pun. Ini bentuk fitnah yang sengaja dibuat agar menjadi sentimen dan mempengaruhi orang lain membenci PAS. Dan ternyata telah ramai mempercayai dakyah ini, sedangkan ia tidak pernah pun keluar daripada mulut pemimpin-pemimpin PAS sendiri.Moga mereka yang menyebarkan finah ini menghentikan fitnah tersebut pada bulan mulia ini dan bertaubat sebelum terlambat.

Mencampuradukkan politik dengan agama memang satu tuntutan, sebagaimana Nabi Muhammad memerintah dan menubuhkan sebuah negara Islam Madinah adalah dengan menjadikan agama dan politik bersatu dibawah satu wadah Islamiyyah.

Negara Islam yang ditegakkan oleh Rasulullah s.a.w. di Madinah telah menyatakan Islamnya secara terbuka dari segenap skop pentadbiran dan pemerintahan dan menyampaikan risalah Islam ke seluruh dunia. Pengisytiharan itu dinyatakan kepada rakyatnya yang majmuk sama ada Islam atau bukan Islam. Masyarakat terdiri daripada Bangsa Arab, Yahudi,Nasrani dll yang mengamalkan pelbagai agama termasuk Majusi. Rakyat Islam mempunyai kewajipan untuk menegakan Negara Islam dan rakyat bukan Islam yang terdiri dari kaum Arab dan Yahudi mempunyai kewajipan mentaati Negara Islam tanpa paksaan dan diberi hak yang sewajarnya sebagai warganegara Islam Madinah.

Di dalam Piagam Madinah telah dinyatakan secara jelas setiap permasalahan yang timbul hendaklah dirujuk kepada al-Quran kemudian hadith Rasulullah s.a.w. Inilah prinsip yang terpancar dari dua kalimah syahadah dalam konteks Negara Islam iaitu meletakkan Allah sebagai Tuhan yang mempunyai kuasa hakimiyyah dan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh pelaksana yang mesti diakui secara mutlak kerana baginda adalah utusan Allah SWT yang dijamin ma’sumnya. Negara Islam tidak berkuasa mengadakan HUKUM YANG LAIN dari hukum yang diizinkan oleh Allah SWT.

Rasulullah s.a.w. sendiri telah bertindak sebagai ketua Negara Islam Madinah memandangkan jawatan itu mempunyai kedudukan yang penting dalam Negara Islam. Pimpinan sesudah Rasulullah s.a.w. iaitu khulafa’ ar-Rashidin iaitu Abu Bakar r.a., Umar al-Khattab r.a., Usman ibn Affan r.a. dan Ali bin Abu Talib r.a. juga meneruskan amanah kepimpinan seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Di zaman khulafa’ ar-Rashidin inilah dakwah Islamiyyah terus berkembang hasil PENTADBIRAN YANG MENYEMAI POLITIK KEISLAMAN,yang tidak memisahkan antara politik dan agama. Umat Islam dapat menundukkan dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Dua Pahlawan Lagenda iaitu Hercules di Rom dan Rustam di Parsi dapat ditundukkan oleh umat Islam dengan pimpinan pahlawan-pahlawan Islam seperti Khalid al-Walid, Amru al-As, Abu Ubaidah al-Jarrah, Yazid bin Abu Sufyan, Syurahbil bin Hasanah dan sebagainya.

Menyatakan prinsip dan pendirian bahawa politik suku agama suku adalah fahaman sekular yang jahil yang menafikan hak Allah keatas hambanya dalam pentadbiran Allah dalam kehidupan manusia. Ia dibawa oleh barat agar mengheret muslim turut serta sesat dan mengakibatkan mereka menanggung azab neraka Allah di akhirat kelak. Moga kita berlepas diri daripada azab Allah yang pedih kerana mengabaikan tuntutan ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.