Subscribe

Khutbah Sebut Lim Guan Eng : Zahid Hamidi Tak Cerdik


Dulu pernah sekali Zahid Hamidi mendakwa bahawa Dr Hassan Ali menggunakan masjid dan khutbah Jumaat untuk kepentingan politik, Khutbah Jumaat dan Solat Jumaat dituduh tidak sah kerana kononnya tidak membaca solawat ke atas Rasulullah saw. Maka dijaja ke setiap ceruk kampung dan desa, dalam setiap ceramah fitnah ini ditabur. Kalau benar dakwaan tersebut, sudah pasti JAIS dan Mufti Selangor menyiasat dan mengumumkan hasil siasatan kepada ahli jamaah qaryah tersebut.

Kini Zahid Hamidi sekali lagi memainkan isu yang lebih kurang sama. Dulu Dr Hassan Ali yang menjadi mangsa, kini Lim Guan Eng. Konon nama Lim Guan Eng disebut semasa berdoa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Kenyataan Zahid Hamidi ditempelak oleh Exco Hal-Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata siasatan mendapati ianya tidak berlaku kerana teks khutbah Jumaat, yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri, tidak menggunakan nama Lim Guan Eng. Kata Abdul Malik lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan mengambil tindakan mengenai isu itu kerana ia isu yang "di ada-adakan".

Malah Abdul Malik menempelak tindakan Zahid Hamidi melaporkan perkara tersebut kepada media.

"Kalau dia ada maklumat, sepatutnya dia buat laporan kepada kerajaan negeri, atau kepada polis atau kepada pejabat mufti, bukannya pergi beri kenyataan kepada media"

================

Inilah contoh sikap buruk dan tidak berapa cerdik Zahid Hamidi. Adakah mungkin dia dengki kerana namanya tidak disebut semasa Khutbah?

Atau mungkinkah dia teramat "bangang sangat" kerana sudah ketandusan isu dan sanggup membuat fitnah dalam bulan Ramadhan yang mulia ini?

Bertaubatlah Zahid Hamidi. Di akhirat kelak betapa Allah akan mempersoal tindakanmu berbohong, memfitnah dan mengadu domba ini dan mengazab dengan azab yang pedih.

Khutbah: K'jaan negeri nafi nama Lim ganti Agong



Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat yang dibaca di beberapa masjid di negeri itu.

Exco Hal-Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata siasatan awal mendapati ianya tidak berlaku kerana teks khutbah Jumaat, yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri, tidak menggunakan nama Lim.

Katanya, hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Abdul Malik berkata, beliau telah membuat siasatan awal dan mendapati kejadian itu tidak berlaku seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri.

Abdul Malik menjelaskan, teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim, seperti yang didakwa.

"Dan kalau mereka tidak baca teks sekalipun, saya percaya hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan ganti nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah," katanya lagi.

Tambahnya, dakwaan itu juga tidak menyebut dengan jelas masjid yang terbabit, sebaliknya hanya menamakan kawasan Permatang Pauh, Jelutong dan Tasek Gelugor.

Ditanya lanjut, beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengambil tindakan lanjut atas dakwaan itu kerana "tidak timbul isu."

"Isu ini sengaja diada-adakan, sebab sememangnya tiada isu. BN yang sengaja wujudkan isu ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.


Abdul Malik juga berkata, sekiranya Ahmad Zahid mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, beliau hendaklah membuat laporan supaya dakwaan tersebut dapat disiasat.

"Kalau dia ada maklumat, sepatutnya dia buat laporan kepada kerajaan negeri, atau kepada polis atau kepada pejabat mufti, bukannya pergi beri kenyataan kepada media," katanya lagi.

Sementara itu, bercakap dalam satu sidang media pagi ini, Abdul Malik juga berkata kerajaan negeri serta JAIPP tidak menerima sebarang arahan lisan mahupun bertulis untuk menukar nama tersebut dalam teks khutbah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa sesetengah jawatankuasa masjid menggunakan isu tersebut untuk mensabotaj kerajaan negeri.




No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.