Subscribe

Felda Tidak Bangkrap : Mahkamah arah Felda bayar RM11 juta


Sudah hampir 15 tahun Felda menekan dan juga menipu peneroka dengan mengambil titik peluh peneroka dalam Kadar Perahan Gred (KPG) yang kita tahu terdapat perbezaan antara 6% bagi setiap tan. Sememangnya wujud satu pentadbiran yang pincang di dalam Felda walau ia dinafikan. Terbukti,kegagalan Felda untuk memperbetulkan urus tadbirnya telah menyebabkan ia menyimpang dari matlamat asal, iaitu membantu peneroka dalam menghasilkan pendapatan.Usaha yang sepatutnya diambil oleh Felda adalah kembali kepada prinsip asalnya. Apa yang pasti, setiap kekusutan yang berlaku di dalam akaun Felda, maka peneroka yang menjadi mangsanya. Maka hak dan keadilan perlu ditegakkan. Prinsip yang dibawa iaitu keadilan untuk semua rakyat maka pembelaan ini adalah satu usaha kita agar peneroka di negara ini mendapat hak mereka yang sebenarnya.

Dan semalam, satu khabar gembira buat semua 354 peneroka sebuah rancangan Felda di Kelantan,apabila mereka diberi pampasan sejumlah RM11 juta. Keputusan ini dipercayai akan membuka ruang kepada lebih tindakan saman terhadap Felda dalam isu manipulasi pengredan kelapa sawit oleh Felda terhadap penerokanya.Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Dan dengan keputusan ini juga, bermakna dakwaan daripada persatuan ANAK adalah benar bukan satu omongan kosong.

Kepada peneroka felda, berjuanglah. Hanya dengan cara ini sahajalah Felda dan Umno BN akan sedar bahawa mereka tidak lagi boleh menekan dan mempergunakan keringat peneroka untuk kepentingan tertentu dan politik mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.