Subscribe

Isu Kafir Mengkafir : Satu Penjelasan


Isu ini sebenarnya sudah lama. Kalau diulas sekalipun, ia hanya memuakkan sahaja. Saya menjadi bosan bila ramai yang berhujah dan menulis di blog-blog pro UMNO, sawang page Facebook,mengenai amanat Haji Hadi mengenai "Kafir Mengkafir". Saya terpanggil untuk menjelaskan sekali lagi kepada mereka, supaya fahamilah isu yang sebenar. Janganlah berkokok siang malam menyebarkan fitnah dan memberitahu fakta yang tidak benar sama sekali.

Saya mengubah sedikit hujah debat saya ini menjadi artikel. Asalnya saya petik daripada debat saya dengan penyokong UMNO mengenai isu kafir mengkafir yang sudah lapuk dek zaman ini.

Isu kafir mengkafir,tuduhan bahawa pendokong umno telah jatuh aqidah bukan kerana bekerjasama dengan parti non-muslim, tapi tuduhan itu dibuat kerana UMNO telah mengasing-asingkan agama dan menganggap islam hanyalah rituals keagamaan sahaja. Tindakan mengasing-asingkan agama ini adalah haram disi tuhan dan ia seumpama mengubah ayat al-quran dengan tangan sendiri. Jatuh murtad hukumnya. (Saya hanya menyatakan hukum, bukan menuduh sesiapa). Itu satu.

Larangan mengadakan hubungan dengan non-muslim dibuat oleh pada Amant haji Hadi. Apa yang disebut oleh Tok Guru Haji Hadi adalah asas aqidah dalam islam. Sehingga ke hari ini, saya masih lagi beriman pada apa yang disebut oleh ustaz hadi.

Jadi, tuduhan kafir tersebut berasal dari memisah-misahkan agama, bukannya bekerjasama dengan non-muslim. Nabi pun bekerjasama dengan non-muslim. bukan setakat non-muslim Nabi bekerjasama, malah dengan bangsa Yahudi lagi. Di mana salahnya? Namun, larangan bekerjasama dengan parti non-muslim dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz pada tahun 1980an dulu adalah kerana kekhuatiran proses kristianisasi yang menjadi2 yang dipelopori oleh parti-part kristian pada masa itu di Sabah dan Sarawak.

Hal ini kerana melihat gawatnya suasana pada masa itu, maka Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan larangan bahawa haram berpakat dengan parti non-muslim (melihatkan usaha bersungguh-sungguh parti-parti politik non muslim dalam mengkristiankan anak-anak muslim kita di Sabah dan Sarawak). Itu keadaan pada masa tersebut. Kerjasama dengan APU, dan PR dibuat dalam suasana negara yang cukup berbeza. Kita tak pernah dengar kegiatan kristianisasi dilakukan oleh DAP atau PKR. Tiada langsung unsur-unsur agama (Kristian,Buddha,Hindu dll) diterapkan dalam agenda politik mereka. Berbeza dengan parti politik di sabah dan sarawak pada masa itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.