Subscribe

Isytihar Harta Menteri Kabinet Satu Angan-Angan



Bukan perkara yang baru pun. Sudah lama kita menunggu pengisytiharan harta menteri menteri kabinet. Bermula gesaan demi gesaan dibuat pembangkang agar menteri-menteri kabinet mengisytiharkan aset hinggalah kini. Jika dulu, bermula zaman Mahathir Mohamad terus ke zaman Abdullah Badawi hinggalah sekarang zaman Najib Tun Razak. Terbaru, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Abu Kassim Muhammad pula meminta supaya menteri mengisytiharkan harta masing-masing.Namun ia tidak pernah sesekali jadi kenyataan.

Bila isu ini timbul, TPM Muhyidin memberi alasan, "ia terserah kepada PM". Juga memberi alasan menteri kabinet telahpun membuat perakuan harta mereka kepada Perdana Menteri. Maka kononnya dengan jawapan itu seolah-olah ia sudai memadai.

Aduh, cerdik bebenor alasannya.

Apa pentingnya PM mengetahui jumlah aset yang mereka ada?

Apa dengan tahunya maklumat itu, maka PM akan memantau perjalanan kewangan negara yang dibelanja oleh para Pak Menteri,sama ada berlaku rasuah ataupun tidak??

Apa dengan tahunya maklumat itu, maka PM akan memantau perjalanan kewangan negara yang dibelanja oleh para Pak Menteri,sama ada berlaku penyalahgunaan kuasa ataupun tidak??

Habis aset,harta Perdana Menteri, nak diisytiharkan kepada siapa pula ??

Yang pasti, PM pun Sama Dengan ( = ) sahaja dengan Pak Menteri. PM sendiri pun mempunyai masalah rasuah,penyalahgunaan kuasa dan songlap duit rakyat. Inikan pula nak menjadi pemantau kewangan negara yang dibelanja Pak Menteri?

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata cadangan untuk meminta semua Menteri Kabinet mengisytiharkan harta kepada umum adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan.Beliau berkata apa yang dilakukan pada masa ini di mana semua anggota Kabinet mengisytiharan harta mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memadai."Saya isytihar harta saya kepada Perdana Menteri. Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan saya berpendapat ianya sudah memadai.

So apa relevannya Muhyidin,Hishammuddin berfikir memadai setakat persembahan aset,harta kepada PM ?

Sudahlah.

Hakikatnya, Barisan Nasional tidak akan sesekali berani untuk mengisytiharkan harta. Kesanggupan mereka isytihar harta bermakna mereka menggali lubang kubur sendiri. Maklum mengetahui, kekayaan para menteri adalah luar biasa kayanya sekiranya dibandingkan dengan gaji dan elaun yang mereka terima. Kereta, rumah, perbelanjaan anak bini, semuanya ribuan dan jutaan ringgit.

Walaupun tujuan dan matlamat utama pengisytiharan harta seperti yang digesa SPRM adalah untuk membersihkan nama mereka dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa,serta memulihkan imej dan kredibiliti menteri Kabinet, namun ianya tidak akan menjadi kenyataan. Menteri BN TIDAK akan mengisytiharkan harta mereka walau sampai kiamat.

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.